Selasa, Julai 04, 2017

Liburan sekeluarga



Spot yang menjadi kebiasaan bagi aku sekeluarga ialah didepan rumah, diantara 2 pokok mangga yang ada. Kenapa disitu? Ini ialah kerana disitu saja yang ada shades untuk berteduh daripada cahaya matahari! Hahahahahahahaha...at least aku ada reason yang valid! Kebiasaannya matahari akan memancar terik sekitar jam 10 pagi begitu.



Aku merancang untuk membawa keluarga aku ke Bali pada hari raya ke 3. Ini ialah kerana aku kesiankan anak-anak aku yang dah tak punya kampung untuk dikunjungi lagi setelah kedua orang tua aku tidak ada. Cuma hari raya pertama sahaja kami adik-beradik akan berkumpul di rumah Kak Anne sehingga petang. Seterusnya abang-abang aku dan kakak aku akan terus pulang ke kampung pasangan masing-masing. Aku? Huishhh jauh nak mampus kalau nak balik! Oleh itu kali ini aku rancang betul-betul selama 4-5 bulan, buat booking tiket kapalterbang awal dan voila! Kami berkampung di Bali..




Gambar diatas ialah merupakan gambar pemilik Warsi Bungalow di Ubud dimana aku sering inap. Ibu Warsi kini menghampiri ke umur 90 tahun tetapi masih cergas cuma pergerakan agak terbatas dan sedikit lambat. Selain daripada itu beliau seorang yang amat luarbiasa selain fasih berbahasa inggeris kerana beliau merupakan mantan guru bahasa inggeris didalah sebuah sekolah tersohor di Ubud. Scooter dibelakang tu merupakan scooter yang sering aku pakai meronda sekeliling Ubud tanpa membayar apa-apa. Hubungan kami sudah bagaikan saudara sendiri.  

 


Mencari souvenir bukanlah suatu yang menyenangkan apabila Marina turut serta. Habis semua kedai dimasukinya. Manakala aku pula hanya duduk di kaki kedai menantikan kesemua mereka selesai..tak kuasa aku nak belek satu persatu dan aku juga bukanlah seorang yang pandai beli souvenir dan bagi surprise. Jika tak dipesan, memang sah aku tak beli walaupun adik-beradik aku sendiri. Jadi, janganlah berkecil hati dengan aku. Thinking that I might be able to read your mind and buy you ole-ole? Hmmm..... 




Sunset di Kuta beach memang tak akan aku lepaskan. Sangat indah. Matahari perlahan-lahan turun dan tenggelam dihujung horizon seolah-olah ditelan laut lepas! Gambar menunjukkan aku dan Marina sedang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah SWT .
 


Gambar menunjukkan Marina masih lagi kuat dan masih lagi mencai souvenir untuk kawan-kawan ekolah agama, kawan-kawan sekolah kebangsaan, cikgu sekolah agama dan juga cikhu sekolah kebangsaan. Aku, Tak sanagt tak larat nak mengikut dia! 

 


Gambar menunjukkan kami berada disalah sebuah cafe yang amat aku sukai di Ubud. Kini namanya telah bertukar ke 'Coffee and Co' dan interior serta layoutnya juga telah dinaik taraf. Lebih cool dan enak untuk sekeluarga lepak dan 'chill'. Sedar tak sedar, jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam dan cafe bakal ditutup.




Aku juga telah menguruskan dengan agent disana untuk membuat whitewater rafting. Ia merupakan aktiviti separa lasak  kami sekeluarga setelah sekian lama.  Hahahahahahahaha....amat menarik. Dalam mendengar nasihat dari juruatih dengan teliti, aku merupakan sorang-sorangnya yang terpelanting keluar dari 'raft' apabila kami terlanggar batu sungai yang amat besar. Aku hilang kawalan dan jatuh ke sebelah kiri. Lengan aku bercalar-balar. Calar kenangan whitewater rafting!




