Isnin, Mac 06, 2017

Angan-angan..

Takde kerja!   


Assalamualaikum semua. Terimakasih kerana masih mahu membaca. Haha..minggu lalu aku sibuk terus. Bilakah kesibukan ini akan berakhir, aku tak pasti. Tapi yang pasti, insyAllah aku akan bekerja selama 10 tahun lagi dan aku rasa aku masih lagi produktif pada waktu itu. Rugi rasanya kalau terus bercuti dan mengharungi hari-hari mendatang tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. Kenapa aku harus bekerja selama 10 tahun lagi? Kerana waktu itu Azumi berumur 29 tahun. Yuya berumur 26 tahun dan Marina pula berumur 21. Aku pulak? Takpalah....kalau dah baca entry aku sebelum ni mungkin semua dah boleh kira berapa umur aku waktu tu!

Apa aku nak buat lepas pencen? Rencana aku ialah untuk menetap secara separa tetap di luar negara selain daripada backpacking setahun 2 kali. Dimana aku nak menetap? Aku tak mahu bagitahu lagi. Suasana kampung yang tenang, masih tradisional, menetap disebuah rumah kecil yang ada 2 bilik. Kenapa 2 bilik? Satu untuk aku dan satu lagi untuk anak-anak yang teringat nak datang melawat. Jika tidak, mungkin untuk kawan-kawan yang ingin menziarahi aku dan berlibur pada waktu yang sama. Apa aku nak buat? Hahahahaha...aku tanya, aku jawab sendiri. Boleh? Aku nak tulis buku. 2 buku to be exact. Satu pasal aku dan satu lagi pasal kerja aku. Publish ke tidak, aku tak nak ambil tahu. Janji aku nak terus menulis 2 buku ni. Takde orang nak baca pon aku tak kisah. Janji aku puas! Hahahahahaha....

Apa lagi nak buat lepas pencen? Aku nak terus mengunjungi gym untuk pastikan kesihatan aku terjaga. Orang lain mungkin berkebun tapi aku nak berkebun di gym...jangan tanya mengenai 'spiritual journey' aku kerana ada sesuatu yang aku ingin lakukan. Itu antara aku dengan Allah. Lagipun di blog ini aku tak mahu membincangkannya.....Bila pencen, cukuplah aku tunggang scooter saja. Lagipun tempatnya santai. Aku sukakan budayanya. Aku sukakan semangat akrab masyarakatnya. Keperihatinan mereka juga mencuri perhatian aku. 

Makanan? Simple healthy food, absolutely. Cukuplah breakfast dan lunch...malam hanya santai..rumah mesti bersih. Internet connection mesti super-duper...oh ya, apa lagi aku nak buat disitu? Pagi lepas breakfast aku nak exercise....lepas tu mandi dan mula menulis....kopi secawan dimeja, dengan lagu santai, menulis dan terus menulis..lepas lunch, aku 'siesta' dulu....lepas tu aku ambil scooter aku dan ronda....stop kat kampung mana-mana dan ngopi sambil baca suratkhabar. Lepas tu pelan-pelan aku tunggang scooter balik rumah. Lepas minum malam (bukan makan malam), menonton news sekejap,  pasang lagu santai, menulis lagi.....pukul 12 aku kena tidur....

Pergh...angan-angan macam 'goods' je....tak lama lagi tu...10 tahun je lagi! Huish, pejam-celik pejam-celik dah 9 tahun....aku takut pada umur yang meningkat? Apa nak takut?  Biarlah meningkat....aku hanya takut bila pikirkan 'bekalan' aku tak cukup! Yang tu aku ngeri! Arghhhhh....

Ok people....malam ni aku nak pasang angan-angan tu dulu. Hopefully esok aku tambah bersemangat nak pergi kerja. Hahahahahahaha...

18 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Waalaikumsalam...

Nadanya macam hendak menetap di Bali je...

Mudah2an apa yang diangan-angan itu akan menjadi kenyataan. InsyaAllah :)

mokjadeandell berkata...

Uncle,
Saya pun berangan angan nak tulis buku. Tentang cinta...haha . Tapi tak tau nak mula kat mana. Idea banyak tapi tak tau nak olah..last last merapu dm blog akhirnya.Masa sekolah dulu siap buat comic. Berebut kawan baca.

