Khamis, Oktober 12, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 2

#(diambil dari coretan saya di fb minggu lalu!)

Alhamdulillah saya sampai di Padang Besar stesyen tepat pada waktunya. ETS terlalu sejuk membuatkan saya sering berulang-alik ke tandas. Kelebihan tandas ETS ialah kerana tandasnya dibuat sekaligus utk oku. Pintunya besar utk menyorong kerusi roda masuk dan ada besi penghadang utk mengangkat badan setelah menggunakan tandas. 

Stesyen Pdg Besar tidak ada perubahan ketara. Masih seperti yg lama spt saya lalui dulu. Oleh kerana kaunter tiketnya dibuka pada pukul 2.30 petang waktu Thai, saya menghabiskan masa naik ke tingkat atas dan minum. Kelihatan ramai rakyat Malaysia yang tiba dari Hatyai sedang beratur di kaunter imigresen. Tepat pukul 2.30 saya melangkah ke kaunter tiket. Utk ke Hatyai harganya baht70 sahaja. Setelah pembelian, saya pula yg beratur masuk ke kaunter imigresen Malaysia utk dicop keluar dan seterusnya ke kaunter imigresen Thai utk dicop masuk sebelum saya melangkah ke platform dan menaiki keretapi yg hanya ada 2 gerabak. 

Keretapi ini mengembalikan kenangan saya ditahun 80-an dulu. Keretapi lama yg saya sering naik..saya cuba membandingkan kenangan saya sewaktu menaiki keretapi di eropah pula sekitar tahun 90an dan disini. Ternyata masih jauh tetapi setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing yg amat tersendiri dan unik.
Keretapi bergerak laju dan setelah 35 minit, saya sampai di stesyen Hatyai. Tidaklah terlalu besar. Diluar, banyak teksi sedang menunggu. Saya tidak bercadang utk menaiki teksi kerana jarak hotelnya hanyalah 100 meter dari stesyen. Berjalan terus mengikut panduan yg diberikan senior saya abg Bond, saya melewati beberapa barisan rumah-rumah kedai lama. Dibawahnya ada deretan kedai-kedai emas. Ramai makcik-makcik sedang tawar-menawar. Deretan kedai-kedai emas lama ini sedikit-sebanyak mengingatkan saya dengan kedai-kedai pajak gadai yg sering saya lewati di pekan Jelutong sewaktu mengikuti arwah mama utk membeli sayuran dan ikan di pasar Jelutong pada awal tahun 70-an dulu. 

Mendaftar masuk ke hotel Aloha mengambil sedikit masa kerana nama saya tidak tersenarai walaupun booking telah saya buat. Lama menunggu akhirnya registration card saya dijumpai tetapi nama saya ditulis didalam bahasa Thai. Ini membuatkan bunyi dan lenggok sebutan nama saya menjadi lain. Receptionist memohon maaf lantas menyuruh bellman membawa saya dengan pantas. Masuk saja ke bilik, hmmm not bad. A nice comfortable looking queen size bed menunggu saya. Nampak seperti baru lepas renovasi. Tidak terlalu besar tetapi cukup utk saya seorang. Almari dipojok, meja kerja yg kecil sesuai utk meletakkan laptop beserta plug point berhampiran meja tersebut amat sesuai utk tetamu yang mengembara seperti saya. Tv diletakkan sedikit tinggi dari aras biasa. Bilik airnya kemas. Ada long bath. Saya berpuas hati.
Saya tidak bercadang mahu kemana. Hanya mahu berehat sahaja dibilik kali ini sementara menunggu waktu yg sesuai utk keluar makan dikawasan persekitaran. Membuka laptop dan terus mengupdatekan perkara-perkara penting sambil sekali-sekala menjeling iklan tv Thailand yg saya rasa amat menarik.

Pukul 8 saya turun ke lobi dan memesan kenderaan utk ke restoran Sugar Rock. Jangan tanya saya dimana lokasinya kerana saya tak tahu..tapi ia hanya mengambil masa selama 15 minit dari hotel penginapan saya. Tidak ada menu lain yg saya sering pesan kecuali Padthai setiap kali saya di Thailand dan satu salad. Juga jangan ditanya nama salad tersebut kerana saya tak tahu nak sebut bagaimana. Didalamnya ada isi kelapa muda yg di potong kecil. Rangup, sedap, pedas semuanya ada. Saya suka tapi menyesal kerana tak menyuruh pekerja yg rekomen kepada saya, untuk menulis nama makanan tersebut. Hari ni nak cari dah tak tahu! Hahaha....

Restorannya packed dengan universiti students kerana hari itu merupakan graduation day mereka dan salah satu celebrationsnya ialah dengan keluar makan beramai-ramai.
Saya pulang ke hotel, kekenyangan...letih, sendat, mengantuk semuanya terikat menjadi satu...

Hari ini saya akan ke pekan Songkhla sekitar 30 minit dari sini dengan tujuan mencari padthai dan cafè hopping. Banyak cafè-cafè hipster tumbuh di pekan Songhla kini dan saya akan cuba singgah disatu atau dua cafè yg saya rasa bagus...ini yg saya enjoy sekarang...melawat cafè, melihat kreativiti menunya, konsep cafènya, harga menunya, servis, displaynya dan banyak lagi...
Esok saya akan menaiki keretapi malam (sleeper coach) dan bakal ke destinasi yg berbeza....haha......tak sabar rasanya!

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Uncle up la gambar banyak sikit. Boleh tumpang tengok tempat orang.

Uncle berkata...

Normala Saad.

Tunggu entry yang ke 3 dan seterusnya...kesemuanya ada 10 entries...ni baru 2..hahahaha...

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 9

Iftar Perdana sabtu lalu di sekolah nasi kawah Sepanjang perkenalan saya dengan TSSJ, banyak yang saya pelajari. Salah satunya yang pas...