Jumaat, September 30, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 6)



Assalamualaikum kepada semua yang masih setia membaca cerita-cerita aku. Tempat kerja aku kini telah masuk ke fasa terakhir pemindahan barang-barang. InsyAllah dalam masa beberapa hari saja lagi kesemuanya akan dihantar ke lokasi rahsia. Setelah itu, kerja-kerja pembinaan akan bermula. Ia akan bermula dengan memecahkan apa yang patut.....Aku akan update dari semasa ke semasa dengan harapan ia bakal membantu adik-adik diluar sana untuk melihat dan mengetahui dengan lebih mendalam kerja-kerja pembinaan hotel yang bermula daripada 'kosong'. 

Didalam cerita-cerita yang lalu, aku sedikit-sebanyak menyentuh mengenai jabatan-jabatan didalam sebuah hotel kecil yang perlu ada. Jika adik-adik merancang untuk membina hotel besar, ada beberapa jabatan lagi yang perlu ditambah. Tetapi untuk projek kali ini, biarlah kita mula dengan scale yang kecil. Jabatan itu nanti boleh kita gabungkan kemudian. Contohnya, human resources, finance, security dan beberapa lagi.

Ada beberapa rakan-rakan aku yang anak mereka sedang mula mencari tempat untuk latihan amali. Disini aku berikan sedikit pandangan mengenai permohonan. Oleh kerana aku dah lama tidak melakukan kerja-kerja amali, maka aku dah lupa proses yang berlaku diantara pihak Hotel School dan Hotel penerima itu. Sewaktu aku belajar di sana dulu, kesemua hotel schools mempunyai pegawai (placement officer) yang bertugas untuk menempatkan para pelajar ke hotel-hotel yang telah disediakan. Itulah tugas mereka. Jadi kami cuma harus pergi menghadapi temuduga sebelum diterima masuk. Banyak juga permohonan yang ditolak!

Kepada adik-adik yang berada di sekolah, kolej, universiti tempatan, aku tak pasti. Mungkin juga ada yang harus memohon sendiri. Jika ini berlaku, aku syorkan agar adik-adik beranikan diri untuk terus ke hotel dan pergi ke Human Resources Department. Berpakaianlah dengan sopan. Bawa segala sijil dan surat rujukan yang ada bersama-sama dengan adik-adik (untuk mengelak daripada melakukan 2 kali kerja). Jangan lupa foto adik-adik sama. Bila di HR, bacalah papan kenyataannya. Jika tidak ada apa yang menarik, adik-adik ketuk dan masuk ke dalam pejabat. Beritahu pegawainya dengan secara sopan apa kehendak adik-adik. Isilah borang jika perlu. Tanyakan dan catatkan nama pegawai berkenaan untuk rujukan panggilan seterusnya. Serahkan sijil-sijil yang adik-adik bawa tadi bersama surat permohonan yang telah diisi. Pastikan kesemua sijil yang adik-adik bawa adalah salinan dan telah disahkan. 

Seminggu selepas itu adik-adik boleh membuat panggilan ke hotel tersebut dan merujuk semula. Ini dilakukan jika adik-adik tidak mendapat panggilan daripada pihak hotel. Ini bukan terhegeh-hegeh namanya tetapi menunjukkan adik-adik memang berminat.

Minggu depan jika tidak ada aral melintang, insyAllah aku akan ke Bali sebentar. Ada beberapa perkara yang aku mahu selesaikan disana. Bertemu rakan-rakan perhotelan bakal memberikan aku gambaran yang lebih jelas mengenai halatuju pelancongan serta trend-trend terbaru kini. Ramai para hoteliers yang pernah belajar di suisse dulu kini akan berkumpul di Nusa Dua, Bali.  Tak sabar aku untuk bertukar-tukar fikiran dan mendengar pengalaman mereka. Doakan agar aku sihat sewaktu disana selama beberapa hari agar dapat aku bergaul, bertukar idea, berbincang mengenai teknologi serta sistem (booking engines, reservations system, marketing strategies) hotel terbaru dan sedang dipraktikkan sekarang. Aku tak sabar dan pastinya bertemu rakan-rakan lama yang sealiran bakal membuatkan adrenalin aku bergerak bertambah kencang....Have a wonderful long weekend people!

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak percaya ketika ini uncle sudah berada di Bali
Menimba ilmu yg tak pernah tepu buat uncle biarpun kalau kakak lihat uncle sudah boleh dikatakan matang dlm hal perhotelan ini.

Selamat bertemu teman sealiran..

Uncle berkata...

Saya masih di KL.. insyallah esok akan kesana. Yes tak sabar menunggu peluang utk bertemu semua alumni sealiran. Kelmarin ada rakan dari korea berkunjung. Kami half day city tour! Fun....

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...