Khamis, Jun 08, 2017

Marina dan Ramadhan






Raya tahun ini, aku lihat yang paling seronok sekali ialah Marina. Pada umur 11 tahun sebegitu apakah yang tidak menyeronokkan? Semuanya indah belaka. Tak perlu fikirkan masalah dunia. Dalam kepala otak cuma main dan main sepanjang hari. Bila lapar, balik dan makan. Kemudian berlari keluar untuk bertemu rakan-rakan lagi. Wow...what a life...

Minggu lalu kami dah keluar untuk membeli pakaian Raya untuk Yuya dan Marina. Untuk Abang tak perlu kerana katanya dia akan keluar sendiri dan beli. Maklumlah dah hampir 20 tahun umurnya. Aku pasti remaja lain juga begitu...apabila menginjak ke umur sedemikian, keluar membeli belah dengan keluarga adalah satu perbuatan yang sangat tak cool!

Yuya dah selesai. Marina pula hanya baju kurung yang belum jumpa sesuai dengan warna dan design yang dia nakkan. Tinggi Marina ialah 147cm. Tak kecik dan tak besar. Tu yang payah nak beli pakaian dia. Tapi aku rasa insyAllah dalam 2-3 hari ni setel lah kot. Aku malas nak memandu ke JAKEL atau yang seumpamanya kerana traffic jam yang buruk. Tapi nampak gayanya aku terpaksa pergi jugak..

Beberapa hari yang lalu aku tengok Marina asyik berbual dengan kawan-kawan dia.  Ramai yang datang melepak di depan rumah dan duduk dianak tangga. Ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan tanpa pengetahuan aku. Amat berahsia. Aku tak dapat menebak kerana setiap kali aku pandang atau lalu, mereka pasti menukar topik lain. Jadi pada hari Ahad yang lalu, aku lihat Marina agak resah. Mundar-mandir dia berjalan dalam rumah. Gayanya seperti nak memberitahu sesuatu pada aku...akhirnya dia beranikan diri untuk bertanya. "Papa, malam nanti Marina nak buka puasa kat luar dengan kawan-kawan, boleh tak?" Wah....hebat budak baru umur 11 tahun ni, fikir aku. Aku tanya Marina di hotel mana dia bercadang untuk pergi berbuka? Dia senyum sambil tunjukkan tangan ke depan. Maksudnya depan rumah di tepi pool....Aku pantas menjawab, "OK"

Ini banyak mengingatkan aku suasana semasa aku kecil dulu. Beginilah keadaanya. Seronok tak duduk dirumah. Asyik bermain dengan kawan diwaktu musim cuti begini. Perut lapar pon tak dihiraukan... hahahahahahaha....Tapi berbuka puasa sesama rakan pada usia sebegitu aku tak pernah buat.....hahahahahaha. Pukul 7, Marina dan kawan-kawan dah bawak makanan/minuman dan disusun diatas meja dengan rapi. Setiap orang yang seramai 6 orang rakan sebaya itu membawa makanan dan minuman masing-masing untuk dikongsi bersama. Gaya pot luck! Hahahahahah aku yang hanya mendengar pun teruja!

Selamat berpuasa people!

 

Rabu, Mei 31, 2017

Makan pon susah!

My sahur


Nak  makan pon susah? Makkk aiii....sampai berdenyut kepala aku pikir apa nak makan masa buka puasa nanti. Aku text Wiwit tanya apa dia akan masak petang nanti. Jawapan yang aku terima amat menghampakan....Katanya dia belum dapat message dari aunty jadi dia tak tahu nak masak apa! Huh? Lauk yang aku terima dari Kak Anne, yakni kari ikan tenggiri dan kurma daging pada hari sabtu lalu dah habis aku perangat 2 hari berturut, Ahad dan Isnin..

Awal pagi semalam aku sempat singgah di sebuah pasar kecil berdekatan dan membeli sepeket kecil ikan kurau masin yang dipotong panjang-panjang. Apabila aku pulang ke rumah disebelah petangnya, aku serahkan kepada Wiwit dan bagitahu ini saja yang aku nak makan untuk berbuka puasa dengan beras perang aku. Aku suruh Wiwit goreng, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat dan masukkan cili padi sekali towards the end. Aku nak makan dengan nasi panas.....itu saja!

