Selasa, Jun 14, 2016

Sardin..



Banyak kenangan aku dengan 'sardin/mackerel' ni. Ini selalunya akan menjadi makanan 'darurat' aku. Salah satu kenangan yang aku tak boleh lupa pasal sardin ni ialah sewaktu bulan Ramadhan sekitar 2008 atau 2009 dulu bilamana ada sekumpulan VIP termasuk beberapa Menteri menginap di Hotel Al Safwah tempat aku bekerja. Kebiasaanya aku akan meneliti guests list yang akan menginap di tempat kami. 2 minggu sebelum itu aku akan mula membelek-belek negara asal jemaah-jemaah ini. Ada yang datang dari Qatar, ada yang dari UAE, ada yang dari England dan ada juga yang dari Amerika. Daripada situ aku akan groupkan pula benua mereka. Ini aku lakukan dengan teliti. Aku mengambil masa yang agak lama untuk membuat perancangan makanan mereka. Maklumlah yang akan menjamu selera nanti mencecah 1500 orang setiap kali makan! Makanan dari segenap benua dipilih daripada beratus-ratus jenis makanan didalam menu kami yang telah disiapkan oleh Executive Chef aku yakni Chef Nashat dari Egypt (masih lagi disana). Setiap malam kami akan duduk berbincang selama 2 jam dan merencanakan menu-menu yang akan disediakan untuk jemaah dari setiap negara. Amat melelahkan fikiran..

Datang permintaan daripada sebuah agensi ternama memberitahu aku bahawa rombongan yang dibawa kali ini ialah rombongan VIP. Termasuklah beberapa orang Menteri. Aku jadi tak sabar nak bertemu jemaah daripada Malaysia. Menu mereka telahpun disiapkan. Jemaah Malaysia yang menginap di Hotel Al Safwah agak fleksibel. Mereka mahukan makanan international seperti yang aku dah rencanakan untuk jemaah lain dari seluruh dunia walaupun kadangkala aku selitkan juga kurma ayam, kari daging dll.

10 hari jemaah Malaysia tinggal di Hotel Al Safwah dan tiap-tiap hari makan kabsah dan mandhi kambing dan ayam. Tiap-tiap hari makan seafood dll hinggalah suatu hari sewaktu nak bersembahyang Zohor di Masjidil Haram, aku sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka. "rombongan Dato' malam ni nak makan malam di tempat biasa ka?". Kami menuruni escalator untuk ke masjid bersama-sama..."Macam ni lah Shahrir, kami dah tak tahu nak makan apa. Semuanya bagus kat sini tetapi agak 'heavy' dah untuk kami...rasanya malam ni kami pakat nak pergi makan kat luar pulak...ala....yang simple-simple saja....buffet you tu banyak sangat makanan. Bila makan tak boleh stop!". Perbualan terhenti disitu dan kami mengambil tempat masing-masing untuk bersolat jemaah. 

Secara kebetulan sekali lagi kami bertemu sewaktu mahu pulang ke hotel selepas bersembahyang Asar. Kali ini pula tiba-tiba beliau bersuara bertanyakan apa yang aku siapkan untuk berbuka puasa. Macam biasa, aku pun bercerita mengenai menu international aku. Aku lihat beliau seperti tak berminat dengan apa yang aku cakapkan. Sewaktu menaiki escalator untuk ke lobby hotel, aku bagitahu, "Dato', malam ni saya masak sardin.....campur bawang dan cili padi". Dalam keadaan separa dengar, Dato' menoleh kearah aku dengan mata bersinar-sinar. "Shahrir, kalau macam tu, saya turun makan nanti. Saya kena bagitahu pada yang lain. Confirm semua turun cari you nanti!". Aku gelak kecil. Kami berjabat tangan.

