Ahad, Julai 17, 2011

Liverpool dan pengajarannya..

Pengajaran 1

Kawn lama aku selalu teringatkan kat aku. Satu petang yang syahdu, aku dapat satu sms misteri yang aku tak sangka berlanjutan sampai 7-8 kali berbalas sms.Penghantar sms yang aku kenal baik dari tahun 1981 bertanya samada aku nak tengok Liverpool main bola ka tidak. Aku sempat berpikir dan balas balik sms tu dengan jawapan pendek tapi pasti....dari situ dia bagitahu kat aku yang satu tiket rega dia RM108. Jadi bila aku congak balik, total dah boleh aku beli ikan selama sebulan makan anak-beranak...aku ambik keputusan menolak pelawaan syahdu tu. Since kami berdua ni baik dari zaman sekolah, dia tanya samada aku nak tiket "Training Session" ke tidak dan yang ni aku jawab "OK, aku nak" dengan tanpa malu!Aku bertuah sebab dapat kawan-kawan yang masih lagi ingatkan kawan-kawan lain walaupun didalam situasi sibuk sekalipun. Aku berterimakasih pada IQ dan Dada yang masih lagi ingatkan aku dan keluarga. Bagi aku, persahabatan yang ikhlas tanpa ada niat yang tidak baik, bantuan dan pertolongan yang tulus kepada sesiapa saja, insyAllah akan diberkati melalui pelbagai cara. Dan salah satunya ialah melalui persahabatan seperti ini. Maksud aku bukan sebab nak tiket bola....hahahhahahah btw, kalau ada tiket kapalterbang ke Anfield, tolong lah bagitahu siap-siap ya...hahahahahahh!

(poster yang terpampang kat luar stadium BJ)

Pengajaran 2.

Kami keluar dari rumah pukul 5.30 petang dan sampai tepat pukul 6.30 selepas bertukar lrt di Chan Sow Lin. Masa nak naik keretapi ni aku ternampak satu peristiwa syahdu lagi. Ada sorang lelaki buta bertongkat yang tiba-tiba menuju ke landasan ke Bukit Jalil sambil tangan kanan dok mengetuk-ngetuk tongkat ke jalan. Baru aku nak bangun pegang tangan dia bagi duduk, ada sorang budak muda yang aku rasa dalam 17 tahun umur dia, pakai jeans koyak rabak dengan subang kat telinga dan baju HRC bingkas bangun terus pegang tangan orang buta tadi dan dibagikan tempat duduk dia ke lelaki KU tadi. Aku tergamam. Aku bangga. Aku seronok melihat situasi sihat semacam ni. Alhamdulillah....minda sivik kita masih kuat dan bertambah kukuh dengan adanya anak muda yang macam ni. Peristiwa di LRT stesyen tu bukan disaksikan oleh aku sorang tapi ratusan orang lain lagi yang sama-sama dalam perjalanan menuju ke bukit jalil untuk menyaksikan Liverpool.

s
(...to buy or not to buy...that is the question..)

Pengajaran 3

Sekali lagi di LRT tapi kali ni didalam perjalanan pulang ke ampang bila ada 2 orang budak pompuan dok seronok bersembang dengan nada suara yang agak kuat. Amboi aku tengok depa leka sungguh. Sekali-sekala aku dengar jugak apa yang depa dok bercerita. Biasalah cerita banyak berkisar kepada college life. Pasal kuliah dan pasal berpersatuan.Topik perbualan remaja yang sangat fresh! Dalam dok berhimpit-himpit macam sardin tu, tiba-tiba ada sekumpulan makcik-makcik veteran masuk. Sekali lagi hidung aku kembang kuncup bilamana 2 orang budak pompuan tadi dengan secara automatik bangun, cuit bahu makcik-makcik tadi dan jemput duduk kat tempat depa.....Wah.....aku suka ni...aku tak sempat nak ambik gambar tapi aku janji pada diri sendiri yang aku akan masukkan dalam entry baru aku sebagai cerita pengajaran. Kadang-kadang kita cuma suka dok highlight benda-benda negative yang anak-anak remaja kita dok buat. Once in a while, kita mestilah bagi credit yang tepat pada depa dan berbloglah pasal benda-benda yang positif macam ni.

(suasana didalam stadium yang cukup meriah)

Masa kat stadium tu jugak aku tengok ramai anak-anak muda kita dok meniaga. Tak kiralah samada burger bogel ka....sprite cair ka.....baju immitation ka....tapi sekurang-kurangnya niat membantu dan pegang duit sendiri tu sangatlah murni. Ada yang tolong mak-bapak dan tak kurang jugak yang meniaga dengan kawan-kawan. Depa rajin, depa pandai mencari peluang dan depalah yang akan menjana ekonomi negara secara langsung ataupun tidak langsung....well done guys!

(abang dok menghayati teknik-teknik latihan)

Ramai yang pergi ke stadium hari tu bawak kamera yang lensanya panjang berdepa. Aku pun teringin jugak. Teringin nak merasa ada satu, teringin nak ambik gambar-gambar menarik dengan kamera panjang macam belalai gajah tu dan teringin nak explore lagi hobi baru aku ini.....yang buat masa sekarang ni masih tak mampu lagi...hahahhah Aku suka tengok depa bergaya dengan Canon etc. Aku dulu tak berpeluang dan cuma merasa kamera KODAK yang aku pinjam dari Joey masa dia dapat hadiah harijadi daripada arwah bapak masa kami kat henry gurney telok mas dulu....anyway, yang ni tak dak pengajaran apa-apa.....hahahahahah

e
(yuya asyik dok tengok gk depa dilatih tubi)

Dalam kita dok berseronok tengok Liverpool dok training bola tu, apa salahnya kita pandang sekeliling dan cuba cari nilai-nilai murni (macam buku BM Yuya) yang ada disekeliling kita. It's refreshing dan sikit sebanyak memberi terapi minda pada kita....kalau bukan pada orang lain, mungkin pada aku......

Btw, semalam aku sempat tengok Liverpool lawan Malaysia dan aku berbangga dengan semangat sukan yang ada sebab walaupun penyokong Liverpool penuh satu stadium dengan baju merah, tapi kain rentang dan mafler masih lagi bendera Malaysia. Bila Shafiq dan Safee jaring gol, bergegar satu stadium.....aku jadi confuse.....baju lain...sorak lain....Dalam pada tu aku tersenyum bangga sambil hingus meleleh bila terbaca..."Liverpool in my heart, Malaysia in my soul!"





2 ulasan:

Nek Rock berkata...

Cak salam Uncle Selim:))

Heeeee mungkin Uncle berlaga bahu ngan anak lelaki Nek dari Ampang gak..kekeke

Uncle berkata...

Salam NR.
La...dia ka tu? Awat tak habaq! 7-8 kali dok berlaga bahu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...