Rabu, September 01, 2010

Pasar Ramadan/Merdeka/Password please!











Merdeka kah kita? Heh3...satu persoalan yang sangat payah untuk dijawab. Aku sendiri pun kalau ditanya, tak mungkin mampu menjawab dengan tepat...anyway, aku dah bertambah sihat dari segi demam, tenaga dan jugak parut-parut campak aku. Alhamdulillah bersyukur aku. Kat muka tak teruk sangat. Kat depan dan belakan badan dah bertambah luruh...kadang-kadang aku bangun tidur, aku terkejut sendiri sebab banyak parut-parut kering dah gugur...bedsheet pulak putih, lagilah aku terkejut!

Aku kesian kat kawan aku yang sorang tu. Tiap-tiap hari dia dok bertanya kat aku apa nak makan untuk malam nanti? Tiap-tiap petang lah dia duduk mencari karipap kat aku walaupun dia tahu dah 10 hari berturut-turut aku dok makan karipap! Sekali-sekala dia belikan aku nasi ayam...sekali-sekala dia belikan aku kari ayam dengan nasi putih... since aku kesiankan dia yang selalu dok pening kepala pasal apa nak beli kasi aku makan, aku bercadang nak pergi sendiri ke bazar ramadhan kat langkawi ni pada hari ahad lepas...

Bila sampai kat pasar ramadhan yang orang sekarang dah mula panggil PaRam....aku kena parking kereta kat luar. Jalan pelan-pelan kedalam. Kona kekiri....pergh....ada pesembur....pusing kanan, pergh.....ada pulut durian.....tengok depan, fuyoo....ada pulak nasi kandaq....tutup mata, lari jengket-jengket kira sampai 350, toleh kanan, nampak pulak kuih ketayap! Tepuk-tepuk perut, tanya selera! Selera cakap semua nak makan....jadi since aku ikutkan selera, maka dihari yang berbahagia tu, aku beli pulut durian, nasi kandaq, tepung talam dan cepat-cepat aku lari balik ke kereta....

Lepas azan, aku dah tak toleh kiri dan kanan lagi dah....air pun tak sempat minum, aku terus tuang santan kat atas pulut yang kemudian digaul dengan durian....rasanya? HEAVEN.......BLISS......tutup mata, menyelami kesedapan hingga menjilat jari....lepas makan pulut durian, aku bukak satu lagi plastik yang aku beli tadi. Kali ni nasi kandaq pulak. Lauk tak banyak cuma daging seketul dan tetur dadar sekerat.. Yang ni pun HEAVEN jugak sebab kuat aku banjirkan tadi....tapi macam biasa, nasi kandaq sini makan dengan nasi kuning...ala-ala nasi minyak pun ada jugak...Ni pun buat aku tak toleh kiri-kanan jugak...punyalah sedap....last but not least, kuih-muih yang aku beli tadi. Aku rasalah...malam tu aku naik 2.5 kilo senang-senang...Sama berat dengan ayam yang aku selalu beli kat marrrkett kat pekan ampang...heh3...

Semalam merdeka. Aku tak kemana selain daripada duduk kat hotel dan melayan guests aku yang tinggal beberapa kerat saja la ni. Seronok bersembang dengan depa walaupun kami tak mengenali satu sama lain...dah tentu macam-macam kami dok bersembang. Dari cuaca sampailah pada keindahan pulau ni dan tak lupa perihal keluarga masing-masing...selain daripada tu kami jugak dok bercerita sakan pasal hari kemerdekaan. Kebanyakan depa sangat berbangga dengan pencapaian kita mendapatkan kemerdekaan hanya dengan bermesyuarat dan bukannya dengan pertumpahan darah. Mana boleh dapat macam tu kat tempat lain...

Cerita pasal merdeka ni, kalau kat KL, kami yang dok bekerja kat hotel ni akan mengeluh lah...bukannya mengeluh pasal guets ramai tapi kami mengeluh pasal traffic jam...bila staff-staff aku macam si bidin, thiru, robae, june dan lain-lain dok bercerita, aku sorang saja yang dok tersengih...tiba-tiba staff aku akan cakap, "dia tak palah...dia naik harley...atas divider pun boleh redah...". Depa memang betul...aku selalu berseloroh dan cakap kat depa, "Di KL ni, orang gila saja yang bawak kereta...!" Heh3...kalau hari merdeka ataupun malam tahun baru, orang lain semua bersusah-payah nak balik dan kadang-kadang ambik masa sampai berejam-jam, aku senang saja.....naik atas divider, pecut dan dalam 15 minit aku dah sampai kat rumah! Cuma yang paling aku takut bila tayar pancit...adoi...part tu aku risau...biar hujan lebat takpa, aku boleh pelan-pelan bawak moto...tapi kalau tayar pancit dan kena pulak tengah malam...mampuslah aku nak cari tiang letrik ataupun tembok tepi longkang ataupun bus stand. Bila aku sampai kat mana-mana dari 3 tempat ni, mulalah aku belek atas-bawah...kiri-kanan....mata ligat dok mencari sesuatu....aku bukannya cari apa pun...cuma aku cari brother repair tayar! Nasib baiklah depa ni ada, ada sekali tu masa aku dok talipon dari stesyen Petronas Jalan Ampang kat depan Lanson Place, brother tu cakap, "apa password...?" Huh? ada password ka kat sini pun? Aku tak tahu dan letakkan balik talipon. Aku masuk petrol station tu dan tanya staff cashier tu, pasal apa kena bagi password? Budak tu cakap, abang repair tayar tu nak tahu samada kes tayar pancit aku ni betul ke tidak. Dia tak mahu datang dan lepas tu dapat tahu yang dia kena tipu...rupanya depa dah berpakat dengan staff kat petronas tu. Maksudnya, bila aku bertanya pasal password kat cashier stesyen minyak tu, budak tu akan keluar check dulu sebelum bagitahu password tadi. Yang ni untuk mngesahkan yang tayar aku betul-betul pancit...kalau aku tipu, tak dapatlah aku password tu, jadi tak payahlah brother tu datang tengah-tengah malam....hmmmmm teknologi yang sangat hebat....dizaman milenium...

