Jumaat, Mei 13, 2016

Sedekah

Topik kali ini membuatkan aku amat serba salah nak bercerita. Kenapa aku serba salah? Aku serba salah kerana aku takut disalah anggap. Aku takut bakal ditegur kerana riak walaupun niat aku bukan begitu. Aku takut dianggap sombong walaupun tak terniat sekelumitpun dihati aku. Lama aku pikirkan perkara ini. Makan masa berbulan. Bahkan bertahun. Aku pernah bercerita mengenai perkara ini kepada salah seorang rakan aku bagi bertanyakan pendapat beliau. Lama aku dan LH bercerita. Secara asasnya kami mempunyai kesamaan didalam topik ini. 

Aku amat bernasib baik kerana beberapa hari yang lalu aku berkesempatan bertemu dengan rakan lama aku sewaktu kami berada di Mekah. Lotfi Lokman merupakan pelajar di Umm Qura waktu itu manakala aku bertugas di Al Safwah. Jika ada masa terluang, kami akan mencari waktu untuk bertemu minum kopi dan pada waktu yang sama bersoal-jawab beberapa topik relevan. 

Lotfi telahpun melancarkan buku karyanya. Memang dah lama aku tunggu. Gaya penulisan beliau amat santai dan berjaya meresap ke jiwa aku. Aku pasti pembaca lain juga begitu. Lotfi bukan seperti orang lain dari pelbagai segi. Yang mengenali beliau akan tahu maksud aku. Baik, didalam buku penulisan beliau ada satu topik yang amat menyentuh perasaan aku. Amat dekat dengan jiwa aku. Ianya menjawab pelbagai persoalan yang bersarang dalam fikiran dan jiwa aku selama ini. Lotfi menyentuh mengenai "sedekah" dan kisah-kisah benar yang berlaku keatas diri beliau lanjutan daripada sedekah secara ikhlas tadi.

Kelmarin aku berwhatsapp dengan Lotfi bertanyakan kepada beliau apakah ok jika aku bercerita sedikit tentang sedekah. Katanya, ia tergantung kepada niat. Jika niat kita untuk dijadikan panduan kearah yang baik, teruskanlah...maka dengan itu, berlandaskan kepada nasihat beliau, aku teruskan juga. Agar cerita-cerita aku ini dijadikan panduan. 


Kisah 1

Setiap kali aku ke Masjidil Haram, aku akan sentiasa sediakan duit satu riyal sebanyak 5 keping. Jika aku sempat prepare lebih, aku prepare lebih. Setiap kali aku melangkah menuju ke Kaabah, aku akan terserempak dengan para petugas berpakaian oren yang dibaju mereka tertulis pekerja Ben L. Apabila bertemu, aku serahkan sekeping. Tak banyak manapun...Begitu juga apabila aku kembali ke Masjidil Haram diwaktu lain..selesai cerita...

Ada sekali aku mendapat sms (takada whatsapp lagi waktu tu) yang keluarga memerlukan lebih wang pada bulan tersebut. Tanpa berlengah aku transferkan terus baki wang yang aku ada...lega! Bila aku balik ke bilik malamnya dan bila nak tidur, aku teringat yang duit aku hanyalah berbaki SR25 untuk menyambung selama 3 minggu lagi untuk sampai ke hujung bulan! Laa....tak lelap aku malam tu. sambil duduk minum kopi, selak langsir dan memandang ke kaabah, aku berdoa agar semuanya dipermudahkan. 

Esoknya, ada VVIP kita nak check out. Aku macam biasa jumpa tetamu berkenaan, iringi beliau ke kereta yang sedia menunggu, membuka pintu, bersalam dan mengucapkan selamat tinggal. Pintu kereta, aku tutup. Tiba-tiba pintu kereta dibuka kembali dari dalam. Beliau kembali keluar kereta, bersalam dengan aku. Kami berpeluk dan kemudian aku ulangi perkara sama yakni buka pintu kereta, mengucapkan selamat tinggal, menutup pintu kereta dan melambai (bid farewell). Aku berjalan ke lif. Dalam genggaman aku, ada sekeping envelop. Perlahan-lahan aku bukak. Ada 3 keping SR500! Alhamdulillah...rezeki dari Allah...

Kisah 2

Beberapa tahun yang lalu, tiap kali aku ke Maybank di Jalan Telawi akan ada seorang wanita yang akan menunggu ditepi tangga. Beliau sentiasa tersenyum. Bertudung litup dan disisinya ada resit-resit pembayaran dan beliau katanya mewakili sebuah penempatan anak-anak yatim disebuah tempat di negeri selangor. Banyak kali aku terserempak beliau. Dari tidak bersedekah, aku terpanggil untuk mula bersedekah. Tak banyak manapun...Kemana perginya duit tersebut, aku tak nak ambil tahu. Doa aku agar ia disalurkan ke jalan yang betul....selesai cerita...

