Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Ogos 23, 2010
Monday blues..
Semalam aku ada pergi melawat satu lagi klinik. Jumpa doktor kat situ. Dia cakap campak aku dah kering. Hah...yang tu aku lega bila dengar. Tapi....dia sambung cakap, "masa ni lah virus tu jadi super active...". Aik, biar betul doktor ni...aku mati-mati ingat masa dia berair tu adalah masa yang paling active. Tapi kali ni doktor ni cakap macam lain pulak...ok, takpa...dia doktor, aku siapa? Then dalam pada tu, dia kata kat aku. "Dengar ada masuk hospital!". Aik...doktor ni....mana dia tahu aku masuk hospital ke tidak? Dia ada baca blog aku ka? Doktor tu sengeh kay aku...dia cakap, " ni Langkawi...". Eh, ya tak ya jugak...aku terlupa yang aku duduk kat Langkawi....maksudnya, pulau ni kecik, apa kita makan semua orang boleh tahu! Pergh...kelasssss!
Banyak aku dapat petua kat dalam fb dan jugak dari panggilan-panggilan talipon rakan-rakan yang prihatin. Terimaksih banyak-banyak pada semua yang bersimpati. Hanya Allah saja yang dapat membalas semua jasa baik rakan-rakan semua.
Semalam aku ada dapat message dari Usop Santorian. Ingat tak lagi staff aku dulu masa kat Mekah? Ala...Usop yang pintu kereta kena ikat dengan tali rapia tu...entah macamana masa aku baru bangun tidur, aku ternampak macam ada message kat fb aku. Aku click dan nampak nama Usop terjojol kat screen...kelam-kabut aku bangun dan jawab. Seronok kami bersembang. Sakan dan macam-macam berita aku dapat perihal kehidupan kat Mekah la ni...Ramai jugak staff aku dulu masih kat sana. Usop dengan happy bagitahu kat aku yang dia dah dapat anak nombor 2. Anak lelaki. Yang dulu pompuan....yang dulu aku ingat lagi sebab aku lah yang tolong ambik gambar anak dia masa kat lobby tu. Usop dok tanya bila aku nak pergi sana lagi. Aku kata insyAllah aku akan sampai jugak nanti....dan selain daripada tu, bila terbaca cerita KN kat Mekah dan Madinah, aku jadi sayu sangat-sangat. Sayu sebab gambar yang KN ambil tu adalah tempat-tempat yang dekat sangat dengan hati aku. Bila baca cerita Haji Arsyad dan Lotfi pun macam tu jugak....hati jadi sayu teringatkan Mekah. Itulah penangan kalau siapa dah pernah pergi sana...
Bulan puasa macam ni aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. Tak sabar nak puasa...bila sampai waktu nak bukak puasa, mahu 20 kali aku dok tanya kat mama sampai kena tarik telinga aku sebab arwah mama dah letih nak jawab kat aku. Masa aku duduk Alor Setar pulak, aku akan kayuh basikal dengan sepupu aku sampailah 5 minit sebelum bukak puasa. Sepupu aku nilah yang sekarang ni duduk kat Langkawi. What a coincidence betullah! Masa aku kat KL pulak, sebelum bukak puasa, aku akan keluar naik moto dan kadang-kadang aku bawak sekali anak menakan aku keluar naik moto beli kuih. Sekarang ni anak-menakan aku pun dah nak kahwin hujung tahun ni! Cepat sungguh masa berlalu.
Sekarang ni aku kesian tengok anak-anak aku. Berbuka puasa depa tak sama dengan anak-anak orang lain. Kalau orang lain Mak-Bapak akan usung depa pergi beli makanan ataupun kuih kat pasar ramadan tapi anak-anak aku tak berkesempatan sebab aku tak ada kat rumah. Part tu aku kesian sungguh kat depa. Tak ada orang nak main bunga api dengan depa....tak sempat aku nak keluar beli baju raya kat depa...tsk...tsk...tsk...sayu ni...
Cuaca kat Langkawi ni sungguh baik sekarang ni. Tak hujan langsung. Memang meriah kalau nak ke pasar ramadhan. Nampak macam meriah walaupun aku masih tak berkesempatan nak melawat dan ambik gambar mana-mana pasar ramadan kat pulau ni. Ada satu yang meriah terletak kat airport. Teringin aku nak pergi tengok. InsyAllah m,inggu depan bila dah sihat aku nak pergi semua PR dan ambik gambar banyak-banyak untuk aku masukkan kat dalam ni. Ingat nak pergi sembahyang terawih pun tak kesampaian setakat ni. Takpalah, kesihatan perlu diutamakan. InsyAllah tahun depan aku buat betul-betul..
