Jumaat, Oktober 15, 2010

Aku teringat lagi..

(kedai jahit aku 29 tahun dulu!)

(Bintang Supermarket kat tepi jalan ampang!)

(cantik gambar ni dari bukit indah apartment orchid)

(1st time aku ambik gambar family masa raya kat kedai SAM, member lama aku..)

(kasut bola abang yang dah pakai size 9....ni yang terbaru, baru 2 bulan lepas beli tapi dah ketat sikit!)

Masa di awal tahun 80-an dulu, seluar aku dah jadi lain. Dia jadi kembang kat atas dan tirus kat bawah...Bila aku dok bersembang dengan aunty pada satu hari yang syahdu, dia pun kata macam tulah seluar budak-budak jepun dalam era tu dulu...CARROT CUT! Tu masa era-era Flock of Seagulls, Culture Club, ABC, Police dll lagi.

Awal tahun 80-an, aku selalu pergi buat seluar kat Sungai Wang Plaza. Tingkat berapa aku dah lupa, tapi dekat-dekat dengan Famous Amos. Nama kedai tu aku dah bertahun-tahun dok pikir, apa ke nama dia dan macam biasa, sampai ke sudah aku tak ingat! Yang aku dok selalu ingat cumalah nama-nama seperti Cikgu Bibah, Cikgu Sazali Sam, Cikgu Sabarudin, Cikgu Mat Hashim, Ustad Dollah dll yang sewaktu dengannya, pasal depa ni lah yang membentuk aku untuk menjadi orang!

Entah macamana masa aku tengah dok berjalan dengan aunty satu hari tu dan bila lalu kat stesen bas kat depan LRT Ampang Station, aku berhenti dan sambil dok pegang kamera nak mencari habuan, tiba-tiba aku terpandangkan satu nama yang sungguh familiar. Satu kedai jahit yang bernama "Just Men Shop" dah mengingatkan aku balik pada awal-awal tahun 80-an dulu! Kedai nilah yang aku pi tempah seluar Carrot Cut dulu. Masa tu kedai ni dok ada kat Sungei Wang Plaza! Aku bersorak sakan bila ternampak kedai ni dan aunty sampai terkejut...dalam perjalanan balik ke rumah, aku leka dok bercerita kat aunty pasal tempah seluar kat kedai ni! Nanti satu hari aku akan pi kat kedai ni dan cuba confirmkan dengan tukang jahit dia...heh3...

Sebelah kedai jahit tu, ada Bintang Supermarket. Bintang nilah tempat aku dok pi shopping masa baru lepas kahwin dulu. Naik moto beli beras 10 kilo, telur 30 biji, bawang 2 kilo, gula 1 kilo, dan lain-lain berkilo-kilo....tak teringat yang masa tu aku naik moto! Last-last kena pergi-balik rumah sampai 5 kali sebab bakul moto tak muat nak bawak semua...aku ingatkan aku bawak BMW X5.....rupa-rupanya Honda Cub EX 5!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

upcoming la tu ankel bmw x5.. hikhikhik.. ni seluaq carrot cut tu ada lg dk.. ahiksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

carrot cut! tu dolu-dolu...

sekarang ni apa cut? hehehe

uncle pi ambik gambar tukang jahit tu...masih dia lagi kah atau anak2 dia dah rampas kuasa :))

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
masa saya tinggal di taman keramat permai.. Bintang ni adalah tempat shopping barang bulanan saya... 'Satu Ketika Dulu...' memang indahkan bila dikenangkan...

My Life berkata...

salam uncle

masih ingat kedai jahit ucle ye.. hehhee

Uncle berkata...

Salam Uncle Pet.
Seluaq tu dah tak dak lagi dah...entah kat mana mama pi humban dulu....Uncle tengah tunggu bila nak datang balik fashion tu...

Uncle berkata...

Salam KN.
La ni apa "cut"? Dah tak ada apa-apa cut lagi dah...yang pakai la ni semuanya "straight cut!"

Nanti saya akan sampai jugak kat kedai tu...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya dah lama tak singgah kat situ. Bila sekali-sekala lalu, dok ingat nak singgah tapi pasal parking susah, nampak gaya satu hari kena pergi dengan moto jugak dengan aunty bonceng kat belakang dan beli beras 10 kilo lagi! Heh3...

Uncle berkata...

Salam Azie.
Memory Uncle memang sangat baik. "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat buat seluar!" Heh3...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah marina mempragakan kasut abang erk (hehe)
uncle bintang tu ada lagi erk. teingat masa skolah kat rawang dulu BINTANG tu cukup masyhor

Uncle berkata...

Supermarket Bintang tu masih ada disitu lagi. Banyak barang2 macam dulu jugak dan harga pun ok lagi!

kucingorengemok berkata...

seluar carrot cut tu kalau tak kena orang yang pakainya, boleh nampak lebih kontot, hehehe

Uncle berkata...

Salam KOG.
Tapikan......nasib baik Shah Pitt yang pakai...smart selalu.............heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...