Ahad, Jun 26, 2016

Sdara 85 Iftar 22/6/2016

34 orang semuanya

Kali  ni aku happy sebab kami dapat kumpulkan seramai 34 orang budak-budak batch 85 untuk sama-sama berbuka puasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Bukan senang nak dapatkan semua ni sebab komitmen masing-masing.  Berbulan jugak kami merencanakan semuanya dengan whatsapp messages hampir saban hari. Ada yang terbang dari KB dan ada yang memandu dari JB. Gila budak-budak ni....Kalau diikutkan kepada gambar pertama diatas, macam tu lah perangai budak-budak ni...sama macam waktu berusia 13-17 tahun di tahun 81-85 dulu. 

Aku, AA dan Leman

AA tulah yang dulu aku ceritakan yang aku kalah lawan badminton masa form 1. Geram aku membara sampailah ke hari ini...insyAllah aku akan cari waktu untuk membalas dendam. "Siap kau AA!". Tapi bila difikirkan balik, aku harus berhati-hati dengan dia sebab tahun depan aku nak cari dia.......hahahahahahahha...."kau jangan lupa aku ye.....aku rela kalah berkali-kali dengan kau...hahahahah" wink!

Sebelah AA pulak si Leman. Bila kami cerita pasal rugby, Leman jugak akan mencelah. Celahannya berisi sebab Leman duduk NZ bertahun-tahun....jadi dia tahu sangat perihal pasukan NZ All Blacks. Hebat si Leman ni......messages beliau setiap hari juga kelakar! Hahahahaha.....Korang ni memang 'penyamun' lah!

Form 1 tahun 1981


Macam diatas tu lah rupa kami apabila memakai salah satu seragam rasmi untuk bersembahyang jumaat di dewan sekolah. Kami bergilir-gilir akan membentangkan carpet sejadah di dewan. Maklumlah form 1........berdiri paling kanan tu kini architect...hahahahahahahaha...cuba tengok muka dia orang betul-betul.....pernah tak terfikir masa depan mereka? Ternyata ketiga-tiga mereka berjaya didalam karier masing-masing.  Ni pun penyamun jugak! Hahahahahahaha...

Brothers In Arms

Budak yang dalam gambar F1 paling kanan tu ialah budak yang sama di gambar atas ni yang berdiri paling kanan.  Since dia juga seorang photographer yang hebat, kami terpaksa patuh pada arahan beliau tentang cara-cara nak posing! Siapa sangka budak yang "chikeding" suatu waktu dulu dah menjelajah Papua New Guinea dengan basikal!  Bulan puasa pon dia kayuh basikal. Ini dah tahap kronik dah budak ni...Dah sampai ke tahap "tak boleh dibantu!"

Terawikh

Ini merupakan acara yang mesti setiap kali kami bertemu. Alhamdulillah...didalam mengejar cita-cita dan mendaki tangga koperat, adik-beradik aku ni masih lagi dilandasan yang betul. Macam aku cerita dulu...setiap kali kami bertemu, cerita tak pernahnya habis....Kepada pasangan masing-masing, jangan risau....semuanya "clean gathering". Tak pernah "menyimpang". Sebab tu aku amat sedih bila ada perjumpaan 'reunion' salah sebuah sekolah ditanahair, digunakan sebagai platform untuk menjalin hubungan kasih-sayang yang terputus dengan kekasih lama....Amat menyedihkan,  kerana mereka telahpun berpasangan dan berkeluarga...btw, sekolah aku semuanya jantan....hahahahaha...




Tengoklah pada air muka masing-masing...masih ceria. Bukannya tak pernah jumpa tetapi setiap kali berjumpa kami seolah-olah tak pernah berjumpa selama 31 tahun! Padahal hampir kesemuanya menetap dan bekerja di KL!



Apam ni memang kelakar. Setiap kali dia bukak mulut ada saja yang melucukan. Begitu jugaklah karektor beliau sejak daripada kecil dulu. Tak kering gusi si Singh mendengarnya. In fact Singh tu merupakan jiran kepada Apam di Paroi Jaya, Somban. Aku yang berdiri kat belakang Apam pun gelihati...hahahahaha...


Macam biasa, aku berdrama dengan muka serious. Membentangkan belanjawan/program batch aku hingga ke tahun 2018. Nasib baik ramai dengar...


Ada yang hairan dengan keakraban kami. Memang mereka patut hairan macamana kami dapat bersama selama berpuluh-puluh tahun. Ucapan terimakasih aku kepada 2 rakan kami yang bukan beragama Islam yang sama-sama datang berbuka puasa pada malam tersebut. Manimaran dan Jeffrinder Singh merupakan 2 orang penyamun yang bersama-sama kami di waktu susah dan senang selama 5 tahun kami di seremban dulu. Aku terharu kerana kali ini kedua-duanya mampu meluangkan masa untuk datang berbuka puasa bersama. In fact ke dua-duanya berbuka puasa bersama selama 5 tahun kami hidup bersama dulu. 

