Ahad, Julai 10, 2011

Lazy sunday morning!

Pagi ni sama jugak macam pagi-pagi minggu yang lain, aktiviti aku sekeluarga tetap padat macam bas mini nombor 12, SS2 tahun 80-an dulu! Terjaga awal dah menjadi kebiasaan untuk aku walaupun di hari minggu. Aktiviti pertama mestilah ke marrket...mak aii....harga ayam sekilo dah RM8.50! Last week RM9.00! Aku tanya Sam pasai apa mahai sangat? Sam dengan discreet bagitahu kat aku yang minggu ni dah murah 50 sen! Eleeh...Sam....hang dah untung banyak dah...jangan nak kelentong aku la! Dalam kepala otak, aku dah berangan nak bela ayam sendiri pulak! Macam tahun 70-an dulu bila arwah mama bagi kami sorang sekor anak ayam yang kami bela sampai raya untuk jadi hidangan sendiri! Aku paksa ayam aku makan dedak sampai tercekik sebab nak cepatkan tumbesaran anak ayam aku dan melebihi anak2-anak ayam adik-beradik aku yang lain! Hahahahahah....aku selalu confuse ayam aku dengan ayam Joey (abang aku yang immediate atas aku) sebab kaler dia sama....jadi supaya tak confuse, aku cat sikit pakai "pemutih kasut" kat ponggong anak ayam aku supaya aku tak lupa yang mana satu aku punya, yang mana satu Joey punya...aku selalu bertengkar dengan Joey sebab aku rasa ayam aku lebih besar dari ayam dia....masalah timbul bila ayam aku main hujan dan kapur kasut tu hilang warna.....untuk menyedapkan hati, aku menangis kuat-kuat dan cakap ayam yang besar sikit tu aku punya....Joey tension, dia bagi anak ayam dia kat aku! Hahahahahah

(pandangan syahdu..)

Balik dari marrket, aku suruh anak-anak aku siapkan barang untuk ke sungai gabai mandi sungai. Depa horey....aku horey-horey! Pukul 8.30 kami asyik dok breakfast kat Dusun Tua. Kami pergi stall lain pulak kali ni. Dengan tujuan nak makan kuih saja, tapi last-last aku tersasar makan kueh teow+mee hoon dan resultnya, aku naik 3 kilo! Hahahahahah...Maka dengan niat yang suci murni, aku janji esok aku start diet balik dan seusai Ramadhan, aku mesti langsing ke 74 kilo! Puncanya, aunty hadiahkan baju raya kat aku yang kecik sekecik-keciknya!!!!!! Pergh...semangat.....semangat.....

(pandangan sisi supaya tak nampak pandangan ngeri perut aku!)

Kami berendam sampai kecut satu badan...."Langit Tak Selalu Cerah" bak kata Husin Abu Hasaan. Dan sememangnya langit tak cerah langsung....kami pack barang dan terus ke kereta. Dalam pada dok pack barang tu, aku nampak sorang budak lelaki dok mundar-mandir bogel kat dalam sungai. Umur dalam lingkungan 12 tahun kot. Aku rasa dia sorang "anak istimewa" sebab dia pi melawat semua keluarga yang ada kat tepi sungai tu dalam keadaan bogel! Habis lari anak-anak dara semua. Sapa yang bakar ayam, dia ambik seketul....sapa yang makan karipap, dia ambik seketul.....takpalah rezeki dia...dia pun anak istimewa....tak dak dosa ni budak ni...aku yang dah capai kamera, pendamkan saja niat aku sebab aku bersimpati dengan dia....

(yuya macam ni lah selalu..)

