Ahad, Mac 12, 2017

Kembali ke pangkal jalan!

Aku di kiri....

Assalamualaikum semua. Jumaat yang lalu, aku telah kembali kenegeri kelahiran aku di Kelantan. Memang aku dilahirkan disana dan kad pengenalan aku juga bernombor tengahnya '03' tetapi ia hanyalah tercatat sebagai tempat kelahiran kerana selepas itu arwah bapak ditukarkan ke Penjara Pulau Jerejak. Maka dengan itu, aku dah jadi biasa dengan merantau dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa banyak masalah. Alhamdulillah aku dapat sesuaikan keadaan dimana sahaja aku berada. Bagaikan 'sesumpah!' Hahahahahaha....

Sebahagian daripada rakan-rakan aku dah pun bergerak ke sana pada hari Jumaat petang. Ada yang memandu dan ada yang membuat solo ride....IQ, Apam, Ketard dan Kudo naik kereta manakala Chelayer (geng Henry Gurney High School) naik moto sorang. Chelayer tu gila orangnya jadi, tak boleh diikut! Hahahahahahaha.......Tujuan kami kesana ialah selain daripada menjalinkan silaturrahim juga untuk melawat rakan-rakan yang dah lama kami tak ketemu. Program ini telah lama dirancang yakni sejak tahun lalu. Banyak acara telah diatur dan yang paling aku ngeri ialah acara makan....Kalau diikutkan itinerary yang dikirimkan oleh Gilos, nampak gayanya kami tak sempat berlapar! Dari mula tiba sampailah kesudahannya ada saja program ke segala ceruk untuk makan. Ada yang hostkan dinner, ada yang hostkan lunch dan ada yang hostkan breakfast....habislah aku kali ni!

Di KB saja ada beberapa orang penyamun dari batch aku yang menunggu. Mereka ni memang hardcore kerana sejak dulu asyik memerap disana. Datang ke KL hanya kerana ada tugas yang harus diselesaikan ataupun mengunjungi anak-anak yang samada belajar ataupun dah mula bekerja di KL.

Ok biar aku hentikan disini dulu kerana bila aku free nanti aku akan ceritakan perkara 'dahsyat' yang dah berlaku di Kelantan....Ngeri aku masih tak terpadam. Ingatkan peristiwa di Kelantan tu aku jadi seram sejuk dan dah rasa macam nak demam walaupun hotel aku betul-betul di depan masjid!....MasyAllah...kuatkanlah jiwa aku......

Isnin, Mac 06, 2017

Angan-angan..

Takde kerja!   


Assalamualaikum semua. Terimakasih kerana masih mahu membaca. Haha..minggu lalu aku sibuk terus. Bilakah kesibukan ini akan berakhir, aku tak pasti. Tapi yang pasti, insyAllah aku akan bekerja selama 10 tahun lagi dan aku rasa aku masih lagi produktif pada waktu itu. Rugi rasanya kalau terus bercuti dan mengharungi hari-hari mendatang tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. Kenapa aku harus bekerja selama 10 tahun lagi? Kerana waktu itu Azumi berumur 29 tahun. Yuya berumur 26 tahun dan Marina pula berumur 21. Aku pulak? Takpalah....kalau dah baca entry aku sebelum ni mungkin semua dah boleh kira berapa umur aku waktu tu!

Apa aku nak buat lepas pencen? Rencana aku ialah untuk menetap secara separa tetap di luar negara selain daripada backpacking setahun 2 kali. Dimana aku nak menetap? Aku tak mahu bagitahu lagi. Suasana kampung yang tenang, masih tradisional, menetap disebuah rumah kecil yang ada 2 bilik. Kenapa 2 bilik? Satu untuk aku dan satu lagi untuk anak-anak yang teringat nak datang melawat. Jika tidak, mungkin untuk kawan-kawan yang ingin menziarahi aku dan berlibur pada waktu yang sama. Apa aku nak buat? Hahahahaha...aku tanya, aku jawab sendiri. Boleh? Aku nak tulis buku. 2 buku to be exact. Satu pasal aku dan satu lagi pasal kerja aku. Publish ke tidak, aku tak nak ambil tahu. Janji aku nak terus menulis 2 buku ni. Takde orang nak baca pon aku tak kisah. Janji aku puas! Hahahahahaha....