Selalunya di bulan Ramadhan, hari aku bermula dari pukul 9 pagi. (Hari lain aku mula pukul 7 pagi). Meeting dengan pasukan aku, meeting dengan chef aku, meeting dengan sales department, meeting dengan accounts department, meeting dengan engineering department, meeting dengan tour leaders serta bertemu dengan para jemaah untuk mendapatkan feedback. Kesemuanya berlarutan hinggalah ke malam. Sekitar 11 malam barulah aku dapat duduk sebentar dan minum cappucino sambil menikmati keindahan dataran Masjidil Haram dari restaurant kami yang bertentangan dengan masjid. Pukul 1 pagi, sahur akan bermula sehinggalah ke waktu sebelum azan Subuh. Aku masih bertugas. Aku hanya melangkah kaki balik ke bilik selepas itu. Lepas Subuh aku akan tidur hingga pukul 8 dan kembali bersiap untuk masuk ke pejabat pada pukul 9. Tidak ada off day sewaktu bulan Ramadhan dan juga musim Haji. 

Kembali kepada cerita jemaah VIP tadi, aku dapat panggilan daripada beliau yang mengatakan semua jemaah Malaysia didalam group beliau akan turun makan sahur dalam pukul 2 pagi. Aku kata ok tak ada masalah sebab semua dah disediakan. Tapi sebelum beliau mematikan panggilan, beliau berkata, "Shahrir, kami cuma nak makan sardin cicah roti. Ada......kan......". Hahahahahahahaha.......kali ni aku jadi kalut sebab sardin semalam untuk iftar dah habis mereka makan! Kelam-kabut aku berlari ke stor dan ambil satu kotak yang didalamnya ada berisi tin-tin sardin. Sampai didapur, aku bagitahu Chef Dollah...(Chef Abdullah dari Indonesia masih disitu lagi), ini kena masak ekspres.....mesti siap dalam masa 20 minit. Chef Dollah jadi kalut. Bila Chef Dollah jadi kalut, Chef Eka (dari Bali) akan juga jadi kalut! Mereka berdua ni merupakan diantara chef terbaik aku waktu itu. Tidak pernah mengeluh apabila bekerja dengan aku. Suruhlah masak apa pun. Pasti akan dibuat mereka. Beriani mereka, soto mereka, kurma ayam mahupun daging, kari kepala ikan salmon dll mereka ni lah yang masak. Sampai kepada ikan masin aku pun digorengnya mereka di rumah dan dibawa ke hotel untuk aku. Kalau goreng di hotel semua orang akan pengsan katanya....hmmm betul jugak! Penangan sardin ni memang hebat..

Berbalik kepada tetamu-tetamu VIP aku tadi, tepat pukul 2 pagi kumpulan mereka pun turun. Aku dah tunggu di depan restaurant untuk menyambut walaupun tadi iftar aku dah sambut! Hahahahahaha..... Mereka turun dengan pasangan masing-masing. Semuanya terus menuju ke meja buffet untuk mengambil shorba, salad dan juga roti. Sebelum mereka mula bertanya, aku keluarkan sardin yang baru chef Dollah dan Eka prepare dan letak diatas meja. Kelihatan masing-masing tersenyum. Makan berselera. Ada yang makan dengan nasi dan ada yang cicah dengan roti...aku yang melihat berasa puas!

Waktu kecil, tin-tin sardin akan sentiasa tersusun didalam gerobok buruk di dapur rumah. Waktu aku kecil dulu bila arwah mama pening tak tahu nak masak apa untuk kami ber enam, sardin lah yang akan dimasak. Tak ada orang yang komplen. Arwah mama hiris bawang bulat-bulat dan kemudian masukkan beberapa biji cili api. Ternganga kami adik-beradik makan. Sampai keluar hingus! Tak ada sesiapa yang merungut apa-apa pon......

Macam-macam kalau nak cerita pasal sardin ni. Sekali-sekala makan sardin ni sedap jugak. Tadi ada pulak kawan lama yang dah apikan aku suruh buat kari sardin. Disuruhnya aku masukkan ubi yang dipotong kiub! Wah...sedap ni...macamana nak diet! Huaarghhhhhhhhhh! Takpa...itu menu untuk esok aku berbuka....jadi kepada semua, selamat berbuka puasa pada waktu berbuka puasa! Hahahaha...