Untuk anak-anak, sudah pastilah aunty akan masakkan sesuatu untuk mereka. Oh, aunty marinate ayam dengan yoghurt dan disalutkan dengan salt and pepper dan serbuk kari yang kemudiannya digoreng....Yuya cakap, tiap-tiap hari makan macam tu pon ok! Hahahahahahaha....dan apabila aku rasa, hmmmm sedap jugak!

Semalam dalam hujan lebat aku terus ke Taman Kosas. Tujuan aku ke sana ialah untuk mengambil tempahan karipap yang aku buat dengan June. June ni merupakan bekas associate aku dulu yang kini mengusahakan karipap frozen dari rumah. Aku suka beli dengan June kerana satu, June merupakan pekerja aku dulu. Dua, kerana June amat bersih. Tiga, June menepati waktu. Empat, harganya masih sangat berpatutan. Jadi semalam aku ke Kosas untuk collect karipap kentang yang aku tempah. Tak banyak sangat pon...cuma 40 ketul saja yang dipekkan dalam 4 bekas yang mudah untuk aku masukkan dalam peti ais. Lepas buka puasa kami semua terbongkang! Hahahahahahahaha...

Sebelum tidur, aku dok pikir apa nak makan sahur nanti pulak. Rumah aku tak makan nasi waktu sahur. Oleh kerana kami ibubapa tak mulakan, kini anak-anak pon dah terikut tak makan nasi waktu sahur. Biasanya kami cuma makan pisang, cornflakes, sup dan lain-lain yang ringan. Pagi ni berbeza sikit kerana Wiwit dah siapkan 'banana pancake'. Yeayyyy, bertambah sikit selera dan aku makan 3 keping kecil..light tomato soup with lots of vegetables, minum milo panas dan banana smoothie yang aunty dah buat malamnya sebelum tidur. Hahahahahahaha....so far so good....berat badan ada kurang? Hmmmmm nothing much. Turunnya terlalu sikit. Masih ada beberapa perkara yang tak berapa nak kena lagi dengan makanan aku especially pengambilan karbohidrat dan gula walaupun nasi aku ialah nasi perang ataupun dipanggil 'brown rice' yang rendah kanjinya. Aku rasa mungkin kuih-muih berbuka ni merupakan 'culprit' nya selain daripada minuman bergula...Nah...itu yang aku akan cuba kurangkan sewaktu berbuka nanti....aku tengah dok monitor secara mingguan ni....hahahahahahahaha.....rasanya bakal terjadi seperti di tahun-tahun sudah...NAIK!

Jumaat, Mei 19, 2017

Rugby dan pengajarannya.

Pasukan Alumni Sdar Lions
Cerita 1.

Aku memang sejak dari dulu lagi amat berminat dengan permainan rugby. Tatkala aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah pada usia 13 tahun dan hampir setiap minggu disuruh untuk menyokong pasukan rugby abang-abang senior, membuatkan aku sedikit-sebanyak terpanggil untuk mula belajar memegang dan membaling bola lonjong ini. Aku sering terpegun dengan semangat berpasukan didalam pasukan rugby. Walaupun bertumbuk didalam padang tetapi apabila keluar, mereka masih berbaris panjang di kedua belah kiri dan kanan laluan keluar di tepi padang sambil memberi laluan kepada pasukan lawan untuk berjalan lalu dan sekaligus bersalaman dan berpelukan seolah-olah tiada perasaan dendam dihati.  Ini menghairankan aku dan membuat aku berasa amat tak sabar untuk menyarung jersi pasukan rugby.

Pengajaran 1

Semangat berpasukan itu amat penting. Apa juga keputusan yang adik-adik bakal ambil haruslah dinilai dari pelbagai sudut dan pandangan. Pertengkaran adalah lumrah didalam setiap organisasi tetapi banyak yang adik-adik boleh belajar daripada situ.  Pandangan setiap orang juga harus didengari dan dinilai. Jika ada yang memberi pendapat dan pendapat tersebut bertentangan dengan pendapat adik-adik, janganlah disisih mereka itu. Nama pun 'pendapat'. Setelah selesai sessi, bersalamlah dengan semua dan ucapkanlah terimakasih kepada yang telah hadir. 