Apa lagi nak buat lepas pencen? Aku nak terus mengunjungi gym untuk pastikan kesihatan aku terjaga. Orang lain mungkin berkebun tapi aku nak berkebun di gym...jangan tanya mengenai 'spiritual journey' aku kerana ada sesuatu yang aku ingin lakukan. Itu antara aku dengan Allah. Lagipun di blog ini aku tak mahu membincangkannya.....Bila pencen, cukuplah aku tunggang scooter saja. Lagipun tempatnya santai. Aku sukakan budayanya. Aku sukakan semangat akrab masyarakatnya. Keperihatinan mereka juga mencuri perhatian aku. 

Makanan? Simple healthy food, absolutely. Cukuplah breakfast dan lunch...malam hanya santai..rumah mesti bersih. Internet connection mesti super-duper...oh ya, apa lagi aku nak buat disitu? Pagi lepas breakfast aku nak exercise....lepas tu mandi dan mula menulis....kopi secawan dimeja, dengan lagu santai, menulis dan terus menulis..lepas lunch, aku 'siesta' dulu....lepas tu aku ambil scooter aku dan ronda....stop kat kampung mana-mana dan ngopi sambil baca suratkhabar. Lepas tu pelan-pelan aku tunggang scooter balik rumah. Lepas minum malam (bukan makan malam), menonton news sekejap,  pasang lagu santai, menulis lagi.....pukul 12 aku kena tidur....

Pergh...angan-angan macam 'goods' je....tak lama lagi tu...10 tahun je lagi! Huish, pejam-celik pejam-celik dah 9 tahun....aku takut pada umur yang meningkat? Apa nak takut?  Biarlah meningkat....aku hanya takut bila pikirkan 'bekalan' aku tak cukup! Yang tu aku ngeri! Arghhhhh....

Ok people....malam ni aku nak pasang angan-angan tu dulu. Hopefully esok aku tambah bersemangat nak pergi kerja. Hahahahahahaha...

Rabu, Februari 22, 2017

9hb Februari 1968

Assalamualaikum semua. Dibawah ini ialah karangan pendek bekas junior aku (aku form 5 dia form 1 ditahun 1985) semasa di SDAR dulu didalam fb aku. Thank you so much Suhaimy Kamarudin. 

Nakai nehh......

"Today is Uncle Mohd Shahrir Ali's birthday. I'm not at liberty to reveal his age (and risk kena ketuk ketampi), but I can tell you he looks a lot younger than his age.

Uncle was my senior at school when we all first arrived in 1985. I remember he was one of the Rumah Bendahara seniors in Blok D, and played rugby together with Dino, Apam, Aizad, IQ, Mohd Rasheed Hj Hassan, etc. I think he also represented the school in football and was also a school sprinter.

For most of us juniors, Uncle was probably the fiercest-looking senior in Blok D. We were just scared of him! There's no other way to put it. Haha!

But when I think about it, I don't remember any of us being bullied by him or anything. He minded his own business and he was never mean to us. 

He may not remember this, but he visited the school in 1987 if I'm not mistaken. He took the time to chat with a bunch of us at Dorm C7 about life after school.

The story I remember most was about him playing rugby and training with the Royal Selangor Club. I just remember thinking, "this guy is actually not scary at all."

These days, thanks to technology and social media, some of us keep in touch with him via Facebook and WhatsApp and all that. And on this auspicious day, here's pantun seloka to celebrate Uncle's birthday:

Happy birthday untuk Uncle,
Almost lima dekad quite a spectacle,
Badan sado bukannya miracle,
Sapa kurang ajaq sat lagi kena tackle.

Kami ucapkan selamat hari jadi,
Makan birthday cake jangan lupa angkat besi,
Untuk meraikan hari yang mulia ini,
Sat lagi Taren buat show goyang gerudi.

Kami doakan semoga terus panjang umur,
Terus murah rezeki terus sihat segar dan subur,
Sado dan macho budi tinggi pekerti luhur,
Cergas dan cemerlang macam negeri Penang yang makmur."