Uncle berkata...

Amboih kakcik....Laju menebak ya! Doakan kesihatan saya baik sepanjang sebahagian lagi perjalanan hidup saya.....Destinasi? Mungkin ya mungkin tidak.....Haha!

Uncle berkata...

Cikgu! Cerita 'cinta?'. Wow hebat! Saya sokong.....tulehh kaihhh...Saya beratur the night before utk dapatkan tandatangan!

Hayati Ghazali berkata...

Kalau jepun yang uncle pilih...saya setuju..sebab saya dah jatuh cinta dengan negara tersebut walaupun belum pernah jejak kesana...hahaha...
Moga apa yang uncle impikan akan dapat direalisasikan dengan jayanya..amin

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Assalam Uncle, sy doakan angan2 uncle akan menjadi kenyataan, Amiiinnnn.

Uncle berkata...

Hayati Ghazali.

Terimakasih kerana meninggalkan komen. Ya, Jepun pun merupakan salah satu destinasi awal yang Uncle fikirkan untuk melabuhkan tirai. Tapi sedikit sukar kerana memerlukan belanja yang besar untuk anak-anak datang melawat selain daripada penerbangan yang memakan masa selama 6 jam direct. Maka oleh itu Uncle berangan-angan destinasi yang lebih hampir sekitar 3 jam penerbangan sahaja.....hahahahahahaha......you got the clue? Ingat..."angan-angan" saja tau!

NEKCIK berkata...

Ha..ha..nekcik rasa Bali lah tu..3jam kan..kan..everyone have a dream...may your dreams come true Uncle...klau panjang umur dan sihat boleh lah nekcik tumpang semalam dua nnti ye

Uncle berkata...

Waalaikumsalam SKTJ.

Jangan lupa datang melawat Uncle nanti ya...hahahahahahaha....tempat tu sejuk tau!

Uncle berkata...

Alamak Nekcik...lain macam telahannya.......tempat yang saya angan-angan tu sejuk Nekcik, all year round....memang segar rasanya....sayur dengan buah-buahan banyak ditanam kat situ! Jangan lupa datang berkunjung ya...hahahahahahaha (macam real!)

Nek Rock berkata...

Ehem ehem, jadik jiran Uncle boleh tak?
Nek pun nak *berangan* gak, hahahaha

Btw, Nek balik cuti2 Malaya, insha Allah in 2018

Uncle berkata...

Boleh Nek Rock tapi kena bayar 20 sen....hahahahahaha. 2018 tu tak lama lagi ya Nek!Btw, saja nak bagi geram.....kat area rumah saya ada satu kedai mee rebuihh yang sedap tau....nanti saya belanja sampai lebam!

makchaq berkata...

Salam uncle
Bandung pun best jugak kalau nak settle down. Baru ni makchaq pi Bandung pujuk supir bawak pi kampung dia kat Tanjung Sari cantik dan aman damainya... teruih rasa nak beli rumah kat sana..

Uncle berkata...

Adoi Makchaq oiiii saya bandung ponnnn tak sampai lagi.....Insyallah raya nanti saya pi recce satu tempat. Kawan disana Dan bagi cadangan.....Nak jugak pi tengok. Orang kedah kata "survey!"

raihanah berkata...

semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan

Uncle berkata...

Raihanah...

Amin....semoga dipermudahkan...terimakasih..

Normala Saad berkata...

Satu masa dulu masa remaja...saya pernah berangan nak duduk di atas bukit..ada air terjun berdepan dengan laut dan ditepinya ada sawah padi. Bila dewasa saya terpelanting ke satu daerah yang mana saja jumpa tempat yg saya angankan tu. Tapi masyaAllah...harga tanah disini..mcm emas. Last2 dapat duk rumah murah je...Mmhhh....

Uncle berkata...

Hi NormalaSaad Saad, kalau di Langkawi saya teringin nak ke FoxHill. Kemudian breakfast di Pak Malau. Saya tinggalkan Langkawi tahun 2010 tetapi insyallah akan kesana sebulan sekali mula April depan....Ada a few "old boys" disana.....Errr, btw, Normals di Langkawi ka?

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...