Rabu, Mei 12, 2010

Life is sweet!

(aku pun kenal jugak dengan bintang pilem...errr...ataupun depa yang kenal aku kot...heh3...)

(masa dok gila berlari untuk sekolah dulu. Macam biasa, aku berdiri disebelah kanan...lepas lari untuk sekolah, aku lari dari sekolah pulak!)

(banyaknya aku minum!)

(aku berhenti tepi jalan untuk ambik gambar)

(lokasi yang sama kat tepi jalan lepas airport sebelum traffic light)

Hari Sabtu lepas aku tak boleh nak lelap mata. Macam-macam ada kat dalam kepala otak aku. Teringat yang tu lah...teringat yang ni lah...apalagi bila aku tiba-tiba teringat kat mama. Lagilah mata aku dok klip-pok...klip-pok...Sedar-sedar dah pukul 3pagi. Alamak macamana nak bangun ni? Aku terlelap jugak sambil teringatkan mama.

Waktu bangun pagi masih tetap macam biasa. Masih pukul 6 pagi. Mata aku juling. Buat kopi secawan tanpa gula tiba-tiba mata aku cerah balik walaupun otak masih tidur!. Aku mandi, siap-siap, terus keluar. Sekali ni aku bawak tikar sekali. Baru usung tikar dah kena tegur dengan staff. "Nak tidoq tepi laut ka...", "Nak picnic ka..." hah semuanya salah. Saja aku preparekan tikar dalam boot kereta. Manalah tahu kot-kot instead of tepi laut aku melepak kat tengah bendang pulak!

Aku terus ke Kuah nak breakfast. Amboi jauhnya nak breakfast! Aku masuk kat Pekan Rabu. Kat bawah tu ada satu kedai mamak. Nama aku tak ingat. Aku masuk nak makan roti canai, tapi bila masuk aku tengok semua orang dok makan nasi kandaq! Alamak, kacau ni....Bila mamak tu tanya nak makan apa, aku cakap "roti kandaq!" Mamak terkejut, aku pun tersentak sama...actually otak dok ingat kat roti canai tapi mulut nak makan nasi kandaq...alahai...macam ni pun ada! Last-last aku mengalah kepada nafsu. Aku order nasi kandaq jugak. Kuah taruk atas kasi banjir, telur rebus dengan ikan goreng satu. Habis cerita. Lepas makan aku menyesal tak sudah....

Lepas nasi kandaq, dengan perut yang membusut dan tanpa hala tuju, aku bawak kereta pusing-pusing Langkawi sekejap. Lepas tersedar yang aku dok pusing kat tempat yang sama, aku cilok masuk simpang kat balai polis dan bawak terus tanpa tujuan lagi. Lepas Petronas aku nampak satu bangunan besar kat sebelah kanan jalan. Aku bagi signal dan cilok masuk. Aku park betul-betul kat depan kedai. Orang berduyun-duyun masuk keluar kedai. Wah...banyaknya duit depa! Aku tengok beg plastik yang depa dok usung tu...ada tulis satu nama famous untuk orang beli barang. Alamak nama kedai tu tiba-tiba aku lupa lagi. Takpa...nanti kalau ingat aku tulis walaupun masa tu mungkin topik dah tak kena! Aku masuk. Belek dan keluar balik. Memang sah aku tak minat dengan barang-barang tu semua. Aku rasa aku bernasib baik jugak sebab tak minat! Aku rasa aunty pun mungkin tak minat sama macam aku...aku rasalah...aaahhhh aku ingat dah. "Idaman Suri!". Aku menuju ke kereta. Masuk, start engine dan patah balik ke pekan Kuah tanpa tujuan lagi. Sama macam time kat sekolah....selalu tak dak tujuan! Heh3...

Aku pecut ke jetty. Park kereta, cari newspaper banyak-banyak, lintas jalan, cari kedai kopi lagi. Sekali ni aku terjumpa Starbucks. Masuk dalam, order drinks, baca paper. Lepas satu newspaper, aku tukar newspaper lain pulak. Lepas satu drinks aku tukar drinks lain pulak. Aku tahu yang aku masuk kat situ dalam pukul 12 tengahari. Aku keluar almost 4pm! PUAS!!!!!!! Aku drive pelan-pelan balik hotel....heh3...

