Selasa, November 15, 2011

Hujan lagi dan lagi...

Yuya dah dewasa...

Sekarang ni dah kembali musim hujan. Sana-sini hujan lebat. Yang seronoknya bila waktu nak balik rumah, masa tu lah dia hujan ribut bagai nak gila....takpa...takpa...masuk office balik buat kerja sikit. Tengah syok-syok buat kerja, matahari pun menyinar bagai nak gila jugak....aku pun celapak pelan-pelan naik motor. Pakai helmet, up baju hujan GIVI sikit, start engine, koyak minyak breeehhh...brreeehhhh, jalan! Sampai kat selekoh nak masuk mahameru, dia tibai hujan lebat lagi sekali....Aku sengaja beli baju hujan besar dari size aku yang slim ni. Ada muslihat sebenarnya. Kalau hujan, aku selit masukkan laptop aku dalam baju hujan. Waterproff tuuuu!


Yuya is uncle to izat collett yang kat tengah tu..

Favourite pastime aku kalau hujan lebat ialah main kat longkang. Tak kiralah kalau kat sekolah, aku main kat longkang sekolah. Kalau kat rumah, aku main kat longkang dirumah. Dalam ka cangkat ka aku tak berapa nak kira. Janji puas main kat situ. Aku buat kapal kecik, lawan lumba. daun kering pun lumba, ranting pokok pun lumba. Semua aku lumba. Tapi bila mai periksa, tak mahu pulak aku berlumba!! Hahahahahah.....

first time marina duduk diam!
Ada sekali musim hujan, aku berada di Bali atas urusan kerja. Keadaan agak tenat sebab merata-rata jalan jadi macet. Dari denpasar menghala ke ubud yang selalunya mengambil masa cuma 45 minit menjadi 3 jam setengah! Ditambah pulak dengan supir bernama Pak Komang yang bawak mobil macam kura-kura ala-ala "slow motion" cerita MATRIX, aku jadi resah dan sesak napas. Jalan yang sempit dan air yang melimpah menjadikan aku duduk tak senang. Aku cuit Pak Komang bagitahu yang aku nak emergency stop. Pak Komang angguk syahdu. lepas 30 minit, Pak Komang tak berhenti-henti jugak. Aku cuit siku Pak Komang pulak. Pak Komang angguk syahdu lagi kat aku....pergh....Pak Komang memang nak kena "starlight" ni dengan aku! Sekali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah...aku tenung Pak Komang dengan tenungan Mohammed Ali pada Joe Bugner dulu. Aku bersuara sekali ni, "Pak Komang....saya mahu pipisssssssss..." Pak Komang mencanak berhenti kat tepi Warung Ida Babi Guling! Toilet mana? Pak Komang kata, tepi pokok....aku tinjau kat tepi pokok tapi tak nampak...rupa-rupanya Pak Komang suruh aku pipisss kat tepi pokok...laaaa....apasal tak cakap dari tadi? Tak payahlah aku marah-marah...Dengan keadaan was-was, aku laksanakan tugas dengan sebaiknya....esok kalau tak ada tamu di Warung Ida BG, sila salahkan Pak Komang! Hahahahahah.....masa kat dalam kereta aku tanya Pak Komang lagi sekali, "Pak Komang, sini biasa ka orang buat begitu?". Pak Komang serious tak kata apa. Tapi 15 saat kemudian, dia cuit aku sambil juihkan bibir tebal dia kearah kanan jalan. Aku tengok...makkk aiii...ada lagi 3 orang dok buat benda yang sama kat pokok yang sama.......pergh...bali hebat!!!
dok melangut tengok clown!

Masa aku pandai sikit (walaupun lambat) dan belajar kat luar negara, aku cukup malas nak keluar masa musim hujan especially kalau musim spring. Omakkk aaiii, banyak baju dan seluar aku nak kena pakai. Dahlah temperature turun ke single digit...tu spring tu bukannya winter...perut meragam nak disuapkan nasi (mulut melayu lagi!). Telur dah siap....minyak dan garam dah ready...yang tak ada cumalah beras Uncle Ben. Dengan malasnya aku pakai jugak long john aku, baju 2-3 lai, maplar, serkup kepala (ski cap), yang budak-budak sini pakai waktu panas lit-lit....sambil peluh menitik tiiiittt...tttiiiiiitttt....aku terus menapak mencari MIGROS. Laju aku meluru kedalam sebab ada heater...capai sekotak Uncle Ben, aku berlari keluar terus balik ke bilik. Dalam perjalanan nak kebilik, aku masuk short cut melalui dapur sekolah dan masukkan selabu bawang dalam poket jacket....jalan laju sambil bersiul sambil mata lokk-liag...lok-liaggg....tengok kiri kanan....Masa aku dok goreng dan campur sikit ikan cod masin, aku dengar Philips budak Suisse jerit dari tingkat 3......"Ali....what the !@#$ are you cooking?". Selang 2 minit, aku dengar pintu aku kena ketuk dan bila aku bukak, Philips tersengih-sengih dengan pinggan kosong dalam tangan kanan!



