Sabtu, Mei 08, 2010

Siti Fatimah

(cantik bot2 kat sini)

(aku ambik gambar dari dalam kereta sebelum kena baling selipar!)

(kereta penuh nak tengok konsert Siti Fatimah!)

(aku lupa yang ni gambar kat mana...heh3...)

(as a treat, aku belasah pulak ayaq nyoq!)

Ada sekali tu entah pasal apa perut aku tiba-tiba jadi lapar. Dulu ada kawan aku berpesan. Kalau nak makan sedap, pergilah kat "Siti Fatimah". Penat aku dok mencari si Siti ni. Melilau satu Langkawi ni. Yang aku tahu cuma Siti Norhaliza, Siti Fairuz dan mungkin jugak Siti Norhayati....aik...Siti Norhayati? Huh, yang ni penyanyi yang baru nak naik. Album tak dan nak buat lagi! Cuma setakat ni katanya cuma dapat menyanyi kat bawah khemah kenduri kahwin dan fun fair...heh3...Jadi pada sapa-sapa yang bernama Siti Norhayati, heh3...aku saja suka kacau!

Penat aku cari, last-last jumpa jugak kedai ni. Jalan dia kalau malam-malam agak eerie...tapi pergi waktu siang...nak eerie apa! Selalunya aku tak kisah sangat pasal makan ni, memandangkan ramai kawan-kawan aku dok reccommend, aku pun pergilah....masa aku sampai, aku tengok kereta dah berderet-deret. Aku parking kat satu kawasan yang agak tak tersorok! Belum pegang pinggan aku dah basuh tangan dulu. Kelas.....Pegang pinggan, ambik nasi 11 senduk, pusing satu meja sambil dok belek lauk yang ada. Alamak...habislah aku! Kepala otak dok melilau pikir macamana aku nak dapat berat 73kg balik...."ishyyy, apa nak kalut pikiaq aih!" Sambil tutup mata, aku senduk saja lauk yang ada kat situ. Bukak-bukak mata dah selonggok nasi dan lauk dalam pinggan aku. Aku duduk diam-diam dan mintak teyy ais. Tak dan nak tengok kiri-kanan. Masa kat Langkawi ni aku memang enjoy makan nasi melayu. Banyak variety ada. Kalau kat KL tu aku kurang sikit. Sebab ada "inspector kesihatan" yang dok menjaga dan selalu dok control makan-minum aku! Heh3...pada inspector kesihatan yang dok ada kat Taman Cahaya tu, "anda bolehlah bercuti!"

Suasana kampung yang santai membuatkan aku tak ingat dunia langsung. Aku rasa dunia pun tak mahu ingat kat aku kot! Nak tambah nasi, aku malu pulak. Aku tengok kiri-kanan, depan-belakang, atas-bawah, tak dak pulak orang tambah nasi. Habis, kalau orang lain tak tambah, takkan aku nak buat gila! Takpa...lain kali aku makan, aku bungkus sekali bawak balik dan sambung makan kat bilik pulak...amacam? Geliga tak plan aku? Masa makan, telur mesti ada. Ikan mesti ada dan ayam mesti ada. Tukang yang dok "kelitin" sambil dok kira makanan aku pun aku tengok senyum memanjang. Amboi...baik sungguh budak ni....orang makan dia dok layan sambil senyum...masa time nak bayar baru aku perasan, budak yang dok senyum-senyum kat aku tadi rupanya cashier dia! Patut dia dok senyum! Berapa harga yang aku makan tadi? Bila makan tak ingat dunia, harga pun mestilah tak ingat dunia jugak...heh3...Langkawi Meriah!

Dengan perut membusung, ada pulak orang recommend untuk pi pekena ayaq nyoq pulak....habis sebijik aku minum. Siap lapah isi nyoq lagi...kat mana aku pi minum ayaq nyoq, jangan tanyalah...aku cuma "veni, vedi, veci..." dan kalau aku buat direct translation, lebih kurang bunyi dia macam ni lah..."tengok, nampak, tibai...". Heh3...

Aku kembung perut senang hati...balik dalam keadaan yang sangat sendat sana-sini! Mata jadi kuyu....mulut dok menguap hau...hau....masa ni lain aku tak pikir. Kalaulah bantal dapat peluk aku!

