Jumaat, Mei 28, 2010

Selamat Hari Wesak!











Pada kawan-kawan aku yang meraikan hari wesak ni, aku nak ucapkan salam IMalaysia!

Aku ambik kesempatan hari cuti ni untuk berehat sikit. Malam tadi aku keluar jumpa kawan aku sat kat chenang. Once in a while, ni adalah satu activity yang sangat menarik. Melepak 1-2 jam, bersembang kosong perihal diri masing-masing, minum-minum dan tak lupa kunyah-kunyah sikit! Bergelak sakan kami bila dok bercerita pasal benda yang serupa kat tempat lama kami dulu. Bila satu-satu nama familiar keluar, masing-masing dok bertanya, "la...dia ada kat situ lagi ka...?"

Last week aku sempat balik ke kl sekejap. Bukannya balik untuk berhorey-horey tapi balik untuk bekerja. Since sunday tu off day aku, aku sempat la balik ke rumah sekejap. Langit tak selalu cerah....bila aku balik, habis semua demam! Aku jadi kalut dok bawak depa ke klinik. Lepas sorang...sorang.....last-last aku pulak yang depa bawak pergi klinik...dr suruh aku buat blood test. Aku buat dan aku terkejut walaupun aku buat blood test kat klinik, tapi result dapat dalam tempoh kurang dari 5 minit. Siap dengan white cell count lagi. Pergh....canggih....katanya since aku dah pernah dapat demam denggi, maka kebarangkalian untuk aku dapat buat kali kedua sangatlah tinggi. Bila dia tengok, platelette aku dah agak rendah. Dalam 226 compared to maximum count of 500! Level bahaya ialah pada 150 ke bawah....dalam pada dok letih dan panas badan, aku belajar satu benda pasal darah ni! Balik ke rumah, aku dah mula panic. Dulu aku dah kena demam ni. Seminggu kat hospital dan seminggu aku terkandas kat rumah. Azab sungguh demam denggi ni...tak padan kecik!

Anak-anak aku seronok jumpa aku. Masa nak sampai ke rumah, aunty talipon dan tanya aku ada kat mana? Aku cakap kat Pandan...Yuya dengan Marina dah berlari tunggu kat bawah. Bila aku berhenti kat depan rumah, Marina meluru kat pintu teksi sampai angkat tangan tinggi-tinggi ke atas dan dihayun ke bawah sambil cakap "Banzai...". Aku gelak sakan tengok Marina...."Pandai anak bapak!!!" Heh3...Malam tu aku tidur dengan Marina!@#$%^&

Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu tengok aruah bapak dok chat rambut dia pakai berus gigi! Rambut bapak memang putih melepak. Aku rasa pasal tu lah menurun kat kami adik-beradik. Bapak ambik muka surat tengah suratkhabar, dia koyak betul-betul buat satu lubang untuk masukkan kepala dia, kemudian dia campur campuran yang busuk tu kat dalam piring. Dia gaul dengan berus gigi lama. Kat tangan kiri ada dia pegang cermin bulat yang kat belakang cermin tu ada gambar bintang filem hong kong! Aku selalu dok belek dekat-dekat bila bapak dok chat rambut. Bukannya belek kepala bapak, tapi dok belek gambar ah moi tu...heh3...lama jugak bapak dok buat menatang tu. Dalam hati aku, pasal apalah habiskan masa buat menatang ni? Aku lupa nama chat tu tapi kotak dia kaler purple sikit kalau tak silap! La ni pun mungkin brand tu ada lagi. Lepas sejam-dua bapak dok repair kepala dia, bapak pun cuci rambut dan sikat. Dia suka pakai kain pelikat dan tak pakai baju. Sambil pegang newspaper satu, bapak dok depan tv baca paper sambil dok nyanyi. Heh3...masa tu mungkin bapak rasa dia dah muda sikit.....

Hampir sebulan sudah, ada aku tulis yang abang aku datang pasal kerja kat langkawi. Dia duduk kat kuah sebab kerja dia kat sana. Masa aku pergi melawat dia, ada lah aku jumpa dengan 5-6 orang lagi kawan-kawan dia. Abang 8 tahun lebih tua dari aku. Bila aku jumpa depa, depa tanya, "ni sapa abang? sapa adik?" Pergh.....hebat-hebat.....maka bermula dari "hari jahanam" tu, masa aku balik kl last weekend, aku terus pergi saloon kat belakang rumah aku tu. Jeannie dengan Vivian tanya kat aku, "Abang macam biasa ka?" Macam biasa tu maksudnya cut and wash la....depa ni aku kenal sebab dah lebih 10 tahun aku gunting kat situ. Aku jawab, "today, wash, cut and color...". Budak-budak tu semua terkejut tengok aku. Melopong mulut depa...depa kata..."wah abang, ni bukan biasa....ni sudah luarbiasa...!" La ni kalau aku cakap umur aku 24, memang salesgirl-salesgirl kat duty free shop,tak pun cashier Haji Ismail mesti percaya ni.....

