Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, September 04, 2010
Anak-anak / Yatim piatu..
Malam tadi sebelum tidur, aku sempat tengok gambar anak-anak aku yang ada dalam koleksi aku. Gambar-gambar 4-5 tahun sudah. Masyallah...cepatnya dan banyaknya perubahan yang dah berlaku...lebih-lebih lagi pada abang! Aku terkejut tengok perubahan pada abang. Muka baby dah hilang....malah muka kanak-kanak pun dah mula beransur hilang....yang aku nampak hanyalah muka seorang budak yang dah nak remaja! Alamak, abang baru 12 tahun. Baru dapat kad pengenalan. Kalaulah abang berjaya didalam peperiksaan nanti dan mendapat peluang untuk belajar di tempat lain dan tinggal diasrama, habislah sorang anak aku...tapi kalau abang berhasrat untuk tinggal dirumah sahaja, mungkin aku lah orang yang paling happy sekali kot...tapi hari tu abang ada bagitahu kat aku yang dia nak tinggal kat asrama! One by one is leaving....sedih aku. Yang tambah sedih tu sebab aku tak banyak peluang nak duduk dengan anak-anak aku. Nak hantar pergi dan balik sekolah. Makan malam sama-sama. Tengok pelajaran anak-anak aku dll lagi...dan dalam kesempatan tu, ada jugak aku berpatah balik ke entries aku yang lama-lama....tengok lagi gambar 3-3 beradik tu....aaarrrgghhhh tidak!!!!!
Beberapa hari yang lepas, aku mendapat jemputan untuk berbuka puasa yang kesekian kalinya daripada staff-staff aku. Sekali lagi kami menghala ke hotel lain untuk berbuka. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada staff-staff aku yang tak jemu-jemu bertanya khabar dan bersimpati dengan keadaan kesihatan aku sampai sanggup menalipon bertanya khabar dan jugak bertanya apa yang aku nak makan. Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas niat serta jasa baik depa. Jadi pada malam tu kami beramai-ramai pergi kehotel yang telah dijanjikan..dah lama aku tak makan laksa. Ada laksa pulak malam tu. 2 bowl aku makan. Jalan kedepan sikit dan jumpa pulak gulai kawah....hmmm ada ubi kentang sikit...nampak roti jala kat sebelah, apa lagi...memang pasangan dia la tu! Sebelum tu pulak aku diajak oleh yang lain-lain untuk berbuka puasa di pekan Kuah. Kat situ ramai orang tapi makanan dia tak lah special sangat...biasa-biasa saja. Itulah kelebihan dibulan puasa ni...macam-macam rezeki ada. Ada yang datang kat aku bertanya samada aku nak kirim makanan atau tak? Amboi...seronok aku rasa bila staff-staff aku baik sampai macam ni.....budak-budak ni semua sangat hormatkan orang.
Dulu aku ada berniat untuk cuba membantu adik-adik ataupun anak-anak yatim piatu yang masih lagi bersekolah. Ada aku suarakan kepada seorang rakan aku kat sini. Kebetulan pulak rakan aku ni merupakan orang kuat persatuan kebajikan. Allah is great...rakan aku ni pun mencadangkan agar aku ke satu kampung yang lebih kurang 35 minit berkereta. Rumah ditepi jalan. Sangat usang...dia duduk menumpang dengan kakak dia yang dah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak kecik. Selain daripada tu ada lagi sorang kakak dia yang tinggal kat rumah yang sama. Bila aku tanya kat Wan (nama budak lelaki tu), Wan cakap kat aku yang kakak dia yang sorang tu adalah seorang "anak istimewa". Allahuakbar....Wan ni pulak akan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan kemudian kelam-kabut balik rumah dan pergi pulak menoreh getah! Aku kesian bila dengar cerita Wan. Abang ipar Wan pulak cuma bekerja kampung. Gaji hari. Kalau ada kerja, adalah makanan dimeja...kalau hari hujan, gigit jarilah semua sebab dah tak ada duit nak makan! Mak dan bapak Wan dah meninggal semasa Wan dan kakak-kakak dia kecik lagi. Walaupun duduk dirumah usang, makan pulak kalau ada duit tapi kesungguhan depa sekeluarga membuatkan aku menyoal balik diri sendiri. Aku jadi insaf bila tengok keadaan keluarga ni...aku cuba menyelami masalah depa. Kalaulah aku yang ada didalam situasi yang macam tu? Aku berniat untuk membantu Wan tapi aku harus berhati-hati sebab apa yang aku bagi nanti akan disalah gunakan...Wan berumur 16 tahun dan masa ni lah banyak pengaruh-pengaruh negatif kalau tak pandai menilai...