Beberapa tahun yang lalu, ada perkara yang memerlukan perhatian segera dan juga wang yang segera. Besar juga jumlahnya tapi bagi orang lain jumlah tersebut mungkin kecil. Aku termenung tanpa berhenti berdoa agar diberikan aku kesempatan untuk bekerja lebih untuk mendapatkan wang lebih untuk membayar apa yang perlu aku bayar. Beberapa hari selepas itu semuanya bagaikan "magic" apabila aku dipanggil oleh sebuah agensi kerajaan dibawah sebuah kementerian. Mereka mahukan aku menyampaikan ceramah. Hanya beberapa jam sahaja setiap sesi manakala bayarannya tidaklah sebanyak Dato Fadzilah. Aku dibayar RM400 sejam. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah...

Kisah 3

Setiap hujung minggu yakni di pagi Ahad, jika aku tidak mempunyai rancangan apa-apa, aku akan sekerap mungkin cuba menghadirkan diri di Masjid Jamek. Membantu rakan-rakan UNGGAS memberi makan kepada rakan-rakan jalanan. Ia bagaikan "terapi jiwa" untuk aku. Berasa sungguh puas walaupun kehadiran aku mungkin tidak memberikan sebarang impak. Maksud aku, jika aku tak ada pun, kerja-kerja tersebut masih berjalan seperti biasa atau mungkin lebih baik . Adik-adik UNGGAS memang hebat. Aku 'tabik' kepada kesungguhan mereka melaksanakan tugas diwaktu orang lain sedap berselimut dirumah! Selesai cerita...

Abang telahpun tamat menduduki peperiksaan SPM. Keputusannya, alhamdulillah. Lebih baik dari aku dulu tahun 85! Hahahahaha...Selepas saja tamat peperiksaan, perkara pertama yang bermain difikiran aku ialah perihal kewangan. Berapakah jumlah yang aku perlu siapkan untuk pembelajaran beliau nanti? Rasa aku pasti puluhan ribu atau mungkin bakal mencecah RM100,000. Aku jadi bingung. Dalam aku duduk termenung, datang kakak aku memberitahu bahawa dalam penjualan sebuah rumah, ada bahagian aku disitu. Itu merupakan rumah yang aku beli sewaktu bertugas sebagai 'bussboy/waiter' di PJ Hilton dulu. Aku tak mahu ceritakan berapakah jumlahnya tetapi alhamdulillah aku mampu salurkan kepada yuran Universiti nanti. Aku terduduk. Bersyukur. Rezeki dari Allah...

Selang beberapa hari selepas itu, satu syarikat insurance telah menalipon aku memberitahu salah satu polisi yang aku beli untuk abang telahpun matang. Hasilnya akan dimasukkan kedalam akaun aku pada suatu tarikh nanti. Sekali lagi aku bersyukur...Rezeki dari Allah...

Kisah 4

Aku sentiasa terpanggil untuk memberikan sedikit makanan mahupun minuman dimana saja aku makan dan minum jika aku terserempak dengan yang memerlukan. Ada sekali sewaktu aku di Penang, aku ternampak seorang pakcik yang masuk kekedai nasi kandar, duduk dibelakang aku dan makan makanan yang hanya basic sahaja. Aku bangun berdiri di luar kedai sambil memerhatikan pakcik ni makan. Aku ke cashier dan bertanya berapakah jumlahnya. Aku bayarkan terus. Cashier ni pergi ke pakcik tu dan beritahu. Sewaktu aku nak melangkah keluar, pakcik tadi memanggil aku dan mengucapkan terimakasih sambil menulis nama aku didalam tulisan jawi diatas sebuah kad dan disedekahkan kepada aku. Selesai cerita..

Abang yang akan memasuki Universiti dihujung bulan ini pasti memerlukan belanja bulanan yang besar. Makan, minum dll dengan duit sendiri. Di penghujung bulan lepas, aku terpanggil untuk menalipon kedai kereta untuk bertanyakan bilakah bayaran ansuran aku akan berakhir? Jawapan yang aku terima amat mengejutkan. Bayaran ansuran kereta aku bakal berakhir dipenghujung bulan April 2016 manakala duit poket Abang akan bermula pada bulan Mei 2016! Rezeki dari Allah...

