Selasa, Mac 29, 2016

Kampung Berjaya, Alor Setar dan sepupu-sepupu!

Pokok pelam depan rumah
Assalamualaikum semua yang aku kasihi sekelian. Depan rumah aku ada 2 pokok pelam. Rendang dan akan berbuah lebat bila tiba musimnya. Apabila Wiwit balik kampung di Madiun, Indonesia selama 2 bulan, kawasan didepan rumah aku yakni sekeliling pokok-pokok buah agak tidak terjaga. Suatu pagi aku mengambil kesempatan untuk menyapu daun-daun kering yang bertaburan. Sedang aku menyapu, aku digigit kerengge. Walaupun pinggangnya ramping, sengatannya amat menyakitkan.

Oleh kerana aku geram, aku keluarkan mobile aku dan aku fotokan gambar kerengge-kerengge tadi. Jika kita amati gambar kerengge tersebut, kita akan terlihat jalinan kerjasama diantara mereka semua. Sangat akrab. Kita mungkin tidak tahu apa yang bermain didalam minda mereka tetapi sekilas pandang sifat dan sikap rajin mereka amat perlu untuk kita amati. 

Sewaktu aku kecil, aku suka memanjat pokok ceremai di Kampong Berjaya, Alor Setar, Kedah. Makcik aku yang aku panggil "Wa" menetap disitu selama beberapa tahun. Didepan rumahnya ada sebatang pokok ceremai yang agak besar dan tinggi. Sewaktu aku berkunjung ke rumah beliau, aku akan menghabiskan masa dengan memanjat dan bertenggek diatas pokok ceremai. Makan ceremai satu persatu dan membuang bijinya ke bawah. Puas hinggakan aku sering sakit perut. Buah ceremai muda juga habis aku ratah. Rasanya tajam dan berdesing bila makan. Aku tak tahu nak ceritakan bagaimana tajamnya taste ceremai muda!

Kalau aku nak makan ceremai jeruk, cuma 20 langkah didepan rumah Wa, ada sebuah kedai runcit Cina yang menjualnya didalam balang kaca bertutup warna merah. Masam-masam manis rasanya dan membuat aku kemaruk. Aku akan beli 10 sen dan duduk diatas lancha atau sesetengah orang memanggilnya beca sambil makan. Tak ingat dunia. Lancha merah tersebut sentiasa berada dihadapan rumah Wa. Kadang-kala aku membawa lancha tersebut pusing didepan rumah dan patah balik. Nikmat menaiki lancha tak dapat nak aku gambarkan. 2 orang dewasa boleh duduk dikerusinya manakala seorang kanak-kanak boleh duduk dibahagian kaki orang dewasa. Bunyi lancha menyusuri jalan berturap masih terngiang -ngiang ditelinga aku.

Selang 20 meter dari rumah Wa ialah rumah Njang aku. Disekitar pertengahan tahun 70-an, rumah Njang diperbuat daripada papan. Selang beberapa tahun kemudiannya, beliau membina rumah baru betul-betul didepan rumah papannya. Secara peribadinya, aku lebih suka rumah papan lama kerana bagi aku ia lebih sejuk. Angin mencelah diantara papan-papan dinding. Banyak juga papan yang dah berlubang. Itu aku jadikan sebagai teropong untuk melihat "musuh" yang datang! Bila malam dan kami sekeluarga tidur dirumah Njang, lubang didinding akan aku tutup dengan cebisan kain yang kami panggil "perecha". Bila tengah malam pula "kain perecha" tadi akan aku tanggalkan bagi membiarkan angin menerobos melalui lubang-lubang yang ada. Fungsinya lebih kurang seperti penghawa dingin!