Niat aku bercerita pasal Wan ni bukannya nak riak ataupun takbur atau jugak cuba menunjuk-nunjuk...jauh sekali...apa yang aku nak, adalah pandangan daripada para pembaca blog aku bagaimanakah cara aku dapat membantu Wan dan keluarga Wan? Aku takut kalau bagi duit, akan disalah gunakan....jadi pada para pembaca sekelian, silalah bagi cadangan macamanakah cara terbaik untuk aku cuba membantu Wan sedaya yang aku mampu.....aku tak banyak harta, aku tak banyak duit tapi aku nak membantu....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
25 ulasan:
salam uncle
alhamdulillah
anak ramai pun , esok lusa kita tinggal berdua juga
semoga niat uncle untuk membantu anak2 yatim tu tercapai
byk cara nak membantu , salah satunya pada pandangan saya, uncle boleh belikan sedikit keperluan dapur spt beras, minyak dan apa yg difikirkan perlu sebulan sekali sebagai meringankan sedikit beban wan sementara uncle masih berada dan berkelana di bumi langkawi
itu hanya pandangan saya
salam ankel,
samalah kita. asyik belek gambar anak2 jer. mesti rasa sebak yang amat sangat dan terbayang2 di mata... rasa nak pecah dada ni bila pikirkan. jalan terbaik adalah sibukkan diri dan jarang2 call.
utk anak yatim piatu tu, cadangan saya kalau belikan beras, ayam, telur, err.. maksud saya makanan2 dan barang dapur pun oke kot?
just my 3cent. tq
p/s selamat hari raya dan jangan bagitahu orang yang selama ni kalau ke masjidharam, saya gunakan tandas di reception sofwah royale orchid. sapa suruh tak baiki pintu. hahaha
Thanks a lot...that will be an option....pikir pun macam tu jugak. Depa duduk 7 orang satu rumah...bergantung cuma pada abang ipar yang bekerja gaji bayar hari...kalau ada kerja adala gaji!
salam uncle...
moga niat uncle yg murni itew akan diberkati tuhan...
ceq rasa sedeh pulak...ada lagi yang susah diantara kita. Mudah2 an beban adik wan berkurangan
salam pi..
your 3 cents actually worth much more! Uncle dok pertimbangkan yang terbaik...samada nak masukkan sikit duit ke account ka...bagi makanan tiap bulan ka....biaya sekolah ka....beli baju sekolah dan lain2 ka...
Salam dila. memang sedih tengok keadaan depa...masa uncle kat rumah tu, hujan lebat tadi dan depa pakai kayu nipis buat dinding...sorang pulak kurang cerdik jadi wan tak bagi kakak dia yang sorang tu kerja...jadi kakak tu duduk lah kat rumah jaga 3 orang budak2 anak kakak sulung...kakak sulung lah yang jadi macam mak-bapak depa...masa uncle kat rumah tu, uncle dah tak mampu nak cakap apa lagi dah...sayu sangat rasanya...kadang2 kita terlampau sibuk dengan kehidupan harian dalam mengejar kebendaan dan kita lupa orang lain tengah sengsara...
Bila terbaca coretan begini,makcik mengimbau kembali zaman susah hidup sendiri.
Alhamdullilah dgn pertolongan keluarga dan jiran dapat kami keluar dari kepompong kesusahan.
Semoga mereka yang pernah menghulur bantuan diberi Allah rahmatnya dunia akhirat.
Niat murni uncle hanya Allah saja yang membalasnya.Amin.
Makcik cadangkan: biayai persekolahan
selalunya kita terlupa yang ada lagi yang lebih susah daripada kita. Insyallah saya akan pikirkan lagi macamanakah cara terbaik untuk membantu dan membiayai persekolahan jugak ada dalam perancangan saya selain daripada membantu dari segi barang2 keperluan. Thanks a million!!!
salam uncle....
banyak cara boleh tlong...mungkin belikan barangan dapur...atau bayarkan yuran sekolah....tapi jangan bagi duit, bayar direct yuran tue....tapi lebih baik kita berikan mata kail daripada berikan ikan....mungkin boleh carikan/ berikan keje utk abg ipar wan atau wan....keje yg tetap...atleast pendapatan tue akan sentiasa ada....
cuma sekadar pandangan...
