Isnin, Julai 11, 2016

3 cerita..

Starsky and Hutch
Cerita 1

Mereka


Ini merupakan kondisi van salah seorang tukang kebun yang amat aku kenali. Katanya van ini sering memberi masalah kepada beliau dan keluarga untuk bergerak kemana-mana. Aku lihat luar dan dalam dan terfikir bahawa van ini tidak layak lagi berada diatas jalanraya kerana selain daripada memudaratkan beliau sekeluarga, ia juga memudaratkan pengguna jalanraya yang lain. Tetapi setelah berbual agak lama dengannya, beliau bagitahu aku, kalau bukan kerana van ini, bagaimana caranya untuk beliau dan isteri pergi dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk bekerja sebagai tukang kebun? Aku jadi 'speechless' tak tahu apa nak cakap. 

Beliau dan isteri amat tekun. Kadang-kadang aku lihat ada anak kecil mereka yang dibawa bersama. Tidur didalam van yang pintunya sengaja dibukakan. Katanya anak mereka demam dan tak ada sesiapa dirumah untuk ditinggalkan. Jadi mereka terpaksa mengusung kemana sahaja mereka pergi potong rumput. Aku sayu...tetapi ada sesuatu pada mereka yang membuatkan aku ingin tahu lebih lanjut lagi. Kedua-dua mereka yang tekun bekerja tidak pernah aku lihat ponteng secara sengaja. Jika lambat, mereka akan menalipon. Jika sakit dan tak dapat hadir, mereka akan gantikan dengan hari lain pula. Apabila aku berkesempatan untuk duduk dan bersembang, mereka mula bercerita...mereka terpaksa bekerja keras demi untuk menyekolahkan anak-anak dan juga untuk melangsaikan sedikit lagi hutang rumah. Mereka ada 3 buah rumah!

Kita

Talipon hanya mahu yang berjenama hebat. Pakaian mesti juga yang mempunyai jenama terbaik. Malu sangat dengan kawan-kawan apabila ditanya dan pakaian bukannya dari ZARA (sekurang-kurangnya).

Kerja taklah sehebat mana tetapi kereta dan apartment tak mahu kalah...Perbelanjaan melebihi pendapatan.....maka akhirnya sampai ke tua asyik menyewa rumah!

Peringatan!

Aku teringin nak pakai suits daripada jenama SACOOR Brothers. Aku teringin nak menunggang motosikal Harley Davidson.
Aku teringin nak menaiki keretapi Orient Express meredah Silk Road.

Tetapi aku pendamkan dulu semua itu kerana aku tahu yang aku tak mampu nak memilikinya secara tunai. Kalau secara credit, itu senang saja...sekarang pon insyallah boleh....

Adik-adik, set your priorities right!

Cerita 2

Aku melihat seorang lelaki berumur, bekerja sebagai tukang cat. Terus-menerus mengecat walaupun cuaca amatlah panas. Apatah lagi kita kini dibulan Ramadhan..tekun sungguh beliau mengecat. Topi besar seperti kebiasaan orang pakai di kebun sayur menutupi kepalanya yang sedikit botak. 

Aku bersembang dengan bosnya bertanyakan perihal para pekerja catnya yang sibuk mengecat dinding belah luar. In fact rumah aku pun dicat oleh beliau. Bosnya memberitahu yang tukang catnya seorang itu sangat rajin. Manakala kerjanya pula sangat halus. Tidak akan berhenti sehingga beliau sendiri merasa puas hati. Oleh sebab itu, bosnya tadi mengekalkan beliau selama dah bertahun ni. Telah lama berkelana dinegara ini dan bekerja sebagai tukang cat. Berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak yang kini mempunyai taraf penduduk tetap/warganegara disini. Bosnya berpaling kepada aku dan berbisik memberitahu bahawa salah seorang anak tukang cat ni tadi sedang berada ditahun terakhir universiti tempatan didalam jurusan perubatan!

Dalam diam aku memanjatkan doa agar mereka berdua dan lain-lain yang tak aku kenali diluar sana (juga untuk diri aku sendiri) sentiasa diberikan taufiq dan hidayah dan khudrat serta akal fikiran yang baik untuk berusaha dengan gigih dan tidak hanya berharap kepada takdir!

Kita

Tidak ada keutamaan didalam hal-ehwal menyimpan wang demi pelajaran anak-anak dan masa depan mereka. Rata-ratanya begitu...Tiada perancangan jitu dan segalanya bergantung kepada 'bantuan' (if you know what I mean!)