By the way, semalam aku ke Pantai Chenang. Berhenti kat Al Maz yang kat depan Casa Del Mar tu. Berhenti kereta, aku tengok ada Mat Salleh dok melepak kat meja aku yang selalu aku duduk. Pecut kereta pi cari kedai lain pulak. Sampai kat kedai Mexican aku terbau pizza...hmmm kalau nak makan pizza baik aku balik hotel! Aku pecut lagi kereta 110km/jam. Ternampak satu kedai melayu. Aku cuma niat nak baca Berita Harian dan minum teyy. Tiba-tiba ada pulak sorang budak Mat Salleh ni dok makan satay dengan lahap. Alamak, tergugat aku ni...73...73...73...aku order 10 cucuk. Harga sama macam kat KL. Sebatang 70 sen! Taklah sesedap Satay Zaini kat International School kat KL walaupun harga serupa. Lepas habis, aku baca lagi BH yang aku bawak. Ada pulak family melayu dok ngap-ngap nasi goreng sebelah aku....73...73....aku order nasi goreng belacan dengan telur dadar. Huh...ambik kau Cik Kiah! Dah habis makan aku bayar. Semuanya RM15. Not bad actually! Masa tengah dok makan, aku sempat sms aunty dan bagitahu yang aku tengah makan sorang-sorang. Dia balas sms aku dengan message, "alahai...kesiannya...". Lepas makan, aku lipat newspaper aku, masuk kereta, drive balik...

Esok pulak aku nak jumpa Joe Labu kat Starbucks...alamak, lupa nak tanya Starbucks kat mana? Heh3...

16 ulasan:

uncle pet.. berkata...

tgk.. nmpak.. tibai..!! style gk tu.. ahiksss.. pa2 pn satay Zaini mmg best..
ni ankel timbang dk lg berat..??

Uncle berkata...

Pagi ni belum timbang ;agi tapi otak tengah pikiaq nak makan apa dan kat mana? Heh3...

kakcikseroja berkata...

Jangan dari 73 jadi 173 dah le.. :)

uncle pet.. berkata...

tgk, nmpak, tibai je la jwb nya.. ahaksss..

Uncle berkata...

Dear Kakcik Seroja. Yang tu tak boleh sebab nanti inspector kesihatan marah!

Uncle berkata...

Dear UP.
Ni tengah dok pikiaq la ni.....heh3...

uncle pet.. berkata...

pa kata ankel p pekena tey trik+roti canai.. sesmbil tu sulam ngn nsik lemah daun pisang.. alaaa.. xsmpai sekilo lg tu.. ahiksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

suka baca uncle tulis bab2 cari makan nih...jalan2 cari makan!

hazlan berkata...

salam,,,

uncle, selagi ada selera tibai sajaaa, tak naik punya berat badan,
sbb selagi uncle dok tawaf pagi & petang kawasan resort,,,bukan uncle saja yg berpeluh,,yg ikut tu pun sama berpeluh,,,,,,he3

Uncle berkata...

Dear UP.
Tadi ingat nak breakfast kat Pekan Rabu Langkawi, rupa-rupanya dah jadi lunch nasi kandaq....ni dok hau2 la ni!

Uncle berkata...

Dear KN.
Kalau ada yang suka baca, saya akan cerita lagi bila saya pergi makan kat mana-mana...

Uncle berkata...

Dear Lan.

Nampak gaya esok Uncle kena lah alan sampai hotel helang...heh3...

hazlan berkata...

uncle

jauh sangat tuuuu kalau sampai sana nanti uncle nampak air asia pulak....he3

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, I enjoyed looking at your well taken and colourful pics. Love the pics of the boats especially.
I used to admire these boats in Kedah, Trenggany and Kelantan old days....as well used to go fishing in them too.

Regret my bahasa sebelum Merdeka and dare not comment, ha ha, buat you ketawa sampai pagi, ha ha.
You have a nice day and keep well, Lee.

Uncle berkata...

Dear Lan.

Kalau macam tu kenalah jalan sampai ke Kuah...dekat sikit kot! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.

Wow...thanks for coming. Glad that you enjoyed the pictures taken by an unprofessional photographer!

I love reading your well written entries...awesome!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...