Yuya dan kawan2 kampong dusun!

Masa aku di Copenhagen dulu dalam perjalanan nak ke tokyo, hujan turun dengan lebatnya dan salji pulak turun ikut suka-hati...flight pulak delay berejam-jam. Aku dah lah nak jumpa marrka....depa pulak delay...hangin satu badan aku...habis satu airport aku tawaf sampai 36 kali. Semua toilet dan kedai souvenir aku masuk. Nak beli aku dah tukar semua suisse francs ke yen....nak tukar balik, aku rugi nanti...lepas penat ronda satu airport, aku terlantar kat tepi kerusi airport dan sedar-sedar, nama aku dah dipanggil untuk boarding. Nasib baik aku terjaga. Kalau tidak, naya aku duduk sorang-sorang kat Copenhagen! Ni semua pasal hujan lebat dan cuaca syahdu sampai aku tertidur tak sedar diri!

12 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

nice in black & white

well done

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Well done to my nephew Ezran sebab dia yang ambik!!!! Saya cuma tumpang lalu!!! Hahahahahah....ni mengaku ni...takut menipu satgi letih nak menjawab...hahahahah....

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, lama x hapdet naa...itu pinggang sude baik ka? Hahaha....bz eh? Hwaaa nice pic..is that all Yuya and Marina cousin? Wah international giteww...
Uncle stranded 36 jam? Eh itu sikit tu....I experienced it, 48 jam, last year...kapal teghobang pun jadi ais...kat Stansted....cehhhh bohsan giler...tawaf 100 x...makan tdo atas lantai sejuk tu, letak la brad Pitt kat depan pun, tak pandang langsung, tak dak maknanya yg dok ingat, nak balik KL, nak tibai nasi lemak, tosei bla!bla!bla!
Hari tu nampak ada tenda putih depan JDR, ada event ka?

Uncle berkata...

Salam LW.
Kami boleh katakan setiap minggu ada event. Akad nikah is a hit here. Alhamdulillah. Hari ni pulak ada celebrity duduk sini for photo shoot kat tempat lain. Horey! Sapa dia tak boleh habaq...kena mintak permission dia dulu!

Eh you betoi ka kalau I letak BP you tak layan.......kalau letak Mat Pit amacam? Hahahahahhahahah....LW, you take care and keep in touch...btw, my back dah baik dan demam panas pun dah baik. Alhamdulillah!

mr. sepet.. berkata...

bab lumba daun kayu & ranting pokok tu mmg betui.. abih longkang chek terjun.. hakhakhak..

Uncle berkata...

Salam Pet.
Sama lah kita......parut kat betis luka terjun parit pon ada lagi!

Kakzakie berkata...

Yuya ada iras muka uncle. tapi dia lagi hensem. hahaha... jangan marah nanti kena jual. Hujan-hujan paling best tidur tapi kalau tertidur kat airport conpenhagen tak apa juga uncle jangan kat Indon boleh sedar-sedar talipinggang pun tak ada lagi...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Itu pengajaran paling berharga saya dapat...tertidur kat airport dan sedar2 orang dok tunggu saya nak boarding! Panic sat!!! Hahahahahahah...Pengalaman saya kat airport Denpasar pun best...saya pi mana2 bawak weighing scale....sekali tu polis tanya saya pasai apa bawak weighing scale...saya kata nak timbang berat! Depa tanya, "bukan timbang yang lain?????". Panic lagi sekali saya!!! Hahahahahah

shami2 berkata...

Salam uncle

Salam ukhwah...selalu baca blog uncle tapi hari ni tetiba menyinggah...

suka baca citer pasal anak2 uncle..
dan juga pengalaman hidup yang dicatatkan...

masa taip komen ni kat luar tengah hujan...meleret...breeeehh2x bunyinya..

Uncle berkata...

Salam Shami2.
Terimakasih kerana membaca blog Uncle. In fact masa Uncle dok taip ni pun, kat luar tu pun hujan dok turun lebat!!!!! Tidoq syoq ni....

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

cantik B&W.. pandai photographer! fuh. hehehhee.

Uncle berkata...

Salam Pi..
orang yang ambik....bukannya uncle pon....eh bila nak balik mai?

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...