Khamis, Ogos 19, 2010

Aku Tercampak!









Aku sekarang terlantar kejang kat bilik sorang-sorang. 2 minggu sudah aku dah rasa macam nak demam. Aku telan panadol, baik.....selang beberapa hari, datang balik seram-sejuk. Telan lagi, baik...lega....ada aku tulis dalam entry lepas yang anak-anak aku datang melawat aku kat sini. Happy habis bila tengok muka depa semua. Dalam tempoh tu ada jugak sikit-sikit rasa macam nak demam balik. Tapi pasal family ada kat sini, aku lupa sekejap yang aku tak berapa sihat. Hantar depa ke airport dan aku balik bilik. The next day aku kemaskan barang dan balik KL beberapa hari sebab ada hal disana. Kesempatan di sana aku gunakan sebaik-baiknya untuk melayan keluarga berbuka puasa. First day aku disana, abang demam dan aunty bawak abang ke klinik sebab demam. Esoknya pulak, aku bawak kereta jumpa doktor sebab aku pulak demam. The following day, sekali lagi aku bergegas ke klinik sebab aunty pulak demam. Mak aiii...berderet-deret...aku sangka yang ni symptom biasa sebab baru mula berpuasa. Selalunya macam tulah sebab system belum dapat nak sesuaikan diri dengan berpuasa. Then family aku hantar aku ke LCCT untuk balik ke Langkawi. Dalam perjalanan tu aku dah rasa memang lain macam kali ni. Sejuk lain macam!

Sampai Langkawi, kawan aku dah tunggu. Kami berhenti kat mini market untuk aku beli sedikit minuman untuk dibawa balik. Malam tu aku dah tak boleh nak lelap mata. Bukan pasal teringatkan family sangat, tapi pasal aku dah mula menggigil! Takpa...telan ubat lagi dan tidur. Esoknya aku masuk kerja macam biasa. Sampai petang, aku dah tak boleh nak tahan. Menggeletar aku satu badan! Malangnya disini, kebanyakkan klinik tutup pada hari Jumaat. Aku melencung ke Hospital terus. Jumpa doktor dan dia kata demam biasa dan bagi ubat. Temperature dah 38 degrees masa tu. Aku balik bilik dan cuba berehat. Pukul 10 malam, dada aku dah mula bertompok merah. Aku panic sebab aku takut kena denggi kali kedua. Pukul 10.30 malam, aku terus ke Hospital lagi dan berjumpa doktor buat kali kedua. Masa tu bintik merah dah melarat ke perut! Doktor belek badan aku dan confirmed bukan denggi sebab katanya merah tu bukannya pecah-darah dibawah kulit tapi berbintik-bintik dengan air. Katanya aku kena campak! Aik, dulu masa kecik aku dah kena...doktor cakap kalau kena lagi, effectnya mungkin bertambah serious. Dia takut pneumonia. Kalau doktor pun takut, aku lagilah tambah takut! Aku tak boleh tidur malam tu....