Sewaktu rumah batu Njang didalam pembinaan, tingkat atasnya masih berselerak. Kami akan membersihkan sebelah atasnya daripada kayu-kayu serta batu-bata dan kami akan bermain "a, e, i, o, u". Itu sajalah permainan kami waktu itu selain daripada mengayuh basikal sekeliling kampung dan memanjat pokok. Nikmatnya tidak terkata! Sebelah malamnya kami akan berkumpul dan bersembang. Orang-orang dewasa sahaja. Aku akan terlelap diriba arwah mama yang masih lagi leka bersembang dengan kakak-kakak dan adik-adiknya. Sesekali aku akan mencuit lengan arwah mama mengajak masuk tidur. Arwah mama membalas dengan mencubit....habis lengan dan paha aku merah akibat dicubit.

Didalam kelompok makcik-makcik aku, aku paling takut dengan Njang. Suara Njang garau dan rokok sentiasa berada dicelah bibirnya. Memetik habuk rokok dengan tangkas. Jika aku menangis, Njang akan menjegilkan matanya dan berkata yang beliau akan mengikat aku dan rendam dalam "ayaq achaq" depan rumah! Aku kecut. Dalam esakan kecil, aku tertidur! Setelah aku meningkat usia, aku sedar bahawa amaran-amaran keras Njang adalah untuk kebaikan aku...

Keluarga belah arwah mama hampir kesemuanya pandai memasak. Kari kami panggil gulai. Gulai ikan temenung menjadi kegemaran kami. Boleh makan tiap-tiap hari. Lain rasanya kalau dimasak menggunakan dapur tanah! Tak berapa banyak yang aku ingat mengenai Kampung Berjaya kecuali 2 makcik aku yang hebat ini. Dengan anak-anak makcik aku inilah kami bermain walaupun aku merupakan antara yang paling kecil waktu itu. Sepupu-sepupu aku kini kebanyakannya telah mencapai dan melebihi umur 50 tahun. Ramai yang masih berada di Alor Setar dan tak kurang juga di Kuala Lumpur. 

Ada sekali sewaktu aku masih aktif bermain rugby dengan Royal Selangor Club (RSC Dalmations) sekitar tahun 88-90 dan sewaktu kami rehat minum di "Long Bar", Abang Din datang menegur aku. Abang Din merupakan "scrumhalf" kami dan katanya dah beberapa kali perhatikan aku. Aku juga perasan tetapi kerana aku masih baru didalam pasukan, aku diamkan saja walaupun hasrat memang ingin bertanya...Abang Din sebenarnya ialah sepupu aku juga yang merupakan anak kepada Nyah aku. MasyAllah...what a small world. Kami bertemu di padang rugby yang pada waktu itu masih lagi didepan bangunan Sultan Abdul Samad!

Kini hampir kesemua makcik-makcik dan pakcik aku telah meninggal dunia. Yang tinggal hanyalah 2 orang adik kepada arwah mama. Seorang masih menetap di Taman Nilam di Alor Setar dan seorang lagi bersama anak-menantu-cucunya di Penang. Kepada yang telah meninggal dunia, aku titipkan al fatihah dan kepada  2 lagi makcik aku, aku berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik....



18 ulasan:

mokja berkata...

Membaca catatan uncle ,terimbau kembali kisah2 lama masa dok kat Kedah.Gulai n asam pedas Kedah mmg uumph.Perlis pun lebih kurang mcm Kedah,tak banyak beza.Bezanya pada rasa laksa...
By the way...buah cermai masam bedengung.Tahan uncle mkn.Singkei gigi.

Uncle berkata...

Mokjadeandell, "singkei" is the right word. Jenoh saya cari apa perkataan sesuai. Saya translate "sharp" kepada "tajam" and finally you came to the rescue! Ha-ha. Thank you!

Omong Mak Long..... berkata...

Wah Uncle tulis pasal asam pelam tu terlioq bebeno...hiris halus-halus gaul dengan sambal belacan cili padi tambah sedikit gula pasir, berdengung tak ingat dunia sedapnya. Itu makanan orang zaman dulu. Ceremai pun buat macam tu juga tapi tumbuk biar pecah bijinya...aduii sedapnya...hahaha

Kakcik Seroja berkata...

