Khamis, Oktober 19, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10)

Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusnya mencari kopi yg ke dua utk hari ini. Berehat sebentar di luar stesyen dan seterusnya meneruskan perjalanan utk mencari hostel yg saya tempah yakni Pop Art Hostel yg kedudukannya hanya 400 meter dari stesyen keretapi. Agak sukar mencari kerana ada terlalu banyak lorong tikus dan saya tersalah masuk kerumah orang tempatan! Fun hah?

Pop Art Hostel
Sewaktu berehat sambil minum kopi cicah croissant, saya membuat beberapa panggilan utk menetapkan waktu dan tarikh mesyuarat pada minggu depan dengan counterpart dari Bangkok. Selesai.
Sesampainya saya di hostel saya harus menunggu selama 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke bilik dormitori. Bersama saya ialah pasangan pengembara dari UK yg dah setahun berkelana di Australia. Kami berbual sebentar dan ternyata pasangan muda ini suka mengembara spt saya. Haha....

Hualamphong Station

Hujan turun dengan lebatnya diluar. Selepas ini saya nak mandi dan kemudiannya berehat sehingga jam 6 petang sebelum bergerak semula ke stesyen pada pukul 6.30 petang nanti. Saya harap tak hujan!

Perjalanan masih jauh..

Oh ya...berapakah harga katil disini utk semalaman? Hanya rm19 tanpa sarapan...

Till we meet again....bye for now...

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

8 ulasan:

Lady Windsor berkata...

RM19/night. rasa macam nak dok seminggu pun still mampu tu kalau saya..

Uncle berkata...

Bilik ada 4 double decker bed untuk 8 orang. Ada bathroom/toilet attached and a tiny locker each. If you don't mind sharing rooms, you are alright...sharing maksudnya lelaki dan perempuan....semuanya backpackers from all over the world!

Lady Windsor berkata...

No prob,should be ok! i experienced it before..when i was in wellington..to be exact kat Napier, kami share wash room, living room and communal kitchen uncle. Macam uncle cakap, bila nak keluar dari bilik ayaq dok selia dulu takut-takut ada rambut ka, atau apa2 yg jatuh..clear! Bila masuk bilik ayaq pun memang clear..lega! gamaknya kalau dah namanya backpakers ni memang depa tau rules and regulation tu..

Uncle berkata...

LW.

Seronok dok ramai-ramai lagu tu sebab kalau kita ingat kita banyak pengalaman, tunggu dan dengaq dulu cerita depa...Gila semua tu...Ada yang dah berbulan dok back packing dan ada juga yang bertahun! Tapi kebanyakkannya buat kerja online. Jadi depa tetap ada duit untuk berjalan jauh....

Normala Saad berkata...

Murahnya bilik ....tu sebab kena survey dulu sebelum pi mengembara ya uncle...

Uncle berkata...

NS.

Betul. Sebab tu saya buat "homework" dgn teliti. Ini utk memastikan budget saya betul dan saya tidak membuang wang dan waktu...

Lady Windsor berkata...

Haa betui3x depa kerja online..jadi duit masuk ja..at the same time depa jadi staff part time kat bnb tu sekali..

Uncle berkata...

LW.

Kita tak berani nak buat lagu tu...but anyway, my second son tiba-tiba hari tu kata, "Papa, Yuya nak simpan duit...lepas SPM tahun depan nak backpack ke East Europe...sorang...". Hahahahahahahahahaha yeayyyyy....go ahead young man....you'll learn plenty of things while traveling....hahahahahahahaha

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...