Isnin, September 11, 2017

Remaja separuh abad ini..

rambut blond dibelakang!

Assalamualaikum adik-adik dan semua yang membaca blog aku ini. Sebanyak mungkin aku akan cuba update sekurang-kurangnya seminggu sekali ya...Aku rasa sebelum ni pon aku dah kata lagu ni...hahahahahahaha...

Beberapa minggu yang lalu aku mendapat satu text message yang mengajak aku untuk sama-sama turun bermain rugby untuk pasukan veteran sekali lagi. Kali ini untuk menentang VIOBA yang merupakan salah satu kelab old boys yang terkuat dilembah kelang ini. Aku ni pantang kalau pasal rugby. Tambahan pulak ianya untuk veteran yang macam aku. Don't get me wrong people, untuk permainan rugby, umur 35 ke atas sudah masuk ke kategori veteran ya! Kalau tak percaya silalah google..

Jadi pada sabtu lepas aku pon pergilah ke Uniten pada tepat waktu yang dijanjikan. Melihatkan opponent, aku jadi risau sebab rata-rata mereka masih muda. Aku jadi teragak-agak untuk main ataupun tidak. Ngeri jika ditackle dan dibanting. Aku tetap warm up seperti biasa dengan adik-adik team mates. Waktu aku sampai, jumlah kami sepasukan tak sampai pon 10 orang. Memang kompom kena main sebab satu pasukan ialah 15 pemain. Maksudnya, aku tak boleh nak lari...hahahahahahaha...tukar baju dan pakai jersey yang berlencanakan alma mater dilengan membuatkan aku menjadi bangga. Tiba-tiba perasaan semangat terjadi begitu kuat disanubari aku. Sekali menyarung jersey, mana boleh aku buka semula sebelum berjuang? Kami menang 17-5.

Alhamdulillah tidak ada apa-apa injury pada aku kecuali mendapat sakit badan selama satu hari, Ahad semalam. Hahahahahaha...Bangun sakit, duduk sakit, baring sakit, meniarap sakit, menelentang sakit, mandi sakit, jamban sakit, pusing kiri sakit, pusing kanan sakit. Hahahahahahaha...padan muka! Tiba-tiba aku terfikir...kenapalah aku buat semua ni? Umur sikit lagi nak 50 ni...terdetik difikiran yang aku harus berhenti bermain rugby walaupun aku terlalu meminati permainan ini. Dalam keadaan sedikit 'down', badan terlalu sakit dan bertekad untuk berhenti main rugby, tiba-tiba aku mendapat satu whatsapp message.......dari rakan rugby juga. Messagenya aku baca betul-betul. Tak berkelip aku baca. Taklah panjang, tetapi sangat menarik untuk aku kata tidak. Aku senyum sambil melihat screen talipon. Aku mengetik jawab, "OK" sambil tersenyum, mata kembali bersinar dan tiba-tiba badan dah tak sakit!

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Wah...apakah mesej yang diterima itu. Ajaib bagaikan penawar yang menghilangkan kesakitan... :)

Lady Windsor berkata...

rasa-rasa dah boleh agak 'OK" tu untuk apa..hahahaha


dulu-dulu lepas habis kelas saya akan singgah di padang rugby UM, buat muka tembok duduk tepi pagar tengok depa bergasak berlatih rugby. ada satu macam rasa 'best' bila tengok depa gedebuk gedebak...saya rasa stress saya release macam saya berjaya lanyak musuh berzaman saya, rasa macam saya dah berjaya bantai musuh atau orang yang saya tak suka..rasa macam berjaya membuang kemarahan bila tengok scene gitu. psiko kah? Entah!

Uncle berkata...

Kakcik,

Itu message mengajak saya untuk main rugby lagi...hahahahahaha tu yang hilang sakit badan!

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Kami masih lagi berlatih di padang UM setiap ahad pukul 9 pagi. Cuma saya tak sempat nak kesana kerana setiap ahad saya ada urusan sikit di MJ. Setelah selesai sekitar 7.30 pagi, pulang ke rumah dan usung partner naik moto pergi marrket pulak! Jadi tak sempat nak berkejar semula ke UM untuk latihan...

Rugby to me is 'therapautic'. Sejenis permainan yang amat saya minati sejak zaman sekolah. Makanya saya merancang untuk menonton rugby secara live di Tokyo 2019 nanti sempena dengan Rugby World Cup 2019.

To answer your q, basically i don't have an answer to give. In a way, maybe yes...hahahahahahaha. To me it's a very gentleman's game. Ya, ia ada body contact dan lots of tackling. Tapi kalau betul-betul fit, kita takkan injured. Teamwork dlm pasukan rugby is amazing. Pemain rugby tak pernah bergaduh dgn referee apabila referee membuat sesuatu keputusan. Itu keputusan yang semua pemain akan hormat. Tengoklah game All Blacks pun. Tak pernah ada argument apatah lagi menyentuh referee. Bukan seperi permainan-permainan sukan yang lain yang suka 'argue'. Itu tidak gentleman...Oleh itu juga referee mestilah seorang yang amat berpengalaman dan tahu 100% ttg rugby. Oh....tak kena topik kot ni....hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

o yeah..a philosophy behind the game. memang rugby lasak giler, kalau cakap bahasa kasar..memang game ni kasar kaw kaw tapi dalam kasar tu ada esprit de corp yang mantap. isk saya tak kenai pemain rugby cuma saya tau all black tu lambangnya fern leaf kan kann..ahahahahah


pstt..memang tak kena topik laa uncle!

LW

Uncle berkata...

Dear LW.

Tu lah...Uncle pon rasa macam 'menyerong' je dengan topik. Tapi mula-mula tu ok kan....cuma bila masuk penghujung tu ntah apa-apa...as a matter of fact, Uncle seniri pon tak beropa nak paham! Hahahahahahahaha....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...