The next day, aku jadi tak keruan. Panas lain macam dan tiba-tiba dia jadi sejuk extreme pulak. Aku pecut ke klinik pulak for a second opinion. Kali ni Dr Govin cakap campak aku agak bahaya dan suruh aku quarantinekan diri kat bilik, jangan jumpa orang. Masa tu aku flat habis. Nasib baik kawan yang tolong pandu. Kalau tak mungkin kereta dah terbabas kat tengah roundabout kat airport tu! Aku balik bilik. Kepala aku berat dan badan aku tambah panas. Aku check suhu. Dah naik 39 degrees! Aku makan ubat yang doktor bagi dan cuba rehat. Minum air banyak-banyak. Terbaring kat atas katil sorang-sorang ni boleh gila dibuatnya. Bila petang aku jadi tak keruan lagi. Aku bagitahu aunty. Dia terkejut dan suruh aku rehat dan minum air banyak-banyak. Malam tu masa cuba nak tidur, aku tiba-tiba berpeluh...Bukan peluh buat-buat ni....bukan peluh nak ambik SPM ataupun bukan peluh nak akad nikah! Golek sana tak kena, golek sini tak kena jugak. Tutup AC, aku jadi panas gila. Bukak AC aku jadi sejuk menggigil. Bukak baju dan tengok cermin, aku terkejut sebab badan dah merah. Macam semut api penuh kat badan! Tiba-tiba aku rasa dada aku tertekan. Berat dan payah nak bernafas. Jam dah pukul 1.30 pagi. Aku gagahkan jugak mintak staff sambungkan panggilan aku ke hospital. Aku dapat cakap dengan emergency room dan bagitahu pasal keadaan aku. Dia cadangkan aku terus ke hospital dan jangan tunggu. Aku pack barang dan turun ke lobby. Jam dah 2 pagi! Staff aku pecut terus ke hospital. Aku tengok orang ramai kat emergency dan aku tak boleh nak tunggu lama sebab aku dah terhoyong-hayang. Aku mintak tolong untuk masuk bilik doktor dan baring kat katil tepi doktor. Depa bagi....lega.....aku terbaring dalam 15 minit sebelum Dr Carey datang tengok aku. Lama dia belek dan last sekali dia cakap, selalunya demam campak tak payah admitted but since aku dah umur lebih dari 40 dan malam tu aku susah nak bernapas, dia kena tahan aku untuk observation. Depa bagi ubat tambahan dan sorong aku masuk bilik. Quarantine. Sebab penyakit ni boleh merebak!

3 hari jugak aku bertapa kat hospital Langkawi. Lama aku tak masuk hospital.....badan masih panas dan berpeluh tiba-tiba. Kepala berdenyut-denyut, badan aku sakit semuanya. Nasib baik kat hospital. Kalau kat bilik, mahu aku keras sorang-sorang sebab langsung tak berdaya nak bangun dari katil! Lepas 3 hari, demam dah kebah tapi campak dah bertambah-tambah. In fact sekarang ni aku rasa dia tengah menggila sebab kalau aku bukak baju dah tak nampak kulit kecuali merah yang berair! Tidur pun berjaga-jaga tak berani nak bergerak lebih. Kalau bergerak sikit, gelembung tu akan pecah dan air tu akan merebak pulak ke bahagian lain.....tambah lagi campak aku! Muka dah kembang. Nak makan tak lalu....pergh...berat dah mula susut sikit! Masa nak discharge, doktor pesan suruh quarantine kan diri. Sekarang ni masa dia akan merebak katanya....AIRBORNE! Dari peluh ataupun fluid yang keluar dari badan. Bahaya katanya. Kalau nak jumpa orang pun pastikan aku pakai mask. Aku angguk-angguk kepala tanda paham dengan kepala yang berdenyut-denyut!

Walaupun keadaan aku macam ni, aku masih lagi bernasib baik. Talipon aku tak pernahnya berhenti dari panggilan kawan-kawan dan staff. Semuanya risaukan keadaan aku. Almost 24 hours depa talipon tanyakan keadaan aku. Aku rasa pokok semambu kat tepi beach tu dah botak sebab depa selalu dok ambik daun bagi aku mandi. Pokok kelapa kat beach pulak dan tinggal pelepah sebab semua buah depa dah petik bagi aku minum air....sampai kadang-kadang tak terminum air kelapa yang depa buat untuk aku dan bila pagi aku rasa masam pulak air kelapa tu....dah jadi TUAK! Depa sangat prihatin. Pukul 3 pagi pun ada yang talipon tanya apa aku nak makan sahur nanti....pukul 8 malam tadi aku dapat panggilan dari staff aku bertanyakan samada aku dah makan malam ke belum. Dia kata dia terlupa nak talipon awal dan tanya. Dia tak tahu yang ada sorang lagi kawan aku yang selalu dok kelam-kabut cari makanan untuk aku 24 jam.....kawan aku sorang ni tiap-tiap hari dok beli kat pasar ramadan bagi aku makan. Gulai bawal lah...ulam lah....sambal lah...ikan bakar lah....sup ayam lah....dia kata dia seronok kalau aku gemuk! Macam ni punya kawan pun ada...heh3...

