Sabtu, April 09, 2016

2016/1985

Budak-budak baik 1985

2016

Gambar kat atas tu mengembalikan nostalgia aku ke zaman sekolah. Aku dan sekolah memang tak dapat nak dipisahkan. Bukan perihal kejayaan aku dibidang akademik (banyak main dari belajar) tetapi lebih kepada kehidupan aku di hostel yang membuatkan aku tak boleh nak lupa walaupun zaman tersebut telah berlalu 31 tahun yang lalu. Gambar tu menunjukkan yang kami sedang makan tengahari pada hari Jumaat (aku rasa...) sebelum bergegas ke dewan sekolah untuk solat jumaat. Hari jumaat menunya special sikit. Ada ice cream. Hahahahahaha...itu saja specialnya. Atau juga mungkin makan nasi minyak dan kurma ayam "loose" yang isi dan tulang telah terlerai dek kerana masak terlalu lama. Nasinya pulak berketul-ketul, di cedok dari kawah dapur dan dimasukkan ke dalam bekas plastik. Nasi tu kemudian harus diketuk-ketuk dengan piring plastik untuk dileraikan dan disenduk ke tray masing-masing. Oleh kerana kerja mengetuk-ngetuk nasi tu bukanlah tugas seorang senior yang macho, kebiasaannya akan ada seorang junior disetiap meja senior. Tugasnya ialah mengetuk nasi, menyendukkan nasi ke tray senior, menuang air, "mencari" kicap dan beberapa kerja kecil-kecil yang lain. Oleh kerana beliau lama bersama kami di dewan makan, makanya hubungan kami menjadi sangat akrab. Hubungan tersebutlah yang membuatkan kami masih berhubung saban hari melalui group satu batch, group gila rugby, group exco dan batch rep, group main futsal tengah-tengah malam, group "sembang berlapik" dan juga group "sembang tak berlapik!"

"Rakan-rakan penyamun" yang duduk disekeliling aku kini menjawat jawatan yang amatlah baik dibidang masing-masing. Ada sorang tu kini orang besar di SD, sebelah sorang lagi ialah peguam hebat diselatan tanahair, belah sana pulak ialah timbalan pengarah kesihatan di salah sebuah negeri. Hahahahahaha....kelakar gila aku tengok gambar ni..Sebelah sana sikit ialah orang besar oil and gas di timur tengah...ada juga sorang lagi yang tanpa kebenaran beliau, pesawat tidak boleh mendarat mahupun berlepas dan ada juga yang kini sedang berada di KSA untuk bekerjasama didalam pelbagai projek mega dengan kerajaan disana...hahahahahahaha. Oh mak aii...korang ni...macam tak percaya!

Pagi tadi rakan batch aku yang juga merupakan bekas konsul general di sebuah negara telah menalipon aku dan berborak selama 1 minit. Aku tanya dia, "Kau kat mana?" lantas dijawabnya, "Aku cuti daa....". Hahahahahahaha...macam ni punya kawan pon ada! Tak ada protokol langsung. Apabila bertemu, semuanya jadi "kepala/otak 85" walaupun ada antara kami yang telah mula mendapat menantu! Huh? Menantu? Are you kidding me? 

Sudah ada antara rakan-rakan batch aku bakal menerima menantu. Adoi...susah hati aku...Apakah topik perbualan kami nanti akan berkisar kepada cucu? Pergh......memang tak tercapai minda aku hingga kearah tu. Korang ni biar betul! Woit, baru 48 la!!!!!

1985

Sewaktu kami berada didalam tingkatan 5, tak pernah terlintas difikiran kami perihal apakah yang akan berlaku 31 tahun akan datang? Kepala otak orang lain mungkin ada rencana untuk sambung belajar ke luar negara dan sebagainya tetapi kepala otak aku masa itu yang groovy hanyalah ada "bola rugby!". Aku enjoy sehabis mungkin!

Entah aku pun tak tahu apa ada dalam kepala aku waktu tu. Semuanya "horey-horey". Warden-warden asrama tu aku nampak sebagai musuh yang harus dielak. Mereka bagi aku adalah ancaman. Guru-guru pula hanya menekankan aspek akademik. Letih aku. Hahahahaha...minggu lepas aku mendapat message mengatakan bahawa cikgu/warden yang aku sering elak dulu telahpun pencen secara rasmi. Dengan rendah hati aku mengucapkan selamat bersara kepada cikgu SA yang mengejar aku dulu. Kalau cikgu SA (pencen di Nyalas) tak kejar dan tak pelempang aku dulu, sampai ke sudah aku mungkin tak berapa nak menjadi...hahahahahaha walaupun hakikat sebenarnya, sampai sekarang masih tak berapa nak "jadi" hahahahahaha....

Timbalan Pengarah Kesihatan yang aku sebutkan diatas tu pula merupakan rakan satu blok aku yakni Bendahara. Ada suatu hari selepas tengah malam aku berpakat dengan beliau untuk menakutkan budak-budak. Dia panjat belakang aku dan bertenggek diatas bahu aku. Dengan memakai bedsheet, beliau kelihatan amat tinggi. apabila aku sedar ada budak-budak yang balik tengah malam dari belajar, aku mulalah mundar-mandir di koridor tingkat 1 dengan kawan aku ni. Sesiapa yang memandang pasti akan kecut dengan ketinggian beliau. Setelah selesai "bertugas" aku dan dia nak masuk bilik. Aku terlupa apabila beliau bertenggek atas bahu aku, ketinggiannya melepasi paras pintu. Oleh kerana muka aku ditutup bersheet, aku terus meraba-raba mencari pintu D7 untuk masuk. Berdegum kuat bunyinya apabila kepala kawan aku tersadung rangka pintu! Tergolek-golek kami jatuh dan habis satu bilik jadi kecoh! Yang tu memang aku tak boleh lupa. Hahahahahaha....TPKN kau sekarang ye!