Cerita 2.

Perlawanan pada hari itu dijadualkan bermula pada jam 4 petang. Tepat jam 2 kami telah berada dicafe berdekatan untuk minum sebelum perlawanan dan kebiasaannya kami akan bersembang kosong. Mind you, topik pada petang itu sebelum perlawanan rugby hanyalah berkisar kepada rugby. Apa saja yang keluar daripada mulut kami hanyalah mengenai rugby dan rugby dan rugby. Fikiran, tutur kata, tindakan spontan yang berlaku hanyalah berkenaan rugby. Kesemua kami begitu fokus!

Pengajaran 2.

Adik-adik harus punctual didalam setiap temujanji dan juga waktu bekerja adik-adik.  Itu merupakan penanda aras awal tahap disiplin adik-adik. Jika adik-adik mahu rakan sekerja respect kepada adik-adik, nah.....itulah salah satu penyebab kenapa rakan-rakan memandang tinggi terhadap adik-adik. Mudah bukan?
Adik-adik perlu fokus didalam melaksanakan apa saja tindakan adik-adik. Jika adik-adik masih belajar, fokuslah kepada pelajaran. Jika adik-adik telah mula bekerja, fokuslah kepada  pekerjaan. Apabila adik-adik fokus terhadap sesuatu tugasan yang diberikan, adik-adik bakal menghasilkan keputusan yang baik. Dengar dengan teliti dan bertanya jika tidak memahami apa-apa arahan yang diberikan. Jangan disimpan hingga esok dan baru bertanya. Adik-adik perlu sedikit keluar dari kepompong dan tidak menjadi kesalahan jika adik-adik pergi semula berjumpa ketua adik-adik dan nyatakan apakah kemushkilan yang bermain diminda adik-adik dan dapatkanlah penjelasan. Setelah semuanya jelas dan nyata, hasil output adik-adik juga bakal lebih tinggi nilainya!
Bengkak di dagu siapalah yang tahu!
Cerita 3.


Kami tiba di padang satu jam sebelum perlawanan bermula. Kesemua kami mula bertukar pakaian kepada yang lebih sesuai dan mula melakukan regangan dan sesi memanaskan badan secara sendirian. Kapten pada hari itu ialah Taren yang mengatur pemain mana yang masuk dahulu dan siapakah yang bakal bermain sebagai pemain gantian. Semuanya diatur dengan teliti. Setelah selesai diatur, Taren juga yang memulakan sesi warm up secara berpasukan. Selain daripada Taren, seorang lagi yang harus disebut disini ialah Moondoc. Moondoc juga melakukan tindakan yang sama apabila group pertama masuk bermain. Ditepi padang Moondoc mula mengatur strategi. Kedua-dua mereka yakni Taren dan Moondoc adalah junior aku. Seorang merupakan pelajar F1 sewaktu aku F5 dan seorang lagi memang aku tak jumpa langsung kerana beliau masuk sekitar 90an jika tak salah aku.

Pengajaran 3.

Apabila adik-adik telah bekerja, adik-adik akan sedari bahawa ada sebahagian daripada ketua adik-adik berusia lebih muda daripada adik-adik.  Kadang-kadang mereka inilah yang 'reprimand' (menegur) adik-adik apabila melakukan kesalahan.  Jika itu berlaku, adik-adik jangan berkecil hati. Adik-adik haruslah tanamkan semangat positif untuk bekerja bersungguh-sungguh agar tidk ditegur lagi keesokannya. Teguran-teguran itu bukan semuanya negatif, hanya adik-adik yang menukarkannya kepada 'mode' negatif. Jika adik-adik bijak, janganlah diulangi apa saja yang tidak kena. Dengar segala tunjuk ajar, nasihat dan juga halatuju syarikat. Ubahlah ia kepada 'positive mode' dan bekerjalah sebagai sebuah pasukan!

Cerita 4.

