Selasa, Mei 31, 2016

HBD Yuya!

HRC KL
Beberapa minggu yang lalu Yuya menyambut harijadinya yang ke 15. Wah...cepat sungguh masa berlalu. Aku masih ingat saat Yuya dilahirkan. Melalui pembedahan sama seperti abangnya. Entah kenapa kali ini aku teringin nak ke HRC pulak untuk makan malam tetapi oleh kerana Marina masih lagi kanak-kanak, aku terpaksa menalipon dulu untuk bertanya apakah syarat-syaratnya. Aku diberitahu bahawa 'live band' akan bermula pada pukul 10.30pm. Jadi sebelum itu, kami disyorkan keluar..takpa..aku faham. Memang tak sesuai untuk kanak-kanak. 

Lepas aku dah buat booking dan semuanya ok, aku menerima panggilan talipon daripada bos HRC pulak mengatakan bahawa pada hari yang aku dah booked tadi mereka ada kumpulan besar daripada negara jiran yang akan makan malam disitu dan mengesyorkan agar aku menukar makan malam aku ke hari lain. Hmmmm......janganlah macam tu bang......bukan aku tak tahu kerja tu....Ok beginilah....biasanya apabila dikatakan 'restoran penuh', selalunya masih ada beberapa meja kosong lagi yang boleh menampung tetamu VIP, last minute VIP dan sebagainya. Jika last minute tidak ada VIP ataupun regular VIP, meja tersebut akan diberikan kepada walk-in guests....hahahahahaha....dah lebih 25 tahun aku dalam business ni bang! So, dipendekkan cerita, aku diberikan meja booth untuk 5 orang! Hahahahaha...btw, ini semua merupakan pelbagai cara restaurant yang tak diketahui umum. Begitu juga dengan bilik.....

Ada satu acara persembahan kebudayaan pada malam itu. Bermula betul-betul saat aku nak mula makan. Bingitnya dari jam 8.30 malam. Hahahaha....kuatnya bunyi muzik mengingatkan aku pada tahun awal 90-an dulu sewaktu aku membuka Uncle Chilli's Fun Pub di PJ Hilton. Begitulah kuatnya. Waktu tu ada Alleycats, ada Headwind, ada Asia Beat Percussions dan banyak lagi band yang bermain disitu. Zaman muda....semuanya 'hentam saja'......balik pukul 2-3 pagi dan ada juga lepas subuh baru sampai rumah! Makanan juga tak jauh bezanya dengan apa yang ada di HRC. Burgers, steaks etc....nachos lah, tacos lah, quesadilla lah, Phew....that was a good 24 years ago when I was 24!

Anyway, dinner was great. Semuanya happy. Wah...aku masih tak sangka yang Yuya pun dah meningkat remaja. Dulu Yuyalah yang paling kuat buat muka kelakar. Banyak gambar-gambar Yuya yang akan aku abadikan didinding-dinding rumah nanti. Sungguh berbeza Yuya kini. Dulu putih, sekarang hitam. Hahahahahaha....Yuya juga seperti Azumi, dah hampir sama tinggi dengan aku. Lanky! Horeyy...best-best anak dah besar....10 tahun lagi aku akan merindui setiap anak-anak aku yang mula meninggalkan rumah untuk hidup sendiri. 

Pesan aku pada Azumi, Yuya dan Marina, Papa tak mahu duit kamu semua. Papa juga bukan nursery untuk anak-anak kamu semua nanti. 

  • Yang Papa mahu ialah doa daripada kamu bertiga. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tak bergaduh. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga mesti pertahankan ikatan adik-beradik walau macamana keadaan sekalipun.
  • Yang Papa mahu ialah kamu semua mesti bantu-membantu jika ada salah seorang yang kesusahan.
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu dan tidak meminta-minta. 
  • Yang Papa mahu kamu bertiga tidak menipu adik beradik, tidak menipu rakan-rakan, tidak menipu ibubapa, tidak menipu di tempat kerja dan tidak menipu pasangan masing-masing nanti!
  • Yang Papa mahu ialah kamu sering bertanyakan khabar Papa nanti.
  • Yang Papa mahu ialah kamu mesti balik raya di rumah kecik kita. Itulah rumah kamu bertiga membesar!
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tidak sombong dan menunjuk-nunjuk.
  • Yang Papa mahu ialah kamu semua ada sifat 'empathy' dan selalulah membantu orang yang memerlukan. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tidak terlalu mengikut orang lain dalam berbelanja. Maksudnya, berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
  • Yang Papa mahu kamu semua tidak lupa perintahNya.
  • Yang Papa mahu ialah, bila kamu bertiga nak kahwin nanti, carilah duit sendiri! Papa dulu kahwin satu sen pun tak pinjam duit orang! Hahahahahahahaha.......
Ok selamat bercuti sekolah ya!

