Rabu, Jun 23, 2010

Aik...dah Rabu?

(kawasan dilanda tsunami dari jauh)

(pondok nelayan)

(bot2 yang ready nak ke laut)

(ikan belacak)

(dah ready nak ke laut)

(kawasan dilanda tsunami)

(ditanam dengan pokok bakau)

Aku terlupa yang hari ni hari Rabu. Hari untuk mengayuh basikal dengan para tetamu yang menginap kat hotel aku ni. Bila tiba-tiba aku ternampak budak-budak aku dok kayuh basikal dengan guests lalu kat depan security post, aku pun jadi kalut. "Alamak, depa dah pi...". Aku tengok kiri, aku tengok kanan...line clear...masa tu aku ada kat motorbike parking area. Aku panggil kawan aku, tanya dia motor dia kat mana, lepas dia tunjuk kat mana motor dia, aku terus celapak naik dan start engine...motor budak ni pun satu hal jugak. Selama aku dok naik motor dah berpuluh tahun ni, tak pernah aku naik motor yang tak payah pakai kunci! Tendang, koyak, jalan terus.....ALATOOR!!!!!! Memang kelas sungguh motor ni...tak boleh jumpa kat tempat lain. Cuma kat Langkawi saja ada macam ni. Since aku lompat naik macam penyamun, dia pun takut yang motor dia hilang, dia pun celapak sama belakang aku! Dari situ maka bermulalah "pengembaraan baru" aku dengan motor "tendang dan koyak" ni...

Kami kejar depa yang tengah dok kayuh basikal naik jejambat...heh3...depa kayuh, tapi aku dengan kawan sorang ni pandai sikit...kami cuma koyak! Bila lalu kat simpang Teriang dan nampak kedai motor, baru kami tersedar yang kami dua-dua tak pakai helmet! Hentam sajalah labu! Nasib baik tak ada polis. Yang ada cuma "pakcik lalu-lintas" yang dok tahan kereta-motor bagi budak sekolah lintas jalan. Bila dah terlepas aku sempat jeling kat side mirror. Takut-takut "pakcik lalu-lintas" tu gamit nak saman kami...heh3...

Staff-staff aku dan guests dah sampai kat kawasan "tsunami". Juling mata guests aku dok dengar cerita depa. Pot-pet...pot-pet....lepas aku ambik gambar, aku naik balik motor tak pakai kunci tu. Sekali ni kami nak ikut jalan lain pulak. Kami cilok masuk kot dalam kampung. Lalu tepi sawah yang menghijau. Lalu tepi alor yang air mengalir deras. Nampak pakcik kat tengah sawah tengah spray racun serangga. Aku ralit dok tengok ada satu bungalow kat atas bukit sambil bertanya kat tokay motor bilalah aku nak dapat tengok rumah bungalow atas bukit tu. Tengah-tengah dok pikir, lalu pulak satu motor. Sampai kat tepi motor aku, dia perlahankan motor dia sambil cakap, "hai...nak beli rumah ka?". Aku jawab, "ni tengah dok cari la ni..." Dia bagi salam, aku jawab salam....macam tu lah keadaan kat pulau puaka ni. Wlaupun tak kenal sapa, depa masih lagi bertegur. Ada sekali aku masuk kat tepi rumah orang dan nampak satu group makcik tengah dok bersembang. Sambil lalu naik motor aku sempat bagi salam. Depa senyum sambil jawab salam dan lambai tangan....Masa depa dok lambai tangan, aku rasa macam aku kat dalam "Ironman Langkawi" pulak! Sedar-sedar aku dah sampai kat tepi kubur....."Lamunan ku Terhenti!"

Masa aku balik ke hotel aku bergegas ke SPA sebab ada guest yang nak buat facial. Bukan aku yang tolong buat, tapi staff SPA aku yang buatkan. Aku tengok sekejap dan lepas tu aku jalan balik ke Pool. Lalu kat tepi pool, aku terjumpa guest-guest aku tadi yang pergi kayuh basikal dalam "Jelajah Teriang". Aku tanya depa macamana dengan aktiviti tadi? Depa kata aktiviti tadi memang best dan 2-2 budak yang kayuh basikal dengan deptadi sangat bijak menceriakan suasana.....aku ucapkan terimakasih kat depa dan sempat bagitahu yang aktiviti esok pulak, "Face Painting". Sambil dok jalan balik, hidung aku kembang-kuncup.....aku rasa kilometriko pun lepas!!!!!!

16 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

wah, boleh turun 3-4 kg kalau tetiap hari mcm ni hehe


masa cepat betul, dah nak habis bulan jun hehe

kucingorengemok berkata...

kan best kalau dapat tengok gambar uncle mengoyak motor tanpa kunci! hehe

Ri... berkata...

Tulat dah weekend..!!! yessss....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Today is Thursday...Saturday...KN fly ke London...yehaaa :)

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Masalahnya lepas kayuh basikal kena kayuh nasi pulak! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Tak boleh tunjuk sebab takut motor hilang...

Uncle berkata...

Dear Rii.
Itu untuk orang yang 5 day week! Untuk yang macam Uncle yang 6 day week ni depa tak kata tulat...tapi depa kata "tungging!"

Uncle berkata...

Dear KN.
Alamak kena speaking lah kalau macam ni...heh3...kirim salam saya pada semua!

PINATBATE berkata...

sekejap jer masa berlalu...dah masuk malam Sabtu pun uncle..

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,
Gambar-gambar yang cantik..lebih-lebih lagi gambar yang ada sampan kat pengkalan tu..
Mama nadz nak copy..boleh.?
Mama nadz nak lukis..cantik sangat.. suasana dan sampan tu
terima kasih.

Uncle berkata...

Dear Pinat...
tu yang buat Uncle teringat nak balik kl....

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
Aik...tak kasi permission lagi dah kata terimalasih...heh3...melawak saja na....ambik pilah kalau rasa cantik....lepas lukis jangan lupa hantar satu kat sini tak pun kasi credit sikit...heh3...

nadz berkata...

Salam Uncle,

InsyaALLAH ..
kiranya mama siap lukis mama papar kat N3
tapi dengan sedikit perubahan..kekalkan sampan dan ruang yang belakang tu jer..laut.
w/salam

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
It's all yours tapi jangan lupa 10%...heh3...

lan berkata...

salam uncle,,,

rasanya motor yg uncle naik tu motor penyamun, jadi tak salah kiranya, kalau kepala penyamun yg bawa motor tu,,hehehe,,,,pasai helmet pulak uncle yg tak nak pakai sbb helmet kulit tembikai,,,,

Uncle berkata...

aik...tak salah ka?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...