Kisah 5

Oleh kerana kereta aku lebih kurang seusia Marina, maka oleh itu, adalah juga kadang-kadang ia meragam. Kesemuanya memerlukan belanja yang agar besar. Aku garu kepala yang tak gatal ni. 5-6 hari aku dok garu kepala yang tak gatal. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah bertanya apakah aku boleh memberikan ceramah mengenai hospitaliti? Hamba Allah ini mendapat tahu tentang aku dari seorang Hamba Allah yang lain. Aku tergamam dan bersyukur. Rezeki dari Allah...

Banyak lagi sebenarnya yang nak aku tulis. Sekali lagi aku nak tegaskan disini bahawa tujuan aku menulis cerita-cerita ini ialah untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Bukan niat aku untuk riak ataupun angkuh. Tidak sekali-kali. Aku pon cuma menunggang moto kapcai yang burok. Apa yang nak riaknya lainlah kalau naik HD! Hahahahahaha....have a great week people!




14 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assamualaikum Uncle,

Terima kasih berkongsi cerita berkenaan sedakah. Mak Long ada juga beberapa kesah pengelaman sendiri. Tidak berani hendak cerita kerana samalah sebab-sebab yang Uncle sebut itulah. Benarlah pucuk pangkal "niat" seperti yang sahabat Uncle kata.

Menanggung anak masuk belajar di universiti belanjanya besar. Mak Long sudah melalui liku itu untuk membesarkan lima orang anak. Garu kepala yang tidak gatal tidak sudah-sudah. Berkat tabah dan kesabaran insyaAllah Ia akan permudahkan.

Selamat berhujung minggu bersama keluarga.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.
Terimakasih kerana membaca dan meninggal kan komen. Saya amat berbelah bahagi samada mahu menulis ataupun tidak. Setelah saya bersembang dan membaca bukunya barulah saya berani menulis.

Sedekah tidak hanya dengan wang ringgit. Sedekah juga boleh dilakukan dengan kudrat/tenaga.

Tujuan saya menulis topik berkenaan ialah untuk menyeru rakan-rakan pembaca utk sama-sama bersedekah kepada yg memerlukan.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Akak tidak sama sekali merasakan cerita Uncle ini patut ditegur malah akak rasakan patut kita kongsikan kerana disini menunjukkan betulnya amalan sedekah..
Wang yg kita buat sedekah tidak memiskinkan kita malah seperti janji ALLAH .. ALLAH akan menggantikan semua dengan ditambah pahala dan ganjaran di akhirat.
Janji ALLAH itu kan sesuatu yg tidak patut kita ragu2.

Uncle berkata...

Terimakasih IBU n ABAH. Saya hampir-hampir memadamkan cerita saya tengah malam tadi tapi cuba bertahan. Alhamdulillah rasanya boleh diterima dgn baik dan rasional.

Benar seperti yg kakak kata. Allah telah menjanjikan kita...

Kakzakie Purvit berkata...

Subhanallah... suatu yg tak perlu dipertikai
Ibarat memberi sedikit tapi imbalan dariNya berganda-ganda itulah janji Allah. Janji yg pasti. Alhamdulillah, kakak terharu dan akur inilah contoh yg perlu dicontohi. Syabas uncle!

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Malu saya bila kakak kata 'tahniah'. Gulp...ramai lagi diluar sana melakukan lebih daripada saya. Cuma saya lain sikit. Saya nak kongsikan bersama pembaca agar ianya dapat menjadi amalan kita!

NEKCIK berkata...

Takpe Uncle..mungkin ada hendak bersedekah tapi kalau sikit tu terasa sikit sangat..tapi bagi nekcik satu jer..kalau kita sedekah yang tidak terlalu banyak..kita mudah lupa..tapi mungkin kalau banyak..syaitan mudah menghasut kita..lalu hilang nawaitunya..memang nampak kehebatan bersedekah ..Allah akan sentiasa hantar rezeki pada kita dalam berbagai cara..insyaallah
Ingat pesanan arwah bapak nekcik..tangan tu jangan di genggam rapat rapat...maknanya selalulah menghulur!!

Uncle berkata...

Terimakasih Nekcik. Benar...Allah telah menjanjikan kita...makanya mari lah bersama-sama kita membantu golongan yang memerlukan. Ramadhan pun dah dekat. Saya pasti ramai yang amat-amat memerlukan. Selalu saya fikir, kalau saya terasa susah, ramai lagi yang lebih susah diluar sana. Saya lupa untuk bersyukur...

JALAN REBUNG berkata...

salam bang ,

sangat memberi motivasi , saya tak rasa ada tujuan untuk riak dan kalau ada orang nak kata yang tulisan ni riak tu lumrah dunia la bang.

posting abang kali ni akan beri kesan yang sangat deep pada saya dan kehadiran posting ni dalam kita dah dekat nak hadapi ramadhan ni macam kena sangat timing dia .

terima kasih bang

p/s : SAS dgn SDAR kita brothers (saya pernah ke sana masa form 3 main ragbi friendly ..kena titik kaw2 ,,hehehehe)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam JR (bukan Ewing!)