Cerita 3

Sewaktu aku kecil dulu, aku sering mengikut arwah mama kemana saja beliau pergi. Ke pasar Jelutong aku ikut. Ke Post Office pon aku akan ikut. Kakak-kakak dan abang-abang aku dah besar waktu itu. Semuanya di sekolah menengah dan juga universiti. Tetapi ada satu "habit" luarbiasa arwah mama yang pada suatu waktu dulu aku tak paham. Aku hairan kenapa setiap bulan arwah mama pergi ke Post Office di Gelugor. Seperti biasa, aku juga berdiri disisi arwah mama sewaktu beratur. Dalam genggamannya ada 6 buah buku simpanan. Bila tiba giliran arwah mama, aku lihat beliau meletakkan buku-buku tersebut di kaunter, berbicara sedikit dengan 'teller' dan kemudiannya menyelitkan wang kertas sebanyak RM5 setiap satu buku.

Apabila aku meningkat dewasa dan telah mempunyai keluarga sendiri, aku secara automatis telah menjadi seperti arwah mama. Terus membuka akaun anak-anak dan setiap bulan akan ke bank untuk memasukkan sedikit wang. Terus terang aku hanya masukkan RM10 setiap bulan. In fact pegawai Maybank pun terkejut! Tetapi apabila aku mempunyai wang yang lebih, aku akan bahagikan diantara anak-anak yang bertiga tu dan ditambahkan dengan jumlah pokoknya yakni RM10. Oleh kerana jumlah RM10 seorang tu aku dah masukkan selama berbelas-belas tahun, aku 'upkan' lagi 10 menjadi RM20 sebulan. Kini setiap bulan aku menyimpan sebanyak RM20 didalam akaun mereka masing-masing. Buku bank, aku yang pegang. Tujuan aku membuka akaun-akaun tersebut adalah sebagai persediaan untuk digunakan apabila mereka nak masuk ke universiti nanti. Of course, simpanan lain harus ada untuk anak-anak. Ini hanyalah contoh RM10 yang aku bagi...

Suatu hari aku jadi sedikit buntu bila 'abang' memberitahu aku bahwa untuk membuat assignment, beliau memerlukan laptop. Hmmm, memang banyak perbelanjaannya. Didalam kebuntuan, aunty tiba-tiba bersuara..."akaun simpanan untuk kegunaan misc anak-anak kan ada...". Nah itulah untungnya! Maksud aku, untungnya 'menyimpan' walaupun hanya rm10 sebulan..kerana kita tak tahu bila kita akan memerlukannya! Aku benar-benar lupa dengan duit simpanan tersebut kerana mungkin jumlah simpanan bulanannya yang sangat rendah membuatkan aku mudah terlupa! Tetapi percayalah...ianya amat membantu!

Pengajaran/pesanan ulangan utk adik-adik;

Apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini adalah seperti berikut;

Lihatlah orang sekeliling kita yang lebih susah tetapi bijak     mengatur perjalanan hidup mereka sekeluarga.

Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan.

Boleh untuk 'berangan' tetapi setkan priority dulu. Uncle juga berangan nak pakai suits yang ditempah daripada SACOOR.

Simpanlah wang walaupun sedikit. Didalam kes ni, walaupun RM10!

Have a productive week ahead!









12 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam Aidilfitri Uncle..
sy membayangkan kesempitan yg akan kita lalui akan dtg jika tidak mempunyai simpanan.. dan tak ada apa yg nak disimpan pun.. sedih!

mokjadeandell berkata...

Selamat Hari raya Uncle n family. Satu nasihat yang amat berguna buat kita
semua. Bersederhana,berjimat cermat dan beringat andai jadi pegangan hidup,Insha Allah selamat dari pening kepala memikir mana nak cari duit masa masa memerlukan.
oghang kedah kata... besaq keghak daghi pegheyuk.

Uncle berkata...

Seri Kandi Tanah Jauhar.

Uncle percaya yang SKTJ telahpun merancang dengan sebaik mungkin perjalanan hidup SKTJ sekeluarga...Uncle doakan agar semuanya dipermudahkan. Sewaktu Uncle bertugas di Langkawi dulu, sewaktu melakukan rondaan di pagi hari sekitar hotel dan beach, Uncle terserempak dengan satu couple tua berbangsa Cina yang berasal dari Melaka. Uncle pelawa mereka minum kopi dan kami mula bercerita. Dia pesara jururawat hospital besar melaka manakala suaminya pesara cikgu sekolah rendah. Duit tak pernahnya cukup. Ada 3 orang anak perempuan yang jarak antara mereka adalah sekitar 4 tahun. Mereka bekerja bertungkus lumus untuk menyimpan wang bagi menyara persekolahan anak-anak dan universiti anak pertama di australia. Pesan mereka kepada anak pertama, bila kamu dah berjaya, bantulah adik kamu. Pesanan mereka kepada anak ke 2, jika kamu berjaya, bantulah adik kamu....kini ke tiga-tiga anak mereka dah habis belajar di australia dengan cemerlang dan ditawarkan kerakyatan kerana kejayaan "research" mereka. 3 orang anak perempuan tadi akan mengirimkan tiket penerbangan Air Asia dan hotel kepada ibubapa mereka dimana saja ibubapa mereka nak pergi setiap 4 bulan!

