Ahad, Julai 24, 2011

Family activity

Sebagai terapi minda aku yang sekarang agak berkarat, aku bercadang nak mengecat bilik tidur. Aku tanya kat WC berapa harga kalau aku nak upah cat rumah. Dia kira berapa besar bilik aku, apa cat yang aku nak guna, berapa orang dia nak upah cat, gung-gang...gung-gang....dia cakap RM1300! Woit...dia ingat bilik aku sebesar Presidential Suite kat Ritz ka??? Kalau nak ikutkan, mungkin size bilik tidur aku sama dengan size "walk-in closet" PS saja! Hahahahahah.....
Jadi aku pun berlari anak ke kedai hardware kat belakang rumah aku dan tanya kat ah pek tu berapa harga cat, batang berus panjang, berus dll dengan semangat berkobar-kobar. Satu semangat yang dah lama hilang dan satu semangat yang pernah aku rasa 26 tahun dulu masa nak lawan rugby dengan sms kuala pilah....(rival gila tuh!). Beli cat, warna yang aku rasa paling cun dalam dunia. Warna yang boleh menimbulkan semangat...hahahahahah! Balik rumah, plan pulak bila aku nak start beroperasi. Ni projek besar ni dan aku kena plan betul-betul. Berapa pekerja aku nak panggil dan berapa upah aku nak bayar! Lepas berhempas pulas macam nak buat paper BIO tahun 85, aku ambik keputusan mengambil 3 orang pekerja dan satu mandor untuk projek MEGA ni.
Tenaga import
Dinding aku dah bertahun tak disapu cat. Yang selalu mendapat lapisan-lapisan cat baru cumalah rambut aku! Contengan abang, yuya dan marina masih ada kat dinding. Sayang jugak nak padamkan dengan cat baru. Tapi demi citarasa dan mood yang hangat, aku terpaksa gantikan jugak. Di satu pagi ahad yang syahdu, aku bentangkan kain buruk, surat khabar lama, musking tape kan skirting kat bawah tu, dan bermulalah satu sejarah......aku tuang cat masuk dalam loyang cat. Abang bawak batang berus panjang dan jolok kat dalam berus baru. Yuya ambik berus besar tapi pendek dan Marina aku bagi berus yang paling kecik. Sengaja aunty beli yang kecik sebab tahu, Marina akan mengganas kalau kreativiti dia tak di beri penilaian.
Mahal ni....

Aunty mulakan dengan bahagian atas dan hujung@corner sebab kawasan tu paling aku benci nak buat. Renyah...remeh...dan buatkan mata aku juling dan leher aku tegang! Part-part tu aunty cukup berhemah! Baru aku dok bancuh cat, Yuya kata, "Tak apa Papa...Yuya boleh buat..." Aku senyum tengok anak aku. Dalam hati dok kata, "Amboi...baik sungguh dia!". Aku pun melilau dalam bilik aku tak tentu hala sambil dok pikir apa aku nak buat. Aku pegang batang panjang tadi nak sapu cat. Abang pulak kata, "Tak apa Papa, biar abang buat sebab nanti Papa sakit belakang!". Amboi anak terona aku.....boleh diharap...hahahahahahah. Aku melilau lagi kat dalam bilik yang sekangkang kera ni. Masih lagi dengan kepala otak aku yang blank....sama blank dengan kepala otak aku masa ambik paper Physics tahun 85 dulu...hahahahahah! Baru ingat nak sapu cat yang tumpah ke lantai, Marina pulak cakap, "Tak apa Papa, biar Marina yang buat....sebab kat atas tu Marina tak sampai!". Pergh....aku hantuk kepala aku kat sinki dalam toilet sebab tak sangka anak-anak aku semuanya "berprestasi tinggi!"

Ataih depa sapu, bawah pun depa sapu...aku nga-nga!

