Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Ogos 14, 2010
Lawatan
Minggu lepas, anak-anak aku datang melawat aku kat sini. Dah dekat 6 bulan depa tak jengok aku. Rindu bagai nak gila. Bukannya aku tak balik KL pun tapi kalau aku balik KL pun bukannya pasal cuti tapi pasal kerja. Aunty dah susun jadual dengan elok supaya tak mengganggu kelas anak-anak aku dan kerja dia. Bukannya lama sangat pun depa datang. Datang hari Jumaat dan balik hari Ahad....itu pun aku dah cukup happy. Bahagia sungguh rasa! Macam biasa, flight depa delay. Aku tak sabar-sabar nak dengar cerita dari Marina pasal pengalaman naik kapalterbang. Tapi sekali ni Marina kata, ..."tak best...". Alamak, baru 4 tahun dah comment best ke tak best? Dia komplen sebab seat sempit! Takpa lah...nanti aku beli satu kat dia dan buat seat yang besar-besar bagi puas hati!
Depa sampai lambat dan semuanya dah terlampau letih. Kami cuma makan pizza dan pasta malam tu untuk dinner. Aku bawak keluar ke pekan Kuah sekejap sambil melepak kat dataran helang tu. Ni lah first tima aku sampai kat dataran helang. Kalau anak-anak aku tak sampai, entah bilalah aku nak pergi jalan-jalan kat situ....mungkin takkan sampai langsung! Amazingly, burung helang tu memang besar dan cantik especially bila malam dan dipanahi pulak dengan dengan lampu, memang menarik...dan patut di promosikan lagi. Abang beli keychain untuk kawan-kawan dia kat sekolah. Yuya tak ingat kat kawan, jadi dia cuma beli lastik untuk dia sendiri. Bila Marina tengok lastik tu, Marina pun kecoh nak jugak! Last sekali depa dapat sorang satu! Siap gantung kat leher lagi macam dalam kartun "Denise the Menace" dulu....aku pesan kat depa, jangan depa pi lastik kepala orang pulak nanti....depa angguk buat-buat faham!
the next day tu aku masih bekerja. Jadi the whole morning depa cuma melepak kat hotel saja. Lagipun kat hotel ni pun banyak aktiviti....jadi taklah depa rasa sunyi sangat. Boleh mandi kat laut, boleh mandi kat pool, boleh mandi kat bilik, kayuh basikal, main layang-layang, main indoor games dan boleh jugak menjala ikan...aik? menjala ikan pun ada? Oh yes, memang ada aktiviti ni dan aktiviti ni lah yang selalu mendapat sambutan daripada guests. Kalau nak memancing mahu sehari suntuk dok menunggu ikan tapi kalau menjala, cuma tebar dan tarik. Nasib baik, dapatlah 2-3 ekor. Anak-anak aku cukup teruja nak menjala. Sekejap-sekejap Yuya talipon tanya bila boleh menjala. Aku kata tunggu petang. Dia talipon lagi dan bagitahu sekarang kan dah petang! Aku cakap nanti pukul 5.30pm! Yuya diam. Ada 2 jam lagi nak tunggu! Dalam pada tu aku dah organise layang-layang dan jala untuk depa mencuba nasib nanti. Tepat pukul 5.30pm, meluru depa lari ke pantai cari aku. Angin tengah kuat, elok untuk main layang-layang dan air pulak tengah pasang, elok untuk menjala.
Lepas 2 kali staff aku buat demonstrasi, aku pulak yang cuba dulu. Bukannya anak-anak aku! Sekali tebar aku dah dapat 4 ekor anak ikan. Seronok kami. Kami letak dalam baldi. Yuya pulak try....dia pun dapat jugak anak ikan. Abang try dan abang pun dapat jugak. Marina nak cuba tapi jala lagi berat dari Marina, jadi dia tak boleh nak menebar jala tu. Marina buat muka sedih sambil cebik mulut....kesian baby Papa. Layang-layang tu pulak Marina yang main. Bila layang-layang naik tinggi, Marina dah kena tarik dengan layang-layang sebab angin dah tambah kuat! Mengekek-ngekek Marina gelak! Aku dengan aunty dok senyum tengok depa main. Ni lah yang aku kata "bahagia" tadi tu!
Malam tu aku ada appointment dengan sepupu aku yang tinggal kat langkawi ni. Kami pergi dinner kat pekan kuah. First time anak-anak aku dan aunty berjumpa dengan depa. Tak sedar 2 jam jugaklah kami dok bersembang kat kedai tu. Masa aku nak pergi kat kedai tu, puas aku dok mencari mana nak parking kereta. Semuanya penuh. Satu pun tak dak untuk aku selit. 3-4 kali aku pusing last-last ternampak satu parking kosong kat bawah pokok rendang. Kami happy sebab finally dapat parking. Kami keluar kereta dan masa melintas jalan tu, aku perasan yang orang yang dok makan kat kedai tu semuanya dok pandang kat kami. Aku tak tahu apa-apa. Ingatkan lupa nak kunci kereta, jadi aku pun kuncilah lagi sekali. Lintas jalan dengan bangga sebab dapat parking. Kami order makanan dan makan. Lepas makan pulak, sepupu aku ajak pergi rumah dia sekejap. Taklah jauh sangat pun. 5 minit dari kedai makan tu saja. Bila aku sampai kat kereta, barulah aku terkejut tengok kereta aku. Patutlah parking tu kosong.....patutlah semua orang tengok aku masa lintas jalan tadi.....dengan geram, aku masuk dalam kereta, tekan air kat screen kereta banyak-banyak, pasang wiper maximum speed, cuci tahi burung! Anak-anak aku mengekek-ngekek lagi!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
salam uncle...
wah depa mai langkawi ka. hilang rindu depa kat uncle. Marina mata comey...gallak no (hehehe)
dilla nak ucapkan selamat menyambut buka posa buat uncle & family. tak dak gambaq juadah kat hotel ni uncle?
terimakasih dila. tapi uncle masuk hari ke 2 dah tumbang sebab demam campak! Amboi...siksanya!
salam Ramadhan uncle..
tengah demam ke? Mudah-mudahan cepat sihat naa
Ya, saya dah sampai dah kat Dataran Lang tu. Memang besar tugu lang tu, hebat.
Wahhhh teruja juga tengok bab menjala tu. Sebab masa kecik dulu, saya pun pandai gak menjala.
Cousin UNCLE tu yang dulu jumpa pertama kali makan kat Restoren tu yer? Yang kita jumpa Hj Rahim di malam yang sama?
salam unnle
selamat berpuasa, pagi ni sahur apa ?
tentu anak2 seronok melawat bapaknya sambil cuti2 hehehe
bapanya lagi seronok dpt tebar jala dgn anak2
raya ni dapat cuti tak ?
sonok no depa p jenjln langkawi.. rindu nk jmpa depa lg..
ankel demam klu kena mndi dgn ayaq daun la lgu ni..
Dear Pinat.
amboi teruk betullah demam sekali ni. Menggigil2 macam denggi...habis satu badan naik merah dan sakit seluruh badan. Mulut pulak ulcer...belakang pulak sakit...adoi...siksanya!
Dear Azieazah.
That's the same cousin yang kita jumpa dulu...
Dear Rezeki.
Pagi ni tak sahur sebab langsung tak ada selera dan 2-3 hari ni memang Uncle tak mampu nak puasa sebab badan sakit sangat dan demam pun tinggi!
Dear Uncle Pet.
Semalam dah try. Ada setengah lagi. Maybe hari ni sambung lagi...
Catat Ulasan