Sabtu, Ogos 28, 2010

Kyo wa (hari ni) doyobi (sabtu) des











2 hari yang lepas lebih kurang pukul 11 malam, aku ada dapat panggilan daripada Coach Radha. Coach Radha ni ialah seorang coach yang sangat berdisiplin dan sangat komited dengan kerja dia untuk membantu meningkatkan tahap bolesepak negara dari peringkat akar umbi. Amat bertuah sungguhlah sesiapa yang dapat menggunakan daya kreativiti Coach Radha ni dan buat masa sekarang, kami mak-bapak kepada pemain-pemain CIMB-YFA berasa sungguh bertuah mendapat coach yang macam ni. Aku tahu bukan senang dia nak menjaga hal-ehwal lebih daripada 500 pemain bawah umur tapi itulah Coach Radha...sangat komited dan aku sanjung tinggi komitmen isteri dia yang sanggup berpanas hujan bersama-sama dengan CR mengendalikan pasukan anak-anak muda ni. Anyway, aku sebenarnya nak cerita pasal panggilan talifon CR pada aku 2 malam lepas. CR talipon dan bagitahu kat aku yang dia nakkan abang untuk mewakili kelab sekali lagi untuk ke kejohanan antarabangsa peringkat kelab di Bangkok, Thailand pada bulan November nanti. Aku terfikir balik, eh....ni peluang untuk abang ni....aku nakkan dia mendapat pendedahan yang terbaik dan sebanyak mungkin di peringkat antarabangsa sebab aku tak berpeluang dulu. Aku cakap ok pada CR tapi sudah semestinya abang harus melalui latihan untuk pemilihan dahulu. Tak bolehlah senang-senang dapat....tu tak adil namanya....semalam aku talipon dan bagitahu kat dia pasal dia dimintak untuk pergi ke pemilihan tu dan dia seronok. Terus tanya aku, "Papa, bila abang boleh main bola balik?" Dalam senyum aku jawab, "Lepas UPSR.....". Abang balas pendek, "Hmmmmm..." Aku tahu yang abang dah seronok balik.....Insyallah untuk anak-anak aku, aku sanggup berbuat apa saja...janji depa mempergunakan peluang dengan sebaik-baik mungkin.....

Malam tadi sewaktu nak berbuka puasa pulak, aku talipon aunty dan tanya depa makan apa untuk berbuka puasa. Aunty jawab yang depa pada masa tu dok ada kat McD. Sayup kat belakang aku dengar suara Marina dok berebut fries dengan abang dan aku jugak terdengar Yuya dok memaksa aunty suruh beli air satu lagi....dahaga sungguh anak-anak aku berpuasa...aku bersyukur dan memanjatkan doa semoga anak-anak aku dapat menunaikan puasa sampai habis. Aku jugak berdoa agar depa kenang penat-lelah kami mencari rezeki untuk depa....insyAllah...

Dalam pada dok kecoh, aunty sempat bagitahu kat aku yang abang kena Chicken Pox! Tersentak aku dengar....Aunty cakap lepas makan dia akan hantar Marina dan Yuya balik sebelum bawak abang ke APSH. Aku pulak jadi tak keruan. Kesian kat abang sebab aku tahu yang akulah punca abang dapat Chicken Pox. Sapa lagi kalau bukan aku? Pukul 10 malam aunty talipon aku dan bagitahu yang doktor dah confirmkan yang abang dah kena CP. MasyAllah...aku tambah sayu teringatkan abang. Aku terbayang yang aku ada cium pipi abang di LCCT tempohari masa aku nak balik sini. Bukan abang saja, tapi semua sekali....dan la ni aku dok dalam risau, takut-takut semuanya akan berjangkit...Abang nak UPSR 21 September nanti dan sekarang tengah sibuk dok tuisyen dengan Cikgu Gandhi. Aunty kena talipon CG kanselkan tuition. CG tak payah datang rumah sebab takut nanti CG pulak sakit! Aku jadi sedih dan terkilan sebab akulah abang kena penyakit ni.....lepas sembahyang tadi aku berdoa agar abang cepat sembuh dan kembali bersemangat untuk belajar bagi menempuh peperiksaan UPSR nanti....

