Jumaat, Julai 13, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 12






Setiap kali saya ke pejabat Tan Sri, saya hanya sering berseluar jeans. Saya tidak memakai sepatu seperti nak masuk mesyuarat kerana saya hanya menunggang motosikal kapchai. Walaubagaimanapun, kasut saya sentiasa tersimpan rapi dibeberapa tempat untuk saya gunakan jika perlu. Begitu juga dengan kemeja saya, tie saya dan cufflink untuk melengkapkan pakaian saya. Semuanya bersesuaian dengan acara. Tetapi apabila saya tidak ada appointment, saya hanya berseluar jeans, tee shirt dan kasut santai yang kadang-kala warnanya agak 'ang-ang' (menyala). Kasut yang saya pakai tu saya sendiri tak reti nak describe sebagai kasut jenis apa....tak bertali. Orang Kedah kata, "serelom" saja. Kasut ni amat casual dan saya sukakan warna yang agak terang. Pada waktu itu kebetulan aunty belikan kepada saya yang warna merah untuk harijadi saya! Hahahahahaha...

Pada suatu pagi saya mendapat message daripada Tan Sri yang memanggil saya untuk bertemu beliau dengan segera. Tanpa berlengah lagi, saya pon terus ke pejabat Tan Sri dari tempat saya di Bangsar. Saya masuk ke pejabat. Di pejabat Tan Sri, kasut diletakkan di rak kasut. Kalau di rumah Jepun tempat untuk masuk ke rumah dan letakkan kasut dipanggil "genkan" dan/tetapi disebut sebagai "gengkang". Saya seperti biasa, meletakkan kasut saya di rak. Terus ke pintu pejabatnya dan memberi salam. Tan Sri mengangkat kepala dan menjawab. 

"Hah...cepat sampai", katanya...
Saya tersenyum dan membalas, "moto Tan Sri, tu yang cepat".

Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar. Selang beberapa minit, Tan Sri keluar dan mengajak saya mengikutnya untuk satu mesyuarat penting katanya. Huh? Mesyuarat? Habislah saya. Dahi dah sedikit berpeluh. Saya tak bersedia kerana tidak diberitahu. Nasib baik saya pakai kemeja. Tan Sri sarungkan kasutnya. Saya sarungkan kasut saya. Sewaktu nak berjalan menuju ke lif, Tan Sri memanggil saya. 

"Shahrir!!!!!, awat kasot rona merah????"


al fatihah.....

Live balanced life to the fullest..

4 ulasan:

meintheswim berkata...

Awat kasot rona merah : ))
Enjoy baca posting ini.

Uncle berkata...

meintheswim.

terimakasih kerana terus membaca......sejak dari hari yu saya dah tak pakai lagi kasut merah 'serelom' tu......tapi pakai kaler ijau pulak....haha

Omong Mak Long..... berkata...

Suka baca penulisan Uncle tentang orang-orang kenamaan. Cara tak langsong membantu mengenali mereka yang kebanyakan orang ramai tak tahu. Terima kasih Uncle.

Uncle berkata...

Terimakasih Mak Long kerana membaca.

Sebenarnya banyak cerita tentang orang-orang kenamaan tetapi selagi tidak mendapat kebenaran saya tidak akan menceritakan. Jikapun saya bercerita, nama dan lokasi pasti saya tukar.

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 17

  Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi kita pada kali ini setelah agak lama saya mendiamkan diri mengumpul bahan. Sewaktu saya ...