Macam itulah rapatnya kami. Kesian dan sayu aku dengar bila aku tahu kini yang adik-adik amat takutkan aku dulu. MasyAllah...semoga aku diampunkan Allah diatas segala salah laku aku dulu.....

Jumaat, Februari 17, 2017

Back to school..


Bunyi tu saspen.....betul memang aku pergi ke sekolah pon. Tapi untuk acara perasmian dan menaik taraf surau sekolah. Wah hebat sungguh surau sekolah aku sekarang ni. Aku ingat lagi sewaktu aku masuk ke tingkatan satu pada tahun 1981 dulu, surau hanyalah merupakan bilik yang disambung/besarkan untuk menampung murid-murid untuk sembahyang secara berjemaah terutamanya pelajar-pelajar junior. Hari Khamis malam Jumaat, para pelajar tingkatan satu akan mengambil giliran untuk menyusun carpet merah didewan besar. Pertama untuk acara sembahyang Maghrib dan Isyak serta tahlil diantara kedua-dua waktu tersebut dan ke dua ialah untuk sembahyang Jumaat keesokan harinya. Setiap minggu kelas berlainan akan dijadualkan untuk membentangkan carpet. Cerita bentang carpet tu masih lagi menjadi bahan kami berjenaka setiap hari Khamis malam Jumaat, kini! Message akan masuk dalam whatsapp berbunyi, "Kelas 1 Putih jangan lupa bentang carpet didewan malam ni.....". Lepas tu confirm beratus whatsapp messages akan masuk.....hahahahahahahaha.....Cerita sama yang berulang setiap minggu dah berpuluh tahun lamanya.....hahahahahaha.....




aku paling junior tau!


Old boys dah banyak melaksanakan pelbagai usaha termasuklah yang melibatkan dana. Kerja mereka tak habis siang dan malam. Yang tu memang aku respect habis. Jadi, pada satu tarikh yang ditetapkan dan bersesuaian dengan semua, kami pon berangkat ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku sampai agak awal. Bersama dengan abang ZZ, kami sampai pada pukul 5! Aku ambil kesempatan untuk meronda ke semua kawasan termasuklah asrama (bahagian bawah). Waaaahhhh banyak sungguh perubahannya berbanding dengan zaman aku dulu. Itu sudah pasti lah memandangkan perbezaannya ialah lebih dari 30  tahun!

Aku berjalan ke bangunan asrama. Ada yang bermain basketball, ada yang hanya melepak ditepi court, ada yang berjumpa ibubapa dll. Aku approach satu keluarga dan bertanya siapakah yang mereka tunggu dan tingkatan berapa. Aku diberitahu bahawa anaknya baru masuk tingkatan 1 tapi sering menangis nak pulang. Aku faham sangat perasaan anaknya. Bapanya memandang kearah aku dan meminta aku menasihati anaknya setelah mengetahui bahawa aku juga merupakan bekas pelajar..aku mengangguk dan menyambung rondaan aku. 

Seketika kemudian setelah terlihat anaknya bersalam dengan mereka, aku menghampiri. Masih terdengar sedikit esakan. Aku perkenalkan diri kepada anaknya sebagai "Pakcik bekas pelajar". Kami kemudian bersalam. Ayahnya bertanyakan aku beberapa soalan dan aku menjawab serta menasihati adik tadi agar cekal. Aku juga bagitahu adik tadi agar sentiasa bergaul dengan semua pelajar yang ada dan jangan sesekali duduk menyendiri kerana apabila kita duduki menyendiri, kita pasti akan teringatkan keluarga dan ingin pulang. Aku juga begitu dulu. Aku harap yang adik ini kini masih lagi berada disana dan sedang enjoy dengan kehidupan di asrama.

Selepas meninggalkan sedikit amanat kepada adik itu tadi, aku mempercepatkan langkah aku ke surau baru. Ramai senior aku yang aku kenal dah pun sampai. Berbaju melayu segak gaya macam nak menikah pon ada! Kami bersalam, berpeluk, ketawa...Aku tak reti nak cerita 'feeling' apabila bertemu semula rakan-rakan satu sekolah, junior dan juga senior. Bersalam dan berpeluk, cuit sana sikit, cuit sini sikit....Itulah satu lagi nikmat persahabatan yang aku dapat. Beruntung bukan?

