Sabtu, November 05, 2011

Vienna Boys Choir


Aku dan "teman tapi mesra..."

Aku rasa amat teruja bila tiba waktu nak pergi tengok concert di KLCC. Dari petang aku dan aunty dok berbalas sms tanya apa nak pakai bila pi nanti....dan dalam hati aku dah berdetik yang aku akan jumpa ramai kenalan kat sana nanti. Selalunya kalau aku kemana-mana hotel ataupun convention center, aku pasti akan jumpa dengan ex-colleague. Maklumlah business hotel ni kecik dan selalunya orang-orang tu jugak yang akan berpusing merata-rata satu malaysia! Betul telahan aku bilamana aku sampai di concourse dan order coffee, aku didatangi oleh sorang staff yang tiba-tiba menegur aku dari sisi. Aku terkejut bila dia kata, "Boss, hari ni saya belanja!" Aku toleh dan ternampak Ali dok sengeh menyeringai! What a small world....Ali ni kerja dengan aku di Renaissance KL dulu. Bagus dan cepat bergerak. Cuma agak temperamental sikit......kami bertukar-tukar cerita dan Ali tanya kat aku, "Boss...ada kerja kosong?"

Aku dan Ali, staff lama yang la ni kerja di KLCC!

Lepas aku bersembang dengan Ali, aku sambung minum dengan aunty. Aunty tanya samada aku nak makan kek yang Ali belanja atau tak? Aku cakap tak payah sebab nanti seluar aku ketat!!! Hahahahah....dalam dok menghirup kopi special dari Ali, aku ternampak sorang lagi ex-colleague aku. Halim Merican. Abang dia merupakan boss di Petronas dulu tapi la ni dah pencen. Kami bersalam. Halim dan aku bekerja di PJ Hilton dulu di tahun 80-an. Masa tu dia baru balik dari Les Roches, Switzerland dan buat training kat sana manakala aku masa tu sebagai waiter di Paya Serai, PJ Hilton. Halim was formally GM for Impiana KL before taking over Seri Pacific (formerly KL Pan Pacific) and merupakan the GM there now. Kami bertukar-tukar name card dengan ucapan, "Keep in touch.....". Aku ucapkan terimakasih pada Halim dan dia berlalu pergi.

Lepas minum kami menuju ke toilet. Dalam toilet aku jumpa sorang lagi yang bernama Ariffin. Ariffin ni sorang Butler yang sangat berkaliber yang selalu menjaga dif-dif kehormat dan pembesar-pembesar negara. Ariffin masih nampak muda belia seperti dulu. Tak berubah langsung...issshhhh, dia makan tongkat ali ka kacip fatimah? Hahahahahah.....kami keluar dari bilir air dan kat luar aku terserempak dengan Roslina dan Cynthia pulak! Oooomaakkk aiiii...ramainya! Sama-sama nak tengok concert. Maklumlah depa sebenarnya Main Sponsor selain daripada BMW! Bersembang lagi dan lagi lagi dan lagi macam battery EVEREADY! Lepas bid farewell, aku menuju ke tingkat tiket murah! Dalam dok menapak kaki ke sudut yang tersedia, aku ternampak pulak kelibat senior 2 tahun aku kat SDAR dulu. Dia hantar anak dia yang juga merupakan penyanyi choir PERMATA CHOIR yang akan sama-sama membuat persembahan dengan VBC. Sembang lagi kat tepi pintu sampailah waktu yang ditunggu-tunggu. Aku masuk dengan gaya paling sopan.....tiba-tiba emcee announce yang Sultan Perak, Tun Mahathir, DPM Dan Tourism Minister akan masuk dan semua dikehendaki berdiri.....ada pulak suara-suara sumbang sebelah aku yang mempersoalkan pasal apa depa kena berdiri bagi hormat? Aku jeling kat depa dengan jelingan paling "jengkel" dalam dunia!
souvenir book RM10!!