Setelah selesai perlawanan yang berpihak kepada kami dengan margin kemenangan yang besar, selepas membuat regangan 'warm down', seorang demi seorang mula menyalin pakaian, bersalam, berpeluk dan mengucapkan selamat tinggal dengan harapan dapat bertemu lagi pada perlawanan yang akan datang..Dalam perjalanan pulang dan setengah temperatur badan kembali kepada suhu normal, aku mula merasakan kesakitan diseluruh badan aku. Sebelum dan selepas perlawanan aku sempat minum 'whey protein' untuk membantu untuk repair muscle yang tercedera sewaktu perlawanan. Dalam kereta, badan mula sengal. Dada, bahu dan lengan terasa lenguh. Belakang dan pinggang terasa lenguh. Peha, betis dan kaki terasa sengal. Wah...satu badan ni.....2 hari jugalah untuk badan aku fully recover dari sakit......hmmm not too bad for an almost 50 year old guy like me..

Pengajaran 4.

Didalam sesebuah organisasi, perjalanan syarikat tidak selalunya baik. Ini berpunca daripada pelbagai faktor. Ekonomi, politik, 'cuaca' dan banyak lagi. Adik-adik mungkin sudah dapat menghidu perkara ini. Maka dengan itu, sebelum terjadinya sesuatu perkara, adik-adik haruslah membuat persediaan (homework) yang rapi. Ini penting agar apabila adik-adik ditimpa masalah, adik-adik tidak berkecai sewaktu terhempas. Manakala setelah segalanya selesai, adik-adik harus membuat post mortem minda supaya adik-adik lebih bersedia pada masa yang akan datang.

Ditegur dan diherdik sewaktu mesyuarat juga adalah lumrah walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Jika ia terjadi kepada adik-adik, cuba cari apakah salah yang telah dilakukan? Perbaiki kesalahan tersebut. Balik rumah dan relax. 2 hari adik-adik akan rasa down....itu biasa. Lepas 2 hari adik-adik harus mampu tersenyum dan bangun semula dengan lebih bertenaga.........

Wah...hampir sama kan pengalaman bermain rugby sebagai sebuah pasukan dengan kehidupan seharian kita? Maka sebab itulah rugby ini menjadi permainan nombor satu aku....Rugby telah membina falsafah asas kehidupan aku dengan begitu kukuh. Rugby mengajar aku 'teamwork'. Rugby mengajar aku disiplin. Rugby mengajar aku untuk terus berjuang dan jangan berputus asa. Rugby mengajar aku untuk mendengar. Rugby mengajar aku untuk bersabar. Ia juga merupakan satu-satunya jenis sukan bertaraf antarabangsa yang pemainnya tidak akan 'argue' dengan pengadil. Sebab itulah ia dipanggil sebagai "Gentleman's Game".

Have a pleasant weekend people!

 

Khamis, Mei 04, 2017

Pesan lagi sikit, boleh?

Marina balik kampung

Assalamualaikum sekali lagi adik-adik serta semua yang masih mengikuti cerita-cerita aku yang tak seberapa ni. Kali ni aku sekali lagi terpanggil  untuk bercerita tentang adik-adik yang ingin menceburi profesion penyediaan makanan dan minuman.

Seringkali kita disogokkan dengan cerita-cerita indah di TV mahupun akhbar mengenai the so called, 'celebrity chef'. Cerita mengenai bagaimana mereka mempunyai restoran mewah dan elegan dan tetamu yang  mampu membayar berapa sahaja harga makanan mahupun minuman yang disediakan. Dapur mereka hebat. Peralatan mereka tidak kurangnya. Para pekerja mereka pula cantik dan kacak. Lokasi restoran mereka strategik dan pelbagai lagi yang mewah. Realitinya tidak selalunya begitu. Ada yang bernasib baik, iya. Di Eropah mahupun di Amerika, mungkin. Ada dan aku pasti ada chef-chef begini dan restoran-restoran begitu. Tetapi jika adik-adik mempunyai impian sedemikian, ayuh...berusahalah...belajarlah..