To all my fellow bradas, thank you so much for being there. Dah kenal hampir 35 tahun dan meninggalkan sekolah dah 31 tahun tapi masih berhubung setiap hari...Anda semua adalah penyamun terbesar yang pernah aku jumpa...hahahahahah!












14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Seronoknya ikatan persahabatan itu...

Di kalangan kawan-kawan kakcik, mungkin kakcik yang paling 'tercicir' dan mungkin juga kerana itu bila dapat menjejaki mereka dan cuba hendak bersilaturrahim semula, rupa-rupanya jadi semakin jauh... :(

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah..
Ikatan ukhwah yg telah terjalin sejak dari sekolah mmg sangat dihargai. Suami akak lebih mementingkan kawan2 sejak form 1-form 5 berbanding kawan yg lain.
Hubungan itu (sejak sekolah) sangat lekat dihati. Biarpun siapa dan apa pangkatnya mereka sekarang.

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Saya merupakan sorang pelajar yang mendapat gred 3 dikalangan para pelajar yang mendapat gred 1 pada tahun 85. Pada awalnya saya ada berasa sedikit rendah diri. Tetapi sampai bila? Rakan-rakan sebenarnya tak kisah langsung keputusan peperiksaan kita. Cuma kita sahaja yang mula memencil dan menjauhkan diri. Daripada situ saya mula berusaha untuk bersaing..

Alhamdulillah kini kami sering berhubung. Malah terlebih "sering" pulak jadinya...hahahahahahaha...

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Semua rakan adalah penting. Tetapi lain benar rasanya bila bersama-sama dengan rakan dari umur 13 hingga 17 tahun bersama-sama. Makan sama-sama, minum sama-sama, ke 'prep' sama-sama, tidur malam dalam dorm sama-sama, ketuk ketampi sama-sama, helikopter sama-sama, kena pelempang sama-sama dll.

Ini saya kategorikan sebagai 'blood brothers'. Tak boleh jumpa dimana-mana....Rakan sewaktu proses pembentukan diri seawal remaja banyak membantu kita terutamanya saya. "Nilai Persahabatan" dengan penyamun ni semua tak dapat nak saya gambarkan. Extraordinary indeed!

Kakzakie Purvit berkata...

Syok kakak baca satu-satu uncle. Kakak boleh senyum macamlah kakak ada dlm kelompok yg uncle ceritakan itu sebab dulu kakak pun lebih kurang sama. Mana ada fikir nak jadi apa - masa itu enjoy bukan main. Tapi macam uncle kata rata-rata kawan kakak yg lelakilah pun sama - mereka dah jadi 'org besar' tau.

Dulu kita belajar tak tertekan macam anak kita sekarang. Itu yg kakak nampak.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Memang seronok. In fact hujung minggu ni kami ada program yang amat menarik. tunggu cerita seterusnya minggu depan! Hahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

kenangan hostel kalau diingatkan balik memang boleh ngekek gelak sorang..kenangan kene denda basuh tray...kene buli dengan senior..pakai baju kurung raya untuk makan malam akhir tahun..fuh masa tue rasa memang cun la..masing2 kemain lagi..berbedak bagai..maklumlah..hari2 biasa masing2 muka gelap berjemur tengah padang...setiap hari ahad ada pemeriksaan dorm..masing2 taknak kalah...kemain menghias loker...maklumlah hostel aspuri..hehehehhe


-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Faradia.

Samalah dengan Uncle, hari Ahad ada "inspection". Tapi kami pelajar lelaki cuma bagi kemas locker saja..tak ada menghias..yang pentingnya, rokok kami berjaya disorokkan daripada pengawas dan warden! Hahahahahaha....buku matematik tambahan JATI tu sangat tebal dan ditoreh didalamnya boleh muat 2 kotak rokok disumbat padat. Buku tersebut masih terletak diatas meja...disusun cantik bersama buku-buku bio, chem dan physics! Hahahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,


fuhhh...bernas sungguh idea itu...hahahhahaa..pernah kantoi tak?..kami ni sebab ada pertandingan dorm tercantik...jadi masing2 menghias la..tapi saya tangan xde seni..jadi tukang sapu n kemas bila da selesai menghias...hahahahhahaa


-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Faradia.

Selama tu tak pernah ter'kantoi'. Tapi berpeluh jugak bila warden belek-belek locker dan katil....hahahhahahahaha....

azieazah berkata...

Salam UNCLE...

bab terkenang sekolah ni memang menjadi bab paling best kalu nak tulis atau nak sembang.

Memamg terkenang sungguh!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Azieazah.

Kalaulah buleh patah balik ke zaman tu...hahahahaha

PiTerr SDARA8185 berkata...

Datuk Ankel terr,

Hahahaha, nama kawe pun demo mentioned jugok ter....it is me, Pi Terr. hahahahah. Seronok kawe baco n kalulah dapat join u all ari tu, bestnya terr....snorkeling, snorcino, snormelayu but diving...ah, Piterr buke WB or Demang. Tulisan demo....kelah Ankel. Meme noltalgic gitu.

Uncle berkata...

Woit Pi Terr...kawe lamo neh....saeng ambo skoloh neh....nati jupo lagi dehh...snorkelling/diving sesamo.......

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...