Rabu, Julai 04, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 11


TS merupakan seorang tokoh yang amat senang saya hubungi. Setiap sms yang saya kirimkan pasti berjawab didalam waktu yang singkat. Walaupun beliau sibuk, pesanan ringkas saya tidak pernah diabaikan. Kadang-kadang saya terlupa yang TS ada ceramah ataupun bermesyuarat kerana beliau tidak pernah memberitahu saya agar tidak mengganggu perjalanan programnya. Kecuali kadang-kadang jawapan pendek yang saya terima ialah, "Shahrir, saya di Jakarta..". TS pada kacamata peribadi, boleh diibaratkan sebagai seorang tokoh yang amat saya hormati. Hormat dengan tutur katanya, hormat dengan caranya, hormat dengan pandangan-pandangan tajam, sinis dan advancednya, hormat dengan kesederhanaannya dan banyak lagi.  Nasihat-nasihat beliau kepada saya boleh diibaratkan sebagai nasihat/teguran daripada seorang ketua kepada pekerjanya ataupun dari seorang bapa kepada anaknya.

Oleh kerana TS sering ke luar dengan tugasan rasmi negara (sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dulu), saya pasti TS selalu makan makanan yang enak-enak. Mungkin juga yang mahal seperti daging KOBE dll yang tak mampu saya rasa kerana harganya yang amat mahal. Pada suatu hari, sedang kami berbual santai, saya bertanya kepada TS........."TS, apa makanan yang TS teringin sangat-sangat nak makan dan dah lama TS tak makan?". TS berhenti sejenak berfikir, memandang tepat kearah saya dan lantas terpacul dari mulutnya, "Saya teringin nak makan sardin dengan sayoq bayam tomeh ayaq". 

Selang 2 hari setelah saya check jadual TS yang agak free, saya mengajak TS makan tengahari. Sebaik TS melangkah kemeja makan, saya lihat ada senyuman dibibirnya....saya masakkan apa yang TS beritahu saya 2 hari lalu dan TS makan dengan berselera. "Tambah nasik sikit lagi...", katanya kepada saya. Hahahahaha... 

al fatihah....

Live balanced life to the fullest!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik tak jemu baca catatan-catatan tentang TS Sanusi di blog ini.

(Kali ini kakcik tinggalkan jejak setelah sebelum ini datang hanya sebagai pembaca senyap...hehehe)

Uncle berkata...

amboih....mai diam-diam no.....tak habaq pon.....kesan pon takdak! Hahaha....tq kakcik!

ibm bmi berkata...

saya baca dari siri mula sampai 11. saya suka kerana dapat membaca kisah seorang ahli politik, pemimpin dari sudut pandangan orang biasa. terima kasih.

Uncle berkata...

Terimakasih kerana membaca cerita-cerita santai saya. Benar, saya menulis tentang arwah TSSJ dari sudut ini kerana pasti tidak ada orang lain yang tahu sisi santai dan kelakar beliau.

meintheswim berkata...

Mungkin dia jemu dengan makanan yang mewah dan berat membuat dia rindu kepada makanan simple, sardin dan sayoq bayam tomeh ayaq.

Uncle berkata...

meintheswim.
TS bagitahu saya yg makanan tersebut mengingatkan beliau sewaktu kecil dizaman susah....in fact bila saya tanya apakah nak saya tambahkan bawang besar atau ubi dlm sardin pon katanya tak perlu. Cukup sekadar bukak tin dan panaskan saja!

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 12

Setiap kali saya ke pejabat Tan Sri, saya hanya sering berseluar jeans. Saya tidak memakai sepatu seperti nak masuk mesyuarat kerana...