Kepada adik-adik yang mempunyai wang yang banyak, mungkin adik-adik  mampu membeli francais dan membukanya disini. Alhamdulillah dan tahniah aku nak ucapkan. Kepada adik-adik yang tak mampu, jangan putus asa. Masih ada francais-francais lain yang lebih murah harganya. Mainly jenama tempatan. Walaupun begitu harga francais sebegini mencecah ribuan ringgit. Jika adik-adik mampu, please go ahead. Salah satu local franhise yang berkembang pesat kini ialah "My Takoyaki".  

Apakah nasihat aku untuk adik-adik kali ini? Nasihat aku untuk adik-adik kali ini ialah penuhkan ilmu didada....maksud aku, adik-adik harus tahu apa yang adik-adik nak jual. Adik-adik mesti tahu selok-belok membuat business. Adik-adik mesti tahu selok-belok public relations yang basic. Adik-adik mesti tahu cara-cara berinteraksi dengan para pelanggan dan tetamu. Adik-adik mesti tahu lokasi strategik. Adik-adik mesti tahu apa yang pelanggan/tetamu mahu dan bukannya apa yang adik-adik mahu. Adik-adik mesti tahu bertanggungjawab. Adik-adik mesti tahu mengambil dan mengira stok secara basic dan banyak lagi perkara-perkara yang adik-adik perlu tahu walaupun business adik-adik kecil dengan hanya menggunakan 'push cart' sahaja. Walaupun business adik-adik kecil, tetapi asasnya tetap sama.

Adik-adik yang dihormati sekelian. Memang bagus jika adik-adik mempunyai impian. Aku juga begitu. Aku mula cenderung ke arah hospitality sejak berumur 19 tahun yakni setelah aku tamat peperiksaan STPM. Didalam perjalanan pulang ke rumah di Brown Garden, aku dah mula merencanakan masa depan aku. Perkara yang sama aku nak unjurkan kepada adik-adik. Pasang cita-cita. Pasang angan-angan. Kemudian cari jalan bagaimana adik-adik mampu untuk mencapai kesemua itu. Aku percaya jika adik-adik nekad dan bijak mengemudi business adik-adik, aku rasa adik-adik akan berjaya. 

Kepada yang teringin nak membuka hotel kecil ataupun boutique hotel, pastikan yang adik-adik juga memang berminat dengan bidang tersebut. Cabaran yang bakal adik-adik hadapi selain daripada financial ialah halatuju perjalanan hotel tersebut. Maka dengan itu, adik-adik memerlukan sebuah pasukan kecil yang sama pemikiran dengan adik-adik. Adik-adik mesti 'spearhead' projek tersebut tetapi setiap kali bermesyuarat, dengarlah pendapat mereka. Pendapat secara kolektif ini ternyata memberi kelebihan. Tetapi pasti ada beberapa perkara yang adik-adik harus tegas. Since the company is yours, lepas mengambil beberapa langkah berhati-hati, adik-adik boleh 'veto' saja. Tetapi pastikan yang 'final decision' adik-adik itu tepat. Jika tidak, semuanya akan collapse. Amat merbahaya.

InsyAllah dalam beberapa waktu terdekat ini aku akan melawat beberapa tempat. Akan aku gunakan kesempatan tersebut untuk melihat perjalanan business mereka secara lebih dekat. Ini bukan saja meliputi food and beverage malah accommodation juga. Maksud aku keseluruhan hotel. Setelah berpuluh tahun didalam bidang yang sama, aku masih lagi seperti kanak-kanak pertama kali mendapat aiskrim. Excited untuk melihat ataupun menginap di hotel lain. What I'm trying to say is, minat adik-adik harus terus membara. Jangan padam sekerat jalan. Banyak kejadian pernah aku saksikan. Restoran dibuka sekejap, hanya selang beberapa bulan ianya ditutup. Hotel dibuka dengan gilang-gemilang apabila sekerat jalan, managementnya ditukar. Ini amat membahayakan kerana banyak masa dan wang telah dibelanjakan.  Aku pasti adik-adik pembaca aku yang budiman tidak begitu.....