What Im trying to say here is, "perancangan" adalah penting. Couple tadi terkejut bila Uncle bertanya dan terus bertanya....Okay...have a nice day!

Uncle berkata...

Mokjadeandell.

Sunggoh aihh macam yang dok kata tu....saya sedih sangat bila tengok 'depa' ni bergaya sakan sedangkan duit belanja pon mintak kat mak-bapak! Minum kat kedai tepi jalan tak mau...minum kopi sekurang-kurangnya di Starbucks. Oklah kalau depa memang ada duit...tapi kebanyakkannya tak begitu. Saya cuma mau anak-anak ni bukak mata...berbelanja mengikut kemampuan dan mula menyimpan untuk hari-hari mendatang...tak banyak pon takpa....hope the message gets accross!

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum dan salam Syawal...

Satu catatan yang sangat memberikan inspirasi... :)

Kakzakie Purvit berkata...

Melihat kegigihan org kadang membuka inspirasi kita. Apa lagi kalau yg asalnya sekadar pemegang PR anak pun boleh ke menara gading. Semua tu tak mustahil uncle sebab bapak kakak dulu pun cuma kerja kebun tapi dek dia celik ilmu alhamdulillah 8 anak semuanya dah jadi org dan kami tak mewarisi kesusahan bapak dulu.

Kakak juga macam uncle sebaik anak ada birth-cert terus buka a/c bank sebab kami bukan kakitangan kerajaan. Kalau dari usia setahun kita boleh save 5K kira ajelah bila dia nak masuk U masa umur 18 tahun kita dah tak payah fikir PTPTN dan sebagainya. Yg lega pun kita juga kan..

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Terimakasih. Sama-sama kita ingat-mengingati..

Uncle berkata...

Kakzakit Purvit.

Terimakasih kerana meninggalkan komen..terimakasih juga kerana bijak merancang.

Alhamdulillah saya ada simpanan sikit walaupun tak sebanyak mana.
Alhamdulillah saya ada rumah kecik dan tak sebesar mana.

Cerita-cerita yang saya muatkan diatas tu merupakan cerita-cerita orang yang bijak merancang perbelanjaan mereka. Mereka nampak masa depan. Mereka tahu priority mereka. Mereka tidak banyak duit tetapi mereka bijak. Saya berharap anak-anak kita akan bijak merancang!

Ibu n Abah berkata...

Allahuakbar
Kisah yg sangat baik Uncle kongsikan
Jadi panduan buat akak yg agak.......
Mudah2an akak akan berubah.

Pejabat pos jelutong dan gelugor..
Akak ingat lagi...
Rasa macam kampong akak pulak...

Uncle berkata...

Ibu n Abah.
Tujuan saya meceritakan hal ini ialah sebagai peringatan utk adik-adik dan juga diri saya sendiri yg sering terlupa tujuan asal/priority. Diharapkan ia menjadi peringatan yg baik utk kita semua!
Terimakasih kak kerana sering meninggalkan komen!

Munir Md Nor berkata...

Uncle, satu pengajaran buat saya..org skrg tak pernah menilai RM 10 utk saving, tapi lebih pada belanja harian.

Uncle berkata...

Terimakasih Munir Md Nor kerana membaca dan meninggalkan sedikit kata-kata disini.

Alhamdulillah...dengan hanya simpanan sebanyak RM10 sebulan, Uncle mampu membeli laptop yang agak baik untuk Azumi secara tunai dan duit masih lagi berbaki...bolehlah beli printer pulak nanti..biarlah kita menyimpan sedikit tetapi constant daripada banyak tetapi tidak constant atau selalu dikeluarkan.

Jangan lupa juga pada life insurance dan education insurance mereka. Amat penting. Biar kita ikat perut sikit sekarang asalkan keperluan anak-anak dari segi pelajaran terjaga. Wishing you all the best Munir! Your name sounds very-very familiar.....pernahkah kita bekerja ditempat yang sama suatu waktu dulu? Hanya berlainan jabatan? Hahahahaha...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...