Balik dari gabai, aku ingat nak stop kat DT kat air panas untuk rendamkan kaki aku yang lenguh tak buat apa-apa....baru nak stop, hujan jadi lebat....aku pandu terus...lepas dalam 200 meter, hujan stop pulak dah! Angin punya pasal, aku berhenti kat kedai buah di tepi jalan. Aku tanya makcik, amboi banyak buah kampung hari ni....makcik cakap memang banyak la ni....musim buah la ni.....lega la sikit duit poket depa....aku bangga sebab makcik tu berdikari dan bersusah-payah jaga kebun, petik buah, buat gerai kat tepi jalan dan bersengkang-mata tunggu durian untuk dijual....aku beli buah beberapa kilo dengan niat nak makan dan dengan niat membantu makcik tu yang jaga kebun buah keliling rumah dia....masa aku nak melangkah ke kereta lepas bayar, aku tanya lagi makcik tu...."Makcik, buah tahun ni menjadi sungguh yea.....untung la makcik pokok buah keliling rumah.....". Makcik senyum dan jawab, "Buah ni semua dari Mantin dik....". Hahahahahahahah!

(gaya budak 13 tahun kat tepi sungai!)

Balik rumah makan laksa. 2 pinggan aku tibai...la ni aku pulak kena tibai terlentang mengah! Ok lepas ni aku nak pergi fetch Yuya pulak dan hantar abang ke sekolah. So, macam tulah routine weekend aku yang tak seberapa hebat ni tapi aku puas sebab masa aku habis dengan keluarga....apa lagi yang lebih penting untuk aku selain daripada keluarga!

(aku ingat gambar aku yang slim, rupa-rupanya abang....hahahahah)

14 ulasan:

rohaizahabas berkata...

Salam
saya terjumpa blog ni masa baca blog kawan...best baca..bersahaja saja..

Uncle berkata...

Salam Ezza.
terimakasih kerana drop by kat blog Uncle. Cerita Uncle memang macam ni pun dari dulu...keep on reading and hope that it will inspire you in which ever way!

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe "kesliman" abang tu bayangan uncle masa dedulu zaman sekolah

Nek Rock berkata...

Alamak Ezza mai melawat Uncle gak..ekkeke

Psstt Uncle kalau nak slim macam abang, itu mudah jer:))

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Adoi.....ni tengah semangat nak slim balik ni......gambarre!

Uncle berkata...

Salam NR.
Memang mudah...tapi mudah cakap! Hahahahahahah. Sekali ni Uncle nekad...mesti kurus.....psst...pekena teyy pun sedap ni!

Nek Rock berkata...

Ishhhhhhhhhhh Uncle, quit that teh tarik, too much sugar.

Masa Nek mula with a healthy diet, memang Nek cut off a lot of things and exercise. I was wearing jeans sz 14 (sz 34) in Oct 2010 to size 4 (sz 26) in March, 3 months jer Uncle, tak tifu betoi ni..kekekeke (saja nak kasi Uncle grrrrrr) hahaha

Uncle berkata...

Salam NR.
wow...slim giler tuh....saloma pon kalah kalau macam nih....btw, saya la ni dah pakai size 32 dari 36! Hahahahahahah tapi yang tu sebelum makan nasi lemak lah.....adoi....tension nak kurus nih....

Nek Rock berkata...

Uncle dear wsalam,

Just stay FOCUS and keep moving, YES you CAN DO IT:)

Nasi lemak kalau teringin, boleh makan, takat sesudu 2, bukan sepinggan penoh, lalalala

See what you eat not eat what you see!!

Psstt Uncle tengok kat FB Nek, pictures before and after:)

Uncle berkata...

Salam NR.
Yes stay FOCUS! Tapi lately I can't focus well...... but I love the "Eat what you see......". Thanks NR!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik,,,


kalau perangai "eat what you see..." saya percaya,,,,,dari dulu lagiiii, pak cik mmg berselera. hehehehe

tQ: luncai

Uncle berkata...

Salam Luncai al Kudus!
Selera orang muda memang lagu tu pun! Tak boleh nak buat apa-apa pun! Hahahahahah.....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

haaa...eat what u like!

dah slim lah tuuu....abang lah..bukan uncle..hihi

Uncle berkata...

Salam KN.
Ayat mula2 tu dah buat saya seronok....masuk baris ke 2, sayuuuuuu rasa! Hahahahahh

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...