Ada beberapa ucapan. Ada dari arkitek yang bertungkus lumus menyiapkan surau baru dengan budget yang cukup-cukup, ada ucapan dari pengetua, ada ucapan dari YDP PIBG, ada juga ucapan dari YDP Sdara. Bersemangat aku mendengar. Aku berdoa agar adik-adik aku disekolah menggunakan fasiliti yang ada dengan sebaik mungkin. Difahamkan juga bahawa di situ telah disediakan internet berkelajuan tinggi untuk adik-adik melangsaikan tugasan. MasyAllah banyak sumbangan yang telah dan sedang direncanakan oleh AJK Sdara. Aku doakan semuanya sihat-walafiat lantas dapat melaksanakan assignments untuk membantu alma mater dan meningkatkan lagi tahap prestasi adik-adik. InsyAllah. 

Hebat sekolah aku sekarang ni. Dah ada internet! Dulu sewaktu di kampus lama, kami cuma ada satu talipon awam ditepi kantin sekolah dan satu lagi di blog IA sebelah Tunku Durah. Weekend je penuh. Hujung bulan pon penuh. Muka bengis datang talipon, budak-budak junior tunduk dan bagi laluan....kalau junior sedang guna talipon dan senior datang, conversation tu akan tiba-tiba jadi pendek dan sekali lagi laluan diberikan kepada abang-abang senior yang muka macam nak telan orang...Hahahahahahahaha.....

Senior aku yang ada disekolah untuk perasmian surau baru malam tu dan aku masih ingat nama-nama mereka seperti Grr, Ehsan, Bappu, Mong, abang ZZ, abang HJ, Kalu, Biddu, Ajak Kandos, Munas dan ramai lagi yang aku dah tak boleh nak ingat. Wahhhh terlampau ramai. Junior aku seperti Moondoc dan Naz, batch aku pulak seperti Apam, Kudo, Ketat dan Pahlavi. In a way, ia seperti reunion yang menemukan aku dengan budak-budak batch aku, batch bawah aku, batch atas aku dan juga budak-budak batch sekarang ni! Hahahahahahaha...awesome!

All in all, pengalaman balik semula ke sekolah walaupun bukan kampus yang sama kembali mengimbau saat-saat indah bersama rakan-rakan sebaya. Saat-saat nakal dan banyak lagi. Bagi aku, hampir semuanya manis walaupun pada waktu itu ianya pahit! Hahahahahahaha..."Once A Sdarian Always A Sdarian".




Ahad, Februari 12, 2017

Umrah 29/1-9/2




Sebelum aku mula, aku nak mohon maaf kepada yang telah meninggalkan message pada entry yang lalu. Aku dah membalasnya tetapi ada sesuatu yang aku tekan membuatkan kesemuanya terus hilang dari skrin. Aku mohon maaf. Aku tahu ada 2-3 yang tak keluar disitu. 

Assalamualaikum semua pembaca yang aku kasihi sekelian. Telah hampir 2 minggu ruangan ini sepi tanpa berita. Agak berhabuk sedikit bila nak kembali bermula. Walaubagaimanapun, seperti yang aku beritahu dientry yang lalu, pengembaraan aku boleh diikuti di fb. 

Kembara yang baru saja berakhir kali ini sebenarnya tiada perancangan specific. Ia berlaku secara spontan lebih kurang 6 bulan sebelum perjalanan. Keinginan aku untuk kembali ke KSA bagi mengerjakan umrah telah lama terpendam. Cuma aku belum mempunyai kesempatan dan ianya agak kurang serius pada waktu itu. Alhamdulillah dengan sedikit wang yang ada, perancangan yang rapi, aku nekad bahawa aku harus pergi kali ini. Tambahan pula tarikhnya amat bersesuaian dengan jadual kerja aku serta cuaca juga agak dingin diwaktu itu. 

