Isnin, Jun 07, 2010

Kedah!

(abang ipar aku tengah lepas geram...)

(lorong ni kat tepi mee abu)

(mee abu la ni dah pandai buat poster dengan streamers!)

(lorong titi siam....ramai dok smuggle beras siam kat sini dulu...)

(aku dengan rosman alwi pernah race kat roundabout ni....munir kena tinggal 2 tiang!!!)

(ramai lagi adik beradik yang tak sempat masuk gambar. Depa dok sibuk makan telur rebus!)

(la...mentara kat sini semua pompuan ka?)

("pelamin anganku...." malas nak sambung tajuk lagu ni sebab anak menakan aku baru kahwin...heh3...)

(lorong sempit ni lah aku borong seluar Grand Sport dari Siam dulu)

(close up lorong sempit dan spot gerai seluar tu kat sebelah kanan...masa try seluar dulu aku londeh kat situ ja...heh3...)

Over the weekend aku sempat lari balik ke Alor Setar sekejap. Balik pada hari Jumaat naik last boat. Dah lama aku tak naik bot. Last sekali masa aku pergi Pulau Jerejak dulu tahun 1976. Masa tu aku darjah 2 kat Sekolah Francis Light yang tok aku panggil Sekolah Toslet (Torchlight!). Heh3...masa aku dah nak sampai ke Kuala Kedah, ombak makin kuat. Aku rasa mulut aku dah kumat-kamit baca macam-macam! Dan kalau ustad Abdullah (85) dengar aku baca, dia mesti pengsan! Heh3...

Sampai saja kat KK, Munir kawan aku dari tahun 1980 dah tunggu dengan Ija. Wife dia Ija pulak duduk sama-sama dekat rumah aku dulu di Brown Garden dan kami dok naik bas sekolah sama-sama walaupun kami bukanlah para pelakon "Geng Bas Sekolah!". Munir terus bawak aku balik rumah dia. Kata Munir mak dia baru keluar hospital. Aku dengan Munir ni macam adik-beradik. Ingat tak dulu aku cakap Munir sanggup drive dari Kulim dan balik Kulim malam tu jugak lepas tahu yang mama meninggal dunia walaupun dia tahu lepas seminggu? Mana boleh aku lupa jasa dia dan susah-payah dia? Salah pulak kalau aku tak melawat mak dia. Masa aku sampai mak Munir terbaring kat atas kerusi. Aku masuk pelan-pelan sebab tak mahu dia terkejut tengok muka aku. Mak Munir tak terkejut rupanya...tapi aku pulak yang terkejut tengok mak dia pasal masa aku sampai, mak dia tengah dok menonton cerita Korea!!!!! Heh3....makcik kata sakit? Dia kata yang sakit badan.......alahai makcik....aku terkesima....Lepas bertanya apa patut, kami makan kanji sama-sama sebab malam tu Ija masak kanji untuk orang sakit! Apa nak buat, aku bedal 2 pinggan...heh3...kalah orang sakit!

Aku terus bergegas ke rumah pengantin. Pengantin ni sebenarnya anak menakan aku. Anak menakan aku ni pulak dulu-dulu cuma dok merangkak minum susu. La ni dah nak kahwin! Amboi rasa muda sungguh aku! Semuanya dalam suasana ceria. Esok nak "yak-yak yey!" Tangan penuh dengan inai...nasib baik tak buat tattoo macam miami ink...kelas.....

Malam tu aku tidur kat Holiday Villa. Aku tinjau kat luar tingkap. Aku tak nampak apa. 45 kali gosok mata, tak nampak jugak...tengok jam, alamak dah 1.30 pagi! Ni kalau kat sekolah dulu, aku dah kena tangkap dengan warden ni...heh3...cikgu Sabarudin...cikgu Azizi...jangan marah, aku tidur lambat....study!

Esok pagi-pagi aku dah keluar ke tepi hotel tangkap gambar. Pakcik pakai kain pelikat semua heran tengok budak gila tangkap gambar Lorong Sempit. Aku masuk 7-11 dan budak pompuan cashier tu tanya, "Pakcik duduk sini ka dulu?" Aku angguk dan cakap, "Cheq tak dak lagi masa tu...". Dia sengeh kat aku dan aku sengeh kat dia....sama-sama macam kerang busuk!

