Khamis, Mei 08, 2008

Arab Technology Part 2



Sekarang ni banyak construction sedang dijalankan di Madinah. Semuanya nak membina hotel. Kalau minggu lepas ada tanah kosong kat mana-mana, seminggu lepas tu dah pun kena pagar dan korek. Ini semua sebab nak menampung jumlah pelancong yang bertambah setiap tahun dan selalunya pembinaan ini akan mengambil masa selama 24 bulan.

Sebelah apartment sarang burung aku ni pun (memang banyak burung, kalau tak percaya tanya Rozaimi!)sama. Lubang tu dah boleh buat underground carpark 3 tingkat dah... dan dilapik cuma dengan papan-papan kayu kat tepi supaya tak berlaku hakisan. Bunyi yang bingit sekarang daripada kerja piling yang kadang-kadang sampai pukul 1 pagi dah sama macam bunyi Utada Hikaru yang mendayu-dayu tu. Sedap pulak..Tak terganggu langsung tidur aku. Maklumlah, kerja banyak dan badan pulak penat!

Aku rasa kalau kat KL mahu dah runtuh apartment aku ni. Jangankan runtuh, retak pun tidak. Keras sungguh tanah dia, maklumlah setahun 2 hari ja hujan. Maklumat yang baru aku terima dari Mekah, 50,000 bilik penginapan lama dah pun dimusnahkan dan sekarang pembinaan untuk menggantikannya sedang rancak dijalankan. So kalau ada mana-mana syarikat dari Malaysia yang nak buat hotel, apalagi....

Di seberang jalan tu ada sebuah restoran yang dipanggl Mekah Hotel. Kenapa restoran tu dipanggil hotel aku tak pasti tapi yang pasti, aku dan lain-lain selalu singgah kat situ makan roti canai dengan kuah kari ikan tenggiri. Sebelah tu pulak ada kedai dobi yang tiap-tiap hari Khamis aku hantar baju untuk digosok (basuh buat sendiri!). Nama dia "Penat Tu!" Serious aku tak tipu, tanyalah kat Rozaimi ka Kamal ka mesti dia orang mengaku betul. Yang bestnya kat situ, boleh dapat diskaun then tak payah bil. Esok datang dia dah tahu yang mana aku punya. Regular lah katakan...

Walau macamanapun insyAllah kalau tak ada aral melintang, aku akan bangun pukul 5 pagi kemudian bersiap-sedia untuk ke Jeddah. Kena pergi MAS office tukar tiket untuk flight ke KL malam tu pukul 9 malam. Naik bas sajalah jawapnya. So for the next few days, maybe tak ada entry baru. InsyAllah sambung minggu depan dari KL.

2 ulasan:

Kembara Musafir berkata...

Aslmkm Uncle SDARA... thanks for visiting... fuh...!! Saudi is one hell of a country...!! trauma...!! keh keh keh...!

my email address is Johanmanaf72@yahoo.com. something which is funny, kat Dubai nih pun ramai gak SDARA members... tal pasti lah pulak which year... kalau tak silap kat Riyadh pun ada dua tiga kerat... heran lak... SDARA2 members nih memang diajar utk merantau ker pun...:)

Uncle berkata...

Hi Bro Sdara.
Thanks for visiting. Which batch were you in? From my batch 815 Nyamuk is in Riyadh with KPMG then Pian 804 also in Riyadh with Saudi Telecom.

Boleh buat Saudi Chapter ni....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...