-faradia-
Salam faradia.
that's another option that I can look at especially when it comes to peluang kerja.....thanks faradia!
Kes WAN: Rujuk kepada Wakil Rakyat atau Ketua Kampung di situ, atau daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pasti ada pihak2 yang sepatutnya membantu.
Bagaimana dengan Pusat Zakat di situ?
Atau sebarkan berita (info berserta bukti gambar) ke mana-mana laman web NGO yang sentiasa bersedia membantu golongan seperti ini.
Bergerak sendiri utk membantu biasanya sangat terhad dan tidak berpanjangan, tapi bergabung dgn pihak2 yang berwajib mungkin memberikan harapan yang lebih cerah. InsyaAllah.
Salam Uncle...
cadangan Taj...uncle beli brg dapur yg basic spt beras, minyak, bawang, gula kopi...yg selalu guna harian...lagipun brg2 tsbt dah mahal harganya...
atleast dpt mengurangkan beban depa...taj pun terpanggil juga nak membantu sikit je takadelah banyak...setakat yg mampu hehhe
camne ek...setakat nak menopup belanja yg ada...
uncle, kasi akaun no ke emel taj..
zelena0209@yahoo.com
wassalam
That's another good idea..sedang mencari dengan rakan2 lain berkenaan dengan bantuan dan JKM dan jugak Pusat Zakat serta yang lain2...
Salam Taj.
Dalam perancangan uncle pun sama jugaklah untuk memberi barangan keperluan dapur...nanti kalau ada apa-apa, Uncle akan bagitahu Taj dan pass kan number account tu. Thanks!
salam
dear uncle
semoga apa yg dilakukkan akan diberkati.. insyaallah rezeki kita akan bertambah kalau membantu org2 susah.. kadang2 rezeki yg tak terjangkau oleh kita...
....
Insyallah...tapi bukan balasan yang uncle harapkan tapi cukuplah sekadar depa sekeluarga dapat makan, minum dan mampu belajar sampai habis....
mudah2an niat suci uncle untuk meringankan beban mereka akan mendapat keberkatan..
Salam KN.
Insyallah...saya harap pun macam tulah...masih dok buat "ground work" lagi ni dan masih mencari formula terbaik untuk membantu...idea dah ada...
agak kalau uncle bukak 'tabung bantuan' kat blog pun ramai yang suka nak menyumbang...
abang dah remaja ya, uncle, tapi dia memang nampak serius and matured dari dulu
Salam KOG.
Do you think so? Nanti Uncle pikirkan...tapi yang ni cuma on a small scale saja....panduan dan pandangan orang ramai amat diperlukan...
Yes abang memang dah membesar dengan cepat...rindu pada abang yang baby dulu!!!
salam
dear uncle
"tabung bantuan" satu cadangan yg baik dari kog..
azie sedia membantu
Uncle ambil laa sorang jadi anak angkat..
hek3..
Salam TN.
Pada mulanya perancangan Uncle memanglah lagu tu tapi Uncle peratikan dia ada 7 ramai adik beradik dan Uncle tak mahu nanti ada timbul perasaan tidak enak dikalangan adik-beradik dan Uncle akan rasa bersalah. Jadi plan awal tu Uncle tangguhkan dulu. Now, maybe what I can do is to support through barang2 keperluan seperti yang diperkatakan dan dicadangkan oleh rakan-rakan kita. Uncle berterimakasih kerana ada sesetengahnya mahu membantu Uncle jugak dengan sumbangan kewangan. My say is, let me start the ball rolling....then Uncle akan bukakan...maybe having a separate account only for this purpose...insyallah...semoga usahasama kita ini akan berjaya!
Assallamualaikum Uncle,
Mulianya hati uncle.
Semuga Uncle dirahmati selalu
Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk uncle sekeluarga...
Salam Mama Nadz.
Kadang-kadang kita sebagai manusia ni sedikit terlupa dan tak pernah berterimakasih....
Catat Ulasan