Hari tu Joe Labu ada introduce kan aku kat sorang lagi senior aku yang terjebak kat Pulau Berpuaka ni ala-ala cerita Famous Five kat dalam Enid Blyton tu! Kami kat sini panggil dia DJ Ray sebab pernah jadi DJ kat radio Langkawi kalau tak salah aku. Sekarang ni dah beralih arah dan sedang mengusahakan pusat latihan pelbagai bahasa antarabangsa di sini. Kaget dan terkejut aku dengan cerita dan pencapaian dia. Ray ni rupa-rupanya form 5 masa aku form 1 dulu. Tapi aku rasa Ray ni tergolong dalam kelompok masyarakat penyayang. Jadi aku tak berapa ingat yang aku pernah kena panggil dengan dia dekat "cube" dia dulu ataupun kena "pau". Kami akan sama-sama pergi sembahyang Jumaat tengahari nanti.

Masa kat sekolah dulu, hari Jumaatlah hari yang dinanti-nantikan. Kalau kena dengan time untuk aku balik kampung, lepas sembahyang Jumaat, aku dah siap sedia nak balik kl ataupun penang. Tak makan tengahari pun tak pa. Beg semua dah siap. Ramai-ramai kami naik bas dari tepi jalan kat sikamat tu. Seronok sungguh balik kl masa tu dalam umur 13 tahun. Sorang-sorang usung beg. Sorang-sorang naik bas ke terminal. Sorang-sorang naik bas sks ke puduraya. La ni perjalanan aku dok macam tu jugak. Sorang-sorang naik kereta ke airport....sorang-sorang naik airasia ke lcct....sorang-sorang naik teksi balik rumah....ish...ish...ish....what a life? Tapi bila tengok muka anak-anak dan aunty, perasaan kembali berbunga. Tapi yang letihnya bila balik pulak kesini. Aku tak ingat dah berapa puluh tahun aku dah duduk macam ni. Dari kecik sampailah ke besar. La ni pun kalau nak tinggalkan family, aku rasa sayu sangat especially bila tengok anak-anak tunggu kat pagar dok melambai bila teksi dah bergerak....Marina dengan tangan berhayun menjerit, "Banzai.....!"

20 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Salam.. kakcik ni bukan jenis yang suka baca catatan yang panjang berjela-jela. Tapi, catatan Uncle ni kakcik baya ayat ke ayat, baris ke baris. Ada tarikan!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.

Thanks for reading. Yang berjela tu kalau ada mood. In fact later I'm going to meet Joe Labu and Dj Ray for sembahyang Jumaat. Will snap and make it as a new entry nanti...horey...jumpa old boys lagi!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

KN gemar baca segala yang uncle tulis. You are talented for that.
Simpati dengan uncle..ye lah, sebab bidang kerja uncle dah macam tu kan..so uncle redha jer for the time being..
kat KL tak der ke offer untuk uncle?

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,
Mama nadz enjoys every clause, phrase and sentence of ur journey. Boleh dibayangkan segala memori itu. Memang sedih sungguh bila meninggalkan anak-anak dan berjauhan. Tak apa..itu tuntutan hidup. Semuga uncle akan sentiasa dirahmati di mana saja.

zeqzeq berkata...

berpakat hormati sesama warga Malaysia,
bukannya meraikan..

Uncle berkata...

Dear KN.
KL? Ada tu ada tapi for the time being nak cuba tukar angin....

Uncle berkata...

Dear Nadz.
Sayu sungguh rasanya...sapa kata bapak tak sayu? Thanks and keep on reading!

Uncle berkata...

Dear Nadz.
Betul..

azieazah berkata...

Sentiasa rasa rindu nak ke Langkawi lagi.

Jika tercapai, agenda bergebang dengan UNCLE lagi pasti disenaraikan...!

rezeki berkata...

salam uncle

ayat penutup "banzai" yg buat saya tersenyum dr pagi tadi bila baca n3 ni hingga tak sempat komen hahaha

mlm ni baru terkomen hahahahaha

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Mai lah lagi....aktiviti mesti berjalan lancar!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Saya apalagi...memang sentiasa senyum bila teringatkan ayat tu!

uncle pet.. berkata...

blh bayang cmna marina sebut "banzai" tu dgn peel kedek2 dia.. chumil2..
ankel.. chek igt nk p tgk depa la nnt senang2..

Uncle berkata...

Dear UP.

Yes...memang chumil kalau dia buat macam tu.... bapak dia lagilah chumil lutey kalau cakap "BONSAI..."

lan berkata...

salam uncle

kalau macam tu punya sayu,,,saya rasa projek uncle 2012 kena cancel la,,,,kesian aunty dan anak2 hehehe

en_me berkata...

ammvoiii.. banzai ghiteww.. ekeke

Uncle berkata...

Dear Lan.

Projek tetap berjalan lancar....err...projek apa ni?

Uncle berkata...

Dear en_me.

seronok tengok budak2 membesar...missed all those beautiful moments!

dilaOHdila berkata...

salam uncle...
sorry dah lama tak jenguk sini
uncle sehat? dah lama tak tengok photog Marina
lagi comey & comey. Nanti tepek lah kat sini uncle. mesti keletah kan

ms.legolas berkata...

Happynya Marina dpt jumpa Uncle..
walaupun Ms.L tak pernah berjumpa Marina tetapi hasil tulisan uncle yg power tu blh terbayang keletah si mata bulat tu..
Semoga satu hari blh practice ckp jepun dgn Marina..

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...