(lauk dah habis, tapi orang dok pi cari makanan lagi..)
(nasi siapa lah ni?)
(ni pukul 10 pagi...lauk dah habis!)
(tokey tengah dok buat kalut...biasalah mamak penang!)
(kereta berderet-deret sampai. Kawan aku pun heran!)
Salam semua. Aku ada berjanji hari tu yang aku akan pergi pekena nasi kandaq yang aku tengok tak pernah sunyi daripada di serbu orang. Menghurung macam semut jumpa gula! Hari Ahad, off day aku yang sekerat tu, aku bangun awal macam biasa. Aku heran pasal apa aku tak boleh nak tidur sampai tengahari. Perangai pelik ni aku dah dapat dari aku kecik lagi....
Aku pergi ambik kawan aku kat satu hotel di pantai chenang. Kawan aku ni dah lama aku tak jumpa. Last sekali masa kami sama-sama kerja kat Renaissance hotel dulu. Aku dari tahun 96 sampai tahun 2006 dan dia dari 96 sampai 2001. Ada lagi rupanya kawan aku kat sini...heh3...aku rasa kalau aku cari lagi, mungkin aku jumpa 7-8 orang lagi ni! Kami berslam dan dia tanya aku nak pi makan kat mana? Aku cakap, hang ikut sajalah...jangan cakap banyak! Aku kona sana, aku kona sini, lepas 20 minit aku sampai kat tepi jalan nak ke Kuah. Kedai kecik kat tepi jalan dan berdepan dengan stesyen minyak Shell. Aku terpaksa parking lebih kurang 20 meter dari gerai dia sebab kereta penuh kat situ. Bila aku sampai, aku sengeh kat dia. Dia sengeh tengok aku. Aku sengeh lapar tapi aku rasa dia sengeh duit!
Aku sampai pukul 10 pagi. Aku tengok lauk semuanya dah habis. Yang tinggal cumalah ayam dengan telur rebus dan sayur kacang panjang sikit. Aku taruk semua. Kawan aku pun serupa. Orang berderet-deret sampai lepas aku. Ada yang makan kat situ dan ada yang bungkus@tapau. Bila cerita pasal tapau, aku teringat kat sorang tu yang nama Lan. Dia suruh tapau...actually Lan pun dok baca blog aku dan dia pun ada dok komen. Kat manalah Lan ni kerja yea? Aku pun lupa nak tanya dia!
Nasi kandaq dia memang kena dengan selera aku. Jadi aku bagi dia A+. Selera orang lain aku tak tahu. This is just my personal opinion. Hameed ni banyak cakap. Aku yang dok makan kat tepi dia asyik dok tergelak bila dengar slanga Penang dia. Memang aku teringat kat Kassim Nasi Kandar, Kassim Mustapha, Line Clear, Hameediyah, Kayu dan Pelita yang berlambak kat Penang tu. Semua kedai tu ada special depa yang tersendiri. Hameed ni lain. Nasi dia tak pakai nasi putih tapi nasi kuning. Style orang sini. Tapi taste dia memang aku suka. Ni semua actually menambahkan masalah untuk aku. Bertambahlah calorie aku! Aku pulak kalau makan nasi kandar, kuah mesti banjir. Habislah!
Aku kena lari balik ke hotel cepat sebab ada 2 orang penting yang aku kena jumpa walaupun aku off day hari tu. Lepas hantar kawan aku balik ke hotel dia di Pantai Chenang, aku pecut balik ke hotel. Jumpa guest penting aku kat lounge, sembang-sembang sat dengan dia sebelum aku bid farewell kat dia. Aku balik bilik sat. Tengok "Britain's Got Talent". Seronok tengok, aku dapat panggilan. Appointment pukul 2 petang tapi guest aku dari Egypt ni sampai setengah jam awal. Aku salin baju dan jumpa dengan dia pulak. Kami cerita pasal kerja. Dia datang dari jauh nak tengok tempat aku. Lepas ronda satu hotel dan berpeluh sakan, (eloklah jugak lepas kedarah nasi kandaq pagi tadi!), dia janji yang dia akan hantar guests dia kat tempat aku. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki dengan depa, adalah...aku balik bilik...
Lepas sembahyang Asar, aku jadi boring tak tahu apa nak buat kat bilik. Aku capai kunci kereta, turun, bawak kereta menghala ke Pantai Tengkorak! Sebelah ni aku tak pernah sampai lagi. Half way through, aku berhenti kat Petronas beli bekalan. Sambung bawak kereta. Slow kan kereta sikit kat Pantai Tengkorak. Malas nak berhenti. Aku bawak lagi terus. Ada hutan lipur yang ada air terjun dan sungai, katanya. Aku tengok air kering. Aku malas nak berhenti kat situ walaupun aku dah bawak Metro Ahad dan buku untuk dibaca. Aku pandu terus menghala ke Datai. Berhenti sekejap kat tepi golf course, cantik aku tengok dan well taken care of golf course dia. Malangnya aku bukannya kaki golf. Kalau tak, memang kat situ lah nampak gayanya hujung minggu aku! Masa aku buat U-turn kat depan Datai, aku dapat 3 sms. Wah...ni penting ni sebab bunyinya berderet-deret! Aku baca satu.....dia kata, kalau nak buat sms ke Malaysia, aku kena RM2. Kalau nak buat panggilan ke Malaysia, aku kena RM3 seminit dan untuk mendapat bantuan dari Kedutaan Malaysia, sila dial nombor berikut....la...ni apa cerita ni? Aku kat mana ni? Aku masih lagi kat Langkawi. Masih lagi kat Malaysia...passport pun tak bawak ni! Heh3...Rupa-rupanya, kat Datai area tu, aku dah dapat signal dari Thailand! Aku cakap betul ni, aku tak pi pun Siam....sungguh!
