Selasa, September 19, 2017

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah



Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku dah pon mencongak apakah destinasi aku seterusnya selepas ini dan berapakah belanja yang akan aku perlukan nanti. Memang perancangan aku kebiasaannya amat lama. Aku memang begitu. Ini untuk memastikan yang aku tidak tertinggal apa-apa. Apakah dan bagaimanakah plan yang aku sediakan untuk kali ini?

1) Destinasi


Ini perkara pertama yang aku akan buat. Tanya diri sendiri apa yang aku nak lihat. Apa yang aku nak cari. Satu persatu destinasi aku baca. Aku tak suka melancong ke negara yang dah membangun. Aku lebih suka kawasan-kawasan yang masih perlahan pembangunannya agar aku dapat melihat sendiri sisi lain negara tersebut. Masyarakatnya, budayanya, makanan dan minumannya, agama dan anutannya dan banyak lagi. Oleh kerana aku suka naik keretapi, aku mencari 'route' keretapi sambungan daripada perjalanan aku tahun lalu ke Bangkok.  Apakah sambungan dari Bangkok daripada stesyen yang sama atau aku harus ke stesyen yang lain? Ternyata destinasi yang aku pilih, sambungannya berpunca dari stesyen sama last stop aku nanti. 

2) Tarikh


Ini amat penting agar ia tidak bertembung dengan jadual kerja aku. Apabila aku mencari tarikh, aku akan mula melihat keadaan cuaca pada waktu itu dan cuaca kawasan yang bakal aku lalui serta trend-trendnya. Aku harus pastikan yang ianya bukan didalam lingkungan musim hujan kerana jika musim hujan, sesetengah landasan akan ditenggelami air dan perjalanan aku akan tergendala. Apabila tergendala, kosnya bakal meningkat. Selain daripada itu, tempoh perjalanan juga bakal menjadi lebih lama dan ini bakal mengganggu kerja aku.

Aku juga akan check apakah perjalanan aku bakal bertembung dengan apa-apa perayaan besar. Ini aku lakukan agar aku tidak perlu menempuh lautan manusia nanti. Tarikh perjalanan ini aku pilih kerana ia 2 minggu lebih awal daripada upacara pemakaman raja Thai di Bangkok nanti.

3) Budget

Oleh kerana aku suka mengembara dengan berkeretapi sahaja dan perjalanan aku amat santai, jadi tempat penginapan aku juga sangat murah. Tempat-tempat penginapan yang bakal aku lakukan 'pitstop' nanti  berharga kurang daripada RM80 semalam. Tetapi ini bukanlah hostel dan aku tidak perlu berkongsi bilik air. Ia sebuah bilik dan lokasinya berhampiran dengan stesyen keretapi. 

Kiraan kewangan aku bermula daripada point aku mula hinggalah kedestinasi dan pulang semula ke point pertama. Selain itu ada juga budget untuk misc seperti makan, minum, sewa basikal, sewa moto, sightseeing, souvenir dll. Aku hadkan jumlahnya. Jadi, untuk misc, aku harus berbelanja pada jumlah yang ditetapkan seharian itu. Makan dan minum ni aku tak berapa nak kisah sangat. Bagi aku, nak makan sedap silalah masak sendiri. Jadi makan dan minum aku hanyalah sekadar mengalas perut. 

4) Insuran

Ini amat penting. Ramai yang tidak mengambil endah hal ini. Insuran ini penting untuk semua travellars yang merancang untuk pergi kemana-mana. Aku selalu mengambil insuran daripada agen yang sama setiap kali aku nak ke luar negara. Kali ini insuran untuk 8 hari hanyalah berjumlah RM65. Ia merangkumi coverage bermula dari point keluar pertama hinggalah point masuk terakhir yakni bagi aku ialah Padang Besar (keluar)  dan KLIA (masuk). Apakah yang terkandung didalam coveragenya? Hospitalisation, kematian, accident, demam, keracunan makanan, hilang beg, perjalanan tergendala dan banyak lagi. Hanya dengan membayar RM65 untuk 8 hari, aku ada coverage sebanyak itu. Hebat bukan? Ramai yang menganggapnya remeh. Remeh jika tidak kena dibatang hidung kita. Jika kena? Sewaktu aku di Bali dulu, program aku penuh dari pagi sampailah ke malam. Aku dehydrated selama 3-4 hari. Tak bertenaga langsung untuk kemana-mana. Bil klinik aku mencecah hingga RM400....itu belum diambil darah untuk dihantar ke lab.

Aku tinggalkan dulu topik ini disini. Biar ia tergantung...hahahahahahaha....minggu depan sebelum berangkat aku akan buat satu lagi entry....tunggu ya.....sementara tunggu entry yang baru, anda semua bolehlah merancang perjalanan idaman! Hahahahahahahaha...

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga segalanya dipermudahkan dan dalam lindungan Allah SWT juga... :)

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik..

mokja berkata...

Safe journey,uncle. Selamat pergi dan kembali.

Uncle berkata...

terimakasih kak mokjadeandell.......

Normala Saad berkata...

Eluk merancang dulu sebelum bercuti tambah2 nak pi kat negera orang tu. Selamat bercuti nanti uncle.

Uncle berkata...

Normala Saad.

memang itulah kebiasaan saya. Bagi orang lain setahun itu lama....in fact tidak....btw, perancangan perjalanan saya telahoun menjangkau 2020! Hahahaha...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Berlainan dgn hsbnd sy, dia kalau melancong, mknn yg paling utama, hehehe

Lady Windsor berkata...

lagi lima hari ja Uncle? iskk saya pulak yang suspen neh...harap preparation uncle semua dah settle, tinggal lagi nak pikul beg loncat masuk dalam train ja..all the best naaa

Uncle berkata...

SKTJ.

Ini bergantung kepada individu. Kemahuan/keinginan seseorang itu berbeza. Memang ada ramai yang saya kenali juga begitu. Hahahahaha...Tapi bagi saya, asalkan dapat mengalas perut. Yang penting, saya dapat bertemu travellars lain, pergi ke tempat yang saya ingini dan belajar tentang culture sesuatu tempat.

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Yes lagi 5 hari. Alhamdulillah setakat ini persiapannya lancar. In fact pagi ni baru ke pharmacy untuk membeli stok seperti anti histamine, paracetamol, ponstan, insect repellant dan juga gaviscon...hahahahahahhahahaha.....merepekkan?

Esok saya ada appointment dengan Singh di kliniknya di Segambut. Klinik Gigi Sri Sinar. Semmangnya gigi saya ni dah due untuk check/cuci/scaling. Kebetulan pulak saya nak berjalan sikit, alaaaaahhhh, sekali jalan lah....hahahahahahahahaha.....btw, go-pro pon dah ready tau!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...