Selasa, September 05, 2017

Merdeka!

Kali pertama disini.




Aku memang kurang selesa singgah ditempat-tempat yang mempunyai ramai pengunjung. Rasa rimas, sesak dada, sesak fikiran, menghidu pelbagai haruman dll membuatkan aku berfikir banyak kali untuk ke tempat tersebut. Apabila sesuatu upacara itu disiarkan secara langsung, aku menjadi bertambah malas untuk keluar menonton. Fikir aku, lebih baik menonton tv sahaja. Boleh bancuh kopi, makan kacang Ngan Yin, boleh baring depan tv, boleh mengelunjur dan macam-macam lagi. 

Hairannya kali ini, apabila Marina mengajak aku untuk sama meraikan hari merdeka di Dataran, aku tidak membantah. Aku rasa teruja! Abang tak balik bercuti kerana katanya exam semester dah hampir. Yuya nak menonton dengan kawan-kawannya. Ok, Yuya dah 16. Pasti tak mahu keluar lagi dengan aku. Yang tinggal hanyalah sikecil, Marina. Itu pun usianya kini 11 tahun. Tak lama lagi aku bakal ditinggalkan kerana Marina akan lebih menghabiskan masanya dengan rakan-rakan. 

Aku bangun awal seperti kebiasaannya. Mandi dan bersiap. Aku lihat Marina masih berselimut. Aku kejutkan Marina untuk bersiap. Marina bingkas bangun dan mencapai tuala. 20 minit kemudian, kami berdua mengelek topi keledar masing-masing berjalan menuju ke moto cabok aku. Kami bawak air sorang sebotol. Jalanraya memang sesak kerana kebanyakkannya sedang menuju ke Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu yang parkir amat terhad. Aku hairan kenapa mereka masih memandu! Hmmmm......Kami membelok ke kanan selepas Puduraya menghala ke Masjed Jamek. Tetapi satu traffic light sebelum sampai di MJ, jalan telahpun ditutup dan polis serta trafik memenuhi persimpangan jalan. Aku meletakkan moto didepan KFC. Ada traffic light dan ramai polis berkumpul disitu. Aku senyum. Polis senyum. Aku sorong moto cabok aku dan berhenti betul-betul dihadapan polis yang bernama Nazim. Aku senyum, Nazim senyum. Aku kunci moto, pegang tangan Marina dan berjalan menuju dataran. Dalam hati, moto aku mesti selamat sebab aku parkir betul-betul depan Nazim. Dan Nazim pon dah senyum kat aku! Hahahahahahahaha...

Seronok aku jalan berduaan dengan Marina. Aku pegang tangan Marina dan Marina pegang botol air. Difikiran aku tak ada apa yang lebih menyeronokkan selain daripada jalan bergandingan tangan dengan 'princess' aku. Hati aku 'berbunga'. Sempat terdetik, 'sampai bilakah?' Aku jadi sayu sendiri!

Selepas saja kami melewati MJ, jalanraya bertambah sesak. Pelbagai kaum menuju ke destinasi yang sama. Semuanya riang membunyikan 'air horn' yang dibeli di pinggir jalan. Mat salleh dan Arab memakai pengikat kepala kuning bertulis "Malaysia". Aku bangga...ada sikap 'oneness/togetherness'. Jalanraya bertambah sesak hinggakan tak bergerak. Kesian Marina kerana terpaksa berhimpit-himpit dicelah-celah puluhan ribu pengunjung menantikan perarakan/perbarisan/lintas hormat bermula. Ketinggian aku membolehkan aku melihat ke Dataran Merdeka manakala Marina pula unfortunately hanya melihat belakang orang sahaja. Screen gergasi di depan pon Marina tak nampak. Hampir 2 jam kami berdiri begitu dan aku akhirnya mencuit bahu Marina dan bertanya samada dia nak pulang? Marina mengangguk lemas dan aku menarik tangannya keluar dari lautan manusia. Moto aku masih disitu tetapi Nazim tak kelihatan. Hahahahahahaha...

Kami ke Plaza Imbi dan singgah dikedai mamak. Kami minum berdua....Marina mengajak aku menyeberang jalan untuk ke Berjaya Times Square dan aku menurut sahaja. Moto ditinggalkan ditepi gerai mamak. Aku cuak..Alamak, banyaknya kedai baju.....letih aku mengikut dari satu kedai baju ke satu kedai baju yang lain dan akhir sekali, aku bagitahu Marina suruh go ahead dan aku hanya tunggu di bangku depan kedai! Berejam jugak aku melepek kat situ. Apa fashion pon aku tak paham. Lega bila Marina ajak aku balik.. Phew!!

Merdeka betul kali ni. Semua tempat penuh sesak. Kompom lepas ni aku hanya tengok di TV! Selamat menyambut Hari Merdeka my fellow readers!

8 ulasan:

Normala Saad berkata...

saya pun dah lama pencen kedataran. anak bongsu ja ambil alih. Anak sulung pula tak berminat lagi nak bawa anak kecilnya merai merdeka.

Warisan Petani berkata...

Satu masa nanti, mereka akan tinggalkan kita bila ada kehidupan sendiri.
Lagi sedih.

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,

Abaikan sekejap sesak dan penat merempuh lautan orang..moment bersama Marina tu penting kan. Esok lusa dia makin besar dan esok lusa lagi mungkin dia melanjutkan pelajaran ke luar negara dan esok lusa lagi dia dipinang orang..maka moment yang uncle lalui tadi akan jadi sangat berharga! (cheewah saya pula yang termoment di sini.)

Ye lah, dulu anak buah saya semua saya suap makan masa mereka kecik-kecik, sekarang balik kg, bilik mereka sunyi sepi, depan tv pun tak ada dah siapa nak berebut port paling dekat dengan tv dan paling pilu bila nak makan, tiada dah yg berebut minta suap..how time flies..

Uncle berkata...

Normala Saad.

Ni kali pertama bagi saya....selalunya menonton depan tv. But since Marina dah ajak dan ada sikit (banyak) kelapangan, saya pergi jugak...tapi kena pergi dengan moto la...tak sanggup nak memandu kereta!

Uncle berkata...

Warisan Petani..

Saya sedang mempersiapkan diri....hahahahaha...

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Memang cepat sungguh masa berlalu. Sebab tu Uncle cuba luangkan masa. Abang dah masuk Universiti. Yuya dah tingkatan 4 dan Marina dah 11. Dulu abang dok merangkak depan mata. Yuya masa kecik suka dok buat muka bila ambik gambaq. La ni semua dah besaq. Tu pon dah rasa sunyi...Belum lagi depa keluaq rumah!

Lady Windsor berkata...

kann..how time flies..

Uncle berkata...

true Lady Windsor....blink of an eye...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...