Tadi aunty sms kat aku bagitahu yang dia nak beli tembikai. Balik nanti katanya abang akan blend untuk the whole family minum. Memang dia suka blend sendiri. Kalau beli air tembikai ada banyak gula dia kata...Aku tengok abang ni dah membesar dengan baik. Sikap dia yang bertanggungjawab membuatkan aku sejuk hati. Abang akan dengar cakap aku. Abang akan jaga adik-adik dia. Abang tak banyak cakap tapi Yuya selalu kacau abang. Tu yang buat abang selalu hangat hati. Semalam aunty bagitahu yang anak-anak aku semua dok horey-horey main bunga api kat depan rumah. Risau jugak aku takut kalau-kalau tercedera. Depa seronok main dengan neighbour aku. Lepas main kat luar rumah, sambung main kat dalam rumah pulak....alamak...rambut Marina mesti masam ni....tapi rambut masam Marinalah yang buat aku tak tidur malam...heh3...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
24 ulasan:
Salam UNCLE..
kesian jugak baca kisah anak-anak UNCLE yang berpuasa tanpa UNCLE. Takper, sekurang2 anak2 akan berdikari dan semakin tabah.
Jaga kesihatan UNCLE. Semoga terus sejahtera.
*Kelakar sebab Pengesahan Perkataan di bawah adalah TOILET..hehehehe
salam uncle..
demi mencari rezeki untuk anak, terpisah uncle dengan keluarga tercinta.. dugaan pula bertimpa bila sakit sendirian.. semuga uncle tabah..
demi anak-anak...
siann kat anak2 kanns.. muger cepat semboh uncle ittewww..
salamm ramadhan
Salam Azieazah.
Terimakasih kerana bersimpati. Memangh kesian kat depa. uncle harap depa faham apa yang Uncle buat...
Salam Ibu N Abah.
Uncle masih tabah sekarang ni walaupun kadang2 rasa macam nak terjatuh tapi demi anak2, Uncle bangun dan berlari balik...semoga depa faham...
Salam En_Me.
Terimakasih dan Uncle pun harap dapat sembuh dgn cepat...
Assallamualaikum uncle,
Tengah dok syok baca pengalaman uncle jumpa doctor...uncle pi cerita teringat kat Yuya, Abang dan Marina...sedihnya mama...
Kat anak-anak memanglah kita sentiasa teringat
Awat yang tak pi round2 airport..pastu tangkap ..everyone can fly'
Salam mama Nadz.
Macam tulah perasaan saya selalu. Apa-apa yang saya buat semuanya untuk depa. Dalam kepala otak ni setiap saat dok teringat kat depa...tak dak masa nak ingat benda lain...sayang Bapak pada anak-anaknya...
salam uncle...
uncle kena campaq ka. Moga uncle cepat sembuh. dah berapa ari uncle dok spitai ni? mesti x sabar marina nak tgok uncle ni. kim salam kat Marina erk uncle. comey dia main bunga api sambil2 senyum2 ngan lesung pipit tu...emmm
Salam Dila. Uncle baru talipon Marina. Dia cakap dia sibuk sebab tengah buat kerja....alahai...anak papa! Hari tu Uncle masuk 3 hari untuk observation sebab takut ada complication to the lungs...risau jugak sebab dah lebih 40 tahun kena lagi...sekarang dak ok sikit..
Dr Darwin? Biar betul?? or I read it wrong? Hope you get well soon
salam uncle
moga sembuh sepenuhnya secepat mungkin
raya ni cuti tak,psl cuti sekolah panjang dan tentu langkawi pack sungguh. kalau tak cuti , nampak gaya anak2 uncle beraya dgn uncle kat langkawi
Saalam Cikgu Pitah.
Lama tak dengar cerita...tiba2 muncul...apakhabar sekarang?
Salam Rezeki.
Belum pasti lagi tapi insyAllah balik kl sekejap kot...Rezeki balik mana?
waalaikumsalam uncle,
KL semestinya hehehe raya dengan bangla dan indon serta nepal hehehehehe
Salam Rezeki.
Barulah 1Malaysia namanya...heh3...
Salam Uncle,
Baru lepas naik campak? Sekali dalam hidup kita akan kena campak. U ni kira lewat la baru kena. pak Zawi dah tak ingat bila naik campak, tapi ingat pernah kena. Selamat berpuasa.
Salam Uncle...
dah nak baik tu agaknya....virus tu nanti lepas superaktif, dia exhausted la plak....hehehhe
IC tu -03- lahir Kelantan ka?
Salam Pak Zawi.
Ni bukan sekali punya kes ni...saya dah masuk kali ke 2 ni Pak Zawi....mula2 ingatkan denggi berdarah...nasib baik...in fact denggi pun dah kena dulu! Pak Zawi, you take care...pasal PZ pun rajin bertukanglah, berkebun lah....
Salam Ma.
Memang saya dilahirkan di Kelantan sebab arwah bapak dulu kerja kat Penjara Pengkalan Chepa sekali dengan pakcik Husin Bladar.....
uncle kalau virus tengah aktif jangan pegi bazar buka lagi... nanti satu langkawi kena campak pulak, heheh
hope u do get well soon :)
Salam KOG.
Pasal tu asyik terlantar kat bilik ni...self quarantine! Letih rasanya...
salam
dear ucle
rehat tanpa gangguan... best kan.. hehehee
Salam Darul.
Memang seronok tapi kalau anak-anak yang ganggu, bahagia rasa!
Catat Ulasan