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan sedikit komen. Terimakasih juga kerana boleh menerima cerita Uncle ni. Cerita budak-budak muda macam ni lah....

Rugby dah merupakan permainan tradisi kita melebihi takraw dan galah panjang! Uncle dulu tidur dengan bola rugby. Masuk kelas Bio terus menguap...kepala otak dok pikir macam mana nak "dummy" dan "side step" opponent...tu yang result pun kena "DUMMY!". Lately Uncle rasa SAS has improved tremendously unlike SDAR, unfortunately....tapi tunggulah kebangkitan SDAR dalam masa beberapa tahun akan datang dalam "SUPER 6"...hahahahahaha...JR, u take care!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Assalamualaikum...
Hikmah bersedekah amat ajaib.. sy selalu kagum betapa luar biasanya hikmah bersedekah walaupun hanya kpd seekor kucing jalanan.

Lady Windsor berkata...

Assalam Uncle,
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Sedih saya baca kisah hebat Uncle ni, bukan sedih yang sedih, tapi sedih yang gembira kerana janji Allah itu pasti, rezeki kita sudah tertulis. Selagi yakin dan beriman kepadaNya, inshaAllah kita terpelihara dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Nak share juga sikit kisah saya sini buleh dak? Saya tak ingat dah berapa kali saya bersedekah (teruknya saya) cuma yang saya ingat kali terakhir saya bersedekah ialah dua bulan lalu selepas membaca FB Dr Raja Shamri pasal seorang anak yang cacat kakinya naik ke pentas semata-mata untuk bersalam dengan Dr Raja. Allah, saya rasa hebatnya semangat anak itu, lalu saya bersedekah atas nama arwah emak. Maaf bukan nak menunjuk, cuma nak share betapa nikmat Allah itu besar. Sebetulnya, saya sedang sengkek dan semput sebab kena p out station ke luar negara dan duit yang ada cuma RM40++ je berbaki selepas bagi sedekah tu. nafas pun lelah, kepala pusing tok sah citer, paspot nak kena renew, duit poket nak kena ada. Nasib baik adik lelaki saya huloq sekeping dua untuk renew paspot. Duit poket tang mana nak cari. Saya kerja kais pagi makan pagi. Nak tolak tugas out station tu tak mungkinlah sebab itu memang impian saya.

Tiga hari sebelum p, tetiba kakak senior masa saya belajar dulu call, tanya khabar serba sedikit. Dalam dok bersembang tu, saya bagi tau nak p Europe. Dia pun tanya hang ada duit ka? Saya habaq x dak..tup tup dia kata ok sat g dia akan bagi duit belanja untuk saya selama 10 hari. Astaghfirullah, saya menangis sebab Allah dengar doa dan apa hajat dalam hati saya. Kata kakak tu, dia ingat jasa saya yg pernah bagi pinjam duit kat dia beberapa tahun lalu. MasyaAllah, saya tak terfikir pun pasal tu.

Kesimpulannya...saya kena terus bersedekah walaupun 50 sen...kerana rezeki Allah itu maha hebat nikmatnya.

ok tq naa Uncle bagi saya ruang share cerita sedekah di sini, semoga bermanfaat juga utk orang lain...

Uncle berkata...

Seri Kandi Tanah Jauhar.

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan jejak. Uncle tak reti nak explain macamana tetapi itulah janji Allah. Datangnya rezeki dari pelbagai sudut. Jika bukan wang ringgit, deberiNya kesihatan yang baik ataupun dipermudahkan segala urusan! Mengapakah kita masih lagi tidak percaya? Astaghafirullah. Minta dijauhkan..

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Terimakasih kerana berkongsi pengalaman disini. Memang benar bahawasanya telah dijanjikan Allah. Uncle mohon agar cerita-cerita kita ini dijadikan panduan untuk kita lebih banyak bersedekah. Bukan hanya dibulan Ramadhan malah dibulan-bulan lain juga! Semoga sedekah ini menjadi amalan kita sentiasa. Bukan hanya dari segi wang ringgit malah juga tenaga....bantulah kepada yang memerlukan bantuan..

Sebelum Uncle lupa, 'tat nangnaih' tu habeh tak sampai satu hari......esoknya Uncle tereyak sorang-sorang tengok balang kosong!

tat nangnaih...
tat nangnaih...
tat nangnaih...
tat nangnaih...
zzzzzzzzzzzzzzz

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...