Rabu, November 23, 2011

Tetamu hebat..

Aku di Saas Fe

Hari Jumaat lepas ada seorang tetamu dan isteri datang menginap di tempat aku. Agak berumur. Oleh kerana depa sampai tengah malam, jadi pada hari depa sampai, aku tak sempat bertemu depa. Pada hari sabtu aku bergegas ke hotel sebab ada meeting yang penting selain aku perlu berjumpa beberapa tetamu aku yang lain. Tetamu aku yang sampai semalam dah keluar. Depa balik waktu tengahari. Kami sempat bertegur sapa dan aku perkenalkan diri aku. Dia dan isterinya senyum dan mohon untuk balik ke bilik untuk berehat. Petangnya sewaktu aku bertemu dengan tetamu yang lain, depa melewati reception area untuk keluar. Ada driver yang dah siap menunggu. Aku rasa ada sesuatu yang menarik tentang couple ni yang aku teringin nak tahu. Lagak bersahaja serta down to earth depa membuatkan aku tambah curious.

Aku di Parit!

Hari Ahad lepas sewaktu aku menonton wayang cerita TINTIN, aku dapat satu panggilan yang mengajak aku dan aunty dinner sama-sama. Panggilan daripada seorang VVIP terkenal yang sesangatlah low profile. MasyAllah....lepas aku menonton dan hantar anak-anak balik kerumah, aku dan aunty bergegas ke tempat yang dicadangkan di sekitar bangsar. Apabila sampai ke tempat tu, VVIP tadi introducekan tetamu yang tinggal kat hotel aku tu. Aku terkejut tengok dia. Dia macam selalu, very cool dan bersahaja. Dia perkenalkan diri dia. Kami duduk-duduk di lounge dulu sebelum bergerak ke tempat makan yang diset exclusive untuk kami. Aunty jadi tenggelam punca tak tahu macamana nak mula bicara dan topik apa nak dibualkan. Aku diperkenalkan pada dia dan dia diperkenalkan pada aku. Aku terkejut bila mengetahui yang tetamu yang aku "curious" beberapa hari lepas tu sebenarnya merupakan owner untuk hotel Four Seasons di Jakarta. Dia jugak merupakan co-owner Regent Hotel di Beverly Hills yang mana kawan aku Julia Roberts dan Richard Gere berlakon dalam cerita "Pretty Woman" dulu.. Dalam sibuk dok bercerita pasal hotel, aku ada menyelit pasal cerita wayang yang aku ulang tengok 27 kali tu! Dia senyum dan bercerita panjang pulak pasal movie PW dan RHBH!

Aku dan kawan2 yang pandai!

Kami bercerita mengenai pengalaman masing-masing dan ternyata yang pengalaman kerja aku cumalah 1% daripada pengalaman dia dihotel-hotel besar seluruh dunia. Semua tempat yang aku lawati dan kerja juga adalah hotel-hotel yang dia pernah menginap....cerita kami "syncronised!". Aku tanya banyak soalan-soalan mengenai "crisis management" dan dia dengan sopannya bercerita pada aku satu-persatu. Yang paling menarik perhatian aku ialah bagaimana dia menangani masalah banjir yang menenggelamkan basement carpark Four Season Hotel Jakarta, dapur, restoran, back of the house office, laundry dan lain-lain lagi. Bagaimana dia berjaya convincekan tetamu semua untuk terus tinggal dan bagaimana dia berjaya mengekang para pekerja seramai 650 orang daripada berhenti kerja. Dan jugak yang menakjubkan aku, katanya dia jugak tak buang pekerja dia. Once in a while, dia akan dijemput menjadi imam di surau hotel untuk para pekerja hotel yang bersembahyang di waktu kedatangan dia! Amazing isn't it? Aku tak kan dapat pengalaman-pengalaman ni semua dari kuliah-kuliah di universiti....aku tak akan dapat melalui pembacaan buku-buku management dari management guru terbaik dunia.....aku tahu aku tak kan jumpa. Aku bangga.....aku teruja.....aku bersemangat waja ni....macam harimau malaya kalahkan anak burung hari tu!