Jadi bila cashier tu datang dan belek tayar aku dan pastikan yang tayar aku betul-betul pancit, barulah dia akan bagitahu aku password depa. Aku dah tak sabar nak tahu apa password dia...aku nak cepat brother tu datang repair tayar aku, aku nak cepat balik rumah dan berehat beberapa jam dan aku nak cepat sebab esok aku nak masuk pukul 7 pagi balik.....aku jeling kat jam aku. Dah pukul 12.30 malam ni...aku macam tak percaya....aku jeling jam stesyen minyak tu...jam dinding dia pun cakap macam tu jugak....aku toleh balik kat muka adik stesyen minyak tu dan tanya lagi sekali dengan nada geram....."Adik, password apa?". Dia pandang aku, senyum dan cakap..."Petronas Jalan Ampang...". La..............................

24 ulasan:

My Life berkata...

salam..

dear uncle

senyum baca entry uncle

mama ju berkata...

Assalamualaikum

Uncle...moga sihat sejahtera.

Lucu baca cerita password tu....tak pernah tahu...

Tanpa Nama berkata...

gmbaq pulut doroyan tu saja nk bg geram la tu no.. huahuahua..

Uncle berkata...

Uncle memang suka bagi orang senyum...heh3...

catz berkata...

salam,

saya pun senyum baca entry ni.
dan auncle punya pasal lah saya makan durian pukul 1 pagi ni..tgk durian tu terus teringin..nasib baik dlm fridge ada durian 2 paket beli semalam.
huhuhuuh..
mana gamabr food kat hotel..
waiting..waiting..
:)

Ibu n Abah berkata...

uncle..
akak pun suspen bila baca part yang tanya password..
dah mereka dalam hati password yang canggih manggih...
rupanya... password lokasi..
betul jugak kan...
depa ni macam doktor on call jugak.. orang akan call tak kira masa...
dapat idea..
nanti nak ajar suami suruh nurse atau doktor yg oncall kalau depa nak call malam2 buta mesti bagi password..
tapikan... kalau dah namanya sakit jantung, bila kena panggil tu..doktor tak main-main dah.. bingkas bangun teus pergi hospital...

Uncle berkata...

Salam Mama Ju.
Memang lucu pun sebab itulah sekali saya lkena password. Tapi brother tu memang datang 30 minit kemudian...

Uncle berkata...

Salam Uncle Pet.
Tu baru intro...heh3...

Uncle berkata...

Salam Catz.
Gambar food tu terpaksa Uncle postpone kan dulu....nanti kalau ada camera elok sikit, Uncle ambik banyak2 ok!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Wah kalau kat hospital pakai macam tu, parah kat ER tu nanti.....heh3...

mokja berkata...

Catatan uncle yang buat makcik tersengih.baru tau ttg password utk repair tyre.Pulut durian tu macam baru minggu lepas beli kat Param kangar.
Selamat berpuasa.
Dah dapat berbuka dgn keluarga ke belum?

Uncle berkata...

Saya masih kempunan nak berbuka dengan keluarga setakat ni....

rezeki berkata...

salam uncle

hahahahaha sib baik no. pin bank dia tak mintak sekali hehehe

tapi apa2 pun, lama beno tak makan pulut durian tu

kucingorengemok berkata...

uncle pi bazar pukul berapa ni, tak ramai orang pun... ke dia orang tak tau password utk masuk beli food kat situ? heh heh heh

Uncle berkata...

kacau betul kalau dia dah start mintak pin number!!!

Uncle berkata...

Salam KOG.
masa tu barupukul 5 petang...Depa masuk tak pakai password tapi kena tunjuk IC. Ramai kena reject sebab tak dak IC...tu yang tak ramai tu...

taj berkata...

Salam uncle,

wah uncle dah salin kulit eks...cam ular lak...hehe

gambar durian, pulut n santan...bikin hatiku tidak keruan tulll arghhh...

password.....hahhahahah lawaklah

wa cayalulah uncle...

Uncle berkata...

Salam Taj.
gambar pulut durian tu sememangnya menusuk kalbu!!!! Pasal password tu memang kelakar kan?

PINATBATE berkata...

sedapnya pulut durian tuuuu...

Teuvo Vehkalahti berkata...

Very interesting blog I like.
Lookin fotoblog Teuvo images

www.ttvehkalahti.blogspot.com
and pleace your comments

Thank you

Teuvo

FINLAND

azieazah berkata...

Samalah kita, saya pun pegi keja, pegi pasar, hantar anak sekolah semua guna motor jer. (My hubby ler).

Cepat, pantas, leh cilok, tak sempat nak berangan dah sampai umah.

First time saya tahu pasal password nih. Gitu rupanya ya..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Sangat sedap!

Uncle berkata...

Dear Teuvo.
Thanks for visiting...i visited yours and left a short note too!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Kita geng.........

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...