Sebelum tengahari aku ajak abang aku, Joey pi ronda kat pekan sat. Aku pergi minum kat kedai mee abu. Famous kedai ni dulu. Tapi hari tu masa aku sampai, cuma 2 meja saja yang occupied...apa dah jadi? Aku ambik gambar kedai Mee Abu. Aku buat u-turn dan sampai kat Bulatan Telok Wanjah. Aku ada cerita dulu yang aku pusing bulatan ni dengan basikal macam nak gila pasal masa tu Rosman Alwi baru menang lumba basikal! Dia kayuh basikal racing tapi aku kayuh basikal tua Joey yang ada palang kat tengah dan warna hitam tu...Aku ingat 4-5 round jugak aku pusing bulatan tu. Orang kat tepi semua dok geleng kepala tengok budak gila dok buat gila kayuh tengah panas!!! Lepas aku lalu kat bulatan tu, aku cakap kat Joey, "tolong berhenti kat lorong Titi Siam sat..." Joey penin dengan "permintaan terakhir" aku. Dia paksa diri berhenti jugak kat tepi jalan. Mungkin dia kesian kat adik dia yang tengah dok "naik syeikh" ni....aku tangkap gambar signage Lorong Titi Siam. Saja aku masukkan kat dalam ni sebab yang ni pun aku ada cerita dulu dalam entry aku yang dah lama tu. Aku cerita dulu yang makcik aku duduk sini kat tepi landasan keretapi. Kalau keretapi lalu, habis air kat dalam gelas bergegar! Heh3...dari penuh kat dalam gelas, dah tinggal setengah! Macam earthquake kat Tokyo pun ada jugak...

All in all, sekali-sekala balik Alor Setar memang sangat nostalgic untuk aku. Semua masih kat situ walaupun keadaan sekeliling dah agak berubah. Rasa macam jam berhenti pada waktu tu. Looking back, la ni aku dah umur 42 tahun dan masa aku kat sana, aku baru berumur 12 tahun tahun 1980. Berapa lama dah tu? Aku tak tahu kira sebab aku tak pergi tuition macam Munir dulu....heh3....

18 ulasan:

azieazah berkata...

wow! Sangat best nostalgia UNCLE kali ini. Semuanya macam baru saja tertayang di layar... leh bayangkan.

Begitulah hidup kita ni, sentiasa penuh dgn kenangan.

Uncle berkata...

Dear Azieazah.

Wow...cepatnya dah baca dan comment...thanks a lot for reading entry yang selalunya merapu dan tak pernahnya ada hala tujuan ni...heh3...memang very the nostalgic!

PINATBATE berkata...

yerlah uncle..kisah lama penuh kenangan..semuga catatan ini dibaca sebagai ingatan dan nostalgia hingga ke anak cucu..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Itulah yang uncle harapkan semoga menjadi buku teks tahun 2045 nanti.....heh3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Kadang2 kenangan lama yang menceriakan kita...tapi ada juga kenangan lama yang bisa bikin kita sedih kembali :(

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Baca cerita uncle rasa macam uncle dok cerita secara lisan pula..gaya bahasa orang utara dok cerita.
Terima kasih uncle, menceriakan pembacaan mama nadz. membaca tanpa tension, membaca ngan senyum tawa sentiasa..

catz berkata...

uncle,
wah banyak sungguh kenangan di situ ya...masih lagi ingat segala nama jalan dan lorong,
:)
Saya pi Alor star dah banyak kali.
tapi yg paling ku ingat Pekan Rabu..hiks...ikan pekasamm...

Kakcik Seroja berkata...

Nostalgia sungguh.. dan seronok menghayatinya. :)

kucingorengemok berkata...

'mentara' tu orang yang tolong kemas²/angkat² dulang time kenduri kawin ke? ooo. kalau kat johor dipanggil 'penanggah'

MakTiri 1.1 berkata...

uncle..

u made me miss Kedah more! uwaaaaa..

dulu2 time cheq ngaji kat Penang, bila tiba cuti pjg 3bln, cheq duk kat Kola Kedah. mak/ayah angkat kasi mutu sbijik (motor.. not Muthusamy, ahakss!).. cheq bawak mutu lalu kot ban, trus smpai pekan Kola Kedah. kdg2 trus smpai Aloq Staq pun! padahal.. seketul lesan pun tadak. tapi buat muka kondifen abis.

alahai, ghindu nyerrrr!

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya memang banyak kenangan dan selalunya kenangan yang tak berapa indah tu saya cuba lupakan lah...tapi kadang2 tu kena ingat jugak supaya saya lebih berhati2....

Uncle berkata...

Dear Mama Nadz.
Memang dari dulu sampai sekarang dan mungkin selamanya penulisan Uncle mengarah ke santai dan tak serabut kepala otak! Harapan agar pembaca tak perlu berfikir banyak. Cukuplah untuk menghilangkan rasa boring...at least 2 minit tu dapatlah lupakan masalah dan dapat senyum sorang2...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Uncle bernasib baik kerana memiliki ingatan yang sangat kuat pada cerita2 lama yang merapu tapi mempunyai ingatan yang tersangatlah pendek bila kena baca buku dan nak periksa! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Kakcikseroja.
Saya suka menulis cerita yang "tak ada hala tuju"....heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Mentara=penanggah. Memang tepat sekali dan dua kali!

Uncle berkata...

Dear Azyda.
Memang seronok kalau naik mutu kat ataih bataih ban tu.....

Jamal Abd Rahman berkata...

boss,

cuti sekolah ni tak balik tmn cahaya ke? ke anak2 pi langkawi?

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Memang teringin sangat nak jumpa depa...tapi apa nak buat!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...