Alhamdulillah, semuanya lancar. Dari mula pembayaran, memohon visa, kelas umrah hinggalah ke waktu keberangkatan di klia. Aku kenal beberapa orang pengendali umrah trip dari EPL Travel and Tours ini seperti Lotfi Lokman dan juga Rashid sejak mereka menjadi penuntut universiti Umm Qura di Mekah lagi.

Aku lebih suka menaiki pesawat MAS dari Saudi Air. Entah kenapa aku tak pasti. Aku dapat aisle seat. Alhamdulillah. Jika tidak, pasti lenguh kaki aku payah nak mengelunjur....Sebelum berangkat, aku ada beritahu seorang bekas pekerja aku yang kini berada di Madinah dan dua orang lagi yang masih bertugas di Mekah yang aku akan ke sana. Aku jadi excited kerana pertamanya, aku akan melaksanakan umrah setelah beberapa lama, dan keduanya ialah kerana aku bakal berpeluang untuk bertemu dengan ramai bekas pekerja aku disana. Hahahaha....



Selama beberapa hari aku berada di Madinah, aku sempat bertemu dengan Eka Saputra. Bekas assistant asian chef aku dulu di mekah. Beliau kini mengetuai asian kitchen di millenium hotel di Madinah. Promotion untuk beliau. Alhamdulillah. Kami berpeluk dan bersalam kerana hampir 8 tahun tidak bertemu. Kali terakhir sebelum aku bergerak ke Mekah, kami sempat minum di starbucks. Hahahahahaha...

Banyak perkara-perkara indah berlaku di Madinah. Selain daripada berkesempatan bersolat setiap waktu di Masjid Nabawi yang sudah tentulah menjadi agenda utama aku ke sana, aku dijemput untuk bersarapan dan kemudiannya diberikan penghormatan dibawa masuk oleh pegawai Masjid Nabawi untuk bersolat di "raudah" maghrib dan isyak. Itu merupakan kemuncak kepada segalanya sewaktu aku di Madinah. Sedang berpuluh ribu orang bersesak untuk mendapatkan waktu, aku dibawa masuk serta diiringi untuk masuk dan diberikan ruang di saf pertama diantara mimbar dan makam Rasulullah saw. Itu memang the best moment of my life sempena tahun baru 2017!

Hotel penginapan ialah lebih kurang 100 meter dari perkarangan masjid. Taklah jauh sangat bagi aku. Ada jemaah yang tinggal berkilometer tapi masih berdisiplin datang ke masjid. Jadi, bagi aku ia tidak menjadi hal. Yang penting kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita. 

Keadaan persekitaran telah berubah sedikit sebanyak dengan pembukaan kawasan khas untuk para peniaga kecilan untuk berniaga. Jika tidak, para peniaga kecil ini akan memenuhi setiap lorong yang ada selepas setiap waktu solat. Kini tidak lagi. Keadaan lebih teratur. 

Selang beberapa hari aku di Madinah, tibalah waktu untuk aku berangkat ke Mekah. Aku miqat di Bir Ali. Tak jauh dari bandar Madinah. Hanya sekitar 6 kilometer sahaja. Orang ramai memenuhi setiap ruang yang ada. Terus berihram dari hotel lalu kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Sampai agak lewat. Hampir 10 malam dan terus ke hotel untuk check in sebelum kami berkumpul di lobby untuk mendengar taklimat terakhir sebelum bergerak dalam kumpulan ke Masjidil Haram. Manusia memenuhi setiap ruang. Hampir 2 jam baru aku selesai. Alhamdulillah. Cuaca masih baik walaupun tak sedingin seperti di Madinah tetapi Mekah diwaktu pagi waktu itu ialah 20C. Masih nyaman..

Dikesempatan yang ada juga aku gunakan untuk berjumpa dengan bekas pekerja aku yang kini telah bekerja diserata hotel di Mekah. Bertemu mereka aku terus diajak makan dan minum. MasyAllah....