23 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Sepanjang dah masuk 10 hari Ramadhan 1437H ini, kakcik dah masak sardin sekali. Dalam kabinet dapur kakcik memang ada stok sardin (makerel) untuk waktu kecemasan atau waktu buntu. :)

Eh...sardin dah jadi makanan mahal sekarang - dah hampir RM9.00 setin...

Kakzakie Purvit berkata...

Hahaha... itulah kalau kakak pun jemu kena hidangan berat kabsah, mandy bagai tu. Kena sardin, bawang besar dan cili padi memang mantop! Apa lagi dipadankan dgn roti memang best. Kakak pun suka

Tak dpt bayangkan dua Chefs uncle nak buka tin sardin terkocoh-kacah kejar masa. Masaknya tak lama mana pun sardin ni:)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Tin sardin bersaiz sedang yang saya beli semalam (ada lah 2 ketul kot) berharga RM5.50. Ah Pek kedai kata, inilah makanan yang selalu naik harga! Hahahahaha.....Macam kata Kakcik, sardin ni sekarang dah tinggi betul harganya.....

Makanan buntu saya juga! Hahahahaha!

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Semalam dah ada orang yang 'cucok' saya pasai kari sardin. Maka itu, hidangan berbuka saya malam ni ialah kari sardin....

Ada sekali tu former associate saya yang kini bermastautin di USA dalam fbnya bertanya apa nak makan bukak posa nanti? Rakan-rakan fb ramai yang bagi cadangan....saya pun tak terkecuali. Saya cadangkan ikan bilis goreng bawang dan cili padi...hahahahaha true enough dia hantar message dan gambar yang ikan bilis tu lah yang dia masak untuk juadah berbuka puasa! Hahahahahahaha.

Berkenaan Chef Dollah (asal jakarta) dan Chef Eka (asal Karangasem, Bali), mereka berdua ni memang 2 chef berpengalaman. Hanya mereka berdua yang masak untuk jemaah malaysia, singapore, indonesia yang berjumlah hingga 400-500 orang (peak time). Sehari bekerja sampai 16-18 jam bersama-sama saya. Setiap request saya pasti dipenuhi. Hingga sekarang saya masih berhubung dengan mereka. Kini jika ada VIP yang akan ke Mekah dan menginap di Al Safwah, kebiasaannya mereka akan memberitahu saya dan saya akan terus mengirimkan pesanan kepada Chef Dollah untuk menjaga makan dan minum mereka. Alhamdulillah saya sering menghubungi semula rakan-rakan lama.

Kakcik Nur berkata...

IKan bilis goreng + Bawang + cili padi memang 'win' bak kata bebudak sekarang...dan kakcik pun dah buat untuk sahur/berbuka kali ini (siap letak gambar di blog, fb dan instagram)... :)

Tanpa Nama berkata...

Uncle...
Sebelum masuk SDAR saya xsentuh langsung sardin.
Bila kt SDAR udah dijamu sardin, sardin, dan sardin bila supply ayam & ikan xde.
Sampai sekarang jadi penagih sardin cili api dan ikan goreng sardin garing (very crispy).
Tu belum bab muka sardin..hi..hi.

Charlie.

Tanpa Nama berkata...

salam Uncle,

sardin jenama ayam brand memang da mahal..tapi tu je pun yg sedap..pernah beli jenama lain,tapi tak ngam...hehe..sambal sardin,telur dadar,kicap...k bye..


-faradia-

Kakzakie Purvit berkata...

Baguslah uncle kakak perhati memang sangat ambil berat silaturrahim dgn kawan-kawan, staff dan yg pernah berdamping. Ikan bilis, cili & bawang rasa kakak ramadhan ni jgn kata yg kat Arab, kat M'sia ni pun ramai yg suka.

Eh... boleh ke kakak nak buat kari sardin juga iftar hari ini hihi...

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Memang 'win' hahahahahahaha...itu bakal menjadi hidangan berbuka saya esok pulak.....yeayy!

