Selasa, Oktober 11, 2016

Short Break..Bali


Minggu ni aku stop cerita pasal hotel sekejap. Beralih topik sikit kepada apakah aktiviti aku minggu lalu...



Maya Muchtar and me!

Rabu lalu aku berangkat ke Bali buat kesekian kalinya. Kali ini aku dah merancang untuk bertemu beberapa orang sahabat yang dah lama aku tak jumpa dan aku tahu mereka berada di Bali. Perancangan mesti teliti. Aku sampai betul-betul pukul 12.20pm seperti tertera di kepingan tiket. Mulanya aku ingatkan flight pukul 12.20pm. Jadi aku book teksi pada pukul 9.30am. Sehari sebelum berlepas, aku check tiket sekali lagi dan kali ini aku baru terperasan yang 12.20pm ialah 'arrival time' aku di bali dan flight aku sebenarnya ialah pada pukul 9.20am! Kelam-kabut aku talipon teksi untuk tukarkan waktunya! Hahahahahahahaha...

Aku mahu mencuba Malindo. Ternyata ianya amat memuaskan. Lebih baik daripada saingannya. Lebih leg room dan servicenya bagus serta ada makanan yang dihidangkan walaupun hanyalah 2 keping roti bom dan kuah dhal vegetarian. In-flight movienya juga bagus. 2 jam berlalu tanpa aku sedar. Aku memang akan menonton movie jika kemana-mana kerana lebih mengasyikkan. Beberapa in flight movies dan aku pun dah nak sampai. 

Sesampainya aku di bandara (airport) aku disambut oleh Hamidi. Rakan lama aku yang dah 5 tahun bertugas di Kuta. Beliau terkejut melihat aku yang hanya ber tee lusuh jenama hrc, seluar separas lutut dan berselipar. Hamidi tanya mana luggage aku. Aku jawab mana ada......satu beg kecil dan satu beg sandang saja yang aku bawak..dia geleng kepala. Hahahahahahaha....Hamidi ni jugaklah yang bersama aku dulu di Jakarta dan Shanghai Marriott serta di Saudi Arabia. Kenal sangat dengan perangai masing-masing! Aku sering travel begitu. Tak suka mengusung pelbagai keperluan hingga sarat!


Best coffee from Wina HV


Kami bergegas ke Kerobokan untuk bertemu rakan lama aku yang mengusahakan sebuah restoran hebat. Dulu ada aku bercerita mengenai beliau. Seorang wanita yang amat tabah membina kerjaya dari sebuah warung hingga menjadi sebuah restoran. Kini berjaya didalam bidang hartanah dan sedang merancang untuk membina villa-villa mewah disana. Aku sampai lebih awal secara sengaja. Memanggil namanya dari belakang, beliau kaget (terkejut) sambil marah-marah kepada aku kerana tidak memberitahu yang aku akan sampai awal! Hahahahahahaha.....Teman sekuliah aku yang aku kenali lebih 20 tahun lalu! 

Dari Warung kami bergegas ke Beach Club untuk minum dan melihat sunset. Ramainya manusia. Selepas minum 2 mocktail, aku dipandu laju untuk dihantar ke hotel. 

Lama kami bercerita dan secara tiba-tiba terpacul  nama Maya dari mulut aku. Kami mula mencari contactnya. Aku hubungi Maya melalui FB tetapi tidak mendapat balasan. Malamnya baru aku pulang ke hotel. Hari Khamis selepas sarapan, aku ke Ubud. Ada 3 perkara yang aku harus lakukan disana. Pertamanya ialah bertemu keluarga Pak Rai yang aku anggap seperti keluarga aku. Selama aku disana dulu, beliau sekeluargalah yang menjaga makan minum sakit demam serta laundry aku. Itu tujuan pertama. Tujuan ke dua pula ialah untuk menyerahkan beberapa peralatan sukan bolasepak kepada Pak Rai (merangkap coach untuk Ubud FC) yang aku bawa dari KL. Kesian melihat anak-anak kecil sana bermain bola didalam keadaan yang serba kekurangan. Mengingatkan aku sewaktu kecil bermain bola dengan hanya kaki ayam circa 70-an dulu. Makanya aku berjanji kepada diri sendiri bahawa setiap kali aku ke Bali, aku harus membawa peralatan sukan bolasepak untuk disedekahkan kepada anak-anak disana melalui Pak Rai. Tujuan ketiga pula ialah untuk membeli Sabun Masako yang diperbuat daripada kelapa.

