Sudah agak lama aku tidak menulis didalam blog ini. Aku seperti biasa, sibuk lagi berlari kesana kemari cuba melakukan yang terbaik memandangkan aku sekarang sedang berada di Kuala Lumpur bercuti selama beberapa hari. Sepatutnya aku telah pulang ke Madinah pada minggu lalu tetapi memandangkan permohonan visa aku terkandas, aku terpaksa menunda segala-galanya ke minggu ini. InsyAllah.
Anak-anak aku gembira dengan kepulangan aku walaupun baru kira-kira 3 bulan sahaja aku meninggalkan mereka. Azumi dan Yuya seperti selalunya amat becok bertanyakan keadaan aku tetapi Marina yang aku tinggalkan sekejap terpinga-pinga melihat aku keluar dari departure hall tempohari. Marina masih kecil dan sudah tentu tidak berapa ingat akan Papanya. Aku berjanji didalam hatiku bahawa aku akan memberikan sepenuh perhatian aku kepada mereka selama aku berada di KL. Tanpa berbelah bahagi.
Flight aku dari Jeddah sangat penuh dengan penumpang yang mahu ke Dubai. Sesampainya aku di Dubai pada pukul 3.30 pagi waktu UAE, aku terus mencari tempat untuk berbaring memandangkan connecting flight aku hanyalah pada pukul 10 pagi nanti...tertidur beberapa jam dilapangan terbang, teringat pula aku cerita "Terminal" lakonan Tom Hanks.....serupa gamaknya.
Selama di KL, jadual aku padat dengan kunjungan ke rumah saudara-mara, kakak-kakakku dan abangku. Cuaca yang tak menentu disini membuatkan kesihatan aku menjadi tidak keruan. Sekejap ok dan sekejap tidak. Demam 2 kali. Sakit tekak, mata bengkak dsbnya. Begitu juga dengan anak-anak aku. Segala-galanya berlaku dalam tempoh yang sungguh pendek ini.
Anak-anak aku sungguh seronok dengan kepulangan aku kali ni. Bawak mereka menonton wayang, belikan game PS2 yang baru, layan menonton DVD sama-sama, makan malam aku yang tertangguh dulu kini berbalas disetiap malam. Aku puas dapat melayan kerenah Azumi, Yuya dan Marina. Semuanya nampak dah besar. Semalam Yuya makan chocolate yang dibeli oleh unclenya yang baru pulang bercuti dari Hawaii. Dia makan sewaktu sedang mengantuk. Pagi tadi sewaktu bangun dia menjerit kepada ku dan mengatakan bahawa giginya patah. Aku berkata mungkin sebab dia tak gosok gigi semalam jadi gigi sudah rosak. Apabila Wakana melihat lagi sekali, rupa-rupanya, kacang macadamia yang tak hancur dikunyah semalam......alahai Yuya...................
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, Januari 15, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan