Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, September 13, 2010
Raya sungguh aih...
Kesempatan untuk berhari raya aku gunakan sebaik-baiknya. Sehari sebelum kita menyambut hari raya, aku sempat melawat ke kubur arwah mama. Buat apa-apa yang patut. Sayu aku rasa sebab inilah kali pertama aku berhari-raya tanpa kedua-dua mama dan bapak.Sehari sebelum, persikataran di kawasan situ agak lengang. Tapi aku rasa the actual day especially lepas sembahyang raya mesti berduyun-duyun orang akan berziarah ke kubur.
Anak-anak aku semuanya dok horey-horey sebab inilah buat pertama kali aku dapat beraya dengan depa selepas beberapa tahun. Seronok sungguh depa dan akupun tumpang seronok sama. Heh3...taklah banyak sangat tempat yang kami pergi. Cukuplah setakat melawat kakak-kakak aku dan abang aku yang memang duduk kat kl ni pun. In fact kuih raya pun aku tak buat. Cuma beli saja sebab aunty sibuk dok buat baju melayu abang, yuya dan buat sekali baju kurung marina. Happy sungguh depa dapat baju baru. Mama depa pulak yang tolong buatkan. Bengkak mata aunty sebab dok buat baju marina sampai pukul 4 pagi! Kesian kat aunty....aku appreciate sungguh ketekunan dia dalam menjaga kami sekeluarga...mana aku nak cari? Tak boleh jumpa kat tempat lain kalau macam ni...heh3....
Petang tu pulak aku sempat bertandang ke kedai bunga. Sekali ni aku dah pandai sikit pilih bunga. Maklumlah dulu masa kat Shangri-La aku ni florist sat....ingat tak beberapa tahun lepas aku bawak balik 2-3 bouquet bunga carnation pelbagai kaler dan kononnya nak hias rumah lah then last-last aunty kata, bunga-bunga ni kalau kat jepun cuma untuk letak kat kubur.....heh3....oleh kerana aku teringat peristiwa hitam tu dan tak mahu sejarah hitam berulang kembali, sekali ni aku beli orchid dengan roses. Memang cantik. Tak lah banyak tapi cukuplah untuk memeriahkan acara untuk beberapa hari ni...masa aku bawak balik, aunty senyum tengok aku...mungkin dia kata kali ni aku dah terra! Heh3...Bila sampai rumah, kalut dok cari flower vase pulak...yang ada cuma 2. Tu pun batang yang halus-halus dan cuma layak untuk jolok 3-4 batang bunga ros! Pulak dah!!! Nasib baik kami dah selongkar satu rumah dan jumpa vase yang kami dapat masa kami kahwin 13 tahun sudah....yang tu lah yang kami pakai sampai ke hari ni dan bunga pun habis layu dah semua....
Aku ada cakap yang aku akan ke rumah TSSJ masa raya nanti dan itulah rumah yang pertama aku sampai. TSSJ dok tunggu kami kat atas sambil dok bersembang dengan sorang sasterawan negara. Pelan-pelan aku selit dan bersalam. TSSJ tanya mana family aku, aku tunjuk isyarat dan depa berderet-deret mai kot belakang macam anak itik...TSSJ pesan suruh ambik makanan dulu dan datang balik kat dia. But since ramai sangat vip yang datang, lepas jamah makanan sejemput, aku pun sms bagitahu TSSJ yang aku nak balik dan ucapkan jutaaan terimakasih kat TS sekeluarga. Tiba-tiba PSN pulak turun. Aku sekali lagi pergi kat PS dan bersalam sebagai tanda hormat. Depa kata nak jumpa aku sekali lagi pasal katanya ada perkara yang nak dibincangkan....insyAllah TS..."orang berbudi kita berbahasa.....". Sekali lagi aku mintak diri pada TS dan PS sebelum kami beredar peln-pelan sebab jalan raya dah tambah sesak.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
17 ulasan:
Salam Shah...
belum balik ke Langkawi ke? Nanti kalau kakcik ke Langkawi lagi, nak cari Shah kat mana, ek? :)
Nanti kalau sampai talipon saya. Insyallah akan sampai...
Loooo.. macamlah kakcik tahu nombor telefon dia tu! :)
seronok ler dapat raya dengan famili...
salam uncle...nk tanya...pix uncle beli bunga tue kat mane?...mak saya minat orked...mybe nk tambahkan koleksi die... tq
-faradia-
salam 5 syawal buat uncle sekeluarga...
masih bercuti ataupun dah bertugas...
seronok baca entry kali ini bila uncle dapat beraya bersama isteri dan anak-anak berbanding dgn tahun lepas uncle masih bertugas di mekah....
Salam KN.
Rezeki tahun ni nampak gayanya....syukur...lepas ni tak tahu lagi!
Salam Faradia.
Kedai bunga tu memang best in the world...betul2 kat belakang NST Jalan Riong kat Bangsar tu. Nama dia Floristika....pasu bunga yang meruntun jiwa pun banyak....alahhhhai...
Salam Ibu N Abah.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak maka tahun ni dapatlah beraya dengan depa. Saya dah balik langkawi ni...
wahhh..hang beraya dgn VVIP ! tu yg respek tu bro!
UncleJ
Salam Uncle J.
Macam yang saya katalah..."orang berbudi kita berbahasa..." dan ada saya bagitahu dulu yang kami kenal di mekah dulu. TSSJ seorang yang very down to earth dan sangat seronok bersembang dengan dia. Pengalaman dia dengan saya ibarat langit dengan bumi!!!
salam uncle
hahaha raya sakan nampak,,,,
nal
Salam Nal...lama tak dengaq cerita.....ala..."setahun hanya sekali.....merayakan hari yang mulia ini...dam2 dum...bunyi mercun..."
salam uncle....
selamat ari raya lagi. masih mood raya ni. marina p-aling sronok tu......
Salam Dila.
Salah tu...yang paling seronok actually Pak dia....maklumlah baru dapat sambut raya sama-sama..........
Heeee bestnya tengok UNCLE dapat juga beraya dgn anak2 dan UNTIE kali ni. Wowwww...!
Salam Azieazah.
Uncle bersyukur sangat pada kali ni...alhamdulillah!
Catat Ulasan