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Rasanya akak pon dah kena jangkitan 'kari sardin'...silakan...silakan...hahahahahahaha...sapa lagi geng kari sardin hari ni, tolong mengaku! Hahahahahahaha...

Berkenaan ikatan persahabatan tu, oleh kerana saya sering kesana-kemari, mereka ini banyak membantu. Sebagai contohnya, saya bakal ke bali nanti. Tetapi akan menginap di 2 tempat berbeza yakni Kuta dan Benoa di Nusa Dua. Alhamdulillah perancangan telah dibuat untuk bertemu rakan di kedua-dua tempat. In fact mereka juga yang membantu membuatkan reservations untuk saya disana nanti. Bayar tetap bayar walaupun kawan baik...tapi urusan bertambah mudah dengan kawan-kawan disegenap pelosok dunia!

Di Kuta kawan saya dari KL dulu manakala di Benoa ialah rakan saya dari Jakarta tetapi belajar bersama-sama dengan saya di Suisse. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama...

Uncle berkata...

Abang Charlie.

Kat sekolah tu memang kita kenal macam-macam! Hahahahaha....macam yang abang charlie kata dulu, 'the good, the bad and the ugly!'. Abang Charlie, up sikit 'kari sardin' malam ni....hahahahahahaha....

-kawan sardin

Uncle berkata...

Faradia.

Uncle suka jugak satu lagi jenama. Sardin cap "MARINA" tapi Uncle tak sampai hati nak beli dan makan yang tu sebab teringat kat Marina Ayumi di rumah....tin dia rona merrrah!

Psst....'kari sardin' malam ni.....wink!

Tanpa Nama berkata...

Uncle,


marina pun best,murah 30sen dari ayam brand...haha..kari sadin?,belum pernah cuba..nak try sepiring boleh...

-faradia-

Uncle berkata...

Faradia.

Uncle takut habis licin semua malam ni...hahahhahaha

Tanpa Nama berkata...

uncle,
sama pun rasa yg sama..haha

-faradia-

Uncle berkata...

Faradia.

Kompom habis licin semalam! Hahahahahaha...sapa lagi yang masak kari sardin semalam cuba angkat tangan!

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
Lauk Sardin atau Ikan Kaleng mmg terbaek....
Sambal sardin fav suami akak. Cicah roti...

Uncle berkata...

Ibu n Abah

Habis licin saya sorang makan sebab yang lain-lain tak makan...hahahahahh tin kecik saja...ada 3 ketoi yang haluih...tapi memang sedap...nanti nak buat lagi! Hahahahaha. Hari ni buat 'pajeri terung'......lama tak makan...ikan masin sikit...

Kakzakie Purvit berkata...

Hari yg kakak nak buat kari sardin tak jadi.
Buatnya semalam cecah dgn lempeng kosong. Uncle tahu tak. Just gandum letak sikit garam letak air. Buat cair-cair macam ketayap tu. Sedap tau cecah dgn kari sardin... balance buat sahur pagi tadi.

Makan sahur ingat uncle - kelakar kan kakak ni:)

Uncle berkata...

Kakzakie,

satni saya nak buat pajerri terrong dan goreng gelama masin! Hahahahahahaha....

Dr Singa berkata...

selalu beli sadin cap ayam
tapi kadang kadang nakcepat terambik makerel cap ayam
dah lain lak rasanya.. ingat salah masak.. ruparupanya salah ikan

Uncle berkata...

Dr Singa.

Rasa ada lain sikit...tapi terlalu sikit untuk merasakan kelainannya! Err, paham ka?Uncle seniri confuse!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sedapnya kalau ptg ni dapat berbuka dgn sardin...

family sy pun sama uncle.. bersusun tin sardin di belebas dan seminggu sekali mesti ada menu sardin. bawang dan cili kena lebih kalau tidak nanti tak cukup. sardin biasanya kami ambil sebelah sorang, makan sikit2 gaul dengan nasi.. pehhhhh!
tapi bila dah kahwin rupanya suami pulak tak makan lauk sardin, kecewa betul! hahaha

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...