Ahad, September 12, 2010

Selamat Hari Raya!!!











Aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers, silent readers, rakan-rakan sekerja dan tak lupa teman-teman yang masih lagi bertugas diluar negara i.e. saudi arabia yang tak berkesempatan untuk pulang ke tanahair untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang. Jangan kata aku cuma pandai bersimpati. Aku dah lalui dan rasai tempoh "berkabung" tu! Dan rasanya sungguh pedih.....sama pedih macam bercukur janggut dan tertoreh dengan mata pisau gilette! Pedih, sakit, ngilu, ngeri...semuanya bercampur-baur! Aku ingat lagi yang tahun lepas aku masih lagi berada di Mekah. Hari Raya merupakan hari merdeka untuk aku kerana selepas breakfast pada hari raya pertama, guests mulalah check-out beramai-ramai...riuh-rendah keadaan di lobby. Manakala kami pulak mulalah beransur-ansur ambik cuti. Kesempatan itu aku gunakan untuk menjamu selera sebentar samada di bilik ataupun di restaurant. Malam pulak aku balik awal kebilik. Sekali ni aku dapat tidur awal selepas berminggu-minggu tak bercuti dan bekerja 24 jam sehari. Lega.....

Kali ni pulak setelah bertahun-tahun tak berkesempatan beraya bersama, aku sempat pulang ke kl untuk bersama yang tersayang. Persiapan amat sederhana. Aku dan aunty tak beli apa-apa pun untuk kami. Baju dan kelengkapan lain macam jugak tahun yang sudah-sudah. Tak bertukar pun. Aku rasa tak perlulah kot...biarlah anak-anak kami saja yang bersalin baju...bagi depa horey-horey sikit...aku dengan aunty cuma seronok tengok gelagat depa berhari raya. Baju melayu abang dengan yuya dan baju kurung marina, auntu buat sendiri. Tak payah pergi beli kat kedai ataupun tempah sebab harga tempahan pun dah melambung tinggi sekarang ni. Seronok aunty tengok hasil kerja tangan dia. Bergaya anak-anak aku tahun ni...heh3...

Sehari sebelum raya, aku melawat kubur arwah mama. Hari raya pulak, aktiviti bermula dari pagi sampailah ke malam. Terkelepek anak-anak aku dan termasuklah mak-bapak depa sekali! Letih tak ingat dunia! Yuya bising kat aku sebab katanya aku berdengkur kuat sangat...aku cakap mana ada, sebab aku sendiri takj dengar!! Heh3...

Aku nak mintak maaf sebab entry hari ni sangatlah pendek. Aku nak hantar cikgu gandhi balik sekejap. Then nak lunch dan horey-horey dengan anak-anak aku sebelum depa hantar aku ke lcct.....

17 ulasan:

Kehidupan Makkah berkata...

Salam Uncle...selamat hari raya maaf zahir batin....

catz berkata...

selamat hari raya,
maaf zahir dan batin.
seronok ye dapat raya dgn family.
horey-horeyyy!.
sederhana tapi meriah..kan.
:)

Uncle berkata...

Salam Haji.
Selamat hari raya pada Haji sekeluarga. Maaf zahir dan batin!

Uncle berkata...

Salam Catz.
Selamat hari raya pada sekeluarga jugak. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Selamat Hari Raya Uncle...

Kakcik Seroja berkata...

Bedak tu pun dijadikan hidangan raya ke> ;-)

Selamat hari raya Shah...

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya pun nak ambik kesempatan ni untuk menyusun 11 jari (satu lagi jari Marina!) memohon ampun dan maaf kalau tersalah kata. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Saya terjumpa bedak tu kat rumah kakak saya semalam. Sangat nostalgia tu....jangan ditelan yea...nanti perut sebu!!!!

alienpakailipstick berkata...

salam tuan shahir,
saya ada email tuan mengenai entri anak yatim .pohon membaca email tersebut. terima kasih

Ibu n Abah berkata...

uncle..
selamat berhari raya dengan isteri dan anak-anak...
bedak cuticura tu.. mmg ada kenangan akak dengan arwah mak yg suka guna bedak itu...

Ibu n Abah berkata...

uncle..
selamat berhari raya dengan isteri dan anak-anak...
bedak cuticura tu.. mmg ada kenangan akak dengan arwah mak yg suka guna bedak itu...

Uncle berkata...

Salam N.
Uncle dah baca dan Uncle dah balas...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya lama tak pakai bedak ni....bila jumpa, teringat macam2...heh3...

rezeki berkata...

salam uncle

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

buat uncle sekeluarga

rasa2 uncle dah start keja hari ni hehe

saya pun dh berada di HC sekarang

Uncle berkata...

Selamat Hari-Hari Raya.......heh3....bila nak pergi jalan lagi?

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle..
bedak CUTicura tu ada lagi erk....
nostalgia

Uncle berkata...

jumpa kat rumah kakak uncle...terus ambik gambar! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...