12 ulasan:

iryantyismail berkata...

assalamualaikum uncle...apa khabar...

selamat menyambut ramadhan yang bakal menjelma..

iryantyismail berkata...

selamat hari lahir yuyA..moga segala impian tertunai..amin

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Begitulah ibubapa. Mahu yang terbaik buat anak-anak. Bukan wang ringgit yang dimahukan, tapi hidup mereka yang penuh kebaikan...

Sekarang kakcik dah rasa...sesungguhnya tanggungjawab terhadap anak-anak tiada akhirnya walaupun setelah mereka berumahtangga...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty. Alhamdulillah Uncle sekeluarga sihat dan semoga Uncle turun 10 kilo ramadhan nanti...hahahahahaha...selamat berpuasa kepada Iryanty dan keluarga tersayang!

Uncle berkata...

Terimakasih sekali lagi kepada Iryanty yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Yuya...Uncle juga mendoakan agar impiannya tercapai walaupun Uncle sendiri tak tahu apakah impiannya!

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Selamat Harijadi anakanda Yuya. Wah.. Uncle dan Auntie dah ada dua orang anak muda segak. Nak didik anak-anak kita baik lelaki mahu pun perempuan supaya jadi orang di zaman sekarang amat mencabar. Semuga usaha dan jerih kita sebagai ibu bapa mendidik mereka menjadi panduan berguna untuk anak-anak kita.

Selamat menyambut Ramadhan buat Uncle dan keluarga dari kami.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Semoga depa faham apa yang ibubapa mereka korbankan untuk mereka..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.

Nampak gaya Ramadhan tahun ni bakal jatuh didalam musim panas yeah.....semoga Mak Long dan Pak Long tabah mengerjakan ibadah puasa.

Saya dah tak sabar nak mulakan puasa. Hahahahahaha....terasa s
tenang sangat...banyak mengingatkan saya sewaktu arwah kedua-ibubapa masih ada dan adik-beradik semua masih duduk bersama!

Kakzakie Purvit berkata...

Happy belated birthday Yuya.
Sebenarnya apa yg uncle senaraikan itulah juga harapan kakak pada anak-anak kakak juga. Biar apa pun keadaan dulu memang tak sama dgn sekarang, kalau kita sebagai mama/papa mereka boleh mengapa tidak anak-anak kan..kan...

Uncle berkata...

On behalf of Yuya, thank you very much Kak Zakie.

Saya kahwin dulu selepas balik dari europe. Duit tak ada dan apabila bekerja, saya terus kumpulkan wang. Jemputan saya cuma 150 orang sahaja. Hanya yang penting sahaja. Buat di rumah Kak Anne di D Jaya. Pelamin kawan-kawan Kak Anne yang buatkan. Bunga, mereka jugalah yang naik ke Cameron Highland dan beli/bawak balik ke KL.

Arwah mama nak bagi duit, saya kata tak perlu sebab saya yang nak kahwin....menangis arwah mama...satu kelebihan saya, saya dah ada rumah dari sebelum kahwin. Lepas majlis pada malam tu, lepas bukak hadiah, saya ajak isteri balik ke rumah di Ampang (rumah sekarang) naik kapchai 100cc. Satu beg dalam bakul, satu beg disendeng dibahu isteri. Pelan-pelan kami naik moto dari DJ ke Ampang.

Itu cerita hampir 20 tahun dulu!

Tanpa Nama berkata...

Happy Birthday Yuya!!!
Bertuah Yuya dapat seorang papa seperti Uncle.
Uncle percaya tak ada seorang mama yang tak mahu anak-anak jadi,
yang macam Uncle tulis tu..
Ustaz dan Ustazah pun tak percaya
ada mama macam tu...
Uncle, rasa-rasa kan kenapa ada mama macam tu...

ely

Uncle berkata...

Terimakasih Ely kerana menitipkan sedikit kata-kata.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...