Kitaran kehidupan...kisah-kisah yang menjadi kenangan, yang bukan semua orang (waima anak-anak kita sendiri) boleh faham dan hadam...

Yang pergi tak akan kembali dan kita yang tinggal menunggu giliran untuk menyusuli. Semoga usia yang masih berbaki ada manfaatnya untuk bekalan ke sana nanti...

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau kakak nak ulas entri uncle ni banyak benar. Tapi yg nyata buat kakak tersenyum dan sama membuat kakak mengimbau kenangan zaman kakak kanak-kanak juga.

Ceremai makan dengan asam boi merah uncle tak buat. Kakak sampai kocek baju sekolah pun merah. Jari-jari merah. Begitu juga rumah arwah atok kakak tu lebih kurang rumah Njang uncle itulah. Tidur malam sejuk mengalahkan guna aircond. Ini tak ada remote. Bila sejuk bergulunglah dgn selimut hihi...

Tapi yg best pertemuan dgn sepupu yg tak disangka. Speechless tapi happy berganda pastinya.

Uncle berkata...

Mak Long.
Amboi teringin ka? Mai la balik sini...saya prezen satu balang....hahahahahaha.....Cuba Mak Long bayangkan yang Mak Long makan jerok ceremai masa winter......pergh.....buleh tertidoq dengan balang ceremai!

Uncle berkata...

Kakcik Nur.
Benar. Hidup ialah seperti satu putaran roda. Sewaktu saya kecil saya melihat arwah mama pada usia saya sekarang ini...sekarang anak-anak pula melihat saya...mungkin setelah tiada ada antara mereka yang akan menulis cerita yang sama sepertimana saya menulis tentang arwah mama...

Uncle berkata...

Kakzakie.
Pernah makan "buah kana" yang lonjong dan berwarna merah? Hahahahahaha....susah nak cari buah tu sekarang. Dan sampai sekarang saya masih tak dapat namanya didalam bahasa inggeris!

liza berkata...

seronok baca.....
flashback citer kecik2 rasa mcm nak jadi kecik semula...

Omong Mak Long..... berkata...

Ke bilik ayaq ler Mak Long kalau makan satu balang dalam musim winter hahahah.... Uncle pun tau buah kana ek? Itu kegemaran masa kecil, senang nak dapat. La ni ada ke lagi? Sedap bukan main, bibir, lidah dan jari habis merah turun warna dari buah kana...

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Bunga manga tu wangi tau...
Akak pernah bau waktu pokok mangga dalam pasu akak berbunga...
Agaknya lagi wangi lagi manis buahnya kot

Hazlan Zakaria berkata...

salam

pak cik ,, bila nak mai jalan2 kg berjaya... boleh mai nat jemaat ramai orang ...al fatihah buat semua arwah yg telah kembali kerahmatullah...

NEKCIK berkata...

Sweet childhood memories to treasure..nnti leh cerita kat cucu..he..he

Uncle berkata...

Mak Long.
Buah kana cukop saya suka masa kecik dulu...balik mengaji mesti beli sekupang!Hahahahahaha

Uncle berkata...

Hazlan.
Insyallah akan sampai jugak. Apa la rupa kpg berjaya la ni no......

Uncle berkata...

Nekcik
Itulah sebabnya saya membuat blog. Antara tujuan-tujuannya ialah:
1) utk saya baca bila dok tunggu anak-cucu balik.
2) Anak dan cucu baca cerita pak/tok depa dan jadikan iktibar untuk berusaha..(hopefully hahahahah)

Kakzakie Purvit berkata...

Buah kana yg gulung-gulung guna kertas tiga biji ada lagilah uncle tapi warna merah macam dedulu dah tak jumpa sekarang memang kan:)

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit,

Aik, la ni buah kana kaler apa pulak? Ada kaler lain ka?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...