Bila dah pass periksa!

Kami jugak bercerita tentang pengalaman dia semasa negotiate pembelian-pembelian hotel ternama dunia. Terbeliak aku dengar cerita dia. Dari kejauhan aku ternampak yang VVIP yang menjemput aku makan tadi tersenyum puas bilamana aku dilihat sangat khusyuk mendengar satu persatu penjelasan tetamu hebat aku tadi. Tak sedar yang carpet dilantai basah dek air liur aku yang menitik dengan mulut yang melopong dan mata tak berkelip-kelip! Dia bercerita lagi tentang perjumpaan dia dengan salah sorang orang terkaya dunia dan macamana dia mampu negotiate beberapa pembelian di amerika....oohh maakkk aiii.....aku suka...aku suka.....awat dia duduk tempat aku cuma 3 malam? Kalau 3 minggu kan bagus! 

Rio budak jakarta hilton ambik gambar aku!

Masa dia nak check out, aku masih sempat berborak sakan dengan dia sampai teman yang datang nak interview aku untuk majalah LIBUR pun kena tunggu sejam. Kawan aku tadi tu pun melopong dengar cerita hebat dari tetamu hebat aku ni. Cerita-cerita dia semuanya yang memberikan aku inspirasi untuk lebih bekerja keras. Cerita-cerita yang membuatkan aku rasa macam Rocky Balboa kat dalam pilem ROCKY Part 1 sampai Part 4! Aku tetiba jadi bersemangat gila. Selalunya kalau jumpa orang-orang yang macam ni ataupun bekerja dengan orang-orang yang macam ni, tak ada lainlah kecuali kita asyik dimaki hamun. Tapi kalaulah aku dapat partner yang macam tamu aku ni...OMG! Seronok tak sangga!









Graduation Day, horey...aku dah pandai!

Lepas makan dan berborak panjang, tibalah masa untuk aku dan aunty berangkat pulang. VVIP tadi yang menjemput aku makan, senyum dan aku balas balik senyuman dia kerana senyuman aku membawa maksud yang aku berterimakasih dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan tetamu special aku ni dan mengetahui lebih lanjut lagi mengenai dia selain dapat belajar sikit sebanyak ilmu yang seperti aku cakap tadi tak mungkin akan aku pelajari dan dapat dari mana-mana universiti di seluruh dunia! First hand experience yang tak mungkin aku mampu membayar! Perlahan-lahan aku bersalam denganb VVIP tadi dan mengucapkan jutaan terimakasih pada beliau kerana pelawaan itu adalah semata-mata untuk aku dan aunty bertemu 6 mata dengan PSU!

32 ulasan:

kakcik berkata...

Mana gambar dengan mereka dan siapakah orang itu? (maaf, kakcik kurang mengenali orang2 besar ini...) :(

Kakzakie berkata...

Uncle melihat ketokohan tetamu uncle tapi kakak pula melihat sudut lain tentang ketokohan uncle... tak ramai manusia yg berjaya macam uncle yg humble juga - walau kakak tak pernah bertemu. Kakak salute dgn kejayaan yg uncle dah rangkul dan cara penampilan uncle.

Majalah LIBUR? Kakak tak pernah beli lagi dan tak tahu pun. Kena cari edisi berapa uncle dia nak publish?

Lady Windsor berkata...

Salam uncle..
Whoa u r lucky then jumpa org yg sangat humble itu...siapakah? And I guess he's much more awesome sebab mampu jadi imam kepada staffnya...sangat respectlah ini orang. Yg pastinya, tak rugi karpet basah...mwahaha....sebab uncle pun termotivate sama kan...eh bila nak mai Bangsar ni, nak bagi pekena banoffee pie...sedap tau! Nanti habaq naa bila nak mai...bawak Robaie ka, sapa2 ja lah naa...

Oh ya tetiba mata I terpikat kepada mamat dalam pic no 3 yg pakai baju kotak/ Belanger biru tu...siapakah?? A hahaha sorry joking uncle, my late father ada banyak koleksi kemeja macam tu...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.

