Selasa, Januari 01, 2008

Hari yang meletihkan..

Aku pulang awal pada hari ini. Bukan kerana aku cuba mencuri tulang ataupun cuba menghindarkan diri daripada masalah. Aku dikejutkan oleh EA pada pukul 5.00 pagi tadi.Dia menyuruh aku bersiap. "Pukul 5.00 pagi?" fikirku...menghairankan ialah aku tidak pernah merasa susah untuk bangun pagi dan dari dulu hinggalah sekarang, aku tidak memerlukan jam loceng untuk mengejutkan aku dipagi hari. Selalunya aku akan "set" difikiran pukul berapa aku akan bangun keesokannya dan keesokannya, aku akan terbangun dengan sendiri. Tetapi pagi ini agak berlainan sekali. Aku dikejutkan terlalu awal oleh AE. Aku sangka dia ingin meminjam telefon bimbitku seperti biasa kerana telefonnya tidak boleh membuat panggilan dan semua nama-nama dan nombor-nombor pentingnya ada padaku tetapi katanya tidak apabila aku bertanya. Ada banyak bilik check out pagi ni.......aduh....kenapa aku sampai terlupa akan perkara penting itu? Agaknya aku terlalu letih.....atau mungkin umur yang hampir menjangkau angka 40 telah sedikit-sebanyak melambatkan daya ingatan aku? Tidak mungkin....kerana selama ini aku masih seperti dulu....seperti 20 tahun dahulu sewaktu aku berumur 19 tahun. Aku dijemput oleh AH ketempat kerja. Sesampainya aku dihotel, seperti yang telah dijangkakan keseluruhan lantai 2 telahpun check out dan dihadapan aku ialah 220 lagi yang sedang menunggu untuk check in dikamar yang sama! Para petugas yang aku ada? Cuma 15 orang. 6 orang dari Indonesia dan yang selebihnya Bangladesh.....walaubagaimanapun, selepas berhempas-pulas selama 3 jam setengah, kami berjaya menukar kamar yang kotor kepada yang selesa dan mampu diduduki. Selepas itu aku terpaksa menguruskan segala yang berkenaan dengan kamar penginapan dan segala. Adakah ini bidang aku? Tidak sama sekali. Bidang aku dan kecenderungan aku adalah kearah Sajian Makanan dan Minuman. Tetapi sekarang aku diberikan portfolio (secara tidak rasmi) baru untuk menguruskan 2 jabatan iaitu Food and Beverage dan Housekeeping. Sungguh mencabar. Aku agak bernasib baik kerana pada tahun 1989 dahulu aku pernah bertugas di Housekeeping Department di hotel Shangri-la. Pengalaman lalu banyak membantu aku walaupun jaraknya terlalu lama. Terimakasih sekali lagi kepada EA kerana memberi peluang keemasan ini. Akan aku gunakan pengalaman berharga ini untuk mencapai cita-cita aku disuatu hari nanti. Diwaktu aku berumur 45 tahun! Itu janji aku!

Selepas bersolat Zohor di pejabat, badan berasa terhoyong-hayang. AE menyedari yang aku agak keletihan lalu disuruhnya aku pulang. Aku menaip beberapa perkara dan berbincang dengan RS berkenaan apa yang perlu disambung nanti. RS seorang yang sangat memahami dan tidak banyak bercakap. Aku senang bekerja dengannya kerana dia seorang yang mampu bertolak-ansur begitu juga dengan MK yang mana jarak umur kami ialah 18 tahun. MK cepat belajar dan berfikiran tajam. Aku berbangga dan bertuah kerana mempunyai rakan setugas seperti mereka.

Pada hari ini bukan sahaja tetamu Haji yang ada, malah "owner" KSA dan pegawai-pegawainya juga ada bersama-sama kami. Itu yang membuatkan kami bertambah sibuk sepanjang hari. Rakan-rakanku yang lain masih lagi berada dihotel menguruskan perjalanan seharian hotel dan yang tinggal dirumah hanyalah aku dan seorang lagi akan setugas aku iaitu RY. RY ialah seorang Engineer dari Corporate Office kami di KL. Mempunyai banyak pengalaman membuka hotel-hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia, Vietnam dan Maldives dan kini di Saudi Arabia. Dia kini sedang sibuk menyiapkan tugasan baru iaitu menyiapkan model hotel baru yang sedang dalam pembinaan yang terletak beberapa ratus meter dari hotel kami kini. Semoga dimurahkan rezeki kami dan semoga kami mampu bertapak dengan lebih jayanya disini bagi membuktikan bahawa anak-anak Melayu dari Malaysia mampu berjaya seiring dengan usahawan-usahawan lain didunia. InsyAllah........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi Shah
Good reading in your blog. Keep it up. Your inspiration on this blog can be a motivation for those who want to do hospitality studies. Also for those who left their families in search of global experience to achieve their dreams.
From: Kak Anne, DJ, PJ Malaysia

Uncle berkata...

Hi Kak Anne.

Thanks for the comment. Moga2 dapatlah jadi inspiration to the others especially my 3 kids!

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...