Ok people, have a pleasant week ahead...as for me, weekend aku masih penuh dengan aktiviti. Sabtu ada Sdara Annual Dinner dan Ahadnya pulak, selain daripada program aku di Masjid Jamek seawal 4.30 pagi, petangnya kakak aku jemput semua adik-beradik untuk berkumpul. Stay healthy, stay positive and 'live balanced life to the fullest!'

 

Rabu, April 26, 2017

Nak pesan sikit...

it's a long road...
Assalamualaikum aku ucapkan kepada adik-adik yang membaca tulisan-tulisan aku dan juga kepada kakak-kakak dan abang-abang yang membaca ataupun hanya singgah transit sebentar sebelum ke destinasi lain.... Dah lama aku tak bagi nasihat kepada adik-adik pembaca. Jadi hari ni bila sekejap panas dan sekejap hujan, aku secara tiba-tiba teringat nak tinggalkan pesan sikit kepada adik-adik aku.

Adik-adik sekelian. Usaha keras dan disiplin yang tinggi ialah kunci kejayaan. Jika adik-adik 'tersadung' akar yang menjalar sewaktu sedang santai berjalan, jangan cepat melatah. Duduklah sebentar. Pegang luka di lutut itu. Rasakan kesakitannya. Fikirkan kenapa adik-adik tak sedar yang ada akar besar menjalar dibawah. Fikirkan betapa sakitnya apabila lutut adik-adik terluka. Ambillah sedikit masa. Fikir dengan lebih dalam dari kebiasaan. Jikalau adik-adik berjalan dengan berhati-hati, kaki adik-adik pasti  tidak akan tersangkut diakar pokok. Jika adik-adik berjalan sambil sesekali melihat ke bawah, adik-adik pasti tidak akan luka dilutut. Jika adik-adik membuat sedikit 'homework' sebelum cuba jalan menyeberangi denai, adik-adik pasti akan dapat sampai ke destinasi tanpa sebarang kesulitan. Faham maksud yang tersirat?

Aku dah pencen kerja hotel kerana dah tak ada post lagi untuk aku. Sebabnya, aku dah rasa semua post yang ada. Dari paling bawah hinggalah yang paling atas. Lepas daripada itu, dah tak ada apa lagi yang nak aku kejar. Semuanya selesai di posisi tersebut. Semuanya dah aku nikmati. Pernah aku bercerita dulu bahawa niat aku ialah untuk mencapai posisi yang paling tinggi dan seterusnya pencen selepas beberapa waktu menjawat posisi tersebut dan itulah yang aku lakukan. Walaubagaimanapun, seperti yang aku tulis perihal diri aku disebelah kanan muka blog ini, rezeki aku dibidang ini masih ada. Alhamdulillah. Selain daripada sibuk dengan pembinaan sebuah hotel butik kecil di KL, aku juga dilantik menjadi perunding untuk sebuah hotel berjenama antarabangsa yang bakal didirikan di utara tanahair.  Kedua-dua projek ini sedang berjalan serentak kini. Apakah aku 'happy' dengan apa yang aku lakukan sekarang? Sudah pasti. Ini ialah kerana bidang ini ialah 'passion' aku. Jika aku tak buat kerja ni, aku tak tahu kerja apalagi yang akan aku buat....Pernahkah aku jatuh dulu? Sudah pasti....banyak kali...apakah aku mengambil masa yang lama untuk duduk sebelum bangun dan kemudiannya berlari? Tidak. Aku hanya duduk sebentar. Aku analisa kejatuhan tersebut. Aku buat perancangan baru. Aku bangun semula. Aku bertatih. Aku langkah kaki aku satu persatu. Aku pastikan yang aku tak ulangi kesalahan sebelum itu. Aku ikut aturan dan jadual yang aku dah sediakan. Aku lebih berdisiplin. Aku lebih berhati-hati.

Adik-adik yang aku hormati dan sayangi. Jika adik-adik minat dengan sesuatu perkara, laksanakanlah tanggungjawab adik-adik dengan jujur dan amanah. Kerjalah dengan bersungguh-sungguh. Belajar dan terus belajar bidang yang adik-adik minati itu tanpa jemu. Seringlah bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Jangan malu. Setelah adik-adik mahir, bantulah para pekerja baru. Apabila adik-adik membantu mereka, ingatan adik-adik terhadap perkara yang diajar tadi juga akan bertambah mantap. Ini juga yang sering aku bagitahu kepada anak-anak aku. Jangan kedekut ilmu. Berkongsilah pengetahuan yang ada.....insyAllah adik-adik akan lebih disayangi nanti. 