VBC mempersembahkan banyak lagu-lagu Strauss yang memang aku sangat suka. Aunty memang meminati muzik-muzik klasikal dan aunty sangat teruja dan asyik dok dengar budak-budak tu nyanyi. VBC dah ditubuhkan 500 tahun dahulu. Nama-nama besar muzik pernah bersama-sama dengan VBC samada secara langsung ataupun tidak langsung. Salah satu nama besar tersebut ialah Joseph Haydn manakala pada malam tadi lagu-lagu terkenal adalah hasil tangan komposer-komposer besar dunia seperti Joseph Haydn sendiri, Franz Schubert, Will Spuller, Johann Strauss Jr, Josef Strauss dan lain-lain lagi. Sekeliling aku pada malam tadi ramai sungguh peminat-peminat lagu klasik pelbagai bangsa datang berduyun-duyun dengan tujuan yang satu yakni menikmati keindahan lagu-lagu tersohor dunia, mendengar paduan suara-suara harmoni bak sutera daripada kanak-kanak yang berumur diantara umur 7-12 tahun! Aku dapat tahu yang untuk memasuki kumpulan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saringan demi saringan dilakukan untuk mendapatkan "creme de la creme" dan seharusnya anak-anak ini amat berbangga apabila diterima masuk. Sewaktu pembelajaran, kelas-kelas adalah seperti disekolah biasa. Depa masih lagi mengikuti pengajian seperti sekolah-sekolah lain tetapi penekanan diberikan kepada corak dan latihan nyanyian dan setiap hari sabtu, budak-budak ni akan menyanyi di beberapa tempat di Vienna. Selain daripada nyanyian, Vienna jugak terkenal dengan sekolah perhotelan. Dan salah satu sekolah perhotelan terbaik dunia juga terdapat disana! Ishhh kalau aku kesana dulu instead of suisse, entah-entah aku lari sekolah dan masuk sekolah nyanyi! Hahahahahaha.....
daripada souvenir book yang aku beli!

Lepas ni aku akan tunggu lagi apa concert besar yang akan datang ke KL nanti. Tak kiralah samada di Istana Budaya ke...KLCC ke...mana tahu nanti Cirque de Soleil pulak yang akan datang...la ni depa dok round theworld dan buat tribute untuk Michael Jackson......addoooiiii...bawaklah group ni mai KL.......takpa, nanti aku cakap kat sapa-sapa yang ada duit lebih, suruh depa bok mai sini...hahahahah....

Elain, aku dan Vivian...ka the other way round?


Gambar yang kat atas ni adalah gambar aku didampingi oleh gadis-gadis Bond Malaysia! Elain dan Vivian. 2 nama gah yang masih kuat bertahan di RKL. Sangat berkaliber di lapangan masing-masing dan depa 2 orang ni selalu aku jumpa pada waktu-waktu yang mengerikan dan masih bekerja. Aku di F&B dan sudah tentulah waktu kerja aku panjang. Kekadang sampai 18 jam tak henti aku kerja setiap hari dan sewaktu aku ke Tempts untuk makan pada pukul 10 atau 11 malam, aku akan terkejut beruk bila tengok depa 2 orang ni masih lagi ada dan makan di meja sebelah aku! Hebat sungguh tenaga dan semangat kerja 2 orang pompuan ni walaupun paginya aku nampak depa dihotel sama-sama dengan aku pada pukul 7 pagi! To these 2 lovely and friendly ladies, I wish them all the best in whatever they do and do keep in touch!



10 ulasan:

norh berkata...

ada keja kosong part time tak kat hotel uncle? he he

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, wish u and family eid adha..pic plg atas tu terbaikkk!!!

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
Pernahlah sekali dulu.. Lama dulu... Suami akak velanja tgk concert di dewan philaharmonic petronas, KLCC - iyer ke namanya begitu?.. Tapi nak ceritanya.. Majlis penuh protokol begitu memang sedap bila pergi sekali2... Apprecite sangat suasananya..
Bila uncle bg ulasan mengenai tempat tersebut... Tringin nak pergi lagi...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle. selamat hari raya aidil adha. CUN bground blog uncle. Hitam itu menawan kelebu......

Uncle berkata...

Salam Norh.
Kerja kosong memang ada banyak bila kami dah berkembang nanti tapi manalah saya mampu nak bayar NORH!!!

Uncle berkata...

Salam LW.
Salam aidil adha to you too! Thanks for mentioning about the top photo...hahahahah...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
You should go again and watch these high profile concerts! Seronok!!! Saya dok "paarrrr" kot2 ada lagi program yang baik!

Uncle berkata...

Salam Dila.
Itu background rugby tu. Lama dok cari rupa2nya memang dok ada...cuma nak click saja!

Kakzakie berkata...

Melihat pergerakan uncle pun sama ligat juga macam teman-teman yg uncle temui. Same line same idea sebab itu mudah berserempak...

Tapi seronok sesekali jumpa..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
saya suka berkawan tapi masih tahu batas pergaulan. Alhamdulillah!!!! Seronok ada ramai kawan ni.

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...