Pertemuan saya dengan depa tu semua adalah tersangatlah exclusivenya.....saya cuma bernasib baik. Maka dengan itu hubungan saya dengan depa semua haruslah saya jaga dengan sebaik mungkin. Dengan itu jugak gambar dan nama depa semua tak boleh saya siarkan....unless kalau saya jumpa Kakcik nanti kat mana2 akan saya bagitahu dan tunjuk! Hahahahahahahah...amboih...terasa pemess jugak!!!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Apalah kejayaan saya kalau nak dibandingkan dengan orang lain...kadang2 depa terkejut sebab routine saya pagi2 selepas minum kopi dan baca pepar STAR kat kawasan taman atau tepi pool, saya akan pakai topi ah pek dan jalan satu hotel kutip sampah! Apakah kelebihannya? 1) saya berpeluh 2) saya dapat bergaul dengan semua orang termasuk tamu yang lalu-lalang 3) Orang tak kenal saya, jadi boleh dapat first hand news kalau ada komplen! Yeah.....i just love what i am doing now!!!

Uncle berkata...

Salam LW.
Bukan setakat menitik saja malah bercucuran lagi you! Pergh...ada makan-makan ka? Kena ajak rombongan Cik Kiah lah kalau macam ni.....eh LW, I memang kat bangsar la......bila tu habag mai...tempat biasa ka? Amboi.....macam selalu jumpa!!! Hahahahahahah...shhhyyy jgn habaq kat orang naa...

Carrie-Ma berkata...

Salam uncle,

terasa 'cemburu' pula dengar pengalaman uncle ni tapi saya yakin uncle memang layak dapat selepas apa yang uncle lalui & usahakan selama ini. Allah Maha Adil. terasa bersemangat pun ada juga, betul cakap orang, kalau nak cepat belajar, go direct to the source kan.
saya tumpang bangga jua :)

azieazah berkata...

Tahniah UNCLE!

Cara Uncle citer, saya leh bayang ayaq lioq meleleh ke lantai tuh. hehehe sungguh mahal pertemuan itu. Tak ternilai.

Bertuah UNCLE. Moga-moga suatu hari nanti Uncle pun boleh berjaya macam orang tu juga....

Boleh saya interbiu Uncle lak untuk blog saya. hehehe

Aminnnnn...

Lady Windsor berkata...

Uncle..ahaha...tempat biasa la mana lagi nak p...tapi besok tak buleh...besok I punya jadual dating penuh sampai petang...bebila eh...kih!kih!kih! I pun nak tau gak sapakah hamba Allah yg sangat mengkagumkan itu...tapi apa2 hal pun sebelum kagum dgn dia, kagum dulu le dengan uncle bila dengaq citer nurul...

Uncle berkata...

Salam Carrie-Ma.
Uncle memang bernasib baik sesangat sebab kerja Uncle ni membawa Uncle bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Dari orang biasa sampailah kepada anak-anak raja, raja, pembesar2 negara dan lain2...satu yang Uncle pagang sampai sekarang ialah, "buat kerja dengan jujur dan ikhlas, jangan menipu dan jagalah para pekerja dengan baik....depa ni asset kita!" amboehhh macam iklan Filem Negara Malaysia! Hahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Apa yang boleh saya kata ialah, saya bernasib baik! Huh? interview untuk blog? Sapalah saya ni.....tsk...tsk...tsk...

Uncle berkata...

Salam LW.
Orait bagitahu saja bila you tak dating dgn sapa2.....bila la nak dapat jumpa LW sorang ni.....fuuuyoooo! Pasemborg jom!!

rezeki berkata...

salam uncle

pengalaman org yang dah berjaya dan juga dari orang yang pernah jatuh bangun dapat memotivasikan diri kita

pss gambar kat parit tu masa pinggang slim mcm effiel tower hehe

Lady Windsor berkata...

pasemborg tu...perghh..jom p luxemborg...ahahaha! ok insyaAllah nanti kita roger!

shami2 berkata...