Itu saja yang aku nak pesan kepada adik-adik.............hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...
 

Isnin, April 17, 2017

Cikgu Amir dan Speedy Bilis..

Marina Ayumi bangga! 
Assalamualaikum sekali lagi adik-beradik yang sangat aku sayangi.. Selalu sangat aku bercerita pasal Azumi dan Yuya sewaktu mereka aktif bersukan disekolah dulu. Kali ni aku nak cerita pasal Marina pulak. Hahahahahahaha....Tahun lalu Marina bagitahu aku yang dia nak main hoki. Aku ikut saja sebab abang-abangnya dulu pun aktif bersukan sampai merata ceruk aku ikut. Aku bawak (orang kedah kata, 'mott') naik moto ke Pertama Kompleks untuk cari kayu hoki. Yang basic saja...taklah advance..beli kayu dapat bola pree! Lepas beli kayu hoki, aku bawak dia pi minum kat kedai dibawah. Sambil minum sambil belek kayu hoki. Mata Marina bersinar. Hidungnya kembang kuncup. Di masukkan dalam sarung. Lepas 30 saat dibuka balik dan dibelek lagi kayu hoki tu...Hidungnya kembang kuncup kembali!

Setiap minggu Cikgu Amir akan mengaturkan perlawanan persahabatan di padang hoki samada UM ataupun UIA untuk para pemain dapat sesuaikan diri dengan keadaan padang yang licin dan bersaiz pertandingan sebenar. Cikgu Amir akan hantar message siang dan malam memberitahu mengenai kesemua program Speedy Bilis. Cikgu Amir aturkan makan dan minum. Cikgu Amir aturkan transport untuk bawak budak-budak ni kemana-mana. Cikgu Amir sediakan makanan dan minuman. Cikgu Amir hantarkan anak-anak sampai ke pagar rumah dan talipon ibubapa. Cikgu Amir mohon maaf pada ibubapa sebab latihannya keras sewaktu dipadang. Cikgu Amir mohon maaf dulu kepada ibubapa bila nak mintak ibubapa tolong bawak kereta untuk sama-sama konvoi ke sesuatu perlawanan kerana keretanya hanya muat 3 orang dan duit kurang untuk sewa bas. Kami ibubapa amat memahami dan kami sebagai ibubapa berjanji untuk melakukan apa saja bagi membantu Cikgu Amir dan pihak sekolah serta para pemain untuk maju lagi didalam permainan hoki dan pelajaran mereka. 



Aku rasa ramai lagi cikgu-cikgu diluar sana yang bertungkus-lumus didalam melaksanakan tanggungjawab mulia mereka ini, cuma ianya amat jarang diwar-warkan. Jika kita lihat jadual mengajar mereka, aku pasti kita akan kagum dengan mereka. Pada yang bersekolah pagi, lepas subuh dah bersiap untuk ke tempat kerja. Masuk kelas, menghadapi kerenah para pelajar, mesyuarat, arahan dari pejabat daerah, kpi setiap guru, siapkan program pembelajaran, petangnya ada program ko-ko, lepas tu ada lagi. Cuti sekolah cikgu-cikgu masih sibuk dengan pelbagai program lain. Waaahhhh, aku sangat hormat dengan penjawat awam ini. Mulia sangat. Maka dengan itu kami beberapa para ibubapa dalam kumpulan kecil hoki ni sempat bersembang tadi sambil merangka beberapa program persendirian bagi membantu Cikgu Amir yang super-duper dan awesome tu dengan niat untuk meringankan bebanan beliau. Aku harap ianya akan membantu Cikgu Amir. Yeayyyyy kami bersemangat demi Speedy Bilis! Kepada Persatuan Hoki Negeri dan Kebangsaan, tunggulah kemunculan Speedy Bilis dibawah kelolaan jurulatih Cikgu Amir. Mereka bakal menggegarkan arena hoki negara tak lama lagi...hahahahahahahahaha.....

