Jumaat, April 20, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 2

Pada suatu pagi, saya mendapat panggilan daripada Tan Sri Sanusi Junid. Bunyi nada suaranya amat cemas. Katanya, "Shahrir, where are you? You have to assist me...come to my room now..." Saya pon tanpa banyak soal, terus bergegas ke bilik Tan Sri di tingkat yang agak tinggi dan menekan loceng dipintu. Jantung saya berdegup kencang kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Sebagai contohnya, masalah kesihatan Tan Sri dll. Alhamdulillah lega apabila terdengar suara Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar di luar. 

Perlahan-lahan daun pintu terkuak dan saya melihat kelibat Tan Sri hanya memakai tee dan berkain pelikat. Kelihatan Puan Sri duduk membaca Al-Quran sambil mengadap ke Masjidil Haram. Puan Sri menoleh dan saya senyum sambil menganggukkan kepala tanda hormat. Puan Sri kembali menyambung bacaannya....

Saya diberitahu bahawa safe boxnya tidak dapat dibuka. Mungkin kombinasinya telah tersalah dan banyak dokumen penting ada didalam seperti passport dll. Saya cuba menukar bateri tetapi tidak berjaya. Akhir sekali saya tepaksa memanggil Engineering team saya dan meminta bantuan dari mereka.  Safe box tadi dirongkah skrunya dan dibawa ke pejabat Engineering kerana peralatan lebih canggih diperlukan untuk membuka. Pada masa yang sama, saya memberitahu Tan Sri bahawa saya sendiri yang akan memantau kerja-kerja membuka safe box itu tetapi Tan Sri masih insist yang beliau mahu berada disitu untuk melihat sendiri. Saya akur. Hampir 3 jam kami duduk bercerita sementara menunggu pekerja Engineering saya cuba membuka safe box tersebut tetapi hampa. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan 'chain saw' untuk memotong safe box tersebut. Berjaya...hahahahahahaha...

Sepanjang 3 jam kami duduk menunggu Eng team saya membuka safe box tersebut, banyak yang kami bincangkan. Dari keluarga saya, hinggalah kepada keluarga Tan Sri. Dari cerita sewaktu saya kecil sampailah ke cerita bagaimana saya terperosok di KSA. Manakala Tan Sri pula bercerita mengenai arwah ayahnya yang suatu waktu dulu memandu lori ikan, cerita beliau menjadi tukang karut sambil menjual "makjun kuat", bekerja sebagai caddy dan pencuci pinggan, mckk dan banyak lagi...hahahahahaha......cerita kami amat santai. Tidak menyentuh langsung perkara-perkara sensitif..sedar tak sedar, safe box itu telah berjaya dipotong. Tan Sri berpuas hati manakala saya pula menjadi kalut kerana terpaksa menyiapkan report kenapa safe box itu terpaksa di "paksa buka!" Hahhahahahahaha...



6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Masa dia jadi MB Kedah dulu dia mempunyai pelbagai idea hebat dlm pertanian bandar. Malangnya waktu itu kebanyakkan ideanya di pandang aneh fan menongkah arus. Yang paling tak lupa saranan tanam padi atas bumbung banggunan. Semua org kata merapu tp tak demua org sedar bukan saja padi sayuran lain pun blh. La ni bila tengok negara luar buat gitu kita nganga mulut kagum. Tak apa

Uncle berkata...

Idea tersebut timbul sewaktu TS berada di Korea didlm rangka lawatannyamelalui portfolio beliau waktu itu. Semuanya boleh dibaca didalam blognya yakni sanusijunid.blogspot.com

Saya brrnasib baik kerana diceritakan secara detail kpd saya sewaktu santai minum kopi bersama beliau di kl.

Tanpa Nama berkata...

Di Thailand, saya lihat padi ditanam dalam kok dan diletakkan berhampiran dengan bus stop. Untuk hiasan. Dari Chiang Mai ke Mae Hong Son, padi di tanam di kawasan kering dan berbukit. Di Malaysia, padi mesti di tanam kawasan paya berlumpur atau orang Kedah cakap "keleborg". hmmmmmmm.

Azian Elias berkata...

kenangan mengusik aiwa ye uncle. semoga ALLAH tpt kan beliau di tpt yg selayaknya. INSYALLAH

Uncle berkata...

Tanpa Nama.

Banyak cara juga untuk menanam padi ni rupanya ya...hahahahahaha....saya pasti hasilnya juga berbeza sesuai dengan cara penanamannya....

Uncle berkata...

Azian Elias.

Banyak kenangan saya dengan pembesar dalam dan luar negara cuma cerita saya tidak pernah menyebut nama-nama mereka....

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 14

Kedai buku yang saban hari saya kunjungi selama disana kerana banyak buku-buku yang saya tak dapat disini. Dah lama saya tak melakuka...