Ada satu gambar yang aku selit kat atas tu sebenarnya aku terjumpa kat dalam FB kawan aku. Aku cilok lagi. Satu lagi, aku heran sungguh pasal apa aku selalu berdiri kat sebelah kanan lagi? Misteri Nusantara betul ni! Kalau tak tahu, aku lah yang pakai baju kaler lain dari yang lain. Berdiri paling kiri tu pulak, cikgu aku yang bernama Azizi Sihab. Dia ni Jawa KL. Ada aku cerita pasal cikgu Azizi Sihab ni dulu dalam entry aku yang dah lama. Cikgu ni lah yang lari paling tegak dalam dunia.....heh3...cara dan teknik berlari memang nombor satu. Tapi masa hari sukan dan berlari sama-sama dengan cikgu lain, tak pernahnya dia menang! Heh3...

Gambar lagi satu pulak, gambar kawan blogger aku yang tiba-tiba hantar sms kat aku bagitahu yang dia ada kat Hospital Ampang sebab demam denggi. Yang aku sedih tu, anak dia 2 orang pun ikut warded sama. Lama aku tak jumpa Vimmy Yasmin. Ni blogger yang famous dialam maya ni. Masa aku sampai, dia cakap, seronok dia bersembang walaupun aku kesian tengok keadaan dia. Lepas aku sampai, ada 2 orang perempuan pulak sampai. Aku tengok, eh...sapa la pulak ni? Nampak macam kenal...finally lepas bertentang mata, dia introducekan diri dia as KUZA.......huh? KUZA yang pelakon tu? Pergh....aku famous...aku famous.....lepas bertanya khabar dan bercerita dengan Vimmy dan lepas kena halau dengan security, aku dengan muka tak malu pun shake hand dengan depa sekali lagi dan balik...2 days after, aku dapat sms dari Vimmy Yasmin yang depa sekeluarga dah discharged...alhamdulillah!

14 ulasan:

kucingorengemok berkata...

uncle, 4 jam?! wah. mau kena sewa satu spot kat situ untuk uncle je...

lan berkata...

salam uncle

hahaha itu la, kalau dah top tu artis pun minat uncle. tapi yg tak faham pokok rumput tuuuu,,,,sbb saya pun ada tanam rumput tu tapi belum tumbuh lagi...macam mana boleh minat pokok yang sama,,,he3

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ala...after discount baru 4 jam....sebelum discout 8 jam...kira macam buy 1 get 1 lah...

Uncle berkata...

Dear Lan...

jangan cakap banyaklah...rumput yang tibai kat tepi airport pun tak nampak rupa lagi...ala yang dekat Bon Ton tu! Buat2 lupa konon....

abanglong berkata...

roti kandaQ !!! hahahaha.... kellassss

.
.
.
first time singgah bang!

catz berkata...

hahahha..catz pun biasa gak lepak starbuck..study sampai 4-5 jam..hikssss..buat cam rumah sendiriii...tapi beli air satuuu je...hahhaha.

idaman suri....bestnyaaa borong segala peralatan dapur... i likeee.
tiba2 rasa nak ke LGK...hemmm

uncle pet.. berkata...

cmna la gamak nya klu ankel plk yg lari tegak no.. sakit pinggang oooo lgu tu.. ahaksss..
idaman suri tu bkn kdai karpet ka ankel..?? dulu chek pnh gk dpt vouncher lucky draw.. dan la depa rugi 2 karpet dgn chek.. ahiksss..

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe lps ni boleh berlakon , jadi hero dgn kuza hehehe

saya copicino habis kuat segelas je

uncle sampai bergelas2 heheh

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

sat norr...KN nak gelak dulu...hahahahahaaa...

tak tau nak komen...macam2 kelakar yang uncle tuliskan! bila pulak uncle nak tulis kat BH macam aritu masa uncle dok kat Makkah..

Uncle berkata...

Dear abang long.

kalau dah start dah tak boleh stop ni...sambung baca!

Uncle berkata...

Dear Catz.

Bila nak datang lagi ni? Idaman Suri ada dok tanya kat Uncle hari tu...heh3....

Uncle berkata...

Dear UP.
Aik ada carpet ka? Tak perasan pulak...mai lah selalu...security guard pun dok tanya!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Ala macam tak biasa...yang kita dok pekena teyy kat Pelita Ampang Point tu apa bezanya!

Uncle berkata...

Dear KN.
Teringin jugak nak tulis lagi kat Berita Harian tapi mungkin Mona BH reject kot kali ni...heh3...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...