Salam uncle

Pertemuan itu adalah satu anugerah...pasti ada hikmahnya ini partyg saya maksudkan:

"Once in a while, dia akan dijemput menjadi imam di surau hotel untuk para pekerja hotel yang bersembahyang di waktu kedatangan dia! Amazing isn't it? Aku tak kan dapat pengalaman-pengalaman ni semua dari kuliah-kuliah di universiti.."

Semoga uncle terus bersemangat dan melangkah kehadapan setapak lagi

norh berkata...

dok ambik semangat dari kisah uncle...tengah berperang dengan tekanan..hu hu

LIBUR, antara majalah feveret saya.. :)

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Ada lagi gambar yang ramping macam anita serawak....bak kerengge! tu masa-masa kegemilangan bersukan....berat pun masa tu baru 60-65 kilo...la ni...berkilo2!

Uncle berkata...

Salam LW.
Windsor tu jauh lah.......nak kena google tu baru boleh jumpa...agak2 kalau uncle pergi dengan "charley davidson" boleh sampai tak?

Uncle berkata...

Salam Shami.
Thanks for reading dan paham maksud tersurat. Banyak lagi yang kami bincangkan dan akan Uncle selitkan dalam entry2 yang akan datang...kalau Uncle ingat!

Lady Windsor berkata...

Uncle kalu nak mai Windsor kena tempah teket ayorasia, kena bawak auntie, marina, yuya, abang sumer la...takpa tak payah gugel, nanti saya kasik peta, senang jaa...Mai musim sejuk la naa...beh sket buleh pekena tea sambil begebang...hikhikhik!

Uncle berkata...

Salam LW.

Mesti jauh tu......adoiiii aiii mana nak cari ni...

Uncle berkata...

Salam NORH.
apa yang dok tekanan tu? Coba habaq mai.....btw, katanya january issue....its more to the hotel rather than on me...itu pon kalau depa rasa ada value untuk disiarkan! Hahahahahahah...

Lady Windsor berkata...

Uncle, jauh la sangat...di tengah2 mahkota cheras dan hussin onn saja...Windsor tu betul2 kat bucu JJ mahkota cheras. Nak beli garam sepeket pun kena p JJ eh...hik!

Uncle berkata...

Salam LW. Ni...payah2 kat tepi floristika sajalah......hahahahahah...

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, owhh buleh saja...nak mai pekena beringin sepinggan ka ari ni?

Uncle berkata...

Salam LW.
Wah Beringin? GULP! Hari ni tak dan kot pasai satgi ada meeting...then semayang jumaat...then ada appointment dgn guest pukoi 3 petang then lepaih tu pukoi 8 malam ada function yang Uncle kena tgk2 to ensure semua berjalan lancar...sampailah pukoi 12 malam....errr...mungkin pukoi 1.30 pagi ok kot!!! Hahahahahahaha!

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, pukoi 1 pagi? Ghope pun dah x macam oghang dah aih kalu lagu tu...saya dok tengok konsert ni, No Wrong Notes @ DBKL, cikai jaa...bukan Vienna boy eh...haha..pukoi 1 naa..satgi mai...

Uncle berkata...

Salam LW.
Uncle baru balik dating dgn aunty. Every friday kami keluar naik moto. Lalu bangsar, masuk brickfield, petaling street, lalu kat stadium negara dan nampak ada concert 2PM!!!!! Hahahahahahahah....awat tak SECRET???????? "WINK"

Lady Windsor berkata...

Kelasss tau! Berdua2an bermotor motoran...gambatte! Betui ka istilah ni, saya pun dah lupalah uncle...

Uncle berkata...

Salam LW.
Memang setiap jumaat kami akan bermotor-motoran.....last week kami ke petaling street dan minum kat Old China Cafe.....di depan kuil sikh di jslsn hs lee. Hoh Yeah...

Fabulous Me berkata...

Assalam bro,(nk pggil uncle tua bnr ase)

Sronok tgk bro menjelajah serata dunia demi mencarik rezeki..

Uncle berkata...

Salam FM.
Thanks for visiting. Pengalaman saya hanyalah sekelumit kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain. Saya hanya mencari rezeki halal untuk membesarkan anak-anak dan menjaga isteri...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...