Aku agak bertenaga sikit sekarang walaupun masih pening-pening lalat lagi. Dalam pada dok sakit-sakit ni aku masih bersyukur sebab yang aku kena ni bukanlah sakit jantung ataupun kencing manis ataupun lain-lain penyakit kronik lain. Alhamdulillah. Aku bersyukur sekali lagi kehadrat Allah SWT. Tak semua orang bernasib baik macam aku. Ada yang umurnya sama dengan aku tapi keadaan kesihatan depa sungguh tidak tenteram! Sekali lagi aku bersyukur...alhamdulillah...

Sementara aku duduk kat pulau ni, aku ada jugak terpikir yang aku nak buat benda-benda lain yang aku mungkin tak sempat nak buat kat KL. Aku rasa lepas raya nanti aku nak daftar masuk kelas memandu dan cuba dapatkan lesen motor besar walaupun aku tahu yang motor aku sentiasa kecik dan tak besar-besar...heh3...kalau tidak pun aku teringin nak ambik lesen lori ataupun bas...bukannya untuk apa, tapi saja suka-suka....lagipun traffic kat sini sentiasa tenang jadi aku rasa mungkin lebih mudah nak dapatkan lesen kot...aku rasalah...selain tu aku ada jugak terpikir yang aku nak ambik kelas scuba, tapi aku tak tahu samada kelas scuba ada kat langkawi ataupun tidak...mungkin ada, tapi aku tak cari lagi....nanti kalau dah ada lesen menyelam PADI tu, bolehlah aku menyelam kat Bukit Belacan...heh3...Selain daripada tu aku ada google dan mencari tempat-tempat menarik yang ada disekitar Langkawi ni dan aku jumpa Satun. Satun ni pekan kecil di Thailand. Pekan nelayan mengikut kata wikipedia. Tak ada pembangunan kat sini. Hah...ni lah yang aku cari...kalau nak tengok pembangunan, aku dah "cemuih" tengok. Aku rindu pada suasana kampung....aku ada google lagi dan katanya tempat menginap yang elok sikit namanya "Oon". Atas ada guest house dan bawah ada restaurant dan bar...ok, aku rasa situlah aku akan duduk nanti. Naik bot dari sini cuma 45 minit. Tak jauh mana. Lagi jauh kalau nak ke Penang!

Cerita pasal Siam ni, aku ada bagitahu dulu yang aku ada sorang kawan baik budak Siam yang namanya Pornpajong Watcharaparn ataupun nama pendek dia Pam. Aunty kenal Pam ni dan pernah tidur di bilik Pam dulu masa aunty melawat aku kat Geneva. Pam ni baik orang dia. Alhamdulillah semua kawan perempuan aku aunty kenal sebab aku tak mahu timbul syak wasangka dan kawan-kawan perempuan aku pun sekali-sekala ada jugak berhubung dengan aunty untuk bertanya khabar...."transparent....."