Bila dah selesai sebelah dinding kami (as a matter of fact, depa) cat, aku pun berkira-kira nak simpan semua peralatan dan kemaskan bilik tidur aku. Aku dok ralit lipat sulatkhabar lama, Wiwit pulak datang dan bagitahu kat aku, "Tak apalah Pak, biar saya yang buat....Bapak tentu dah capek mengecat satu dinding!". Fuyoo.......aku teruja...aku teruja....usaha aku selama ni sangat-sangat dihargai anak-anak aku.....dan jugak Wiwit! Hahahahahahah.....Aunty masuk bilik dan tanya..."Nak minum apa?". Aku dengan keadaan yang sangat letih dan capek, terus jawab, "coke with ice please...".
Amboi baik sungguh anak-anak aku. Bukannya aku suruh atau kerah depa pun. Tapi depa sendiri volunteer nak tolong aku. Aku pun tak teringat yang masa aku kecik dulu, aku pun suka tolong orang. Yang aku ingat cuma bagi orang susah! Hahahahahah.....takpa....niat anak-anak aku suci lagi murni. Depa nak tolong Papa depa. Depa pun bukannya suka tengok aku bersusah-payah buat kerja berat-berat...maklumlah...kembang hidung aku bangga. Tak sangka yang depa ni sayang sungguh kat aku.
Depa marah bila aku cuma nak cat satu dinding saja. Depa nak cat satu bilik tapi aku kata jangan.....pasai nanti next week aku dah takdak apa-apa activity berfaedah!

Aku tak paksa depa sampai jadi lagu ni...sungguh aih...
Habis cat satu dinding, aku pun dengan rendah hati ucapkan terimakasih kat anak-anak aku semua sebab bertungkus-lumus nak membantu aku. Depa bersusah-payah buat semua untuk aku. Depa bersemangat tak bagi aku pegang batang berus, tak bagi aku cat dinding dan sampai tak bagi aku nak kemaskan bilik balik. Terharu sungguh aku. Lepas aku ucap terimakasih kat depa, aku tengok muka depa blurr....aku heran. Aik pasai apa muka depa jadi blurr? Pelan-pelan Yuya cakap kat aku, "Papa....papa ingat kami cat PREE ka?". Waktu tu aku pulak jadi BLURR!!!!!  


14 ulasan:

PINATBATE berkata...

hahahhahahaaaaa...!!
suka..sukaa..sukaa....
next week cat bilik yg lain pulak yer

norh berkata...

ha ha ha..takpalah, tak payah la berkira sangat dgn anak2.. :P

azieazah berkata...

Hahahahaha.. padan muka PAPA. Dah sebut pekerja, kena la bagi gaji. hehehehe

Sedih campur nak tergelak tengok bebudak tu terlentang penat camtuh. Sampai hati Papa.

Satgi ada yang sepak gelaih tu, mau riuh pulak Papa diaaaa... hahahahaha

Nek Rock berkata...

Erkkssssss, hahahahaa, Uncle kan permulaan mukadimah dah nak kira2 upah pekerja, aiyoooooooo di akhir ayat nak ngelat lak ek..kekekeke

Psttt *papa* tak kan nak upah sakit pinggang gak - Nek bagi pihak the 3 stooges nuntut keadilan...yehhhhhh

Uncle berkata...

Salam Pinat.
This coming weelend, Uncle akan habiskan semua dinding kat dalam bilik. Next assignment will be dinding bilik air. Wah...yang ni tricky sikit sebab paipnya yang bercelaru....help is NEEDED!!!! hahahahah...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Memang tak pernah berkira pun dengan depa. Pasai tu depa berkira dengan kita......hahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Uncle pun sayu tengok depa terlentang lagu tuh! Itu baru satu dinding tu! Kalau satu rumah, mahu seminggu tak bangun!

Uncle berkata...

Salam NR.
Papa utang dulu kat depa...nanti raya bayar...hahahahahahah.....

rezeki berkata...

salam uncle

kira anak beranak 1 kong 50 hengget je hehehehehehehe

Nek Rock berkata...

Oppss adehh berpinor lah mata Nek with the new layout guna cursive writing, kekekeke

*Papa* tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak bayar masa raya, len x Nek nak ajor dorang, sebelum buat keja kena kasi *deposit* dulu, balance once kerja siap..hahahahhahaa

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Tengah dok kira duit nak bayar kat depa la ni...

Uncle berkata...

Salam NR.
Amboi macam beli beg COACH!!! hahahahah

Kuey san berkata...

So, berapa total cost tenaga buruh berprestasi tinggi nih Uncle? Agak-agak boleh double tak duit raya tahun nih? ;p

(bertanya bagi pihak Azumi, Yuya & Marina)


Saya masa zaman muda-muda (sekarang pun muda!), suka juga mengecat rumah. Sampai umah sewa di Shah Alam dulu pun saya kerjakan. Owner tak terkata apa! Ha ha ha

Uncle berkata...

Salam Kuey san.
Uncle memang sangat tertarik dengan orang yang suka mengecat rumah.....apa kata kalau kita buat appointment jumpa then boleh discuss further...pasai ada 2 dindin lagi Uncle nak mengecat! Hahahahahah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...