Aku belum baik lagi. Dan doktor kata, la ni lah waktu puncak untuk menatang tu keluar beramai-ramai dan berpesta...jadi doktor pesan suruh aku bersabar banyak-banyak....dulu aunty risau kalau-kalau aku ni sorang yang GATAL......tapi kalau sekarang aku bagitahu aunty yang aku tiba-tiba jadi GATAL, aku rasa dia tak panic......

34 ulasan:

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Walau sakit uncle dapat bercerita dengan baik..syabas.
Mama nadz harap uncle akan cepat recover.Berpantang-pantanganlah terhadap beberapa jenis makanan. Jangan makan toyu...

semoga akan sembuh segera...

rezeki berkata...

salam uncle

saya doakan agar uncle cepat sembuh , bykkan rehat dan ikut nasihat doktor , bukan nasihat tok moh tau

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Bila sebut "toyu" tu terus saya teringat kat Datuk Shahrizat, VIP kita. Ada sekali saya jaga dia masa breakfast kat Renaissance Hotel, KL. Dia panggil saya dan cakap, "Shahrir, bagi saya teloq rebuih 2 bijik, bok mai toyu sekali!!!" Hah3.....

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Insyallah akan saya ikut segala nasihat yang diberikan...

mokja berkata...

Mendapat campak dimasa usia meningkat adalah sangat menderakan.Kena ikut pantang larang betul betul ...jgn kena hujan,jgn makan tokyu...dan yg paling takut ..terkena shingles pula.
Harap cepat sembuh.

Uncle berkata...

salam mokjadeandell.
thanks for reading my blog. Shingles? Oh no......seksa tu! Mintak2 tak kena la...

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
semuga uncle dah mula nak beransur sihat... bykkan berehat yer..
akak pun pernah masuk ke hospital langkawi... best.. atas bukit..
uncle.. jaga diri...!!Alhamdulillah dikurniakan teman2 yg mengambil berat..

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Biasa masuk hospital langkawi? alamak...bila tu...tiba2 saya rasa kita ni dah makin dekat....

Hazlan Zakaria berkata...

salam ,,,uncle

hahahaha,,,,,rasanya lepas sihat nanti, berat badan makin kurang laaaa nampaknya,,,sbb makan pun kurang,,,,selamat berehat diucapkannn,,,,

Uncle berkata...

Salam Lan.
Memang kurus sebab cuma makan nasi sejemput, paceri nenas sehiris dan telur goreng rendam kuah sikit. Depa kata karipap RM1 dapat 4 tapi yang sampai cuma 3...jadi RM2 cuma dapat 6 instead of 8! Memanglah boleh kurus Uncle macam ni....kari bawal yang balance semalam boleh simpan esok malam pulak!

azieazah berkata...

Risau kiterrr...

Rehat banyak, makan ubat. Semoga UNCLE cepat sembuh.

Nak raya niii...:)

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Memang tengah berehat banyak ni. Baru lepas minum air kelapa segelas besar...

Fida berkata...

Shafakallah, uncle. Semoga cepat sembuh. Jgn lupa pakai calamine lotion kasi kurang gatal & hilang parut tu.

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

woh!! insya allah, kami doakan di bulan yang mulia ini semoga ankel cepat sembuh.. amin ya rabb!

jangan bimbang.. makan kena steady!

btw, akak mona ada msg saya, nak story! terima kasih banyak2 ankel kerana memperkenalkan saya pada mereka. la nih, takleh tidor malam asyik duk pikir nak cerita pasai apa. haha..

jaga diri baik2 dan do not drink and drive. :p

Kakzakie Purvit berkata...