And you know what? Aku ada bagitahu kat Pam yang aku teringin nak ke Satun. Pam terkejut dan bagitahu aku yang Satun tak dak apa nak tengok. Tempat tu cuma menjadi tempat transit pelancung untuk ke Kok Lipe ataupun ke Hatyai saja...aku kata don't worry sebab aku pergi bukannya nak makan sampai 3-4 hari...it's just a one night trip saja. Pergi Sabtu dan balik Ahad....Pam kata ok dan aku terkejut bila Pam bagitahu yang dia akan organisekan tempat untuk aku tinggal dan makan-minum selama aku kesana. Aku cakap tak payahlah susah-susah sebab aku pun tak suka menyusahkan kawan-kawan kalau nak kemana-mana. Pam kata tak menyusahkan. Dia cuma nak tolong aku secara ikhlas...katanya lagi, abang dia sebenarnya Hakim kat situ, baru transfer dari Bangkok....aku terdiam....dalam entry yang lepas "Ibu N Abah" ada cakap yang kadang-kadang nilai persahabatan tu lebih bernilai daripada nilai persaudaraan....tiba-tiba bila aku teringat kata-kata tu aku tersenyum sendiri....memang betul sekali....I like the word "nilai persahabatan". Dan aku sentiasa ingat, kalau kita jaga hati dan perasaan kawan kita, insyallah satu hari nanti tanpa disedari orang lain akan membalas kat kita pulak walaupun kita tak kenal orang tu..kalau bukan terjadi kat kita, mungkin akan ditunjukkan pada anak-anak kita pulak nanti...insyAllah....Aku selalu berpesan pada anak-anak aku, berbaik-baik dengan kawan....jangan dengki dengan kawan....jangan memburuk-burukkan kawan.....jangan menjatuhkan kawan untuk kepentingan diri sendiri.....jangan buat yang tu semua....berdosa kita dan tak selamat hidup kita!

Ada sorang lagi kawan aku namanya Jettin Gani dari Indonesia. Semalam aku dapat email dari dia mengatakan yang dia dalam perjalanan datang dari Jakarta ke KL dan kalau boleh nak berjumpa aku di KL. Sorry Jet, aku kat Langkawi ni...bukannya KL. InsyAllah kalau bukan kat KL, kita akan jumpa nanti kat Jakarta...aku pun dah lama tak pergi sana dan dah lama aku tak berjumpa kawan-kawan sekelas dan sekolah aku dulu yang memang ramai dari Indonesia! Err...Jettin ni pun aunty kenal...kami selalu jugak pergi makan sekali masa di KL dulu...see, aku tak tipu...semua kawan perempuan aku aunty kenal!

Then sorang lagi kawan aku, nama dia Karen. Budak Penang. Baik budak ni....dulu dia kerja dengan kapalterbang australia. Lepas bertahun-tahun terbang dia join hotel pulak dan kerja sama dengan aku kat KL dulu. Dia ada hantar message kat aku yang dia sekarang dah dapat kerja baru kat Penang dan ajak aku ke Penang untuk tengok hotel baru dia...katanya it's a new boutique hotel. Hey Karen, congratulations to you and I will definitely visit you in Penang....bukannya apa, sebab dah lama tak makan kat Hameediyah!!! Hmmmm, to tell all the truth, Karen ni pun aunty kenal sebab kami pernah keluar makan dan minum sama-sama jugak....heh3...aku tak tipu.....(okaasan...please say yes to all these....please.....@ sambil tangan dalam keadaan berdoa!).

Bukan semua kawan aku pompuan...ramai jugak kawan lelaki....tapi kalau lelaki aku dah selalu sangat dok bercerita. Setakat ni alhamdulilah..kawan-kawan yang aku dapat semuanya baik dan prihatin....dan ikhlas.....dan genuine.....kalau tak genuine tu kita dah boleh nampak dah.......

But anyway, aku cerita pasal nilai persahabatan ni bukannya apa, niat aku cuma untuk anak-anak aku ambik ikhtibar dan jadikan panduan. Depa ada banyak masa lagi. Carilah kawan yang betul dan treatlah kawan dengan betul.....insyAllah mana-mana depa pergi, depa akan selamat disamping kawan-kawan.....

20 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
akak setuju sangat... ada kawan yang baik.. kita jaga baik-baik... sebab akak boleh senyum lebar bila tahu ramai kawan yang 'baik' dengan akak lebih dari adik beradik sendiri...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

betul tu kak....setakat ni alhamdulillah Allah masih pelihara saya.....saya bersyukur...

Tanpa Nama berkata...

luv dis entry ankel.. thumbs up..!!

azieazah berkata...

