Rabu, Januari 24, 2018

Memasak?


Beberapa hari yg lalu rakan lama saya ada menalipon dan bertanya dimanakah saya belajar mengenai masakan. Sejujurnya saya memberitahu beliau bahawa saya tidak pernah mengambil jurusan masakan tetapi masih tetap harus melaluinya kerana merupakan sesuatu yg amat perlu kami tahu...

Saya mengambil jurusan Hotel Management. Didalam jurusan tersebut kami belajar tentang semua perkara yg bersangkutan dengan bidang perhotelan. Ini merangkumi operasi setiap department dan juga cara-cara pengurusannya. Persoalannya sekarang, dimanakah saya belajar memasak? Didalam jurusan saya, salah satu bidang yg harus saya ambil/belajar ialah "European Classical Cooking". Subject ini amat menarik perhatian saya kerana ia mencakupi sejarah, nama-nama penting serta chef-chef terhebat dulu serta cara-cara masakan dan penyediaan makanan yg sungguh klasik. Jadi, disitulah saya mula belajar tentang masakan....

Walaubagaimanapun saya tidak serious bekerja didapur kerana saya lebih suka berada di 'depan' yakni front of the house jadi masa saya banyak dihabiskan di pelbagai department.

Kepada adik-adik yg berminat nak belajar bidang perhotelan diluar negara dan ibubapa kebetulan mampu, saya sarankan agar memohon utk belajar di Switzerland kerana banyak pendedahan yg adik-adik bakal perolehi berbanding disini. Persaingan hebat dari para pelajar seluruh dunia akan melonjakkan keupayaan adik-adik....namun begitu ia juga bergantung kpd berapa kuatnya disiplin adik-adik dan matlamat adik-adik utk berjaya....

Kepada adik-adik yg berminat, silalah layari  https://www.cesarritzcolleges.edu/en

Saya dulu belajar dikampus Le Bouveret...

Live balanced life to the fullest
#unclefrommas

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mudah-mudahan anak kakcik juga akan kuat semangat untuk terus belajar lagi dan lagi...

Uncle berkata...

InsyAllah Kakcik. Selagi dia ada keinginan dan disiplin saya pasti anak Kakcik pasti berjaya. Sewaktu belajar, saya sarankan beliau terus memohon untuk melaksanakan latihan praktikal dihotel-hotel besar dan setelah tamat, beliau disyorkan untuk mencuba nasib dihotel-hotel besar. Memang agak payah tetapi dari 5 permohonan saya pasti satu akan kena!

Saya doakan agar beliau berjaya..

meintheswim berkata...

Kerjaya dalam bidang perhotelan pada pandangan saya lebih menyeronokan dari banyak bidang yang lain.

Uncle berkata...

In a way yes...meintheswim..salah satunya ialah kerja kami tidak rutin. Maksudnya setiap hari bertemu tetamu yang berbeza dan challenges yang berbeza. Itu yang membuatkan saya tertarik dengan bidang ini...walaubagaimanapun, apa jua bidang sekalipun memerlukan seseorang itu mempunyai minat yang mendalam, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang jitu...no office politics, no backstabbing etc...(susah jugak nehh...hahahahaha)

Warisan Petani berkata...

kerjaya yang menarik.

Uncle berkata...

Memang menarik dan saya amat meminatinya..

Unknown berkata...

kelas lah uncle, jauh belajar memasak. taj belajar ngan mak ajo, masak lauk2 melayu tu bole lah. masakan barat belum lg berminat nak belajar, makan suka lah haha
#sukamasaksukamakan

-taj-

Lady Windsor berkata...

Assalamualaikum UNcle..
Saya masih ingat dulu uncle cerita mengenai pengalaman kerja di PJ Hilton rasanya. Antara disiplin yang perlu ada ialah datang awal, banyak bertanya, sentiasa bersedia atau siap siaga dan perlu kedepankan diri untuk menimba ilmu. Itulah yang saya amalkan walaupun bidang disiplin berbeza.

O ya saya dah terlebih usia untuk belajar masakan di Switzerland namun saya masih belum terlambat untuk ke England untuk membantu sahabat di sana menyediakan beberapa menu sepanjang di sana nanti. InshaAllah..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Lady Windsor.

perkara-perkara dulu yang diceritakan adalah perkara-perkara asas untuk berjaya. Bukan hanya dikerjaya tetapi juga didalam kehidupan seharian.

Umur bukanlah penghalang kepada keinginan untuk belajar atau untuk memajukan diri. Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Lady Windsor disana nanti..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...