Salam ramadhan uncle,

Ha... ini dia ujian bulan ramadhan. Kuatkan semangat dan jangan terlebih makan ubat sebab nak cepat kebah. Biasanya kalau dah baik pun sampai Hari Raya nanti masih akan ada parutnya. Adalah kenang-kenangan tu.....

Uncle berkata...

salam fida,memang calamine lotion tak pernah uncle tinggalkan. sentiasa berkepit kemana saja!

Uncle berkata...

salam lotfi.
mona tu dari berita harian. sangat baik orangnya. kalau lotfi dah mula berhubung dengan mona, insyallah mona akan keluarkan article2 lotfi dalam bh. elok sangatlah tu! good luck, nanti dah jutawan jgn lupa uncle..

Uncle berkata...

salam kakzakie.
kenangan parut kat muka? alamak...part ni ngeri sikit...err, petang ni anak-anak buat kuih apa pulak?

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

kak nab doakan semoga uncle pulih dengan segera, take care...alahai sian...aunty jauhhh..:((

Uncle berkata...

salam kak nab.
thanks for the words...tapi ayat last yang tak tahan tu!....heh3...

Ma Gold Dor berkata...

Laaa ingatkan tercampak kemana... rupanya tercampak atas katil sbb kena campak... kesian.... hehe

Uncle berkata...

Salam Ma Yusuf.
Uncle dah tak tahu nak letak tajuk apa....hantam sajalah LABU!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle...cian...saya pn da besar baru kne campak....klu minum 100 plus pn ok...selain kelapa....nak2 ngah pose nie...saya doakan uncle cepat sihat....tk cr..

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
thanks for the petua. Memang itu 2 lah yang Uncle telan 24 jam selain dari calamine lotion!!!

PINATBATE berkata...

salam..
dah sihat lom uncle..?

Uncle berkata...

Salam Pinat.
demam dah lega tapi bekas campak tu tengah mengganas sekarang.....gatal ni...

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
Semoga Uncle cepat sembuh. Syukurlah sebab ramai orang di Langkawi yang prihatin masa Uncle sakit.

Uncle berkata...

Alhamdulillah dapat kawan2 yang sangat prihatin dimana2 Uncle berada. Part tu Uncle bersyukur sangat. Uncle teringat arwah mama dulu yang selalu menjamu tetamu makan walaupun kami sendiri tak cukup makan....sekarang ni bila mama dah tak ada baru Uncle faham niat mama dan kami anak beranak sentiasa dilayan baik oleh orang sekeliling....mungkin ada pengajaran dari tindakan mama dulu...you take care too!

Laalaa berkata...

Salam Uncle,

Semoga cepat sembuh & cepat keluar dari hospital..

Uncle berkata...

Salam Laalaa.
uncle dah keluar taoi sekarang terlantar kat bilik pulak!

catz berkata...

Salam,
uncle dah sembuh ke belum...
makan ubat , jaga kesihatan.

err..ada permintaan..kalau uncle rajin lah.
dulu akn uncle rajin snap gambo kat restoran kat hotel kat mekah tu..
bulan pose kali ni err..kalau uncle dah sihat dan rajin, kot lah kat hotel uncle ada buat buffet ramadan..apa kata uncle snap2 gambonya..
nak tgk..
tak dapat makan..dapat tengok pun jadik la..sure lawa2 foodnya..
nyumm
:)

selamat berpuasa.
miow-miow

Uncle berkata...

Salam Catz.
Insyallah Uncle akan buat balik nanti bila dah sihat....good idea!

ms.legolas berkata...

Salam Uncle..

Semoga cepat sembuh dan tabah dalam 'kegatalan'..banyakkan berzikir kurangkan garu..

best regards,
ms.legolas

Uncle berkata...

Salam Ms L.
Dalam kegatalan tu yang Uncle tak tahan nak baca tu...bersembur sekejap tadi...kelakarlah ayat tu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...