Saya pun nak tumpang bangga, kerana saya menjadi salah sorang kawan perempuan UNCLE jugak, dan saya pun bagitau husband saya, siap tunjuk gambar lagi masa kita jumpa di Langkawi dulu.

My hubby memang ok jer, as long saya bagitau dia. Lain2 hal, takda masalah lagi selepas tu.

Pendekata jangan sampai timbul curiga.
Lagipun kita dah tua-tua gini, berkawan kena ikhlas, mana ada nak fikir seronok berpoya poya lagi.
Malu kat anak-anak...

Nilai persabahatan tu kalu jujur, memang manis jerrrr...

*Bila lah dapat jumpa dgn Aunty...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
sonok budak2 tu bila uncle dah duk dekat ni
sekurang2nya boleh depa jumpa uncle selalu kat sini na...
** Moga abang cepat sembuh. peluang abang nampak cerah...moga jadi impian...
*** Nanti raya datang umah bangi erk uncle....

Uncle berkata...

Salam Unc;e {et.
Thanks...btw how are you and Q? Q balik tak raya nanti?

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Uncle ada cerita kat aunty pasal jumpa azieazah kat langkawi dulu dan jumpa cousin uncle masa kat sini......setakat ni dia cuma kenal dari blog uncle saja...

Uncle berkata...

Salam Dila.
alhamdulillah selalu jugak berjumpa walaupun sebulan sekali....alhamdulillah....sekarang masa uncle untuk jaga family...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

kesian kat abang!

Uncle berkata...

Salam KN.
Kesian kat kami....

My Life berkata...

salam
dear uncle

dalam apa2 hal.. keikhlasan amat penting..

Uncle berkata...

Salam DN.
Memang betul....ikhlas dalam persahabatan, ikhlas dalam bekerja...ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab...insyallah selamat!

rezeki berkata...

salam uncle

panjang betul kali ni n3 uncle, hehehe

amacam, ciken pox dah baik ke belum

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Dah masuk office hari ni. Pagi tadi sempat jumpa doktor...dia cakap sekarang dah tak jangkit...lega!

PINATBATE berkata...

salam uncle,
Semuga abang cepat sembuh dan bersemangat menghadapi UPSR

part yg ni saya gelak sampai tersembur kopi..:D
(okaasan...please say yes to all these....please.....@ sambil tangan dalam keadaan berdoa!).
ok..ok..saya percaya..;D

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Thanks for reading. Hope you enjoyed reading all my entries....

Uncle pun berdoa agar abang cepat sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan dengan baik nanti! Ada tips ke untuk exam nanti?

taj berkata...

Salam Ramadan Uncle...

setujuuuuu......kena ikhlas dlm persahabatan...sahabat yg baik lebih baik dr adik beradik...betul3x...taj pernah alaminya, dan amat hargainya...syukur pd Allah diberi sahabat2 yg baik2 belaka...
kita kena kawan dgn smua org baru real life... ada org tuh hanya pilih bulu dlm berkawan...pilih yg senang2 je...harap anak2 uncle tidak gitu ek...
uncle, parut dh hilang lum?heheh
ok, wassalam

Uncle berkata...

Salam Taj.
Tapi hati manusia kita tak tahu...malangnya! Anyway, parut kat muka dah clear, parut kat badan pun dah nak clear, tapi kaki dengan tangan masih ada lagi

ms.legolas berkata...

Kesian kat Abang, kena CP dalam saat2 dah nk UPSR ni.. anak Ms. L yg no. 2 pun ambil UPSR tahun ni..
Semoga mereka beroleh kejayaan cemerlang.

Abang dah daftar utk mohon sek berasrama penuh ke?

FYI
Permohonan untuk Tingkatan Satu (1) ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah pada 1 September - 15 Oktober 2010. Permohonan adalah melalui "Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my.

walaupun 15 Oct, kena bagi satu salinan kat Guru Besar segera.


best regards,
ms.legolas

Uncle berkata...

thanks for the info...I will visit the website...........

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...