Aku ada cerita dulu yang ada 2 orang penting di Thailand yang aku kenal rapat. Aini Atan. Dia kat Songkhla. Dia Consul General kat sana. Budak ni satu batch sengan aku kat seremban dulu dan dia ni jugaklah yang kalahkan aku dalam permainan badminton masa kami Form 1 tahun 1981 dulu! Manakala di Kedutaan Malaysia di Bangkok pulak ada Syed Bakri. Bekas Consul General di Jeddah dan la ni dah dipostingkan ke Malaysian Embassy di Bangkok. Syed Bakri ni kawan aku masa kat Sekolah Rendah Iskandar di Alor Setar tahun 1980 dulu dan kami sama-sama main bola dalam satu team. Budak Kuala Nerang. Aik...takkan depa hantar message kat aku kot? Tamar Jalis betul lah!
On the way back, aku berhenti kat satu secluded spot. Baca paper. Bila aku tengok kereta lain dok perlahankan kereta depa bila lalu kat kereta aku, aku jadi lemas...bila aku tengok kat depa, aku nampak yang leher depa panjang bila lalu kat tepi kereta aku sambil menjengok. Woi...ingat aku ada marka ka dalam kereta? Aku berhenti nak baca buku lah....aku jadi rimas dan terus start engine kereta. Balik mengarah ke Harbour Park. Nampak pulak KFC....alahai...tiba-tiba aku teringat kat Snack Plate! Bedal Snack Plate, kembong perut, aku balik hotel dan telan HISTAC!
Pukul 8 malam, aku skype dengan aunty dan anak-anak aku. Lega tengok muka depa. Puas rasa! Tiba-tiba aku teringat yang abang aku nak datang Langkawi hari tu jugak. Aku talipon dia. Dia hangin dengan aku dan cakap yang dia dah sampai pukul 5.30 petang tadi dengan Firefly dari Penang. Oooppps...sorry. Aku bagitahu aunty yang aku kena stop skype dan lari pi jumpa abang aku. Dia datang sebab kerja. Dia buat audit kat satu jabatan kerajaan kat sini. Masa start engine, dia talipon dan tanya aku ada kat mana? Aku cakap baru tengah start engine. Dia kata tak payah datanglah sebab kawan dia ajak dia keluar makan! Alamak...sorry...bawak dia makan tu aku rasa tanggungjawab aku tu sebagai adik! Aku hayun kaki balik bilik. Aku sms aunty bagitahu boleh sambung skype balik...kami terus bersembang sampai lewat malam! Heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
18 ulasan:
salam,
aiyo uncle..
nasik kandar..
catz pun now tgh gila mkn nasik kandar yg catz baru jumpa.
hari-hari makan..aiyooo..colesterol...seramsss.
catz pernah sampai kat pantai pasir tengkorak. pasir putih..
:)
wah, next time in langkawi kena cari kedai ni, depan shell ya? (takde nama kedai tu yang susah sikit, hehe)
Assalamualaikum,
Semuga beroleh sejahtera.
Nasi kandaq memang menyelerakan..tapi jangan selalu diamalkan.
Selamat bertugas dan menceriakan N3, akak sentiasa membaca rutin itu.
Alhamdulillah.
salam uncle...........
apa habaq. uncle masih ada disini lagi erk. marina , yuya &abang apa habaq
moga family uncle sehat selalu...
nasi kandaq penang. memang pamos tapi dilla x pernah lagi rasa. wah pamos mamak ni. kul 10 dah habis nasi. mesti org dah pakat serbu kat sini. one day nak try kalau kami turun penang nanti....
Dear Uncle,
Hehehe...berapa kg sekarang?
salam uncle
tgk nasi kandaq ni, terliur la pulak hehe
nti balik kl, boleh pekena kat pelita kat ampang
Wahhh seronok jer baca sehari Ahad UNCLE yg konon mcm lapang, tapi penuh..
Perhhhh Nasi Kandaq Banjir..!
Dear Catz.
Ni tengah dok rasa guilty of the 1st degree ni!
Dear KOG.
Memang tak ada nama. Tapi kalau sampai sini bagitahu saja...i'll take you there..
Dear Nadz.
Thanks for reading. Saya tumpang seronok bila ada orang baca blog carca marba ni...heh3...
Dear Dila.
Uncle kat langkawi la ni. Kalau datang jangan lupa bagitahu...boleh pekena sama2!
Dear KN.
Ala...malas la nak cakap....tengah start balik diet ni..
Dear Rezeki.
Mesti pergi kat pelita ampang point ok! Kita makan sampai terlupa bayar!
Dear Azieazah.
Datanglah lagi kat langkawi...kita pergi makan lagi...horey!
salam uncle
itu baru uncle cerita makan nasi kandar, tapi seminggu sekali sahaja, belum cerita makan mee segera lagi setiap malam,,,, punya diet,,,,,
hebatnya..kul 10pg dah abis..kuah pun laku..
tabe tsuginaide,
karada wo odaiji ni ne Uncle san...
p/s
sabtu ni ms.L gi s'ban, reunion batch..1st time after 24years.
Dear Lan.
Apalah Lan ni...tiba2 nak rendam maggi pulak lepas ni! Macam tau2!
Dear Ms. L
Hait wakarimashita....errr...ishioni tabemasyou? Heh3...
Catat Ulasan