Menarik sekali cerita sabun ni. Sesampainya aku di Ubud, aku terus kearah Utara (gaya percakapan mereka banyak menggunakan arah seperti itu. Utara, Selatan, Timur dan Barat untuk menunjukkan arah). Berhenti di tepi jalan sebelum sampai ke Maya Resort (kebetulan nama Maya juga). Aku bertanya penjaga kedai bagaimana nak mencari Sabun Masako tu. Beliau tersenyum dan katanya kepada aku, "Kebetulan Pak. Nah yang disebelah saya ini tuanpunyanya perusahaan itu!". Beliau terus membawa aku ke factory kecilnya. Harus melewati banyak petak sawah. Hampir 150m kedalam, kelihatan beberapa orang gadis sedang melakukan kerja memasukkan sabun-sabun yang dipesan kedalam kotak. Wow....aku kagum! Jadi itulah 3 sebab kenapa aku ke Ubud. 


Gado-gado di Warung Eropa

Aku ke Sunset Road, Kuta kali ini mencari Maya. Katanya receptionist, Maya baru saja berangkat ke Ubud. Hahahahahahahaha....Aku ke Ubud, dia ke Kuta. Aku ke Kuta, dia ke Ubud. Kami selisih dijalanan rasanya. The next day kami kesana lagi. Maya ada kelas yoga dan kelas memasak. Kami tunggu di lobby. Selesai saja sesi beliau, terus diterpanya kearah kami, bersalam erat hingga hampir mengalirkan airmata. Lebih 20 tahun kami tidak bersua! Maya mengeluarkan sebuah buku kisah hidupnya yang dikarang sendiri bercerita mengenai zaman kanak-kanak mengikuti ayahnya yang juga seorang diplomat mengembara keseluruh dunia. Beliau mencoretkan sesuatu khas untuk aku dilembar ke 2 buku. Kata-kata yang akan aku cherish seumur hidup aku. Maya kini merupakan seorang tokoh penceramah korporat dan juga seorang aktivis "Peace" yang amat dikenali. United Nations kini mengambil beliau sebagai penceramah bebas untuk World Peace. Maya berbisik ke telinga aku, "Ali kamu tahu ngak siapa yang bakal aku ketemu waktu ceramah World Peace itu?" Aku geleng-gelengkan kepala. Maya tersenyum dan menyebut yang beliau dijemput untuk duduk bersama satu meja dengan Leonardo di Caprio! Hahahahahahahahaha.....Aku tumpang bangga dengan kejayaan beliau. Rakan aku yang kecil molek aku kenali sewaktu sama-sama belajar di eropah dulu! Aku ucapkan selamat tinggal kepada Maya dan sekali lagi kami bersalam erat serta berjanji akan bertemu lagi jika aku ke Bali nanti. 

Aku ada pertemuan dengan bekas pelajar-pelajar sekolah perhotelan dari suisse yang diadakan di Nikki Beach, Kuta. Kawasan yang sangat mewah dan cantik sekali. Dipenuhi dengan hotel-hotel eksklusif sepanjang pantainya! Banyak topik yang dibincangkan. Masing-masing bercerita mengenai hotel/projek masing-masing. Aku membuat promosi dan terus bercerita mengenai projek aku yang sedang berjalan. Banyak yang kami bincangkan hingga larut malam sebelum aku kembali pulang ke Kerobokan.

