Khamis, Januari 31, 2008

Makanan yang sama!

Aku bersarapan 2 keping roti bakar yang disapu jem dan cheddar cheese selama 3 pagi berturut-turut beserta secangkir nescafe yang ditaruh coffeemate. Boring...rasanya.....oklah....tak sama macam Wakana buat! Macamana aku membakar roti? Seperti biasa, menggunakan frying pan....tetapi hasilnya menakjubkan. Lebih cepat terbakar! Belumpun sempat aku nak menggosok gigi, roti tadi dah pun hangit! Anyway, bersarapan roti sudah menjadi kebiasaan aku di rumah semenjak berkahwin. Anak-anak aku pun kalau ditanya apa yang mereka nak makan, dengan spontan akan menjawab "roti". Itu lah yang selalunya mereka makan. Roti lagi? Esok, lusa, tulat dan seterusnya jugak menu sarapan yang sama. Cuma sewaktu aku di rumah, kadang-kadang pada hujung minggu kami akan bersarapan diluar. Anak-anak aku masih lagi memesan roti. La......makan kat luar pun roti lagi? Kadang-kadang terlintas dibenak fikiran aku kenapa mereka suka makan roti? Aku pulak, cepat jelak dengan makanan yang sama di pagi hari. Nak jugak aku makan cucoq kodok ka, pek nga ka, ubi rebus dengan kopi o panas ka dsbnya. Abang sukakan jem dan Yuya sukakan kaya. Aku pulak, suka apa-apa saja...

Sedang aku mengelamun sambil menghirup kopi panas pagi tadi, terkenang aku satu kisah semasa aku sekeluarga pulang bercuti di Tokyo. Aku selesa berada disana. Udaranya nyaman....mertuaku bukanlah seperti yang selalu kita lihat di "Kasim Selamat". Mereka sangat baik dan memahami serta tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga aku. Dengan itu aku amat bersyukur. Rumahnya berada betul-betul di tengah bandaraya Tokyo iaitu di Gotanda, hanya beberapa stesen jaraknya dari Shibuya dan Shinjuku. Diwaktu musim luruh aku hanya berjalan kaki kesana menyusuri anak sungai yang mengalir lesu ditengah-tengah kota metropolitan ini yang tidak pernah sunyi dari urusan seharian manusia. Angin yang bertiup lembut berserta dedaun maple yang berwarna kuning kemerah-merahan mula berguguran satu persatu....pemandangan yang sungguh mengasyikkan. Ingin aku kesana lagi. Setiap kali kami nak keluar rumah, mak mertua aku, Hiroko, akan membekalkan kami makanan seperti onigiri dan ocha berserta sembe (keropok beras) didalam lipatan Jepun yang kemas. Makan diluar mahal, pesannya. Kalau tak nak makan tak mengapa, tapi bagi cucu-cucunya makan, pesan Hiroko @ okaasan kepada aku dengan nada lembut. Kami sekeluarga akan keluar bersiar-siar ketaman kanak-kanak, muzium, central park di Ueno dsbnya. Penat kami bersiar-siar, kami terus mengambil bas dan pulang ke rumah. Semua bas disini akan mematikan enjin sewaktu berhenti di lampu isyarat. Ini untuk mengurangkan kos selain tidak mencemarkan udara. Eh, apa kurangnya di Puduraya? fikirku.......lalu tersenyum sinis...

Pulangnya aku ke rumah, okaasan (emak), otoosan (ayah) dan adik ipar aku Masato akan menunggu untuk kami makan malam. Anak-anak aku yang memang sukakan masakan Jepun tak sabar-sabar nak makan bersama-sama atok, nenek dan Pakcik Jepun mereka. Kami berborak rancak sambil makan malam. Macam-macam yang diceritakan. Okaasan makan sedikit saja, baru lepas operation katanya jadi perut dah mengecil...... otoosan pun begitu, cuma nasi setengah, miso soup dan sashimi beberapa kerat. Itu sahaja. Keesokan harinya sewaktu makan malam, aku lihat otoosan makan benda yang sama. Begitulah seterusnya sehinggalah minggu ketiga aku disana. Aku gagahkan juga untuk bertanya..... "Otoosan, kenapa makan benda yang sama tiap-tiap hari, tak boring ka?" Otoosan tersenyum, menghela nafas panjang dan dengan selamba menjawab, "...dah lebih 50 tahun makan benda yang sama ni.....dah tak suka makan benda lain dah.....!" Hah? terkejut aku mendengar jawapan Otoosan. Lebih 50 tahun makan miso soup, nasi dan sashimi sahaja? Pasta, burger, pizza, masak lemak cili api, kailan ikan masin, phad thai? Terlopong mulut aku. Wakana ketawa melihat aku. Maka terjawablah sudah kemusykilan aku tadi kenapa anak-anak aku asyik makan roti tiap-tiap pagi.....kuat sungguh genes otoosan ni.....

2 ulasan:

Zaleena berkata...

Message from the story... jangan la tanya nenek moyang kita pasal apa diaorang suka sangat makan ubi kayu rebus atau pucuk ubi kayu.... sebab jawapan dia will be ... ini la makanan masa perang jepun....

Uncle berkata...

Oh yes, that's true. Tapi sekali sekala makan pucuk ubi pun sedap jugak

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 4

( cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu ) Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper t...