Ahad, April 09, 2017

Puas..



Wak Beng, aku dan Ketard

Assalamualaikum adik-beradik sekelian. Terimakasih kerana masih membaca cerita-cerita aku walaupun kini media lain lebih mendapat tempat. Aku akan cuba meluangkan masa untuk terus menitipkan apa saja kisah yang aku teringat di kepala aku. Hahahahahaha.....


Pagi tadi sewaktu aku membahagikan cawan kepada rakan jalanan, datang seorang wanita berbaju kurung yang sering aku temui setiap hari ahad datang menyapa aku. Memakai tudung dan mukanya sebahagian terlindung. Wanita ini dah lama aku kenal. Lebih setahun dan aku kenal pun di MJ itu juga. Dah lama sebenarnya aku perhatikan beliau. Seringkali apabila beliau berkunjung ke MJ, jalannya amat pantas. Mukanya ditundukkan. Seperti biasa selepas solat subuh, beliau dengan tergesa-gesa mengambil makanan dan minuman, tanpa menoleh ke kiri dan kanan terus berjalan laju meninggalkan perkarangan masjid. Lama aku perhatikan. Teringin juga aku nak mengetahui kisahnya seperti rakan jalanan aku yang lain tapi masih tak berkesempatan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan...seperti biasa, aku terlupa nak menyelidik latar belakang beliau. 

Usai solat subuh berjemaah pagi tadi dan sewaktu aku nak mengagihkan cawan kosong kepada rakan-rakan jalanan aku, tiba-tiba wanita ini datang meluru kearah aku dan mengucapkan terimakasih. Aku pandang beliau. Inilah kali pertama beliau berdiri didepan aku. Ada kecacatan disebelah kanan mukanya. Aku rasa itulah sebabnya beliau sering menundukkan muka dan sering bergegas keluar setelah mengambil makanan dan minuman. Dalam pada itu, aku bertanya kenapa beliau berterimakasih kepada aku? Dengan nada ceria beliau berkata ucapan terimakasih itu ditujukan kepada aku (kami@Unggas KL) kerana membantunya memberikan makanan dan minuman setiap subuh hari Ahad di MJ dan dengan sedikit pemberian daripada penderma, dapatlah beliau makan-minum dan tidak berasa lapar pada hari minggu. MasyAllah, aku terkedu. Apa yang aku dah buat? Aku jadi malu sendiri. Ini bukan kerja aku...ini kerja ahli persatuan Unggas KL yang bertungkus-lumus melaksanakan program ini setiap minggu! Aku cuma datang tolong siapkan kaunter air (pasal pengalaman aku kerja hotel). Itu pun hanya 2 jam setiap pagi Ahad.....

Berbalik kepada wanita ini tadi, tidak seperti minggu-minggu sebelum ini, pagi tadi beliau kelihatan amat ceria. Amat konfiden dan amat ramah bercerita. Katanya minggu ini merupakan minggu terakhir beliau datang ke MJ untuk mengambil makanan dan minuman. Aku kehairanan dan bertanya kenapa. Dengan nada gembira, beliau memberitahu aku bahawa kesnya telah mendapat pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau kini telah diberikan sebuah rumah dikampungnya di Negeri Sembilan. Beliau akan balik ke kampung bersama anak-anaknya bagi memulakan hidup baru setelah sekian lama menjadi rakan jalanan. Aku kaget dan hanya mampu mengucapkan tahniah dan aku doakan semoga beliau dan anak-anak akan lebih terbela dan selesa selepas ini. 

Dalam perjalanan pulang, hati aku berbunga. Terasa seperti ada satu kepuasan dijiwa aku. Terasa seperti satu perkara berat telah diangkat dari bahu aku walaupun aku tak tahu apakah perkaranya. Dengan perasaan yang sebegitu, aku tak perasan yang aku pusing dalam KL sebanyak 2 kali instead of terus menuju ke Ampang dari MJ. Sedar-sedar aku nampak Puduraya 2 kali! Hahahahahahahahahaha.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...