Ahad, Jun 13, 2010

Today is Sunday!

(marina sedih lepas lambai tangan kat abang...kesian baby papa!)

(selangor u 12 MSSM 2010)

(3's company)

(abang happy)

(3 beradik yang sedih nak berpisah sementara!)

(nilah bas yang aku dok naik masa kat seremban balik kl dulu..)

(aku macam ni dulu dan aunty panggil aku TODO!)

Minggu lepas aku ada bercerita yang abang dapat mewakili pasukan negeri Selangor ke pertandingan bolasepak MSSM di Trengganu. Dan semalam aunty ada sms kat aku mengatakan yang pasukan bawah 12 tahun Selangor berjaya mendapat tempat ke 3 peringkat kebangsaan setelah mengalahkan Pulau Pinang. Keseronokan abang dapat aku rasa sebab sewaktu aku berumur sama macam abang tahun 1980 dulu pun sama jugak tapi cuma permainan kami berbeza. Aku main takraw manakala abang pulak main bola. Dan macam jugak aku dok merepek tak lama dulu, permainan sepaktakraw aku bermula daripada permainan "chap teyy" ataupun "sepak bulu ayam". Chay teyy ni aku mula main masa aku kat melaka, henry gurney dulu. Masa nak tunggu macik zaharah bawak bas sekolah...heh3...dari situ aku mula belajar timbang bola, bermain dengan kaki kanan dan bertukar ke kaki kiri. Bila arwah bapak transfer ke alor setar, aku mula berjinak-jinak dengan permainan takraw secara suka-suka. Timbang bola takraw pada masa waktu rehat. Tendang kat dinding la...tendang kat pintu la....sampai lah satu hari tu, cikgu aku nampak aku dok timbang dan cadangkan aku main takraw untuk sekolah rendah iskandar alor setar. Dari situ aku mula timbang bola selain daripada timbang ayam masa ikut arwah mama pergi marrrket! Coach tengok depa kata aku pandai timbang. Last-last aku dah dapat main untuk Kedah bawah 12 tahun pada tahun 1980.

Jadi bila abang dapat main bola untuk selangor, aku dapat rasa keseronokan abang. Abang mungkin rasa bangga dapat main. Dalam pasukan YFA CIMB (youth football club) abang pun ada 3 orang lagi yang dapat main. Aunty kata, masa hantar abang kat shah alam, yuya dengan marina jadi sedih. Tengoklah gambar marina kat atas tu. Sayu muka dia bila tengok abang naik bas ke trengganu. Malam tadi aku sempat bersembang dengan marina. Marina happy sebab abang nak balik hari ni dan dijangkakan sampai pada pukul 6 taupun 7 petang nanti. Aku rasa yuya dengan aunty pun mesti tak sabar nak jumpa abang balik. Knowing abang, aku rasa dia pun rindu kat adik-adik dia dan aunty tapi macam biasa, abang akan buat-buat cool tak nak tunjuk perasaan dalaman dia. Apalah aunty akan masak kat abang malam ni...hmmm...

Semalam aku dapat satu panggilan daripada front office mengatakan yang ada guest nak jumpa aku urgent kat lobby. Masa tu aku tengah dok melilau kat beach on the way nak ke bistro untuk check persiapan world cup game, korea lawan greece. Aku patah balik ke lobby untuk berjumpa guest. Guest aku ni dari Penang dan dah agak beberapa kali aku jumpa dia. Dia sedih masa nak balik tapi tak boleh nak extend lagi sebab ada banyak lagi kerja yang dia nak habiskan sebelum hari Isnin. Seronok katanya duduk kat sini sebab semua staff aku kat sini peramah dan baik. Faktor ni lah yang membuatkan dia akan datang lagi. Aku ucapkan terimakasih kat dia, tolong usung beg dia ke limo yang dah sedia menunggu, bukak pintu dia, tutup pintu dia dan lambai tangan and bid farewell kat dia. Yang aku nak cerita pasal guest aku tu bukannya pasal hantar dia balik, tapi surprisingly, dia bersekolah di Chung Ling Penang dulu tahun 80-an. Aku pun buat form 6 kat sekolah yang serupa. Walaupun kami tak kenal satu sama lain tapi cikgu aku dan cikgu dia dan isteri adalah cikgu yang serupa! What a coincidence! Esok aku akan hantar "thank you" note kat dia..aku seronok bila guests aku yang nak balik, panggil aku untuk berjumpa. Yang tu bagi aku rasa "puas". Ramai jugak yang aku sendiri tunggu untuk pastikan yang depa seronok tinggal kat sini.

