Rabu, Julai 27, 2016

Sunday yang masih busy!

dari kiri Uncle, Nyem, Kusya, AJ, Judd dan Ketat
Tajuk yang hampir sama macam minggu lepas sebab aktiviti pada ahad kali ini juga hampir-hampir sama dengan minggu lepas! Semua anak-anak ada dirumah. Semuanya sibuk. Termasuklah aku. Macam biasa paginya aku bangun awal, bersiap dan terus ke Masjid Jamek bagi bertemu 'rakan jalanan'. Aku sampai awal. 4.45am dah terpacak kat MJ. Toleh kiri dan kanan, yang ada cumalah abang-abang security yang memerhatikan pergerakan aku masuk berjalan perlahan-lahan sambil menguap sakan!

Sampai di tangga, aku terlihat yang makanan sedekah telahpun berada didalam MJ yakni tempat yang bakal kami jadikan sebagai kaunter untuk menyerahkan makanan kepada mereka.  Aku jalan longlai ke salah sebuah tiang masjid dibahagian belakang dan menunaikan solat sunat. Selesai solat, aku toleh kiri dan kanan sekali lagi. Takde sorang pon disitu. Jeling ke jam di mobile phone. Waktu dah menunjukkan hampir pukul 5.30 pagi. Makanan belum di packkan lagi. Sukarelawan tak nampak muka. Yang ada cuma aku seorang! Gulp...aku telan air liur. Rakan jalanan mula mengatur langkah masuk ke perkarangan masjid. Tiba-tiba aku nampak kelibat yang biasa aku lihat saban minggu. Mummy dan Farid. Lega sikit rasanya...walaupun tak berapa nak lega sebab hanya kami ber 3 sahaja bakal menyediakan makanan untuk beratus-ratus tetamu nanti. 

Afza Sdara 96 yang berziarah...tq!
Makanan pagi ini ialah lemang super-duper dan ayam masak merah serta 2 jenis kuih. Sirap ais serta kopi o dan teh o. Dalam waktu terdesak begitu, aku teringatkan tugas-tugas seperti di hotel dahulu. Ada kalanya aku akan jadi 'panas hati' sebab staff tak datang kerja disebabkan mc. Breakfast nak sediakan untuk 400 orang tetamu sedangkan staff termasuk aku cuma ada 4 orang sahaja! Jadi, situasinya adalah hampir-hampir sama. Fikiran tetap positif. Tarik nafas dalam-dalam dan senyum.....siapkan kaunter air, aku masukkan lemang dalam bekas, mummy sendukkan rendang. Tetamu beratur panjang. Alhamdulillah walaupun hanya kami ber 3 saja yang bertugas, semuanya berjalan lancar dan lemang yang berpuluh batang habis kami jamu pada rakan-rakan jalanan. In fact ayam masak merah yang berbaki juga kami pack kan untuk mereka yang mahu dan boleh dimakan tengahari nanti pesan aku. 

Selasai saja di MJ, aku bergegas ke padang rugby di UM pula untuk membakar kalori yang banyak terkumpul. Kali ni aku rasa puas sebab kebanyakkan latihan yang diberikan dapat aku buat walaupun ada yang lebih muda aku lihat agak liat! Hahahahaha....10.40 pagi aku mohon untuk beredar kerana perlu balik ke rumah bersiap sebelum ke rumah Nyamuk@Nyem untuk majlis rumah terbuka. Sesampai dirumah, semua dah siap. Aku mandi, tukar pakaian dan memandu ke Shah Alam. Bila sampai aku tengok ada beberapa orang budak batch aku macam dalam gambar kat atas tu dah pon sampai. Just nice kata orang Gelugor! Aku tak lama disitu sebab tetamu mula datang. Perlahan-lahan aku salam dengan semua orang dan menghilangkan diri.

Destinasi seterusnya ialah ke Uniten untuk hantar abang. Tersesat jalan sebanyak 2-3 kali, finally sampai jugak bila jam menunjukkan hampir pukul 2 petang! Sekejap saja disana sebab hanya nak menghantar. Cerita aku tak habis disitu. Kali ni aku pecut laju balik ke rumah di ampang untuk ambil 2 ekor kucing betina Marina daripada 4 kesemuanya untuk aku bawa ke SPCA. Kasi cucuk sikit....maklumlah bila dah meningkat remaja ni 2 ekor tu jadi aktif tak tentu pasal. Tak boleh tidur aku malam-malam bila 2 ekor tu asyik dok mengintai "bopren" kat tepi tingkap. Badan meliuk-lentuk! Aduhai...pengsan aku sampai pukul 3-4 pagi tak boleh lelap sebab terlalu bising mengiau!