Alhamdulillah. Sepanjang 5 hari aku di Bali, kebajikan aku, makan-minum aku, kesihatan aku, transportasi aku, semuanya dijaga rakan-rakan sekeliling. Aku hairan kenapa ini berlaku kepada aku. Dari mula aku sampai di bandara hinggalah ketika aku kembali ke bandara untuk berangkat pulang. Semuanya amat prihatin. Setiap pergerakan aku dijaga rapi oleh teman-teman. MasyAllah.....nikmat dunia pemberian Allah yang tak mampu nak aku ceritakan. Nilai persahabatan yang tulus ikhlas. Didalam perkara sebegini, aku amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang sangat 'care' terhadap aku. Nilai persahabatan sebeginilah yang harus aku jaga. Tidak boleh diambil kesempatan dan dicabul. Dalam diam aku teringat kisah aku kecil dulu bila arwah mama selalu memberi makan biskut kering dan kopi o nipis kepada sesiapa saja yang berkunjung ke rumah kami walaupun kami sekeluarga tidak semewah mana....

To Hamidi, thank you so much for the best hospitality provided. Your associates were awesome! Remember the incident? Marvellous! 

To all my Bali friends, I will definitely return or perhaps retire there. You guys berada dekat dengan hati aku...."Dance to His Tune". 


18 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Seghonoknya pi Bali. Tgk tarian kecak dak?

Kakzakie Purvit berkata...

Itulah dikatakan betapa Allah itu maha adil. Uncle tak nampak dimana kebaikan uncle tapi org lain macam kakak ni boleh nampak apa lagi mereka yg sudah dan pernah berdamping dgn uncle. Terharu kakak bila uncle pergi dgn keadaan 'sempoi' tapi membawa 'seribu nikmat' buat anak-anak yg mendapat jersey utk mereka main bola lebih selesa.

Syabas juga buat semua kawan-kawan uncle yg sgt caring dan menitikberatkan erti sebuah ukhuwah/persahabatan seperti uncle juga.

Uncle berkata...

mokjadeandell.

Memang seghonok pi sana. Macam-macam benda saya buleh buat. Tarian di Bali semuanya saya dah katam begitu jugak tempat-tempat pelancongan komersial macam uluwatu dll. La ni saya dalam 2nd phase mencari apa yang tak dapat dibaca didalam brochure-brochure pelancongan. Therefore ramai kawan-kawan saya membantu. Saya dok cari kampung yang ada rumah 'chomey' la ni....mana tau....

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Saya pon tak tahu apa yang dah saya buat hingga mendapat layanan sebegitu. Tapi satu yang saya pasti ialah saya tidak pernah "menodai" keakraban sahabat. Seingat saya begitulah. Sekembalinya saya kesini, saya telah diajak untuk ke Bangkok pula tahun depan untuk satu acara besar perhotelan.

Saya amat pentingkan nilai-nilai persahabatan ini. Justeru itu saya ingin berpesan kepada adik-adik yang membaca agar hormatilah teman-teman anda. Jagalah mereka (but not intrusive). Cukup dengan hanya bertanya khabar sebulan sekali melalui whatsapp.

Kakcik Nur berkata...

Orang baik pastinya disayangi - itu juga yang Allah janjikan. Jadi kakcik sebenarnya tak hairan bagaimana Uncle dilayan kerana Uncle juga sangat pandai melayan... :)

Kakcik juga pernah menaiki penerbangan Malindo, dan memang sangat puas hati dengan keselesaan dan perkhidmatan yang diberikan...

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik.

Alhamdulillah kawan saya ramai. Campak dimana-mana ada saja yang boleh saya cari termasuklah di Zimbabwe. Seriously. Alhamdulillah.

Yes, Malindo akan tetap dihati. Cuma destinasinya masih kurang. Anyway, saya tak perlu ke tempat lain. Ingin ke Bali lagi! Saya doakan anak Kakcik segera sembuh!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kalau kita buat satu kebaikan, Allah akan memberi balasan sepuluh kebaikan, wahhh.. sy rindu la Bali, walaupun tak ada kenalan di sana, tapi sy ada tertinggal kenangan.. hehehe

NEKCIK berkata...