Gambar diambil dihadapan 'Odyssey Surfing School'.  Beberapa tahun yang lalu, sewaktu mereka masih kecil dan Yuya patah tangan, ketika melewati pantai Kuta sambil melihat orang ramai mengusung surfing board ke merata-rata tempat, aku teringat bahawa Yuya mencuit aku lalu memberitahu jika kami berpeluang sekali lagi ke Bali, beliau meminta aku untuk enrolkannya ke dalam sekolah surfing. Aku diam tetapi permintaan itu sentiasa aku ingati.

Di trip kali ini, alhamdulillah. Permintaan anak-anak, aku tunaikan. Apalagi tugas aku sebagai ketua keluarga dan bapa kepada mereka selain daripada memastikan  segala persediaan asas mereka tersedia serta cuba memenuhi permintaan mereka perlahan-lahan selagi termampu?

14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Bercuti bersama keluarga dan membuat aktiviti bersama adalah saat yang pasti menyeronokkan.

(nampak sangat Uncle masih letih - banyak kesilapan ejaan! hahaha)

Uncle berkata...

Oh ya ka? Nanti saya betulkan. Terimakasih Kakcik. Saya demam sejak balik. Badan terasa sejuk..mungkin terlalu padat aktiviti nya disana..haha!

Hayati Ghazali berkata...

Selamat Hariraya Uncle...wah, anak anak Uncle dah besar besar semua...silap pandang Uncle macam abang pulak pada mereka :-)

Insyaallah, saya pun akan ke Bali hujung tahun ni

Uncle berkata...

Cadangan yg bagus. Berapa lama kesana? Jgn lupa whitewater rafting dan surfing. Anak-anak pasti suka! Hotel booking dah buat? Saya sering menginap di Wina Holiday Villa, Kuta kerana GMnya kawan saya....hahaha...

Warisan Petani berkata...

Seronoknya beraya di Bali.

Normala Saad berkata...

Bahagianya rasa dapat bercuti bersama anak2 ya...di Bali pula tu..Saya masih merancang untuk tahun depan. Bukan senang nak heret suami pergi bersama untuk pertama kali. Selalunya dia tak pernah mahu ikut serta sebab dia kata hari2 duk melancong di Langkawi sampai rasa jemu nak kemana pun..hehehe...

Uncle berkata...

Warisan Petani.

Memang seronok lagipun flight cuma 3 jam sahaja. Jadi taklah rasa terlalu lenguh...hahahahahaha

Uncle berkata...

Normala Saad.

Bali dah saya kunjungi lebih dari 10 kali. Bagi saya ia sangat mistik dan banyak yang boleh saya explore disana termasuklah kepelbagaian aktiviti yang ada dari awal pagi hinggalah ke tengah malam. Ini saya merancang untuk satu lagi trip ke sana! Hahahahahahah

NEKCIK berkata...

selamat hari raya idil fitri Uncle..ampun maaf dari nekcik...
a
wah jauh beraya ye Uncle..baguslah tu..aktiviti bersama sementara mereka masih dalam tanggungan kita..sweet memories for them to remember

Lady Windsor berkata...

iskk saya tak pernah p Bali...cuma dengar kawan-kawan dok cheta ja pasai bali neh..best naaa

Uncle berkata...

Selamat hariraya aidilfitri serta maaf zahir dan batin juga dari kami sekeluarga di ampang. seperti basa saya akan cuba sedaya upaya untuk bercuti bersama keluarga at least sekali setahun sebelum kesemua anak-anak mula meninggalkan kami dirumah. Cepat masa berlalu dan hanya beberapa tahun saja lagi anak-anak bakal mengikut haluan mereka masing-masing! Huaarghhhh....

Uncle berkata...

Lady Winsor.

Pi la...syiok woooo...mesti tak mau balik. Tu pon kalau sukakan culturenya dan tak kisah dengan segala macam patung yang terdapat di pulau dewata itu!

nini berkata...

Wow....white water rafting....teringin betul nak buat aktiviti ni =)

Uncle berkata...

nini patut cuba jika berada disana. mmg best. sesuai utk keluarga..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...