Ada satu lagi guest aku kat sini, ada beberapa kali aku dok jumpa dia. kat lobby lah, kat restaurant masa breakfast lah, kat swimming pool lah dan banyak lagi. Beberapa kesempatan, aku sempat bersembang dengan dia. Dia ajak aku memancing. Malam tu aku ikut memancing dengan anak-anak dia kat situ jugak. Dia turun dari bilik dia. Kami bersembang sakan malam tu sementara tunggu ikan makan umpan. Tunggu punya tunggu, sampai kesudah aku tengok yang ikan tak makan umpan. Masa dia nak check out tempohari, dia panggil aku ketepi dan sempat bisik kat aku, "shahrir, Datuk Seri.....(menteri sekarang ni), kirim salam kat you. Datin Seri pun kirim salam kat you....depa kata kalau you pergi KL, depa nak jumpa...tapi mungkin sebelum ke luar negeri they will come here". Aku salam erat dengan guest aku ni dan macam biasa, aku bukak pintu kereta, tutup pintu kereta dan lambai sampai hilang dari pandangan....

26 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Tahniah buat abang! A footballer in the making...I wish him all the best.

Uncle berkata...

Thanks KN.

Masa depan dia saya tak tahu lagi...apa nak jadipun jadilah....jangan buat benda yang tak elok sudahlah...

MakTiri 1.1 berkata...

congratulations Uncle..
u must be so proud of him! :)

smoga dia berjaya dlm sukan, dlm pelajaran & juga dlm hidup, insya-Allah!


azYda

Uncle berkata...

dear azyda.
tulah yang mak-bapak selalu harapkan...doa uncle semoga depa berjaya...bukan saja anak2 uncle tapi azyda juga!

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,
mama tengok abang tu bersaiz besar badannya. Nampak tegap.. saiz ahli sukan! tahniah!

kucingorengemok berkata...

kesian marina, sedih je rupa dia...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
moga uncle sehat selalu
tahniah utk abang
rasa berbangga bila ada generasi baru yang bakal menikkan nama Malaysia nanti... bukan calang urang boleh lakukan yang terbaik.
Sian kat Marina. mesti rindu kat abang

Uncle berkata...

Dear Nadz.
To be a good footballer, he has to be big and strong and also quick...saya dulu masa umur tu pun memang besar tapi as time goes by, dah tak besar2 dah....heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Uncle pulak sayu tengok muka dia....perasaan dia pun uncle faham sebab macam tulah uncle rasa bila kak anne dan kak lit balik semula ke itm shah alam tahun 70-an dulu...sayu, rindu dan tak tahu macamana nak express...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Bukan marina saja yang rindu kat abang, malah kami semua rasa macam tu. nevertheless kami rasa yang ianya bagus untuk abang belajar berdikari dan duduk jauh dari family...

PINATBATE berkata...

tahniah abang! memang nampak abang tinggi dan besar berbanding kawan-kawan dia..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks a lot. Memang dia besar dan tinggi untuk umur dia...i/c pun tak pergi ambik lagi tu!

azieazah berkata...

UNCLE...
tahniah buat ABANG... seronoknya diaaa..

ehhh guest yg last tu nak balik salam erat, ada isi ker dlm tangan pastu? hehehe

catz berkata...

muka marina sedih nya ala2 abg nak pi hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.tahniah utk abg. footballer in the making.
eh..all black dtg malaysia uncle tak pi tgk derang main?

:)

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Thanks...tapi sekarang tak ada apa2 masa salam tu...heh3...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Memang nak pergi pun tapi malangnya uncle kena ada kat sini...sob2...

rezeki berkata...

salam uncle

insyallah, uncle and team kat resort tu dapat meneruskan dlm memberi perkhidmatan yg terbaik

tahniah juga buat abg, saya pernah merasai keseronokkan itu

tinta berkata...

salam uncle..igt lagi tak kat cheq..cikgu yati. la ni ada kat langkawi..plan nk invite uncle makan seafood ..tp tak dak no uncle..free2 call saya boleh o19-3533466..

wish to meet u..last kmpe ms pi umrah ngan my bro.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
insyallah kami akan cuba buat yang lebih baik lagi dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk para pelancung.....you enjoy the trip!

Uncle berkata...

Yes Yati...now i remember you....why don't you come for breakfast esok? Be my guest!

Hazlan Zakaria berkata...

salam uncle

taniah buat abang,,,dan buat uncle sbb dato seri kirim salam,,hahaha lama tak jumpa apa cerita?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

tahniah utk abang!!! ajaklah abang pergi umah saya ankel. dekat jer dengan epot.. ok!~

Uncle berkata...

Dear Lan.
Hah...baru perasan yang kita dah lama tak jumpak...heh3....balik nanti jangan dok mai tangan kosong naaaa...latu kepala nanti!

Uncle berkata...

Dear Lotpi.
Lama tak dengar cerita...bila nak balik cuti? Err what a surprise...tadi Uncle jumpa owner Shahidah Travel dari Singapore. Dia duduk tempat uncle for his holiday...ni guest Uncle masa kat Mekah dulu...

My Life berkata...

salam uncle

tahniah untuk abang...

Uncle berkata...

Dear ML.
Thanks for the tahniah. Sekarang Uncle tengah dok risau pasal UPSR dia pulak!!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...