Umrah seterusnya aku lakukan 2 hari sebelum pulang ke tanahair. Sekali ni aku lakukan bersama dengan seorang rakan bilik aku, Abang Ali. 'pace' kami lebih perlahan kerana aku harus bersama Abang Ali yang sudah agak berumur. Abang Ali Ali baru saja kematian isteri beberapa minggu sebelum kami berangkat. Umrah kali ini Abang Ali laksanakan untuk arwah isteri beliau. Semuanya kami lakukan bersama-sama. Kekadang aku terlepas ke depan. Aku perlahankan langkah untuk menunggu beliau. Begitulah seterusnya hingga kami berjaya juga melaksanakannya. Abang Ali jadi emosional sebaik kami tamat melaksanakannya. Aku faham..

Kini aku dah kembali ke Ampang. Walaubagaimanapun, badan aku terasa amat letih sekali. Ini mungkin kerana aktiviti padat aku selama hampir 2 minggu disana. Nampaknya relax tetapi menggunakan tenaga yang amat banyak dan sering berjalan kemana-mana. Aku harap tenaga aku kembali pulih selepas ini dan suhu badan aku kembali normal. Panas luar dan dalam ni. Takpa...ini semua hanyalah dugaan sementara. InsyAllah 2-3 hari lagi akan kembali normal.  Have a nice week ahead people!

Sabtu, Januari 28, 2017

Mencari diri

Aku paling comel kat atas tangan tu...
Assalamualaikum semua yang aku kasihi. Esok aku bakal memulakan satu pengembaraan yang dah lama aku dambakan. Perjalanan kali ini bakal mengambil masa selama 2 minggu. Mohon maaf kerana jarang menjenguk blog rakan-rakan kerana blog aku sendiri tak terbela! Aku janji yang lepas trip ni nanti aku akan update blog aku seperti biasa setiap minggu! Oleh kerana aku akan tidak menulis selama 2 minggu, maka kepada pembaca dan juga adik-adik aku yang nak mengikuti perkembangan aku selama 2 minggu ini, bolehlah ikuti aku di Facebook, Mohd Shahrir Ali. silalah 'add' aku di fb masing-masing dan InsyAllah aku akan kerap update status aku beserta dengan cerita-cerita pengembaraan aku disana nanti. Hahahahaha....

Meantime, jumpa lagi nanti ya....doakan agar aku diberikan kesihatan yang baik untuk mengharungi 2 minggu perjalanan yang menyeronokkan ini...selamat menyambut Tahun Baru Cina dan jumpa lagi!

Rabu, Januari 11, 2017

Buntu..

Apakhabar!


Seminggu dua ni aku jadi buntu. Tak tahu nak menulis apa, tak tahu nak mengarang apa. Sekejap ada idea tapi sekejap lagi hilang entah ke mana...Macam hari ni jugak. Masa naik moto, idea aku mencurah-curah banyaknya. Turun saja dari moto, habis semua hilang....hahahahahahaha....aku gundah gulana nak cari idea semula. Jangan suruh aku naik moto tak turun-turun ya!


Semalam aku ke 'site' untuk mesyuarat. Kawasan telahpun rata. Ada beberapa bahagiannya yang telah berlubang dikorek. Foto dari bahagian atas aku ambil untuk dikirimkan ke pejabat untuk dilihat construction progress yang sedang berlaku pada peringkat ini. Alhamdulillah semuanya mengikut jadual. Sebaik saja lepas mesyuarat ke 2 pada hari itu, aku bergegas ke lokasi seterusnya untuk mesyuarat ke 3. Wah kali ni panjang! hampir 4 jam kami bertukar fikiran dan aku betul-betul exhausted....ponggong terasa kebas dan fikiran bertambah buntu. Aku bukan jenis duduk beberapa jam sekali harung. Tapi oleh kerana mesyuarat tersebut amatlah penting, kami terpaksa habiskan juga. Partner aku memang hebat orangnya. Salute to you....Dalam fikiran aku dah berbelah bagi.....Jam 9 sebenarnya aku ada kelas di gym. Badan aku letih. Fikiran aku dah tenat. Suhu badan pun dah mula tak tentu arah. Jam dah menunjukkan pukul 8.15pm....