Aku sempat sampai ke SPCA Ampang sebelum klinik ditutup pada pukul 3. Aku masih lagi boleh memandu walaupun tidur tak cukup. Aktiviti Ahad aku hanya berakhir pada pukul 4 petang! Hahahahahahahaha.....Dah kira macam marathon lah pulak! Nak 'nap' sekejap rasanya tak berbaloi sebab dah terlalu lewat. Biarlah malamnya sekali harung saja tidur awal. Lagi baik!

Jadi, Ahad aku sekali lagi tak sunyi. Ada saja aktiviti. Perkara-perkara personal yang aku suka buat ialah ke MJ dan main rugby dengan Lions di UM. Lain-lain tu bersama keluarga lebih membuatkan hari minggu aku lebih bermakna. Ok people....aku harap minggu ni lebih produktif!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum Uncle...

Kakcik suka sangat membaca aktiviti di MJ tu... teringin nak ikut sama tapi 'keadaan' tidak mengizinkan...

Mungkin ada cara lain untuk ikut sama berbakti. InsyaAllah. :)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.

Marilah join kami di MJ. Boleh solat subuh berjemaah dan kemudian sediakan makanan untuk rakan jalanan kita....by 7-7.30am dah habis pun....Jika berniat untuk bersedekah pon boleh. Apa salahnya! Jika ada yang ingin sedekahkan makanan, yang tu kena berhubung dengan AJK Unggas KL sebab mereka ada jadual makanan yang disediakan setiap minggu. Takut terlebih makanan dan jadi pembaziran pulak. Saya bukan AJK. Saya cuma membantu setakat yang mampu saban minggu (jika tiada rencana lain).

Satu lagi cara sedekah yang baru saya tahu ialah seperti berikut:
Saya bersolat Jumaat di masjid Bangsar. Beberapa kali saya akan berhenti dan membeli air sebelum masuk melalui pintu kecil di tepi untuk ke ruang solat. Ada sekali tu (banyak kali jugak) apabila saya nak membayar, adik yang jual air tu cakap, "Acik tak payah bayar sebab ada orang dah bayarkan tadi. Ni pon ada balance lagi 25 cawan saya tengah monitor!" Wahhh.....ada pelbagai cara orang buat kebajikan/sedekah. Restoran PELITA Bangsar pulak akan sedekah 20-30 peket nasi kandar setiap jumaat...Alhamdulillah!

Kakzakie Purvit berkata...

Rutin hari minggu yg padat tapi penuh pengertian
Memberi, membantu, beriadah, berziarah, dengan keluarga hatta dgn pet sekali adalah tuntuan yg tuntas bila semuanya dpt dibuat dlm sehari.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit, julin jugak mata saya...tapi jadual saya memang saya sukakan yang padat begitu. Dan satu lagi, saya suka bermula diawal pagi. Even kalau mula pukul 10, saya rasa setengah hari saya dah berlalu tanpa faedah!

Sewaktu saya bertugas di langkawi dulu, pukul 6.30 saya dah siap. Pukul 7 saya akan turun dari bilik dan terus masuk ke pejabat yang berada betul-betul dibawah bilik saya. Check email, follow up 'in tray' saya, sign dokumen yang diperlukan, 7.30am saya mulakan rondaan dan 8.30am saya mesti duduk dengan salah seorang tetamu saya daripada ratusan tetamu yang bersarapan. Waktu itulah saya akan mendengar segala keluh kesah mereka berkenaan hotel jika ada!...hahahahahaha.....pening kepala staff nak ikut saya! (Tapi "Awang" yakni salah seorang pembaca blog saya yang juga merupakan bekas associate saya yang terbaik, tiada masalah untuk ikut saya)

Oleh kerana dah terbiasa dari dulu kot...itu yang terikut sampai sekarang!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ooo.. baru sy tahu, sukarelawan yg kena packing makanan tu ya. Ingatkan sumbangan dah dtg siap pack. Kagumlah dgn uncle, hebat!

Uncle berkata...

SKTJ.

Uncle cuma membantu yang termampu. A pat on the back should be given to Vimmy dan suaminya Chef Farid dan AJK Unggas KL yang memang gila. Uncle tak tahu nak cakap apa. Ada saja aktiviti mereka ni. Uncle pon heran mana mereka dapat idea dan kederat untuk bekerja macam ni. Sukarela tau! Ini semua 'passion' bukan dipaksa-paksa! Uncle bernasib baik kerana berada bersama-sama dengan sekumpulan sukarelawan yang tegar membantu tanpa mengharap apa-apa balasan!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...