Selasa, Oktober 19, 2010

SDAR 815 Reunion Part 1

(ni bukan dok tengok race motor!)

(sorry yea...semua dah berpunya!)

(ni semua muka-muka yang budak-budak junior ngeri ataupun menyampah tengok dulu...heh3...)

(ni lah muka2 form 1 tahun 1981 dulu..)

(malam tu tangga ni reban!)

Tanggal 16hb Oktober 2010 merupakan tarikh keramat untuk batch tahun 1981-1985 sebab pada hari tu lah hampir 60 bekas pelajar tingkatan 5 tahun 1985 dapat berkumpul beramai-ramai sambil mengenang kisah-kisah lama yang nostalgia selain daripada mengenang nasib!

Aku sampai dengan IQ dan berselisih dengan Doyan the Organiser. Dapat topi special sorang satu...tu kira hadiah yang paling berharga untuk kami pada malam tu selain daripada dapat bersembang dengan kawan-kawan lama yang sama-sama tenggelam timbul 25 tahun sudah!

Function room dah disiap meriah bagai nak kenduri kahwin dan budak-budak semua datang dengan semangat yang berkobar-kobar disebabkan perut lapar bagai nak gila. Ada yang posa 3 hari 3 malam sebab nak melantak malam tu....macam-macam kelibat muncul, Kiss ada, Singh ada, Ketard ada, Judd ada, Juntas ada, Labu ada, Marley ada, IQ ada, Noneng ada, Chelayer ada, AJ ada dan ramai lagi yang aku tak mampu nak sebut sorang-sorang....bak kata iklan astro dulu-dulu..."Semua Ada..."

Special appearance malam tu mestilah kawan lama kami yang kami panggil "Cheng" sebab muka dia macam Cheng Ho! Cheng ni pulak merupakan kawan lumba lari aku masa time dok ligat dulu...habis padang sekolah kami lari. Habis bangunan sekolah kami lari jugak sebab kena kejar dengan cikgu disiplin! Cheng dah lama menghilangkan diri disebabkan sibuk, mengalahkan Salman Khan! Memang langsung kami tak jumpa kecualilah budak-budak Johor Chapter yang selalu buat gathering kat tengah-tengah rembang, tengah-tengah padang polo! Jadi, bila Chico datang dan usung sekali budak-budak Johor yang sempat dia usung, kami sebagai adik-beradik berasa sungguh terharu. Aku rasa macam nak nangis tengok Cheng. Bukan aku sorang saja yang macam tu, malah budak part time banquet pun sama naik nak tereyak walaupun dia tak kenal si Cheng tu! Dikesempatan ni aku nak ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada Chico yang bersusah-payah cuba mencari seramai mungkin kawan-kawan dari Johor. In fact ada 2-3 orang lagi dari sana yang tak berkesempatan nak datang sebab tugas ataupun komitmen-komitmen yang lain. Aku dan lain-lain faham. Aku doakan semuanya selamat dan panjang umur. Semoga dikesempatan lain, kita dapat berjumpa lagi!

Gambar-gambar yang kat atas semua tu merupakan gambar-gambar yang kami ambik kat luar hotel sebab tak sempat nak bergambar kat dalam hotel! Kacau-bilau jadi bila semua dah berkumpul. Aku tak boleh nak bayangkan kalau semua lebih 100 orang datang...mahu kami kena halau malam tu! Actually ngam-ngam lepas kami keluar dari function room tu, kami dengar pinggan-mangkuk pecah jatuh berderai dari 1st floor ke ground floor. Yang tu aku pasti bukan pasal depa tunjuk perasaan kat kami...heh3...err...let me re-phrase balik...."mungkin depa tunjuk perasaan kat kami!", fullstop!

12 ulasan:

PINATBATE berkata...

hebat! hebat!
seronok dpt jumpa kawan-kawan lama kan uncle..mengenang kisah silam..

rezeki berkata...

salam uncle

seronokkan jumpa balik kekawan masa sekolah

ada yg sampai kita tak kenal pasal ada yg bertambah kembang hehehe

kalau dulu putih, ada yang dah hitam
tapi tak pernah pulak jumpa dulu hitam sekarang dah putih hahaha

kucingorengemok berkata...

wah, siap macam greek party ada pecah² pinggan pulak! hehe

taj berkata...

Salam uncle...

wahhh reunion...mesti happening nyer...
pasti ada bermacam2 rasakan bila dah berjumpa geng2 lama...nostalgia zaman nakal2 dulu...
taj duk baca dan nak komen pun duk senyum2...dpt rasa happy tuh...hahah

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Uncle ucapkan tahniah pada AJK yang berbulan2 dok buat perancangan nak kumpulkan semua orang ni. Bukannya senang nak dapatkan seramai ni!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Ada jugak yang dulu hitam la ni putih.....rambut uncle ni contoh terbaik!!!

Uncle berkata...

Sa;am KOG.
Bukan Greek Party lagi dah....malam tu dah jadi Haru-Biru Party!

Uncle berkata...

Salam Taj.
Dalam FB penuh gambar malam tu....tu bukan gathering lagi dah, dah ala-ala tupperware party pun ada!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hi Uncle...

KN nampak uncle masih tersenyum lagi tu...seronok sangat tu...down memory lane :)

Uncle berkata...

Salam KN.
Memanglah seronok sangat malam tu. Seronok dapat berjumpa dengan budak2 yang ada antara kami dah 25 tahun tak berjumpa!

ms.legolas berkata...

wah uncle..kat mn buat reunion tu? my batch pun baru buat last wk..seronok betul jumpa kwn2 lama infact we all lg rapat berbanding dulu..
btw, company ms.l dah block all pc tak leh tgk blog..tu yg lama tak timbul kat blog uncle ni.. mlm ni baru ada masa nk buka kat rmh..

Uncle berkata...

Salam Mn L.
Kami buat kat pullman putrajaya. memang meriah...sampai tak nak balik tapi kena balik jugak sebab ramai visa tak dapat!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...