Wah senyap senyap berlibur Pak..tapi nekcik rasa lebih pada reunion kan Uncle...you reap what you sow !!
So keep on being good to others..others will be good to you...he..he

Uncle berkata...

SKTJ.
I can guide you if you plan to go to Bali. Nak belajar menari ke, belajar masak ke, etc....tapi janganlah pergi 3 hari 2 malam....hahahahahaha.....part tertinggal kenangan yang best tu kan!!!

Uncle berkata...

Nekcik.

Yes more to meeting old friends and at the same time networking....menarik sekali dan kami sedang merancang sesuatu yang besar sekali lagi di Bangkok pada bulan Jun 2017 dan perancangannya telahpun bermula sebentar tadi! It's so convenient, what technology can do....it keeps people connected!

Tujuan saya tentang entry kali ini ialah agar adik-adik dapat mengambil tauladan melalui cerita-cerita saya. Betapa pentingnya nilai persahabatan itu tadi. Betapa pentingnya kejujuran dan keiklasan. Jagalah dengan baik. Yang membaca boleh mempraktikkannya di tempat kerja masing-masing juga. Jaga batasan....

Thanks Nekcik for your comment!

Ibu n Abah berkata...

Aish Uncle ni
Akak ni takpernah teringin nak ke Bali jadi teringin pula nak ke Bali...
Persahabatan dari ayat sahabat
Sahabat mmg beza sekali dari kawan
Sebab tu Uncle dapat layanan istimewa..

Husna Rahman berkata...

seronoknya klu dpt travel lenggang2 cmtu...hikhik...cam balik kampung sebelah je gayanya...

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Saya pon dah tak kira berapa kali saya ke sana sejak tahun 2011. mungkin sekitar 7-8 kali kot. Tapi Bali ni sangat mysterious bagi saya. Lantaran itu saya sentiasa sentiasa teruja untuk explore lebih jauh ke dalam. Menyelami budaya mereka, cara kerja serta agama dan upacara mereka. Hmmm...tak kan habis kalau saya nak bercerita. Sampaikan ada 'supir' yang ingatkan saya datang dari Jakarta..hahahahahaha....pergilah...

Uncle berkata...

Husna Rahman.

Terimakasih diucapkan kepada HR yang membaca dan meninggalkan komen. Saya memang lebih suka travel begitu. Kalau dah berpakaian begitu, lebih mudah untuk saya tidur dimana-mana sahaja yang difikirkan sesuai! Hahahahahaha..

Azian Elias berkata...

Uncleeeee..

kita pun jadi rindu Bali.
suka sgt kat Ubud.
dah 9 kali pegi tapi tetap nak ke sana lagi.

nanti nak cuba lah resto kawan uncle tu.

Uncle berkata...

Azian Elias.

Bali is always in my heart.....Saya pon dah berkali-kali ke sana. I just love the laid back lifestyle there...relax, happening, awesome culture, great hospitality and all. Kawan pon ramai jugak disana. Ada balinese dan ada dari jakarta dan surabaya yang mereka kini menetap disana. Really really good friends. Maya Mukhtar dari Jakarta membuka "ayurvedic healing centre" di Kuta dan Ubud manakala Tanya Arlene membuka resto bernama "Warong Eropah" di Jalan Petit Tenget, Kerobokan. Both with very strong characters. Of course Pak Rai dan keluarganya di Ubud.

Azian Elias, can u imagine walaupun saya pon berkali-kali ke sana, masih ada kawasan di daerah Gianyar yang belum saya lawati. Oleh itu saya bakal kesana lagi untuk 'explore' tempat-tempat dan lorong-lorong tersebut sambil menetap dengan masyarakat Bali di perkampungan mereka! Hahahahahahahaha.....amboih, rancangan macam-macam!

raihanah berkata...

seronok dan bahagia ada kawan2 camtu uncle

Uncle berkata...

Raihanah.

Benar. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh lingkungan kawan-kawan yang amat prihatin tentang saya. Alhamdulillah....

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...