Thank you all....thank you all...korang semua memang "penyamun!"

12 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

ALHAMDULILLAH
Persahabatan yg dijalin waktu bangku sekolah apatah lagi di sekolah asrama mmg lebih terasa akrabnya. Adik beradik lain ibu dan ayah.

Omong Mak Long..... berkata...

Uncle, ramai betui adik-beradik. Macam-macam ragam kan, rapat hubungan silarturrahim walau pun penyamun hahahaha.... Bila dah kumpul-kumpul gitu, time nak berpisah datang rasa sedih dan sebak .. bilalah pulak dapat bersama lagi..

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Memang benar sekali. Saya pasti kesemuanya tentu ada cerita masing-masing cuma tidak ditulis saja. Saya pula suka menzahirkan maka oleh itu banyak cerita-cerita saya yang menceritakan apa yang berlaku disekeliling saya.

Susah saya nak cari kawan yang macam ni. In fact malam tu sewaktu berbual dengan Singh, saya sempat selitkan appointment untk "scaling" gigi saya sebab Singh tu dentist. Hahahahahaha...btw, Singh pun selalu kena 'penampar' cikgu Sabarudin Ahmad dulu....hahahahahaha...

Uncle berkata...

Omong Mak Long.

Alhamdulillah kami sangat rapat. In fact kedatangan Manimaran dan Singh malam tu untuk sama berbuka puasa mengembalikan nostalgia kami sewaktu di sekolah dulu. Mereka sama-sama menunggu azan untuk berbuka. Tidak makan atau minum dihadapan kami dan kadangkala juga ikut berpuasa! Hebat mereka ini. Saya sering juga bercerita pasal Singh di blog. Budak paroi jaya tu.....

ummi_khalish berkata...

alhamdulillah..indahnya ukhuwah itu...dil rasa bahagia dan suka bila tengok gambar ni..smoga uncle sntiasa dirahmati Allah dan bahagia dunia akhirat..in shaa Allah.. :-)
*sampaikan salam buat auntie dan anak2 uncle ye..dengan lafaz assalamualaikum..

Kakzakie Purvit berkata...

Masya-Allah... kakak baca terus senyum sampai akhirnya uncle. Betul kakak suka sangat dgn ukhuwah 'budak-budak' ini semua. Kalau dulu 'nakal' tapi sekarang pun masih 'nakal' lagi. Lagak semua macam budak lagi - happy betul semuanya kakak tengok. Siap ada nama Apam lagi manalah kakak tak gelak sendiri.

Tapi betul 'nakal' yg begini landasan hidup tak pernah tersasar itu yg semuanya berjaya. Alhamdulillah. Tahniah pada group 'budak nakal' ini.

Best!

Uncle berkata...

ummi_khalish.

Bukan senang nak dapat budak-budak yang macam tu...semuanya berkerjaya tetapi demi adik-beradik 85, kami selalunya sepakat didalam apa jua perkara. Kesepakatan tu bermula sejak dulu lagi. Bila sorang kena tangkap, dia tak akan pecah rahsia......itulah kesepakatan dulu! Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Bukan saja nama 'apam', bahkan kami dah macam zoo pulak...ada katak, lalat, ayam, kucing, cicak, gajah, dll....itu belum nama pelik lain lagi! Hhahahahahha...tapi ada beberapa nama betul budak-budak batch 85 ni yang sejak dulu dipanggil nama gelaran, sampai sekarang saya tak ingat nama betul depa...yang tu masaalah!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam Uncle..
sy pun terharu dan sebak ni.. dah kenapa ya? hahahaha. Rasanya lepas ni mesti ada pertemuan hari raya pulak, kan.. tak sabar nak baca cerita uncle utk reunion raya pulak :)))) semoga semuanya dapat berkumpul kembali.. kalau boleh panggillah cikgu2 uncle tau.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam.

Good idea. Akan Uncle usahakan untuk ajak cikgu sekali....tapi bukanlah dalam waktu terdekat ni.....jauh sikitlah rasanya...

Kakcik Nur berkata...

Tak pernah yang kakcik tidak rasa 'tersentuh' setiap kali membaca kisah keakraban para penyamun ini! :)

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Ini lah my group of friends yang dah macam adik-beradik. Tak reti nak kata apa lagi dah..bukan main penyamun lagi semua tu dari dulu sampailah sekarang!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...