Mesyuarat selesai, kami bersalam, ucapkan terimakasih, aku pantas menuju ke moto yang sengaja aku letak jauh kerana aku nak berjalan. Balik ke rumah dengan speed yang sedang-sedang. Tukar, gigit ayam rebus 2 ketul, tukar pakaian, gosok kepala Marina, naik moto ke gym. Sampai gym pukul 9.02pm maksudnya dah start 2 minit regangan untuk panaskan badan. Wah...kali ni upper body selama satu jam. Perempuan lagi ramai dari lelaki tau! Last was "one minute plank" dan alhamdulillah aku habis! Balik rumah dah pukul 10.30pm. Mandi dan meratah sekejap sebab lapar. First time aku tidur pukul 11 malam!

Sekarang ni walaupun baru bulan Januari, aku dah mula membuat rancangan untuk siri backpacking ke 2 aku ke Vientienne. InsyAllah ok sebab sebahagian routenya ialah seperti route ke Bangkok. In fact sama pon...cuma perlu sambung ke Nong Khai dan kemudian ke Vientienne tapi kali ini aku akan break kan dengan bermalam dibeberapa tempat strategic. Aku juga sedang mencari alternatif ke 2 samada aku lajak terus dari bangkok ke chiengmai dan ke vientienne dari sana. Masih mencongak. Budgetnya all in ialah RM1500 termasuk penerbangan pulang dengan Malindo, penginapan dan makan-minum selama seminggu. Haha....tidur di hotel? Cukuplah dengan hostel sahaja...risau tentang makan? Apa nak risau....roti kan ada.....kalau risau baik duduk diam-diam kat rumah! Perancangan seperti ini selalu membuat aku "look forward" dan mula merancang. Aku suka.....jadi, untuk diri aku sendiri, aku ada matlamat untuk dicapai pada tahun ini seperti bekerja keras, disiplin mengumpul wang, kerap ke gym untuk menjaga kesihatan dan banyak lagi.

Sesetengah orang kata melancong/backpacking ni membazir. Bagi aku tidak kerana ia memberikan pengalaman yang amat luas. Bertemu dengan ramai kawan dari seluruh dunia dan belajar daripada pengalaman-pengalaman mereka. Sebelum tidur, aku sering menonton youtube perihal backpacking dan salah satu rancangan yang baik ialah 'TED X'. Ted X bukan hanya untuk backpacking. Ia merangkumi beratus topik yang positif yang diceritakan oleh mereka yang berpengalaman. Go and watch it. Yang baik dijadikan tauladan!

Sejak aku join BBM group (backpacker buddies malaysia) banyak pengalaman menarik ahli yang aku pelajari. Kebanyakan mereka adalah peringkat adik-adik aku kalau bukan anak! Tak salah jika nak belajar walaupun mereka lebih muda. Ada yang dah sampai ke East Europe. Ada yang dah/akan buat trans siberia dan banyak lagi. Disitu juga aku belajar mengenai tempat murah untuk menginap, harga dan sebagainya. Terimakasih aku ucapkan pada Uncle Pet yang introducekan aku. Kini jika aku nak kemana-mana, aku hanya perlu rujuk ke BBM group ni untuk mendapat maklumat yang lengkap dan tidak berat sebelah....

Malam ni aku ada satu lagi sesi senaman bersama dengan Coach Zack di Desa Pandan pada pukul 9 malam ni. Sekarang lengan aku tengah lenguh angkara latihan Isnin hari tu yang lebih kepada bicep, tricep, chest, shoulder dan abs. Memang sakit. Tipu kalau aku kata tak sakit. Nak regangkan tangan pon fikir 2 kali. Mungkin faktor usia. Tapi 49 bukanlah satu angka yang besar. Pada umur sebegini aku harus lebih menjaga kesihatan. Bukan hanya mengeluh itu dan ini. Aku harus positif. Aku harus berdaya saing. Jika dibidang kerja, umur sebegini (untuk aku) ialah umur kemuncak ataupun peak. Kali ini aku rasa amat relax. Alhamdulillah. Tidak terkejar-kejar. Tidak susah hati. Semuanya Alhamdulillah....in fact boleh dikatakan this is the best moment of my life...at this age. Still a long way to go though! Walaubagaimanapun, 'live life to the fullest peeps tetapi pastikan ianya well balanced'. Hingga bertemu lagi! Ja.....


Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...